Tahun ini merupakan tahun terakhir InsyaALLAH menyambut Tahun Baru Cina sebagai staf yang diseconded untuk double track project. Kami harus menyiapkan projek tersebut tahun ini. Jika tidak, kami akan terpaksa membayar denda kelewatan. Tidak pasti itu akan terjadi atau tidak berdasarkan projek KLIA 2 juga sudah kerap kali terlewat. Semoga ia tidak terjadi untuk projek ini walaupun pernah beberapa kali juga meminta EOT (Extension of Time). Projek ini merupakan projek terlama dalam sejarah penglibatan kerja bos saya, 7 tahun. Untuk dia lamalah. Untuk saya yang merupakan projek pertama saya, ini merupakan projek paling awal saya. Haha. Muntah dah rasanya tengok BQ dan claim tu. Lagi-lagi dengan perangai orang yang bermacam-macam tu. Saya perlukan perubahan. Tolonglah habis juga projek tahun ini. Tolongggg..
Seperti biasa akan ada sambutannya secara besar-besaran. Sambutan sebanyak dua kali dibuat oleh JV company dan Gamuda sendiri. Tahun ini bertempat di dewan komuniti TTDI untuk JV staf dan di ruang legar Gamuda Tower untuk Gamuda staf. Kami mempunyai permainan baru tahun ini. Gopro Paie. Sejenis kamera yang tengah in sekarang. Digunakan untuk selfie secara berjemaah. Kameranya kecil sahaja. Tetapi, ruang lingkup bergambar sangat luas. Memang menakjubkan. Biasanya orang yang bersukan menggunakannya seperti diver, terjun dari helikopter ke dan untuk aktiviti-aktiviti lasaklah. Kami guna untuk aktiviti di bawah. Juga menarik.
GoPro. Lebih kecil dari tapak tangan.(sumber : google image)
Selfie secara berjemaah. Didatangkan dengan handle dan boleh disync (wifi) di smartphone anda.
Mencuba beberapa angle dan tangan siapa yang panjang boleh memegang handlenya
Gambar satu dewan tu masuk. Tak ke best?
Dah kenyang makan, nak balik. Singgah dulu kat depan pintu dewan bergambar.
Kalau nampak macam orang pegang tongkat sambil senyum-senyum tu, dah tahulah sebab apa yer.
Ni guna kamera telefon Ebah. Takde tongkat-tongkat dah. Minta tolong orang je. Lepas tu, kata terima kasih ya.
Outdoor is superb!! Natural lighting. Tengok awan kat belakang tu. SubhanALLAH!
Bersama Kak Jumaya. Admin staf yang sempoi. Bawa motor besar kot kakak ni. Hebak!
Anis tengah tengok telefon untuk pastikan gambar semua orang pun cun.
Hari ini, Gamuda pula membuat sambutan tahun baru di lobi Menara Gamuda. Makan percuma lagi. Aktiviti selfie berjemaah diteruskan lagi. Semalam dah siap-siap charge gopro tu. Hehe.
Yee Sang. Sign of prosperity bagi orang cina.
Sambil kacau-kacau, sambil sebut kaya-kaya. Hehe.
Mari kita mulakan. Hehe.. |
Dari sudut sini pula. Sila cuba di beberapa angle ye kawan-kawan.
Ebah pula yang pegang.
Orang lain dah balik pejabat dah. Kitorang sempat buat kerja macam ni sebelum nak balik pejabat. En Nadzri pun melayan je anak buah dia ni. Hehe.
Dari tingkat 15 kami bergambar. Pemandangan kat belakang sebenarnya sangat gayat.
Dah kenyang semua dan menunggu singa datang bagi ong kat pejabat kami.
Dalam pejabat ni sebelum kantoi dengan bos besar.
Singa tengah kopek limau yang diletakkan bersama angpau di tempat Kenny. Angpau singa ambil.
Memberikan blessing dengan berjalan ke setiap tingkat pejabat kami.
Satu lagi keunikan Malaysia yang saya syukuri kerana mempunyai berbilang kaum di dalamnya. Menyambutnya sambutan Tahun Baru Cina selalu mengujakan saya. Tarian singa, alat mainan yang kuat dengan drum dan semuanya, mercun lagi, angpau dan limau juga. Oh, saya mendapat limau dari tukang yang menjaga singa ini semasa dia lalu di hadapan saya. Semua ini saya raikan. Bekerja bersama syarikat yang hampir 80% adalah cina mengajar saya sikap toleransi yang kuat. Selain menghormati kepercayaan dan kefahaman mereka selagi ia tidak bertentangan dengan Al-Quran dan Sunnah, pengalaman ini juga menjadikan saya lebih terbuka. Benarlah firman Allah yang bermaksud :
" Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal." Al-Hujurat : 13
Semoga kita tergolong di dalam golongan orang yang bertakwa.
Love..
No comments:
Post a Comment