Thursday, February 27, 2014

Hujung Minggu Bulan Feb

Saya berkesempatan menghadiri Saturday Night Lecture pada malam Sabtu yang lepas anjuran Centre for Advanced Studies of Islam, Science and Civilisation (CASIS). Terima kasih kepada Alin kerana mengajak saya. Bertempat di UTM Jalan Semarak, Prof. Dr. Syed Muhammad Naquib al-Attas telah memberikan kuliahnya bertajuk language in Al-Quran. Saya biasa menghadiri kuliah-kuliah agama jika berkesempatan sekiranya berdekatan dengan rumah atau tempat kerja saya. Harapan semoga satu hari nanti saya dapat kongsikan ilmu-ilmu yang bermanfaat yang saya perolehi dengan lebih praktikal di dalam blog. Selama ini, isi blog asyik huhahuha sahaja. Hehe. 

Pertama kali saya merasa pening kepala mendengar kuliah. Pengisiannya terlalu mendalam saya rasakan. Falsafah.Sehingga saya bertanya kepada Alin, bagaimana dari dahulu lagi dia sudah mengetahui perkara-perkara seperti ini.  Sejak dahulu dia sudah pening kepala. Hehe. Muslim scholar dari Malaysia. Saya melihat beliau seperti seorang atuk yang comel yang sangat banyak ilmu. Kita seharusnya berbangga kerana masih berpeluang belajar bersama-sama beliau. Pembelajaran ini adalah ilmu baru untuk saya. Boleh mula berfikir dengan mendalam Nadiah. Mengakui kata-kata Mak Ngah semasa bersarapan pagi keesokan harinya, 'Sehingga satu peringkat, kita hendaklah berfikir untuk mendalami Islam. Tidak sekadar meningkatkan iman, tetapi harus sampai ke hati dan berfikir'. 
 
Kuliah yang seterusnya adalah pada 8 Mac 2014. Semoga dengan izin Allah saya dapat menghadirkan diri dan menimba ilmu pada hari itu. Paginya, saya akan menghadiri kursus Solat Jenazah anjuran Nadi Annisa. Terbuka untuk orang ramai dan percuma. Jika mahu turut serta, bolehlah mendaftar di sini. Sangat dekat dengan rumah saya.
 
Keesokan harinya, saya menemani Muhammad melawat adiknya Mus'ab di TTDI Jaya. Mus'ab menelefon umminya dan bertanya jika mahu melawatnya. Mujur Muhammad berada di Subang, masih sempat lari-lari melawat lagi. Kami berjanji bersama-sama Cik Lia untuk ke Shah Alam. Sesampai di sana, Cik Lia tidak sampai lagi. Saya sudah lapar. Walhal pagi tadi, sudah makan nasi lemak. Fikiran semalam membawa ke hari ini mungkin. Lapar lagi. Hehe. Saya berdoa semoga Cik Lia datang membawa makanan. Hehe. Tidak lama selepas itu, Cik Lia sampai bersama-sama bakul. Yeay! Ada makaroni goreng untuk dicekik. Sayang Cik Lia. 
 
Sebelum sampai ke masjid, Sofea muntah di dalam kereta. Sesampai sahaja, sudah terlentok kepenatan kerana semua makanan sudah dikeluarkan. Teringat ketika telinganya dimasukki ulat. Memang banyak kenangan Sofea ni, telinga masuk ulat, hidung masuk butang. Macam-macam. Sabar sahaja Cik Lia dan Pak Chim melayan. Yela, anak kot. Setelah berborak-borak sedikit lebih kurang, saya dan Mamat ke kedai membeli keperluan asas Mus'ab dan sedikit makanan untuk Mus'ab dan Husni.
 
Mus'ab mahu pembalut hadiah. Mahu membalut Al-Quran katanya. Di kedai yang kami pergi cuma ada pembalut untuk pengantin baru sahaja. Jadi, kami ke kedai berjauhan sedikit untuk mencari. Sampai semula di masjid, azan Zuhur berkumandang. Kami bersolat dahulu sebelum pulang. Mus'ab dan Husni, akak doakan urusan hafalan awak dipermudahkan. Selamat menjadi hafiz yang dapat beramal dan menyebarkannya untuk Islam. :D

 Lepas dah borak-borak, ini benda yang diminta dulu.  Buka facebook.
 
 Lepas tu tengok Boboboi
 

Sofea dah sihat selepas makan. Cik Lia membeli nasi dan sedikit lauk di hadapan masjid untuk kami semua. Lepas makan terus aktif. Semua orang mahu dikacaunya. Hehe.
 
 Uwekkkk.. Melakonkan aksi muntah di dalam kereta.

 Melayan.

 Yang ini pun melayan juga. Hehe. Bersmack down dengan ayah sendiri tu.

Selepas menghantar Muhammad ke Subang, saya pulang ke Klang. Masa untuk membasuh baju yang seminggu sudah dikumpulkan. Mesin basuh dah auto dan dah besar. Akibat saya merosakkan yang lama. Terpaksa tukar yang baru. Alang-alang nak beli, ambil yang auto terus. Memang sangat nikmat hidup. Masuk, tekan dan tengok tv. Lepas berbunyi, tandanya dah selesai. Terima kasih Nadiah kerana merosakkan mesin basuh yang lama. Haha. :D

Di rumah ada Aminah yang sedang bersiap mahu pulang ke Nilai dan Nafisah pula dalam perjalanan ke Klang dari Banting kata emak. Nafisah mahu mencuba baju kurung kawan emak. Baju kurung Cik Milah sudah tidak muat, jadi diberi kepada emak kerana emak mempunyai ramai anak perempuan. Fisha balik semata-mata untuk mengambil baju tersebut kerana baki selebihnya kakak sulung saya mahu memberi kepada ibu tunggal pada keesokan harinya. Malangnya, tidak banyak baju yang Fisha dapat kerana sedikit kecil. Saya pula dapat lebih dari 4 pasang. Haha. Dapat tukar koleksi baju ke pejabat. Untunglah boleh pakai baju orang lain. 


 Sibuk juga nak bergambar makcik Pipah ni. 

Love..

Saturday, February 22, 2014

Hari Jadi Bulan Feb 14

Cuba mencoretkan sebanyak mana sambutan yang kami akan buat di Commercial Department sebelum ditukarkan ke projek lain bulan Jun nanti. Pada 4 Februari lepas merupakan tarikh bertuah tuan punya badan Ili Shazwani Adlin yang ke tettt.. Hehe. Umur yang saya berjanji dengan nenek saya yang saya akan berkahwin pada umur ini. Dah dua tahun terlajak. Tidak mengapa nenek. Tahun ini InsyaALLAH. Dah nampak-nampak dah. Sampai dah dua orang mimpi bakal suami orang. Adalah tu. Mat Lutfhi pun dah jumpa. Haha. Kaitan? 

Kami yang best ini menyambut sambutan hari jadi kali ini di Muhibah Sungai Penchala. Semasa dalam perjalanan ke sana, saya meminta derma untuk program KAMY bersama gelandangan dengan Kak Morni kerana menaiki kereta yang sama. Kak Morni memberi dengan banyaknya. Haha. Saya rasa banyaklah. Tak tahulah kot dia biasa bagi derma memang macam tu selalu. Hehe. 

Ebah merancang surprise party untuk birthday girl. Semangat sehingga kata tidak ke pejabat kerana Rayyan sakit. Tidak pasal-pasal. Hehe. Lepas itu, datang awal ke restoran set-up tempat. Kantoi juga, sebab kereta saya diparkir di luar restoran. Jenis Ili yang jenis prihatin keadaan sekeliling, memang boleh nampaklah. Kalau saya, harus tak perasan kereta tu.  

Semua pun sibuk upload gambar kek. Hehe.

 Sebelum tiup, kena kepung dulu. Angin-angin yang tidak dapat dikawal. Hehe.

 Lekas Ili...

Angin sudah ke kutub lain. Tak perlu kepung sudah. 

 Kali ini tiada kek. Cup cake sahaja.

 Yeay!! Tiuppp...

 Semput dek non nak tiup semua. Hehe.
 
Ili, semoga sentiasa ceria, sihat, diberkati dan diredhai Allah dunia dan akhirat.

 Love them so much.

Seperti biasa, di pejabat juga kami akan meraikan hari jadi secara lump sum. Semua birthday boys and birthday girl diraikan. Kenny yang biasa tidak mahu meniup kek juga ke hadapan. Dah nak habis projek, tahun ini sahaja rasanya nak meraikan bersama.

 Orang yang diraikan, Kenny, Amir, Ili, Max  Chin, Mr. John dan Mr. Ting. :D

 Bunga bersama-sama hero satu Malaysia.

Senyum!!

Bulan Januari yang lepas juga kami menyambut bersama-sama. Muka-muka yang bertuah seperti di bawah. 

En. Nadzri, Mr. Chiang, Ms. Goh dan Weh Siang.

Tukang potong kek. Kek empat segi senang lagi dari kek bulat. Saya teringat Chua. Dahulu selalu membantu memotong kek. Sekarang sudah bekerja di Singapura. Wish you all the best Chua. Miss you. Haha. Gitewww..

Jumpa pula untuk sambutan bulan Mac nanti. Semoga saya rajin hapdate.;p InsyaALLAH.:)

Love..

Tuesday, February 18, 2014

Mat Lutfhi bak hang. :D

Saya tidak bekerja hujung minggu lepas. Pagi Sabtunya, saya menemani emak ke pasar basah Klang. Emak mahu mencari ikan merah. Ada orang mengidam makan sup ikan merah emak yang sedap itu. Saya suka ke pasar, ikan dan sayurnya segar. Juga, ikan-ikannya boleh disiang di situ. Termasuk ikan kembung. Satu kesusahan semasa memasak adalah menyiang ikan. Biasanya emak akan membeli ikan kembung yang banyak Jadi, jika ke pasar, minta sahaja penjual ikan itu menyiangnya sekali. Balik rumah, tinggal bersihkan sahaja.
 
Selepas itu, saya mempunyai appointment bersama doktor gigi saya. Perjumpaan bulanan. Diam tak diam, sudah hampir lebih setahun memakai gigi besi. Demi Masa. Balik dari klinik, keluarga saya melawat Mak Ina yang baru selesai menjalani pembedahan membuang lump pada hari Jumaat. Kami ke sana menggunakan dua buah kereta. Kereta saya dan Kak Long saya. Bersama-sama kami adalah Mak Ngah dan Cik Lia. Selain Kak Long dan Kak Mi bersama anak-anaknya juga berkesempatan melawat Mak Ina di Taman Melati, Gombak. Mak Ina, orang doakan semoga cepat sembuh.

Sedang melihat anak-anak dan cucu-cucu bermain di taman permainan.


Tuan rumah yang telah menyediakan semuanya. Datang-datang, air dah siap tu. Hebat. Memang sesuai dah kahwin. Haha.

Taman permainan di bawah rumah Mak Ina. Memang best untuk budak-budak. 

Ami dah pandang dah. Mak pandang sini.

Ha, macam tulah. Pandai pun. Mak siapalah tu? Hehe.

Keesokan harinya, KAMY sekali lagi berkolaborasi bersama Dapur Jalanan. Kali ini, kami akan memasak mee goreng. Terima kasih kepada Cik Jamaliah yang menawarkan diri untuk memasak. Semasa berbincang dengan Cik Jamaliah kuantiti yang perlu dimasak untuk seramai 150 orang. Saya terkesima. Ramai sangat tu. Mampu ke? Biasa masak untuk keluarga dalam 50 orang je. Cik Jamaliah kata, memang nak masak untuk ramai-ramailah. Kalau sikit-sikit baik tak payah. Hehe. Orang dah biasa masak. Cik Jamaliah kata, dulu dia biasa memasak untuk usrah semasa dengan ABIM. Best tau kalau ada kepakaran ni. Tak perlu keluarkan duit nak tolong orang. Semoga satu hari saya boleh memasak untuk ramai-ramai orang juga. Tetapi, sekarang masih ok sebab saya ada kepakaran membantu di dapur (macam dah banyak kali dengar kan? Hehe.)

Jadi, sepagi-pagi alam dalam pukul 9 (pagi sangatlah konon-konon tu) saya dan Cik Jamaliah ke NSK berdekatan dengan rumah Cik Leha membeli-belah. Semua bahan dibeli pagi itu kerana mudah, tidak perlu disimpan-simpan. Kalau beli semalamnya, dah kena cari tempat simpan barangan basah. Dahlah banyak. Mee kuning sahaja sudah 12 kilo. 

Bawang seguni ni habis untuk semua 12 kilo mee.

Muhammad yang datang dari Melaka membantu. Wee~~ saya sayang dia.

Acara memasaknya berlangsung di hadapan Taski Cik Leha .

My B, yang membawa emak kesayangan turut membantu. Memang memerlukan kudrat jantan nak kacau mee ni.

Saya ceritakan kepada emak mahu memasak dan tanya emak ada orang kahwin tak minggu ni? Emak kata tiada dan mahu menolong. Wee~~~. Sayang emak saya juga.

Empat kali memasak. Sekali masak 3 kilo mee. Hebat Cik Jamaliah. :D


Ni gambaran di luar tempat memasak. Mari kita ke dalam Taski pula.

Tara. Acara membungkus pula.

Ini adalah menarik bagi saya.

Sekali angkat bungkus untuk 40 orang. Siap-siap dah bahagi.

Saya dan Muhammad menumpang Luqman ke KL. Kami membawa bungkusan mee dahulu. Mujur ada Muhammad yang tahu jalan. Dulu datang pakai waze dari tempat lain. Ini datang dari arah yang berlainan, terus tak tahu jalan. Hehe. Jalan di KL memang saya gagal. Kira macam gagalis jugalah.


Sudah di Jalan Panggung.


Seperti biasa, ambil kontrak membuat air. Saya teringin membawa air bandung ke sini satu hari nanti. Panas-panas dan minum air bandung sejuk. Pergh. Mesti best.

Haha. Ini adalah jodoh. Pakcik ni dah datang dua minggu lepas. Masa tu ingat dia dah tak datang lagilah ke sini. Tetapi, tara! Dia datang juga. Menjerit kot saya dalam kereta.

 Gambar dari fb KAMY setelah diedit.

 
Alhamdulillah. Berjaya membuat satu lagi program KAMY. Penat seharian dari pagi tadi memang berbaloi.

Allah. Allah bagi kegembiraan di dunia lagi. Niat nak tolong orang. Allah bagi jumpa Mat Lutfhi. Semoga diterima amal ini Ya Allah.

Walaupun gegar. Saya suka gambar in-action dan tak pandang kamera. Terima kasih Mamat yang mengambil gambar dan sabar je melayan kakak sepupu awak ni. ;p


Satu lagi impian dah berjaya! Apa lagi misi lepas ni yer. Nak start bercita-cita besar ni. Alhamdulillah untuk semua kasih-sayang ini Ya Allah. Doakan saya ikhlas dan istiqomah. Dah macam-macam main dalam hati sekarang ni. Dugaan nak buat baik ni.:D

Love..

Thursday, February 13, 2014

Sambutan Tahun Baru Cina di pejabat

Tahun ini merupakan tahun terakhir InsyaALLAH menyambut Tahun Baru Cina sebagai staf yang diseconded untuk double track project. Kami harus menyiapkan projek tersebut tahun ini. Jika tidak, kami akan terpaksa membayar denda kelewatan. Tidak pasti itu akan terjadi atau tidak berdasarkan projek KLIA 2 juga sudah kerap kali terlewat. Semoga ia tidak terjadi untuk projek ini walaupun pernah beberapa kali juga meminta EOT (Extension of Time). Projek ini merupakan projek terlama dalam sejarah penglibatan kerja bos saya, 7 tahun. Untuk dia lamalah. Untuk saya yang merupakan projek pertama saya, ini merupakan projek paling awal saya. Haha. Muntah dah rasanya tengok BQ dan claim tu. Lagi-lagi dengan perangai orang yang bermacam-macam tu. Saya perlukan perubahan. Tolonglah habis juga projek tahun ini. Tolongggg.. 

Seperti biasa akan ada sambutannya secara besar-besaran. Sambutan sebanyak dua kali dibuat oleh JV company dan Gamuda sendiri. Tahun ini bertempat di dewan komuniti TTDI untuk JV staf dan di ruang legar Gamuda Tower untuk Gamuda staf. Kami mempunyai permainan baru tahun ini. Gopro Paie. Sejenis kamera yang tengah in sekarang. Digunakan untuk selfie secara berjemaah. Kameranya kecil sahaja. Tetapi, ruang lingkup bergambar sangat luas. Memang menakjubkan. Biasanya orang yang bersukan menggunakannya seperti diver, terjun dari helikopter ke dan untuk aktiviti-aktiviti lasaklah. Kami guna untuk aktiviti di bawah. Juga menarik.

 GoPro. Lebih kecil dari tapak tangan.(sumber : google image) 
 
Selfie secara berjemaah. Didatangkan dengan handle dan boleh disync (wifi) di smartphone anda. 

 
 Mencuba beberapa angle dan tangan siapa yang panjang boleh memegang handlenya

Gambar satu dewan tu masuk. Tak ke best?

 Dah kenyang makan, nak balik. Singgah dulu kat depan pintu dewan bergambar.

Kalau nampak macam orang pegang tongkat sambil senyum-senyum tu, dah tahulah sebab apa yer. 

Ni guna kamera telefon Ebah. Takde tongkat-tongkat dah. Minta tolong orang je. Lepas tu, kata terima kasih ya.

Outdoor is superb!! Natural lighting.  Tengok awan kat belakang tu. SubhanALLAH!

Bersama Kak Jumaya. Admin staf yang sempoi. Bawa motor besar kot kakak ni. Hebak!

Anis tengah tengok telefon untuk pastikan gambar semua orang pun cun. 

Hari ini, Gamuda pula membuat sambutan tahun baru di lobi Menara Gamuda. Makan percuma lagi. Aktiviti selfie berjemaah diteruskan lagi. Semalam dah siap-siap charge gopro tu. Hehe.

 Yee Sang. Sign of prosperity bagi orang cina.

Sambil kacau-kacau, sambil sebut kaya-kaya. Hehe.

Mari kita mulakan. Hehe..
 Dari sudut sini pula.  Sila cuba di beberapa angle ye kawan-kawan.

Ebah pula yang pegang. 

Orang lain dah balik pejabat dah. Kitorang sempat buat kerja macam ni sebelum nak balik pejabat. En Nadzri pun melayan je anak buah dia ni. Hehe. 

Dari tingkat 15 kami bergambar. Pemandangan kat belakang sebenarnya sangat gayat.

 Dah kenyang semua dan menunggu singa datang bagi ong kat pejabat kami.

Dalam pejabat ni sebelum kantoi dengan bos besar. 

 Singa tengah kopek limau yang diletakkan bersama angpau di tempat Kenny. Angpau singa ambil.

 Memberikan blessing dengan berjalan ke setiap tingkat pejabat kami. 

Satu lagi keunikan Malaysia yang saya syukuri kerana mempunyai berbilang kaum di dalamnya. Menyambutnya sambutan Tahun Baru Cina selalu mengujakan saya. Tarian singa, alat mainan yang kuat dengan drum dan semuanya, mercun lagi, angpau dan limau juga. Oh, saya mendapat limau dari tukang yang menjaga singa ini semasa dia lalu di hadapan saya. Semua ini saya raikan. Bekerja bersama syarikat yang hampir 80% adalah cina mengajar saya sikap toleransi yang kuat. Selain menghormati kepercayaan dan kefahaman mereka selagi ia tidak bertentangan dengan Al-Quran dan Sunnah, pengalaman ini juga menjadikan saya lebih terbuka. Benarlah firman Allah yang bermaksud :

" Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal." Al-Hujurat : 13 

Semoga kita tergolong di dalam golongan orang yang bertakwa.

Love..