Saya tidak bekerja hujung minggu lepas. Pagi Sabtunya, saya menemani emak ke pasar basah Klang. Emak mahu mencari ikan merah. Ada orang mengidam makan sup ikan merah emak yang sedap itu. Saya suka ke pasar, ikan dan sayurnya segar. Juga, ikan-ikannya boleh disiang di situ. Termasuk ikan kembung. Satu kesusahan semasa memasak adalah menyiang ikan. Biasanya emak akan membeli ikan kembung yang banyak Jadi, jika ke pasar, minta sahaja penjual ikan itu menyiangnya sekali. Balik rumah, tinggal bersihkan sahaja.
Selepas itu, saya mempunyai appointment bersama doktor gigi saya. Perjumpaan bulanan. Diam tak diam, sudah hampir lebih setahun memakai gigi besi. Demi Masa. Balik dari klinik, keluarga saya melawat Mak Ina yang baru selesai menjalani pembedahan membuang lump pada hari Jumaat. Kami ke sana menggunakan dua buah kereta. Kereta saya dan Kak Long saya. Bersama-sama kami adalah Mak Ngah dan Cik Lia. Selain Kak Long dan Kak Mi bersama anak-anaknya juga berkesempatan melawat Mak Ina di Taman Melati, Gombak. Mak Ina, orang doakan semoga cepat sembuh.
Sedang melihat anak-anak dan cucu-cucu bermain di taman permainan.
Tuan rumah yang telah menyediakan semuanya. Datang-datang, air dah siap tu. Hebat. Memang sesuai dah kahwin. Haha.
Taman permainan di bawah rumah Mak Ina. Memang best untuk budak-budak.
Ami dah pandang dah. Mak pandang sini.
Ha, macam tulah. Pandai pun. Mak siapalah tu? Hehe.
Keesokan harinya, KAMY sekali lagi berkolaborasi bersama Dapur Jalanan. Kali ini, kami akan memasak mee goreng. Terima kasih kepada Cik Jamaliah yang menawarkan diri untuk memasak. Semasa berbincang dengan Cik Jamaliah kuantiti yang perlu dimasak untuk seramai 150 orang. Saya terkesima. Ramai sangat tu. Mampu ke? Biasa masak untuk keluarga dalam 50 orang je. Cik Jamaliah kata, memang nak masak untuk ramai-ramailah. Kalau sikit-sikit baik tak payah. Hehe. Orang dah biasa masak. Cik Jamaliah kata, dulu dia biasa memasak untuk usrah semasa dengan ABIM. Best tau kalau ada kepakaran ni. Tak perlu keluarkan duit nak tolong orang. Semoga satu hari saya boleh memasak untuk ramai-ramai orang juga. Tetapi, sekarang masih ok sebab saya ada kepakaran membantu di dapur (macam dah banyak kali dengar kan? Hehe.)
Jadi, sepagi-pagi alam dalam pukul 9 (pagi sangatlah konon-konon tu) saya dan Cik Jamaliah ke NSK berdekatan dengan rumah Cik Leha membeli-belah. Semua bahan dibeli pagi itu kerana mudah, tidak perlu disimpan-simpan. Kalau beli semalamnya, dah kena cari tempat simpan barangan basah. Dahlah banyak. Mee kuning sahaja sudah 12 kilo.
Bawang seguni ni habis untuk semua 12 kilo mee.
Muhammad yang datang dari Melaka membantu. Wee~~ saya sayang dia.
Acara memasaknya berlangsung di hadapan Taski Cik Leha .
My B, yang membawa emak kesayangan turut membantu. Memang memerlukan kudrat jantan nak kacau mee ni.
Saya ceritakan kepada emak mahu memasak dan tanya emak ada orang kahwin tak minggu ni? Emak kata tiada dan mahu menolong. Wee~~~. Sayang emak saya juga.
Empat kali memasak. Sekali masak 3 kilo mee. Hebat Cik Jamaliah. :D
Ni gambaran di luar tempat memasak. Mari kita ke dalam Taski pula.
Tara. Acara membungkus pula.
Ini adalah menarik bagi saya.
Sekali angkat bungkus untuk 40 orang. Siap-siap dah bahagi.
Saya dan Muhammad menumpang Luqman ke KL. Kami membawa bungkusan mee dahulu. Mujur ada Muhammad yang tahu jalan. Dulu datang pakai waze dari tempat lain. Ini datang dari arah yang berlainan, terus tak tahu jalan. Hehe. Jalan di KL memang saya gagal. Kira macam gagalis jugalah.
Sudah di Jalan Panggung.
Seperti biasa, ambil kontrak membuat air. Saya teringin membawa air bandung ke sini satu hari nanti. Panas-panas dan minum air bandung sejuk. Pergh. Mesti best.
Haha. Ini adalah jodoh. Pakcik ni dah datang dua minggu lepas. Masa tu ingat dia dah tak datang lagilah ke sini. Tetapi, tara! Dia datang juga. Menjerit kot saya dalam kereta.
Gambar dari fb KAMY setelah diedit.
Alhamdulillah. Berjaya membuat satu lagi program KAMY. Penat seharian dari pagi tadi memang berbaloi.
Allah. Allah bagi kegembiraan di dunia lagi. Niat nak tolong orang. Allah bagi jumpa Mat Lutfhi. Semoga diterima amal ini Ya Allah.
Walaupun gegar. Saya suka gambar in-action dan tak pandang kamera. Terima kasih Mamat yang mengambil gambar dan sabar je melayan kakak sepupu awak ni. ;p
Satu lagi impian dah berjaya! Apa lagi misi lepas ni yer. Nak start bercita-cita besar ni. Alhamdulillah untuk semua kasih-sayang ini Ya Allah. Doakan saya ikhlas dan istiqomah. Dah macam-macam main dalam hati sekarang ni. Dugaan nak buat baik ni.:D
No comments:
Post a Comment