"Dan sesungguhnya akan kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutanm kelaparan, kekurangan harta jiwa dan buah-buahan dan berikanlah berita gembira kepada orang yang sabar"(Surah al-Baqarah ayat 155).
Janji ALLAH itu benar, Alhamdulillah, tahun ini senior saya mula berubah sikap. Dia lebih terbuka dan mudah menerima pendapat orang. Dia mula rajin bercerita mengenai keluarganya dan saya mendapati kehidupan zaman kecilnya susah. Kami sudah mula bertukar pendapat mengenai pekerjaan kami. Dia mula berkongsi semua maklumat yang sebelum ini hanya disimpan mengenai projek ini yang melibatkan private and confidential daripada saya. Saya bersyukur dengan perubahan itu. Pada hujung tahun lepas semasa dievaluasi En Nadzri mengenai pekerjaan saya sepanjang tahun, saya merasakan saya tidak banyak berubah dan ilmu saya tidak bertambah (dari segi kerjayalah) sepanjang tahun yang lepas. Jadi, saya bercita-cita untuk meningkatkan ilmu QS yang dapat digunakan selepas projek ini. Dan ALLAH membuka jalan dengan perubahan sikap senior saya itu. Saya perlu mengutip sebanyak ilmu dari senior-senior dan bos-bos saya. Mr Looi merupakan seorang profesional. Dia memang bersemangat untuk menyuruh kami menjadi chartered QS. Semasa berbincang, baru kami mengetahui yang sebenarnya pakej kami ini mempunyai banyak masalah. Semua benda boleh dipelajari kata Mr Looi. Rajin-rajin bertanya mengenai benda yang kami tidak ketahui dan jangan mengandaikan (assume), kerana mungkin salah atau kalau betul sekalipun, mungkin ada benda lain yang kami boleh tambah untuk maklumat itu dan benda itu bos kami tahu melalui pengalaman kerja mereka. Selain itu, Mr Looi juga menyatakan bahawa kami telah memilih jalan hidup sebagai QS, maka kami perlu menempuh semua halangan yang ada di hadapan dan dia akan membantu untuk menjadi QS yang lebih berjaya. Cita-cita saya yang baru, untuk menimba ilmu QS sebanyak mungkin pada tahun ini dan setelah habis projek ini, saya dapat mengaplikasikan ilmu ini pada projek akan datang. Mari Faezah, kita bersama-sama menyahut cabaran Mr Looi. :)
Satu nikmat di alam pekerjaan saya yang tidak saya dustakan ialah kawan-kawan saya yang saya sayangi. Malam Selasa lalu, JVians telah membelanja kami Gamudians sebagai timbal-balas kami membelanja mereka bulan lepas. Yang comelnya kawan-kawan saya ini, mereka menunggu saya pulang dari Langkawi baru membuat majlis ini. Perancangan awal untuk membuatnya pada hari Isnin tetapi ditangguhkan. Terima kasih korang. Makan di The Street The Theobrama Chocolate Longue sambil membuat aktiviti tahunan kami-menyambut harijadi Ili memang menyeronokkan. Tetapi, service pada malam itu sungguh hampeh. Mungkin disebabkan oleh semua mahu makan sempena Valentine's Day, tetapi di dalam restoran itu tidaklah ramai orang. Mujur mejanya seperti sofa di rumah, maka saya dapat bermalas-malasan je semasa menunggu.
Love..