Wednesday, May 13, 2015

Melepas rindu di Gamuda

Hari ini ada briefing ESOS untuk Gamuda staff. Dah terlepas sesi masa kat Southgate, jadi terpaksa join yang kat Gamuda Tower. Hikmahnya, boleh melepas rindu dekat orang-orang yang lama dah tak jumpa ni. Perasaannya, SubhanAllah. Rindu benar. Bila tak jumpa, tak rasa. Bila dah kat sana, rindu gila kot. Rindu suasana pejabat dengan diorang.

Lepas habis briefing, pergi pejabat diorang lepak-lepak sambil jumpa orang-orang yang kenal masa kat 2t dulu. Rindu Kak Morni. Kat Southgate takde kakak saya nak bermanja-manja dan memanjakan saya. Ili dan Am akan menjadi orang yang kita cari untuk borak-borak. Mujur masih ada Faezah. Kalau tak, mahu jumpa juga resignation letter kot. Haha. Gurau je. Mungkin akan mereput kat Gamuda kot. Entah. Tengoklah camne ketahanan mental sekarang. 😜😜

Ada beza tempat saya dahulu dan sekarang. Saya suka bekerja di tempat sekarang. Dalam masa kurang dari setahun, memang banyak yang saya belajar. Dari ke buat BQ, calling for tender, negotiate harga (biasanya Ai Tee yang tentukan-tapi kalau betul-betul memang Ai Tee boleh je bagi ko buat), buat LOA membawa kepada bayaran tiap-tiap bulan. Dan yang paling best pastinya Final Account. Banyak dah ko buat. Ada lebih 5 kontrak dah ko finalkan. Dulu masa kat 2t, 6 tahun satu final account pun tak pegang. Kerja lama tak close pun. Kat sini, menariklah. Semua kerja ada penghujungnya. Memang kena close habis. Takde makna tunggu lama-lama. Kerja lain banyak menanti. Lepas habis kerja ni, ada kerja lain. Kira memang bekerjalah. Haha. Macam dulu tidak. Pernah mula-mula pindah tempat baru, sebab duduk depan bos memang rajin gila. Sampai kata dekat Faezah, saya tak pernah serajin tu. Memang masa sangat berkat. Banyak kerja boleh selesai. 

Tetapi, saya pastilah rindukan environment dahulu. Agak kenapa saya boleh bertahan sehingga 6 tahun di Gamuda. Walaupun kerja stress, orang-orang sekeliling ko yang happy-happy tu sangat membantu. Di Southgate, semua orang membuat kerja. Ya, mereka bekerja. Tiada yang salah. Cuma saya rasa, kadang-kadang kita perlu chill sedikit ataupun banyak untuk kurangkan tense kerja tu. Satu yang saya nampak, masa kami di PMC setiap bulan ada sambutan hari jadi. Menjadikan kami rapat. Belum kira Mr Looi masak bubur atau minta Ili datang awal buat sandwhich. 
Benarlah kata baju Aloy Paradoks, 'Kau manusia, kau tak boleh dapat semua'.

Tetapi, saya bersyukur dengan pengalaman dan kenangan itu. Dia membentuk saya hari ini. Mungkin di Southgate, masa untuk saya memantapkan ilmu kemahiran QS saya. Ai Tee jadi Assistant Manager umur 31 dan Mr Wong jadi Manager umur 40 something. Tak ke ko dikelilingi orang yang hebat? Jadikan tu inspirasi. Nak jadi QS yang lebih baik untuk agama. Buat ikhlas kerana Allah. Nak jadi muslim yang hebat. Selalu je kata orang hebat, cuba jadi orang yang macam tu. Selamat berusaha Nadiah. I know you can do it. 😍😍

Kat ofis Kak Morni dengan Ili dan Am. 
Sebelum Tak Ming memulakan kuliahnya. 
Tak Ming cakap kat depan. Kita main kat belakang.
Love..

2 comments:

aLynNzAmri said...

terasa bangga nama kita disebut 2 kali dalam entry nie..hahaha..i miss you tooo~~

nadiah said...

Miss you even more Ili!! Do take a very good care of yourself. :)