Jika ada tugasan memasak nasi menggunakan periuk nasi yang besar, nama saya akan naik. Serahkan pada yang ahli. Hehe. Ahlilah sangat. Dapat kemahiran mengendalikan alatan itu pun selepas diajar oleh ayah. Maka nenek lebih selesa menyuruh saya memasak nasi. Kira jika syarat untuk berkahwin adalah pandai masak nasi. Saya sudah lulus. Hihi. Hari itu, nenek menyuruh saya memasak sebanyak 21 gayung. Wah! Memang banyak. Keluarga kami, jika masing-masing pulang memang sudah boleh buat kenduri. Hari itu, nenek kata adiknya mahu datang beraya. Jadi, mahu memasak lebih untuk makan tengahari mereka sekali.
"Adik nenek nak datang beraya." Cerita nenek ketika saya sedang membantu di dapur.
"Adik nenek yang mana? Kat KL tu ke?" Tanya saya pula.
"Ha'ah. Dah ada kat sini dah. Tidur kat Batu Berendam. Nanti nak datang sekali dengan adik ipar nenek." Nenek menerangkan.
"Ooo." Saya mengiyakan sambil menyambung kerja.
"Nenek dah tinggal dua beradik sahaja. Adik beradik tak ramai." Nenek menyambung ceritanya.
"Oklah nenek, ada lagi seorang dan sekurang-kurangnya rapat dan boleh bercakap. Nenek Sa'abah dahlah ada dua beradik sahaja, tidak rapat pula." Saya menyambut kata nenek. Teringat nenek sebelah ayah saya.
Tok Long (abang nenek sebelah ayah) saya, selepas berkahwin sudah seperti melupakan keluarga. Cerita siapa entah yang saya dengar dulu. Saya rasa semenjak saya bekerja baru saya kembali mengenali abang kepada nenek saya itu. Dahulu seperti tiada sahaja. Mungkin juga kerana dahulu Tok Long duduk di Utara dan baru berpindah ke Sepang beberapa tahun kebelakangan ini. Saya teringat, nenek mahu menyinggah ke rumah Tok Long sewaktu saya menjemput nenek untuk di bawa ke Klang semasa majlis perkahwinan Along saya. Malangnya, tiada rezeki kerana saya telah melalui jalan yang salah. Tetapi, ayah saya sekarang sudah rajin membawa nenek saya ke rumah Tok Long jika nenek turun ke Klang. Dalam perjalanan pulang ke Melaka, nenek akan menyinggah ke rumah abangnya dan ayah akan menemaninya. Setelah itu, nenek pulang ke kampung dan ayah pulang ke Klang. Alhamdulillah.
Ketika dalam perjalanan ke rumah terbuka sepupu nenek Sa'abah. Saya menceritakan perbualan saya bersama nenek Rammelah kepada nenek Sa'abah saya. Nenek tersenyum sambil berkata yang Tok Long pernah menelefonnya untuk bertanya khabar baru-baru ini. Muka nenek sangat gembira. Nenek mahu menelefonnya untuk mengucapkan Selamat Hari Raya, tetapi terlupa. Alhamdulillah. Di saat-saat terakhir ini Allah membukakan hati Tok Long saya untuk mencari keluarganya. Semoga ianya kekal sehingga selepas kita tidak lagi di dunia ini. Adik-beradik, ibarat air yang dicincang tidak akan putus.
Saya dibesarkan dalam keluarga yang ramai. Adik-adik di depan mata semuanya. Baru-baru ini saya mendapat khabar adik saya baru bercinta sahaja saya sudah merasakan jauh dengan saya. Apatah lagi jika memang tidak bertegur. Huhu. Macammana agaknya perasaan nenek selama ini? Allah. Walaupun nenek tidak mendapat kasih sayang dari adik beradiknya, tetapi nenek tidak lokek memberikan kasih sayangnya kepada anak-anak dan cucu-cucunya. Harus contohi ini Nadiah. Nikmat keluarga dan adik-beradik yang ramai dan rapat ini memang sangat-sangat saya syukuri. Saya berdoa kami dikuatkan ikatan kasih-sayang sesama kami di dunia ini dan pastinya untuk bertemu di syurga kelak.
p/s : Doa diberikan kekuatan dan kemenangan juga saya panjatkan untuk semua para pejuang di Mesir dan Syria yang sedang berjuang mempertahankan hak dan menentang kezaliman di sana.
Love..
No comments:
Post a Comment