Thursday, July 17, 2025

Siri Meminta dengan Allah

Sekarang aku banyak kerja. Banyaknya yang sampai aku fokus buat pun tak siap-siap kerja aku. Biasa habis forecast, aku ada free sikit masa nak berehat setelah dua minggu bertungkus-lumus. Oh, kali ni aku tak lambat buat payment. Semua on time kecuali satu payment yang aku baru dapat dari Calbah. Calbah pun sebenarnya dia dah email ke Chin, cuma chin tak prepare. Tapi, malas aku nak kata yang Chin tak prepare, aku kata je aku baru dapat dan nak process je benda tu walaupun invoice dia bulan April. Ada HP Rural pulak, aku selesaikan problem dia dari masa 2023 zaman Justin buat. Pat yourself on the back.

Aku banyak kerja sampai aku bagitau mak aku minta doakan aku banyak sangat kerja tak siap-siap ni. Aku pun jadi penat asyik bagitau orang aku banyak kerja. Haha. Pastu aku teringat, Neelofa pernah kata dia kalau ada apa-apa dia akan minta merengek2 dekat Allah dalam sujud dia. Aku dulu mula2 dengar, buat juga. Doa waktu dalam sujud. Lepas tu, lupa tak buat dah. Kerja minta doa dari mak je. Diri sendiri taknak doa. Haha.

Hari Khamis lepas aku puasa. Nenek pesan, bila bangun sahur tu, tahajud sekali. Alang2 dah bangun. Memang aku praktikkan Alhamdulillah. Pahala mengalirlah untuk nenek aku sebab ajar aku benda ni. Aku rasa penat sangat minggu lepas sebab semua benda nak urgent dan macam pack je. Time aku solat tu, aku nangis dalam sujud. Kata dengan Allah, penatlah banyak kerja. Tak rasa boleh buat dan selesaikan. Aku merengek2 dalam sujud tu. Aku tak rasa aku susah sangat sebab masih tak bangun tahajud. Buat ni pun sebab alang2 dah bangun. Rupanya ya, aku penat tapi sebab hari2 aku penuh jenuh, aku takde masa bertenang dan fikir. 

Aku doa kat Allah, takpe banyak2 kerja ni, aku terimalah semua ni untuk Dia dan jadikan aku lebih baik dan bermanfaat untuk orang lain. Tapi, tolong aku juga Ya Allah. Tak larat. Aku nangis. Huhu. Tak sangka, aku boleh selesaikan payment schedule dan masalah2 lain untuk proceed benda lepas tu. Rasa excited sangat. Benda ni doa yang aku pernah minta dulu, nak jadi macam Ai Tee. Boleh tolong selesaikan masalah orang. 

Perasaan pagi Khamis tu lain macam lepas aku sorang2, doa dan minta Allah tolong, ngaji dan zikir sampai lepas subuh, SubhanAllah. Aku pernah juga dengar Ustaz Adi Hidayat cakap pasal istighfar lepas Subuh dan tahajud. Lepas dapat perasaan tu, pergh. Memang lain. Aku tenang je buat kerja Khamis tu. Banyak juga benda settle dan hari tu, aku dapat solat awal waktu. Benda yang aku doa masa sujud solat Subuh. Neelofa kata, kalau dia nak apa2, dia akan minta time sujud. Sesimple nak minta bagi anak dia ada selera makan. Itu je. Jadi, masa sujud subuh tu, aku minta nak solat awal waktu hari tu. Alhamdulillah. Pastu minggu ni, aku solat laju2, tak doa apa2 pun dalam sujud. Hampeh Nadiah. Tak konsisten.

Hari Jumaat lepas pula, aku nak balik awal dalam pukul 3 sebab nak pergi Perisher dengan budak2 single dan Ain. Kitorang nak gerak dalam pukul 4 dan aku tak siap kemas baju lagi. Haha. So, aku memang target buat dua benda je hari tu. Nicole pula rancak ajak borak. Haha. Aku layankan je. Aku berajaya selesaikan satu kerja. Tengah nak buat kerja lagi satu, macam susah sikit sebab kena guna sistem ACC. Aku tak pernah guna lagi. Aku ingat nak tanya Chin camne nak buat. Dalam pukul 12 tengahari, Chin text aku nak minta tolong. Nak download report, empat bulan punya, ada setiap hari. Aku tak boleh kata tak sebab dia jarang nak susahkan aku kalau tak betul2 susah. Lagilah aku dah bagitau dia, aku nak balik awal. Mesti dia terdesak juga tu. Lepas dia explain semua cara nak buat dan aku tengok benda tu. Aku pun decide untuk buat kerja aku tu hari Isnin sebab nak study balik. Aku nak buat kerja Chin je. Tapi, aku pun tak sure boleh buat kerja Chin ke tak sebab waktu tu dah pukul 1. Aku nak balik pukul dua sebab aku nak lari jap pergi cari glove. 

Lepas Chin explain, aku pergi solat. Aku nangis sebab tak tau nak buat camne. Nak tolong Chin, nak balik awal, kerja aku lagi. Aku doa je time sujud tu, minta Allah tolong. Wei, lepas aku sampai workstation aku, Chin text kata tak payah buat benda dia. Dia dah dapat cara cepat download semua. Aku nangis balik. Sayangnya Allah kat aku. Dia nak aku minta je kat dia. Dia bagi problem tu, Dia nak kita minta dengan Dia selesaikan. Aku ingat selama ni, aku buat kerja tu semua atas aku. Sebenarnya tak, semuanya atas Dia. Aku selalu lupa tu. Lepas Chin kata tak payah, aku brief dia kerja yang aku pending. Memang tinggal satu je Isnin nanti aku nak buat dan lagi satu, aku dah sent out signature dan Chin review terus dia sign. Waktu tu terasa tinggi kebergantungan dengan Allah. Dapat rasa perasaan tu. 

Lepas tu, hujung minggu aku berhuha-huha dengan budak2 ni. Pastu Isnin aku rasa biasa je. Solat pun hujung2 waktu, takde kerja urgent pula tu. So, banyak benda aku take my own sweet time sampai aku tak berjaya buat target aku untuk Isnin tu.  Aku berjaya siapkan kerja yang aku nak buat tu tadi Khamis. Pastu haruslah tak bangun tahajud sebab tak puasa. Rugi betul.

Tadi aku dok fikir, takkanlah nak tunggu ada problem baru nak bangun? Kena rajin puasa camni kalau nak paksa bangun sahur. Ada lagi tiga hari nak kena gamtu. Beruntung betul yang bangun tahajud hari2 atau kerap ni. Allah pilih korang untuk bangun dan nak makbulkan doa korang. Semoga aku kuat lawan diri sendiri dan bangun untuk borak je dengan Allah. Waktu siang tu macam sibuk je dengan urusan. Malam tu tenang je. Tulis sini untuk peringatan kepada diri sendiri. 





Will. Not. Repeat. 

Love..

Wednesday, July 9, 2025

Mengambil Tanggungjawab

Aku baru habis meeting dengan management. Mula-mula meeting, Tom dah kena sebab hantar lambat forecast. Tom macam biasa lagi. Tapi, dia defend diri dia juga sebab benda baru yang dia buat ni ada 200 cost code kena tengok. Tu pun dia dah closed banyak, jadi 98 je. Pastu dia say sorry kat Sue. Pastu tengah-tengah discuss, John Gadallah dapat tangkap mistake kitorang dalam forecast workbook. Dua pula tu. Satu Daniel Boylan punya salah. Yang kedua Evan punya salah. Tom terima je salah tu, tak mention pun Dan yang buat silap tu. Sebab dia dah amik tanggungjawab tu, dia yang bear semuanya. Walaupun selalu je dia kata, ‘If got anything, you can blame me.’ Dan aku akan reply, ‘We don’t play the blame game here.’ 

Pastu second mistake, Evan punya salah. Sebab benda tu, Tom pun tak tengok sangat, Chin yang jaga. So, dia politely kata, ‘Chin, I need your help explaining this. You’re more familiar than me.’. Pastu Chin pula explain, macam tak convincing. Aku pelik. Dia lagi tahu sepatutnya. Kitorang dah discuss. Aku yang tak pernah-pernah cakap dekat meeting tu, pun jadi bersuara nak explain benda tu. Tapi, still John taknak approach tu. 

Bila keluar bilik meeting, Chin, Tom dengan aku borak pasal meeting tu. Rupanya, Chin taknak explain sebab nanti nampak lagi banyak salah. Cara Evan tu salah. Aku kalau jadi macam tu, aku rasa aku akan kata, ‘Previously did like that, I just follow.’ atau aku akan kata ‘Evan yang buat.’ Not to blame, just state the fact. Cuma bila nampak Tom take responsibility benda yang dia buat tu, memang another level manager ni. Aku takde skill tu lagi. Lepas tu Tom kata, cara yang dia buat tu adviced by Hau Wei. Dia cuma ikur arahan je. Pun dia tak mentioned dan blame Hau Wei dalam meeting tu. 

Aku rasa, biasanya aku takkan salahkan orang juga, cuma aku akan bagitau orang sebelum ni buat macam tu, aku cuma sambung je. Contoh macam aku tengah buat payment ke subbies yang aku amik dari Justin. Kalau benda tak besar, aku just follow je precedents. Walaupun geram je format dia kejap camni, kejap camtu. Aku tak boleh manage lagi betulkan ikut format aku. Kerja aku non-stop sekarang (not to complaint. Bagitau fakta je). 

Aku cerita kat Nicole, John caught kitorang macam ni macam tu dalam meeting. Macam susah jugalah meeting tadi. Pastu aku pergi solat. Tom datang tempat Nicole, bila Nicole tanya ‘How is it?’ Tom reply, ‘Under control.’ Nicole balas, ‘But I heard different version from Nadiah.’ Haha. Susahlah ada beberapa sudut pandang ni. 

Bila aku start tengok orang lain ni, wei susah betul nak interaksi dengan orang ni. Bila kau cakap, orang lain ingat kau nak blame dia. Dan aku pula jenis suka cerita dan ada beberapa versi. Depends kepada siapa yang aku cerita. Kalau rapat, banyak sikit input dia. Aku pula dah ar jarang bagitau apa yang aku rasa. Kadang-kadang takde perasaan yer pun. Cuma bila ada benda nak cakap tu, orang lain ingat lain dah. 

Overall, Tom okay je kot. Dia jenis happy go lucky. Semoga dia sentiasa tenang dan dapat selesaikan semu masalah. Tadi masa meeting, aku sampai baca doa Nabi Musa untuk Tom. Semoga apa yang dia cakap, orang lain faham. Haha. Kesian juga dia kena amik tunnel ni dengan banyak damagenya. Tapi, dia mesti someone yang layak. Sebab tu dapat position tu. Setahun lagi Tom, 12 kali lagi meeting dengan management. Haha. Marilah kita berhuhu. 

Tom bawa Hew dengan Alvin sekali

Ayuh pulang


Makan-makan

Makan-makan dua

Aku tengah praktikkan satu dalam benda dalam hidup lepas dengar ustaz Azlan pada minit ke 3.41 dalam videon bawah ni. Slow Productivity. Ada tiga benda yang tengah praktis iaitu :-
  1. Do fewer things. Less is more
  2. Work on natural phase - buat benda ikut seasons
  3. Quality over quantity (Obses over quality) - aku banyak benda sekarang ni, tapi tengah buat satu2 benda at one time. Takyah multitasking sangat. Lebih fokus. 


Buku ni yang Ustaz Azlan cadangkan, dan aku check ada kat library Parramatta. Benci betul sebab access semua ada kat aku. Nak lawan nafsu malas diri sendiri je. Semog saya berjaya lawan dan rajin baca buku. 


Love..

Monday, June 30, 2025

The First Night with the Duke

Punyalah lama dah tak membaca buku yang panjang, aku habiskan baca webtoon cerita ni dalam sehari. Cis sungguh Nadiah ni. Gigih pula aku tanya Alin nak baca webtoon takyah bayar. Maka, jumpalah aku laman web ni. Aku habiskan dari pukul 10 malam macam tu sampai pukul 2 pagi rasanya. Giler betul, takde ketahanan diri sendiri. Esok nak pergi kerja. Kalau buat test marshmallow tu, mesti gagal. Apa test marshmallow tu, yang ni. Dia test untuk delayed gratification. Aku gagal. Haha. 


Cerita ni pula tayang dekat VIU. Haruslah aku takde akaun dia. Gigihlah aku tengok kat tik-tok. Kalau terus tengok sehari selepas official tayangan, sub-indolah yang aku jumpa. Kalau dua hari lepas macam tu, ada sub english. Gigihnya saya. Haha. Aku suka tengok Seohyun dalam cerita ni. Dia dah banyak beza dari We Got Married dulu. Lebih santai dan terbuka dan pandai berlakon juga. Improvelah lakonan dia berbanding cerita dia dengan IU dulu, Scarlet Heart Ryeo.  Pastu aku pernah tengok satu cerita lagi dulu, Anti-fan apa benda entah. Pun tak berapa pandai berlakon lagi. Haha. Yang ni kira macam banyak juga screentime dia compare Taecyon. Pastu cerita ni pun laju juga sebab mungkin ada 12 episod je. So, dah dalam episod ke-6 ni dah banyak plot dari webtoon tu dah settle. Dalam webtoon tu siap ada dalam 84 siri. Pastu siap ada spin off bila diorang pergi honeymoon bagai. Tak tau macammana diorang akan masukkan ke tak dalam drama tu. 

Watak Cha Sun Cheak ni comel tau. Sebenarnya dia watak sampingan je dalam novel, tiba-tiba dia jadi heroin pula. Mula-mula dia taknak, tapi lepas tu terima kenyataan yang hero tu memang nak dia. So, dia fight untuk jadi watak heroin. Biar sama layak dengan hero. Pada masa yang sama, dia baik je siap nak jodohkan heroin utama dengan second hero dalam cerita ni. Ada sekali dia mengaku dengan hero, dia tak nak hero tu ingat dia baik sebab tu dia taknak kawen dengan hero. Pastu hero tu kata, dia tak pernah anggap heroin tu baik, dia rasa heroin tu berlagak. Haha. Benar, kau boleh suka kat orang yang berlagak juga. Sini rujukan aku di masa mendatang. Haha. 

Aku suka satu scene dalam webtoon, bila heroin rasa bersalah sebab asyik susahkan hero je. Bila dia cakap dengan hero, hero tu kata, dia okay dan suka je clean the mess yang heroin tu buat dengan gunakan kapasiti yang dia ada. Kat sini. Argh comel. Huhu. Memang saling melengkapkan. Walaupun drama je, aku suka. 

Oh, cerita pasal marriage ni, aku macam dah lama tak bercerita perihal rumah tangga orang kat sini. Baru-baru ni igs isteri kawan aku macam banyak luahan hati. Aku tanya Faezah, dia pergi korek. Isteri kawan aku nak bercerai dengan kawan kitorang sebab dia curang dengan geng basikal. Bodoh punya jantan. Dulu time nak ngorat, sampai ke Korea kau pergi. Dah dapat, kau tak setia pula. Bila hari diorang decide untuk cerai tu, aku wish isteri kawan aku all the best dan tak kata apa-apa pun dekat igs kawan aku. Entahlah, di satu point sampai sini jelah jodoh diorang. Tapi, sebab kau tahu alasan tu sebab curang, aku jadi sedih.

Aku pernah dengar Ustaz Azlan pernah share satu hadis ke apa aku tak sure. Syaitan-syaitan ni buat report dekat ketua Iblis apa yang diorang dah buat kat bumi. Ada setan ni kata, dia dah buat orang mencuri, membunuh camtu ar. Iblis kata tahniah je. Ada sekor setan ni kata dia dah buat satu pasang suami isteri bercerai, ketua Iblis ni siap bangun dari singgahsana dan pergi peluk setan ni nak kata tahniah. Punyalah pencapaian yang terbaik setan ni kalau berjaya buat pasangan bercerai. Semoga dipermudahkan urusan isteri kawan aku ni dan semoga kawan aku belajar dari benda yang jadi ni. 

Love..

Sunday, June 29, 2025

Penat dan Syukur

Bulan ni sangat sibuk. Sangat sibuk tetapi masih Alhamdulillah tidak stress. Apa indicatornya? Tak naik sore dekat bibir. Haha. Kalau aku tahun lepas mula-mula datang buat Cost Controller je, aku ada dua minggu free lepas forecast presentation. Tetapi hujung-hujung tahun, dah tinggal seminggu je sebab dah buat kerja Contract Admin, payment kepada subcon. Baru-baru ni lepas Justin pergi, aku takde langsung masa free. Dia pergi bulan lima masa tu. Aku amik dia punya subbies untuk buat payment. Lepas habis forecast, aku settlekan semua benda post-meeting forecast sampai aku tak sempat buat payment schedule.

Last week, aku stay lambat sikit (biasa balik pukul 4.45pm, tetapi hari tu aku amik bas 5.40pm) untuk buat satu payment kepada subbie. Ada dua payment kepada subbie yang dah delay issuance certificate. Kat sini, 10 hari je untuk prepare certificate, pastu 10 hari untuk bayar. Kalau kat Malaysia, 30 hari prepare certificate, 30 hari buat payment. Ko bayangkan senggang masa dia beza nak mampui. Bila aku dah sent out untuk minta sign, Chin nak sign dia tanya aku, kenapa lambat issue? Aku okay tak? Aku kata okay je, tengah nak manage kerja sekarang sebab ambil dari Justin. Dia okay je. Pastu aku cakap, ada lagi satu aku nak issue kejap lagi dan aku harap, bulan ni je aku miss benda ni. Next month, aku akan buat ikut time frame. 

Kerja memang banyak, tapi aku tak stress sebab Chin tak push sangat dan tak blame pun aku lambat issue certificate. Tapi, bila aku balik kat tempat aku, aku nangis. Haha. Aku pun tak tau sebab banyak kerja ke, sebab Chin tak marah ke, sebab apa. Tapi, aku enjoy je nangis tu. At least, adalah sikit perasaan tu. Aku buat kerja sambil mata bergenang-genang. Takdelah teresak-esak dan takde orang nampak. Sambil-sambil nangis tu, aku buat kerja. Habis nangis tu, aku lega sikit dan masih buat kerja. Alhamdulillah. 

Tengah-tengah buat kerja tu, Mira text aku kata dia stress, nak nangis. Dia ada problem dengan engineers dia kat Parramatta. Dulu ada dua orang engineer yang dah resign, sangat helpful. Sekarang dia macam takde sokongan kat situ. Dia sampai kata nak balik Malaysia sebab stress. Dia kata, dia nak nangis. Aku kata, nangis je ar. Pastu dia nangis kat tempat dia sambil mengadu-ngadu masalah dia. Aku being a good listener, aku pun acknowledge je perasaan dia tu. Aku kata, ko buat je kerja ko. Kalau rasa nak marah engineers tu, marah je. Lemah diorang ni kat sini, tak pandai buat kerja sebab tak pernah kena marah. Kalau rasa nak balik Malaysia, bincang dulu dengan bos dia. Dia menangis sambil tanya aku, bila aku last nangis kat sini? Dia rasa sebab jauh kot dari Malaysia, dia rasa sunyi. Aku kata je, aku baru lepas nangis. Haha. Macam kelakar aturan Allah ni. 

Dulu masa dekat Malaysia, aku selalu kagum dengan Faezah, dia selalu ada jawapan untuk soalan-soalan orang-orang keliling dia. Aku macam tak banyak boleh bagi nasihat kat orang, aku lebih kepada a good listener. Bercita-cita juga nak bagi nasihat kat orang. Tapi, biasanya akulah yang kena dengar nasihat dari orang keliling. Haha. Bila aku bagi kata-kata nasihat kat Mira, dia sampai kata, 'Wei, kenapa ko function sangat. Aku suka kata tu.' Aku sampai kena istighfar dan minta Allah jauhkan dari riak sebab ni semua atas sebab Allah je. Bukan atas aku. Aku perantara je. Banyak je aib aku yang Allah tutup dari orang lain. Bila fikir-fikir balik, eh aku pernah minta benda ni dari Allah. Nak boleh bagi nasihat dekat orang dan Allah makbulkan. 

Segala Puji untuk Allah Yang Maha Baik dan selalu memudahkan urusan aku kat sini. Dia tak mudah sangat, banyak kerja, tapi aku tenang. Alhamdulillah. Asbab ketenangan ni, aku boleh bagi kebaikan kepada orang sekeliling. Semoga Allah memudahkan semua urusan orang sekeliling aku dan menemukan jalan keluar untuk semua permasalahan mereka. 

Ladies AJK masa sambut raya haji masa tu

Nak kena tulis pasal ni


Malaysian in Sydney

Bunga untuk Huda

Easy isn’t fun


Love.. 

Monday, June 23, 2025

Tanggungjawab - Cost Controller

Diam tak diam, dah setahun setengah dekat Australia. Mula-mula dulu, nak cuba untuk habiskan project sini je, dalam dua tahun project ni habis. Sampai sini, ada extension of time pula. Which is baguslah untuk aku. Boleh stay lagi sini. Sebab Gamuda tak menang lagi apa-apa projek sekarang. Memang satu ni je ar. Lepas tu, ada beberapa shortlisted untuk project dam ataupun hydro. Biasa projek macam ni, dia akan jauh ke dalam pedalaman. Tengoklah camne nanti. Fikir lepas dah habis WTP ni.

Apa yang aku nampak setahun ni? Atau apa yang aku jadi setahun setengah ni? Basically, masa setahun yang lepas, kerja aku senang sangat. Aku memang rely on Evan sebab mostly budget dia yang jaga. Aku macam tak improve sangat knowledge aku. Tak deal juga dengan orang putih sangat, sebab bos aku Ian macam ada takde je dengan aku. Which is aku pun tak tau bagus ke tak. Aku buat kerja aku, dia tak kacau pun. Tapi, bila ada benda nak kena verify dia, banyak pula salah aku. Nampak tak, sebenarnya kau tak bagus pun. Cuma takde orang tengok, jadi nampak kau buat kerja okay je. 

Tahun ni, aku dah kena berdiri atas kaki sendiri. Evan dah kena transfer pergi tender team. Aku risau gila sebab UGS04 mostly dia yang jaga. Aku tolong run summary je. Yang masukkan ganti Evan, Tom dari Westmead. Dulu Project Manager Pei Wen. Pei Wen kata, Tom okay. Alhamdulillah, memang okay. Cuma lain cara Tom dengan Evan. Aku kena adjust cara approach dengan Tom ni. Kalau Evan, aku cakap sikit, dia dah faham apa aku nak or dah conclude apa aku nak. Pastu dia akan setuju or tidak dengan suggestion aku. Lain sikit dengan Tom, dia akan tunggu aku explain sampai habis. Baru dia akan react. Aku kena habiskan sentences aku tu. So, memang kena buat ayat complete. Haha. Dah lama sangat berdendang-dendang, memang sengaja diletakkan Tom tu untuk kau improve sikit English tu.

Tom Olorenshaw

Pastu sekarang Ian dah takde. Aku bawah Chin, apa-apa aku liaise dan harapkan dia. Ada beberapa isu, aku akan tanya dia. Yang major issue dia tolong settlekan adalah nak bayar subcon Furnace untuk repairing works after completion works. Mula-mula aku issue zero certificate sebab operation aku tak nak bayar. Lepas discussion antara subbie dengan Chin, Chin setuju untuk bayar sebab contract macam tak kuat dekat kitorang. Benda tu, grey area. Pastu masuk forecast, bila report overrun sebab tu, management minta review balik. So, adalah discussion dengan Tom, Rob (Plant Manager), Ahmed, Michael Zilman dan Chin on how to pay. Decide untuk bayar partially dulu. Waktu balik dari pejabat, Chin bagitau aku, lepas ni you manage yer you punya subbie. Haha. Dia tolong yang ni je. Lepas ni aku kena buat sendiri. 

Mula-mula fikir, asal pula? Kau kan bos aku, tapi fikir balik. Sudah-sudahlah bergantung dengan orang Nadiah, buatlah sendiri. Apa je yang akan jadi kalau kau settlekan sendiri? Mula-mula memanglah rasa takut, lama-lama akan biasa kot. Takkan lepas dua tahun kat sini, ilmu kau masih macam masa-masa kau datang dulu? Chin pula tak macromanage, banyak je benda dia let go. Pastu, kalau aku bagitau salah aku, dia tak blame pun. Dia kata, amik ini as lesson learnt. So, amik peluang ni. 

Farewell Justin. 

Aku baru-baru ni tengok interview Seohyun dengan Yoo Yeon Seok, dia kata sekarang dia dah outgoing sikit compare dulu. Haah, aku pun boleh tengok masa dia shoot We Got Married, sangatlah tertutup personality dia. Sekarang, macam lebih easygoing. Dia kata, dia fikir juga setiap kali, dia susah nak approach orang, dia selalu dengan unnie2 dia je. So dia buat macam mission untuk diri sendiri. Dia minta no telefon dan keluar makan dengan senior. Dia buat dalam 10 tahun macam tu. So, sekarang benda tu dah normal untuk dia. Tak susah sangat dia nak approach orang. Dan surprisingly, MBTI dia extrovert. Kalau aku tengok We Got Married, macam introvert. Susah diapproach. Memang Yonghwa dulu have a tough timelah dengan dia. Dahlah kena jadi suami isteri. Haha. 

Sama juga macam aku tengok Resident Playbook. Bila dah ending drama tu, sebelum diorang masuk Tahun Kedua, diorang recap dari mula-mula diorang masuk yang tak tahu apa, tak nak pergi kerja, selalu kena marah, selalu minta tolong senior dah bertukar jadi someone yang ada improvement throughout one-year tu. Dah seronok pergi kerja, boleh settlekan case sendiri, nak join tulis paper dengan Prof dan dah boleh berlawak sebab sebelum ni macam kaku je Sabi tu. Nampaklah berubah tu. So, Nadiah dah setahun setengah kat sini. Apa je yang kau berubah? Kalau tak banyak sangat, sila rancang untuk setahun akan datang. Rasanya selalu dah tulis. Tapi, tak tau bila nak startnya. Umur dah 40. 




Love..