Nampak semangat tak saya menulis blog semenjak dua menjak ini? Hehe. Saya terkagum melihat bloggers yang sibuk dengan kerjaya (doktor, peguam, ustaz, dan sebagainya) dan sudah berkeluarga, tetapi masih sempat menulis di blog. *kagum* Jadi, kira mencabar dirilah ni yang masih bujang trang tang tang untuk menulis. Selain itu, tak lain dan tak bukan saya juga yang akan membaca blog sendiri nanti. Sekian. Haha.
Kami menyambut kelahiran seorang lagi geng pejabat yang merupakan rakan sepejabat Ebah dan telah menjadi geng kami. Atteya Nasyiela ni bagi saya seorang yang kelakar, cerdik dan cantik. Selain pandai memasak dan pandai juga memakan. Really enjoy foods. Dia berkongsi minat itu bersama teman lelakinya Alif. Aktiviti berdating mereka adalah menjelajah ke semua Restoran yang dikatakan sedap di Lembah Klang.
Seronok sebenarnya geng kami ni, mesti tidak lupa merayakan majlis hari jadi ahli-ahlinya. Terima kasih Ebah dan Ili. Kami ikut sahaja memeriahkan majlis. Kali ini kami ke Texas. Kedai burger yang baru dibuka di bangunan baru berhadapan pejabat kami. Jalan kaki sahaja kami ke sana. Menarik.
Jauh tak kitorang makan? Kat Texas tau.
Cup cake untuk sambutan kali ini.
Tak perlu diperkenalkan lagi.
Ira pun boleh tahan kelakar juga.
Tarzimi yang kadang-kadang loklak sangat.
Azlan the typewritter. Hehe. Budak sepejabat Ebah.
Sahabat sejati.
Birthday girl diapit dua orang kuat untuk sambutan ini
Sambut di luar bangunan tanpa kipas. Panas kot. Dah rasa macam kat Texas betul dah.
Sempat lagi bergambar tu. Nak balik pejabat sudah.
Antara interior design di dalam bangunan ini. Kalau hujan, bolehlah pinjam. ;p
Petangnya sebelum balik, Ili mencadangkan kami bergambar bersama kerana pada hari itu secara kebetulan majoriti kami memakai baju berwarna biru. Hasilnya seperti aksi-aksi di bawah. Faezah pula tiada di pejabat semasa itu. Sementara kami menunggu, kami berlatih dahulu bergambar. Faezah dah biasa dengan kamera kerana dia merupakan artis di dalam kumpulan kami. ;p
Action
Tengah ambil mood marah
Aksi comel
Bersilat sambil menari bersama Otroman
Yeeehaaa....
Ok, artis dah masuk. Senyum. :D
Arghhhh...
Rumah kecil, tiang seribu. Kaitan?
Orang lain tema nasyid, Adli stail Pak Aziz Satar, orang kaya jalan macam tulah.
Lihatlah dunia. Kalau boleh karate ni sedap gak. Haha.
Gambar ni best. Bila saya melihatnya, teringat kepada gambar yang Ili hantar di whatsapp group kami.
Sejibik macam Adli. Haha.
Yang melayan kami pastinya Anis dan Paie. Menjadi photographer tak bertauliah mesti kuat iman. Kalau tidak, mahu tergelak-gelak bersama kami. Aksi bermacam-macam. Perangai pun masing-masing boleh tahan pelik. Walaupun merasa sudah sedikit bosan di pejabat dan sedang mencari momentum dalam kerjaya saya, inilah kegembiraan saya. Alhamdulillah. Terima kasih Allah untuk kasih sayang ini.
Baliknya, saya makan malam bersama Encik Anuar, Cik Jamaliah dan Mak Ina. En. Anuar dan Cik Jamaliah mahu mengaktifkan semula YPU dan CENPEACE. Begitu juga KAMY. Saya gembira mendengarnya. Kegembiraan kerana saya sukakan aktiviti-aktiviti kesukarelaaan. Tetapi risau. Saya merupakan setiausaha KAMY dan di bawah saya tidak banyak aktiviti dijalankan. Saya tiada masalah untuk menyertai aktiviti, tetapi untuk menganjurkan dan mengajak orang, sepertinya kepakaran saya bukan di situ. Terlalu banyak amanah saya yang kurang disempurnakan dengan betul. Terutamanya amanah terhadap diri sendiri. Allah, semoga tidak menghalang saya di akhirat kelak jika disoal. Ada banyak benda yang saya perlu belajar lagi.
Saya bersolat Isyak di YPU. Selepas itu bersembang bersama Cik Jamaliah. Cik Jamaliah bercerita pembabitannya semasa ABIM ditubuhkan di peringkat awal. Beliau banyak berkesempatan bekerja bersama-sama dengan orang-orang hebat di dalam ABIM. Orang yang bekerja untuk perjuangan Islam. Antara yang saya teringat adalah pengenalan tudung boleh dikatakan hasil usaha Anwar Ibrahim dan Al-Mathurat juga di bawa oleh beliau bersama ABIM. Selama ini, saya memang menyertai aktiviti-aktiviti bersama YPU dan berjumpa dengan orang-orang yang hebat di dalam lapangan masing-masing. Tetapi, rasa biasa sahaja. Haha.
Cita-cita saya tidak tinggi. Eh, ada ke cita-cita? Huhu. Saya tidak biasa bermimpi. Biasanya menjalani kehidupan sebagai seorang marhaen sahaja. Alhamdulillah, Allah menempatkan saya bersama-sama orang yang hebat dan terpandu sedikit kehidupan saya tanpa perlu berfikir. Tetapi, sejak mendengar Hilal Asyraf, sekarang saya sudah mula memikirkan apakah yang saya telah sumbangkan kepada dunia? Selama ini melalui kehidupan biasa-biasa sahaja. Bila mahu menjadi luar biasa? Mungkin Allah mahu saya mengutip hikmah di sini. Melalui KAMY. Tetapi dia adalah satu struggle untuk saya. Berperang dengan diri sendiri.
(Surah Al-Baqarah : 216)
Hanya kepada Allah saya memohon diberi petunjuk dan panduan untuk kehidupan yang hanya sementara ini. Bantulah hambaMu yang lemah ini Ya ALLAH.
Love.