Showing posts with label motivasi diri. Show all posts
Showing posts with label motivasi diri. Show all posts

Wednesday, August 20, 2025

Forecast Meeting Lagi

Minggu ni macam juga cuaca di luar, suram dan galau mengiringi hati. Hujan berhari-hari. Aku pun jadi lemau. Alasan. Haha. Tetapi, siapalah aku yang biasa-biasa je tanggungjawabnya merasa galau berbanding Tom. Kesian aku tengok dia, mesti stress betul. Mujurlah sejenis happy go lucky. Minggu lepas kitorang meeting dengan John hari Isnin dan kena tibai. Dia siap bawa masuk Alvin je sebab taknak Senior Engineer lain tengok dia kena tibai dekat bilik meeting. Bulan lepas, dia bawa Hew, Ahmed dengan Alvin. Lepas dah habis meeting, esoknya dia kata dengan aku memang nak amik cuti sebab dia buat forecast ni sampai kerja hujung minggu for the past two weeks. So dia nak spend masa dengan wife dia pergi lunch esok sebab anak-anak dia dekat daycare. Comel je Project Manager aku ni. Esok paginya, aku still terima email dari Tom minta update summary. Sebelum dia pergi lunch dengan wife dia, dia still kerja. Huhu. 

Tom dengan anak-anak dia
Isteri dia, Olivia

Update mira, aku naik kete Tesla dengan Tom. Haha


Hari Rabu pula, ada meeting dengan Simon pula. Aku lupa meeting tu dan pagi tu aku pergi naik bas ke Rosehill site. Dah satu kerja nak datang balik station street. Chin suggest aku pergi dengan Tom. Alamak, apa aku nak borak dalam kereta ni? Aku ingat nak pergi naik uber je, tapi Tom minta aku update something dan Alvin pun tanya aku benda. So, aku lewat juga siap dan bagitau Tom aku nak tumpang dia je. Aku siap text Mira tanya nak borak apa, Mira kata senyap je. Haha. Member introvert, bolehlah. Aku ni segan pula kalau senyap je dalam kereta. Dahlah menumpang. Lantaklah, borak je pasal family ke, kerja ke aku kata dalam hati. Aku fikir-fikir nak tanya dia berapa lama dia kat sini, berapa lama dia dah kerja sini, dan lain-lain. Bila dah sampai masa nak gerak, dia kata sorry dekat aku sebab kena join meeting dalam kereta. Haha. Selamat. Takyah borak. Dia meeting back-to-back. Sampai dekat parking baru habis. Aku baca doa makan dalam hati, Alhamdulillah ada parking. Dia kata, biasanya dia naik atas tingkat empat lima baru ada parking. Kali ni, dia turun B1, terus ada parking. 

Sampai dekat station street, kitorang terus meeting dengan Simon. Simon mengamuk sebab ada overrun. Pastu dia marah kitorang yang dah lama dengan projek ni, takkan tak buat apa-apa dengan overrun ni? Dia tanya Commercial Director, Chin, Hau Wei semua. Dia tak percaya ada movement lagi lepas last February dah overrun. Aku geram je dengar. Ko yang tukar Evan dengan Tom, Tom nak kena study balik kot. Dia masuk April, nak kena tengok UGS04 dengan UGT, banyak giler kot. Lepas Simon cakap macam mana dia nak explain kat Steer-Co semua, Hau Wei potong dan defend Tom. Dia kata, sekarang nak kena verify samada figure Tom ni betul ke tak. Yang dah lepas tu, takyah tengok. Pastu Tom pula defend diri dia. Tom kata, dia perlu masa untuk study semua 120 cost code, yang ni last batch yang dia kena tengok untuk workers. Dia tak tau dulu ada movement berapa, tapi bila dia amik, dia memang tak declare overrun pun kecuali 213 dengan defects. Lepas tu dia bagitau, dia kena study semua sampai dia tak buat 90% benda yang dia kena buat iaitu pergi site sebab tengok forecast ni je. Aku waktu dengar tu, mata dah bergenang. Dalam hati kata, janganlah jatuh airmata ni. Sebelah kiri aku Tom, sebelah kanan aku Hau Wei, depan aku Simon. Tom memang pernah cakap dengan aku sebelum ni, dia tak suka buat forecast, sebab dia tak boleh mingle dengan engineer dia. Dia kena mengadap je. Dia nak borak-borak dengan engineer dia macam yang dia buat kat Westmead. Pastu Tom defend lagi, dia boleh buat forecast tu sampai stabil macam yang dia buat Westmead sekarang. Memang takde overrun lepas David Leaver amik. Aku yang tengok kerja keras dia tu, jadi sedih. Dalam hati kata, 'Janganlah tukar Project Manager lagi, penatlah nak adjust ways of working ni.' 

Geram je aku tengok Simon hentam semua orang. Aku dahlah kurang respect kat dia sebab dia pernah sent email ke semua staff WTP dan cakap terima kasih dekat one of the PM (mention nama sorang je, tak mention pun team yang buat) lepas berjaya handover satu portion ke client. Walhal PM tu baru take over dan engineer kerja keras giler kot sebelum tu untuk handover. Dia join site tu, terus dapat kredit. Site Nga, tu yang aku tau cerita. Dan PM tu pun bukan bagus sangat. Mengikut kata engineer, cost controller, QC dan planner yang jaga site tu, semua bercerita ketidakbagusan orang tu. Semua sumber tu orang Malaysia. Takkanlah semua sekepala kata member tak perform ye dak? Haha. 

Kesian kat Tom masa meeting tu dan aku pun tak boleh tolong banyak. Aku memang jadi patung cendana sambil gerakkan mouse untuk presentation je. Oh, aku doa Nabi Musa a.s dalam hati semoga Tom, Chin dan Hau Wei lancar dalam bercakap untuk meeting tu. Dan Simon tak marah sangat. Haha. Semoga sedikit usaha aku untuk diorang dilihat Allah. 

Lepas meeting tu, kena revise lagi submission. Nak kena justify betul ke figure tu. Chin minta aku buat burn rate untuk setiap cost code. Lepas aku submit semua pending payment schedules aku, aku fokus buat tu. Alhamdulillah berjaya settlekan hari tu juga. Esoknya Chin come out dengan top level punya burn rate. Pergh, aku tak faham camne dia dapat. Aku nak study, tapi aku punya kerja banyak nak kena settle. Huhu. Setiap kali meeting, aku join, tapi aku takleh nak faham camne dia come out tu. Kitorang rupanya ada minta external party verify cost kitorang masa overrun bulan Feb25 masa tu. Memang external party tu ada allocate risk untuk budget kitorang dan figure dia lebih kurang sama dengan figure yang Tom present sekarang. Figure diorang lebih $2million. Hebat aku punya Project Manager ni. Tom siap kata dia nak letak narrative tu dalam presentation dan bagitau Simon bukan salah dia. Go Tom, i'll support you.  

Tadi pagi Rabu, dia macam dah rileks2 sikit, so aku borak kejap dengan Tom. Tak tau camne borak, sampai kepada tajuk dah berapa lama dia kat sini? Haha. Benda yang aku nak tanya masa aku naik kereta dengan dia masa tu. Dia dah 13 tahun kat sini . Dia dari England, tak tau side mana. Aku tanya kenapa dia datang sini? Study sini ke? Dia kata, dia datang sini kerja sambil bercuti dengan wife dia then decide nak stay. Which is best decision ever. Kat England weather gloomy dan cepat gelap. Pastu pagi-pagi winter kena scrap ice. Dia tak suka. Cuaca extreme. Dekat sini, just nice. Lagi pula dia dengan wife dia active, so banyak benda boleh explore dekat sini. Aku setujukan sebab kau boleh hiking, cari aurora, swimming dan buat banyak benda walaupun banyak musim. Anak dia pula nak start surfing nanti sebab dah besar sikit. Enam tahun kot umur anak dia yang sulung tu. Lepas tu dia kata kat England tu, life diorang Pub je which is kalau boleh tahan pun sehari dua je ar dia kata. Pastu bosan dah. Dekat sini banyak pilihan nak buat apa. Aku tinggalkan dia lepas ada orang tunggu nak explain kerja dekat dia. Aku kata kat, 'Now I understand why you said you can't do works here. There will be a lot of people want to talk with you.' Dia senyum je. Sebab dia pernah bagitau aku dia nak wfh sebab nak settlekan forecast. Dia kata, kalau dia datang office semua orang nak cari dia.  

Balik dari Station St.

Engineers aku lepas kitorang habis forecast



Meeting post forecast

Meeting lagi

Aku refleks dengan diri sendiri cerita dengan Tom ni. Ada dalam beberapa kali masa aku jalan sorang-sorang dekat sini time nak balik rumah ke, nak pergi kerja ke, balik Westfield,  airmata aku tiba-tiba mengalir. Syukur sangat sebab Allah bagi peluang aku datang sini kerja. Australia ni memang bagi peluang orang kerja dekat sini dan ubah hidup. Dalam kes pagi ni, Tom dan keluarga dia. Ramai gila bukan orang local dekat sini. Tahun pertama aku dekat sini, Evan sorang je Australian yang aku kenal. Yang lain, dah dapat PRlah cuma origin or ethnicity tu dari England, China, India, Middle East, Indonesia, etc. Aku bersyukur atas nikmat Allah ni walaupun dalam hati, banyaknya benda aku nak kena improve sebab Allah bagi nikmat banyak sangat. Takkanlah hidup ni nak segini-gini je? Perlawanan hati dan nafsu tu memang susah saingannya dan biasanya nafsu aku menang. Aku masih lagi berusaha untuk perbaiki tu. Semoga aku berjaya dan istiqamah. 

Nak kena pindah sebab site office nak handover

Balik kerja lepas hujan

Berjalan kat park


Love..

Thursday, July 17, 2025

Siri Meminta dengan Allah

Sekarang aku banyak kerja. Banyaknya yang sampai aku fokus buat pun tak siap-siap kerja aku. Biasa habis forecast, aku ada free sikit masa nak berehat setelah dua minggu bertungkus-lumus. Oh, kali ni aku tak lambat buat payment. Semua on time kecuali satu payment yang aku baru dapat dari Calbah. Calbah pun sebenarnya dia dah email ke Chin, cuma chin tak prepare. Tapi, malas aku nak kata yang Chin tak prepare, aku kata je aku baru dapat dan nak process je benda tu walaupun invoice dia bulan April. Ada HP Rural pulak, aku selesaikan problem dia dari masa 2023 zaman Justin buat. Pat yourself on the back.

Aku banyak kerja sampai aku bagitau mak aku minta doakan aku banyak sangat kerja tak siap-siap ni. Aku pun jadi penat asyik bagitau orang aku banyak kerja. Haha. Pastu aku teringat, Neelofa pernah kata dia kalau ada apa-apa dia akan minta merengek2 dekat Allah dalam sujud dia. Aku dulu mula2 dengar, buat juga. Doa waktu dalam sujud. Lepas tu, lupa tak buat dah. Kerja minta doa dari mak je. Diri sendiri taknak doa. Haha.

Hari Khamis lepas aku puasa. Nenek pesan, bila bangun sahur tu, tahajud sekali. Alang2 dah bangun. Memang aku praktikkan Alhamdulillah. Pahala mengalirlah untuk nenek aku sebab ajar aku benda ni. Aku rasa penat sangat minggu lepas sebab semua benda nak urgent dan macam pack je. Time aku solat tu, aku nangis dalam sujud. Kata dengan Allah, penatlah banyak kerja. Tak rasa boleh buat dan selesaikan. Aku merengek2 dalam sujud tu. Aku tak rasa aku susah sangat sebab masih tak bangun tahajud. Buat ni pun sebab alang2 dah bangun. Rupanya ya, aku penat tapi sebab hari2 aku penuh jenuh, aku takde masa bertenang dan fikir. 

Aku doa kat Allah, takpe banyak2 kerja ni, aku terimalah semua ni untuk Dia dan jadikan aku lebih baik dan bermanfaat untuk orang lain. Tapi, tolong aku juga Ya Allah. Tak larat. Aku nangis. Huhu. Tak sangka, aku boleh selesaikan payment schedule dan masalah2 lain untuk proceed benda lepas tu. Rasa excited sangat. Benda ni doa yang aku pernah minta dulu, nak jadi macam Ai Tee. Boleh tolong selesaikan masalah orang. 

Perasaan pagi Khamis tu lain macam lepas aku sorang2, doa dan minta Allah tolong, ngaji dan zikir sampai lepas subuh, SubhanAllah. Aku pernah juga dengar Ustaz Adi Hidayat cakap pasal istighfar lepas Subuh dan tahajud. Lepas dapat perasaan tu, pergh. Memang lain. Aku tenang je buat kerja Khamis tu. Banyak juga benda settle dan hari tu, aku dapat solat awal waktu. Benda yang aku doa masa sujud solat Subuh. Neelofa kata, kalau dia nak apa2, dia akan minta time sujud. Sesimple nak minta bagi anak dia ada selera makan. Itu je. Jadi, masa sujud subuh tu, aku minta nak solat awal waktu hari tu. Alhamdulillah. Pastu minggu ni, aku solat laju2, tak doa apa2 pun dalam sujud. Hampeh Nadiah. Tak konsisten.

Hari Jumaat lepas pula, aku nak balik awal dalam pukul 3 sebab nak pergi Perisher dengan budak2 single dan Ain. Kitorang nak gerak dalam pukul 4 dan aku tak siap kemas baju lagi. Haha. So, aku memang target buat dua benda je hari tu. Nicole pula rancak ajak borak. Haha. Aku layankan je. Aku berajaya selesaikan satu kerja. Tengah nak buat kerja lagi satu, macam susah sikit sebab kena guna sistem ACC. Aku tak pernah guna lagi. Aku ingat nak tanya Chin camne nak buat. Dalam pukul 12 tengahari, Chin text aku nak minta tolong. Nak download report, empat bulan punya, ada setiap hari. Aku tak boleh kata tak sebab dia jarang nak susahkan aku kalau tak betul2 susah. Lagilah aku dah bagitau dia, aku nak balik awal. Mesti dia terdesak juga tu. Lepas dia explain semua cara nak buat dan aku tengok benda tu. Aku pun decide untuk buat kerja aku tu hari Isnin sebab nak study balik. Aku nak buat kerja Chin je. Tapi, aku pun tak sure boleh buat kerja Chin ke tak sebab waktu tu dah pukul 1. Aku nak balik pukul dua sebab aku nak lari jap pergi cari glove. 

Lepas Chin explain, aku pergi solat. Aku nangis sebab tak tau nak buat camne. Nak tolong Chin, nak balik awal, kerja aku lagi. Aku doa je time sujud tu, minta Allah tolong. Wei, lepas aku sampai workstation aku, Chin text kata tak payah buat benda dia. Dia dah dapat cara cepat download semua. Aku nangis balik. Sayangnya Allah kat aku. Dia nak aku minta je kat dia. Dia bagi problem tu, Dia nak kita minta dengan Dia selesaikan. Aku ingat selama ni, aku buat kerja tu semua atas aku. Sebenarnya tak, semuanya atas Dia. Aku selalu lupa tu. Lepas Chin kata tak payah, aku brief dia kerja yang aku pending. Memang tinggal satu je Isnin nanti aku nak buat dan lagi satu, aku dah sent out signature dan Chin review terus dia sign. Waktu tu terasa tinggi kebergantungan dengan Allah. Dapat rasa perasaan tu. 

Lepas tu, hujung minggu aku berhuha-huha dengan budak2 ni. Pastu Isnin aku rasa biasa je. Solat pun hujung2 waktu, takde kerja urgent pula tu. So, banyak benda aku take my own sweet time sampai aku tak berjaya buat target aku untuk Isnin tu.  Aku berjaya siapkan kerja yang aku nak buat tu tadi Khamis. Pastu haruslah tak bangun tahajud sebab tak puasa. Rugi betul.

Tadi aku dok fikir, takkanlah nak tunggu ada problem baru nak bangun? Kena rajin puasa camni kalau nak paksa bangun sahur. Ada lagi tiga hari nak kena gamtu. Beruntung betul yang bangun tahajud hari2 atau kerap ni. Allah pilih korang untuk bangun dan nak makbulkan doa korang. Semoga aku kuat lawan diri sendiri dan bangun untuk borak je dengan Allah. Waktu siang tu macam sibuk je dengan urusan. Malam tu tenang je. Tulis sini untuk peringatan kepada diri sendiri. 





Will. Not. Repeat. 

Love..

Tuesday, February 25, 2025

Bergaul dengan orang keliling

Circle aku kat sini memang tak besar. Itu-itu jelah orang yang aku bergaul. Sayang sebenarnya sebab bukan semua orang dapat peluang macam aku merantau tempat orang. Kadang-kadang rasa nak keluar dan bergaul dengan ramai orang, tapi kadang-kadang rasa macam dah umur-umur macam ni, nak tenang-tenang je dekat rumah. I is confused dengan diri sendiri. 

Aku pergi woolies Ahad lepas. Lepas seharian duduk rumah dan lipat baju dan takde kerja sebab rumah dah bersih takyah kemas. Sabtunya Ain dengan Mira datang lunch kat rumah, so gigihlah mengemas rumah sebelum tu. Layla ada game dekat Newcastle so tak dapat join. Bila dah kemas rumah hari Sabtu, Ahad terus takde benda nak buat. Haha. Petang sikit, aku gagahkan pergi jogging seround dekat Parra Park dan balik tu singgah woolies beli telur. Masa dekat situ, ada sorang Indian guy ni bagi salam dekat aku. Pastu kitorang borak dalam 5 minit juga sebab dia dok suruh aku ambik PR kat sini. Dia arkitek dah 15 tahun duduk sini. So, dia tahulah course Quantity Surveying tu. Dia kata, bolehlah apply. Aku masa borak dengan dia, siap terkeluar bahasa melayu. Punyalah jarang borak dengan orang guna full English. Tapi, menarik juga effort aku macam nak cuba juga cakap dengan dia tu. 

Aku goreng telur, sayur kobis dan rebus bendi

Tadi pula, aku pergi rumah Grace sebab apartment dia ada swimming pool, sauna, gym dan aku menumpang guna. Hari Selasa adalah hari sauna. Grace taknak ikut sebab dia kata dia baru basuh rambut semalam. So, dia nak pergi gym. Aku pun masuk sauna sorang. Pastu datang sorang lady dan lepas tu a guy. Diorang borak berdua kesihatan, bagus sauna ni, mandi cold water. Aku dengar je diorang borak sambil buat eye contact dengan diorang. Dalam hati, nak kena masuk juga ni conversation ni untuk built-up confidence. Pastu lelaki ni cerita dia dah detox coffee for 30 days. Aku pun pandang dia dan tanya, ‘What did you replace the coffee with?’ Mula-mula dia cakap sorry sebab mungkin tak dapat tangkap apa yang aku cakap dan baru aku nak repeat, dia dah bagi answer. Dia kata, dia replace dengan exercise. Naik tangga lima tingkat or push up. Aku dalam hati, apakah solution tu? Haha. Tapi, excited sebab aku berjaya lawan takut aku dan tanya dia. 

Aku macam nak borak lagi, tapi pastu ala telefon aku kat luar dah bunyi 20 minit aku dalam sauna tu. Lady tu pun nak keluar juga dan aku pun keluar. Aku cakaplah, ‘Nice talking to you guys.’ dan lelaki tu wish aku happy Ramadan. Aku pun kata, ‘You too.’ Entah dia muslim atau tak, aku pun tak sure. 

Ke rumah Grace

Grace kata, baru kali ni muka aku merah. 

Terlalu banyak nikmat Allah aku dapat kat sini. Nikmat sampai sini pun aku tak tau aku dah push diri untuk syukur dan jadi hamba Allah yang baik tak? Macam ada ruang-ruang yang boleh diisi dengan benda yang lebih berguna. Ya Allah Yang Maha Mengasihani, bantulah aku menjadi hambaMu yang lebih bermanfaat untuk orang lain.

Love..

Sunday, November 17, 2024

Sulayman dan Fatimah

Kak Fareen dengan mak dia dah sampai Sydney. Alhamdulillah, segala puji untuk Allah atas nikmat ni. Aku seperti biasa, MBTI orang yang tak merancang, memang jauh plannya. Jadi, Kak Fareen rancang sendiri plan dia. Hehe. Sabtu minggu dia datang tu, kitorang pergi Featherdale Wild Park. Sejam naik train dan bas ke situ dari Parramatta. Dah selamat tengok kangaroo, kaola dan semua binatang yang ada kat Austalia ni. Hehe

Pastu kitorang singgah solat dekat Auburn. Tengah tunggu Kak Fareen settle kerja dia sebelum cari makan dan balik, seorang makcik ni tegur mak Kak Fareen. Jalan dengan orang tua bertongkat ni, ramai orang nak tegur. Borak punya borak, Fatimah ni dari Turki. Duduk sini dah 30++ tahun. Husband dia beli gereja dan jadikan masjid. Pastu dia panggil husband dia sebab aku tanya macammana operational cost masjid tu sebab dia tak boleh nak jawab. Sulayman ni cerita semangat betul. Extrovert. Dia kata, hasil sumbangan orang ramai, diorang dapat bangunkan dan maintain masjid tu. Sulayman ni kira second generation duduk dekat Australia. Ayah dia dulu pun beli church dekat city dan tukar jadi masjid. Inspiring betul dengar cerita dia. Wife dia tak pernah kerja. Duduk jaga anak je empat orang kat rumah. Cakap english pun tak pandai sangat, tapi faham je. Cuma bila nak balas balik tu, dia minta husband dia yang cakap. 

Lepas borak-borak nak balik, dia nak hantar kitorang pergi station. Dia sebenarnya cadang nak hantar balik Parra, tapi ada orang meninggal, dia kena balik nak uruskan. Hujung jumpa tu, dia ajak datang rumah dia. Aku yang dah umur-umur macam ni, dah malas nak tambah kawan. Mula-mula ingat akan berlalu pergi je ar macam Dita. Sekali Kak Fareen kata, okay juga kalau pergi rumah dia sebab dia bukan orang biasa-biasa. Dia beli church jadikan masjid kot. Haha. Betul juga. Orang macam ni nak kena selalu dekat. Kan sahabat2 kita cerminan kita. 

Menjadi kenyataanlah kami ke rumah Sulayman. Bila kami beritahu nak pergi, Sulayman nak ambil kami dari rumah. Saya menolak kerana tidak jauh rumahnya. Cuma setengah jam dari rumah saya jika menaiki train. Semasa sampai di train station, dia masih mahu mengambil kami. Tetapi, kami sudah berjalan kaki. Sesampai di rumahnya, kami berselisih dengannya yang memandu kereta. Rupanya, dia mencari kami untuk menjemput. Tetapi, tidak berjumpa kerana kami melalui jalan lain. Masih mahu bersusah-susah demi kami. Huhu. 

Rumah Sulayman sungguh cantik. Kemas dan bersih. Saya perhatikan kurang barang. Cuma benda asas saja di rumahnya. Dua tingkat dan ada basement. Katanya, dia menyewakan kepada orang ruangan basement. Dapatlah membantu membayar ansuran rumah. Tingkat atas pula diduduki oleh anaknya. Juga membayar sedikit sewa kepadanya. Katanya gelak. 

Fatimah isterinya memasak untuk kami nasi. Saya cuma makan sahaja. Haha. Katanya mahu membuat dessert pagi tadi, tetapi pot yang digunakan meletup. Alhamdulillah tiada kecederaan. Selepas makan nasi, kami solat maghrib dan Isyak berjemaah. Eh, mereka melakukan solat sunat dua rakaat sahaja. Dahulu Dita pernah menceritakan kepada saya, mazhab hanbali mereka melakukan minima empat rakaat. Ada berbeza juga di dalam mazhab ni. Samalah seperti kita mazhab syafie. 

Selepas solat, mereka menjamu kami dengan teh dan aiskrim. Sudah hampir jam 10 malam dan mereka masih rancak bercerita. Mak kak fareen dah memberi hint untuk pulang dan saya pun melihat jadual waktu train untuk pulang. Walaupun sudah dapat merasakan yang dia akan menghantar pulang, tetapi tidak terlalu menunjukkannya. Haha. Ya, seperti dijangkakan, dia dah Fatimah menghantar kami pulang ke Parramatta. 

Banyak benda yang kami belajar dari pasangan ini. Meletakkan Allah melebihi segalanya. Tawakal yang tinggi atas semua rezeki Allah kerana Fatimah tidak pernah bekerja seumur hidupnya tetapi mereka mampu tinggal di rumah landed tiga tingkat. Berlumba-lumba membuat kebajikan apabila mahu mengambil dan menghantar kami. Mempunyai perancangan untuk ummah. Katanya selepas masjid, mereka sedang mungusahakan rumah orang tua dan kemudiannya universiti. Meraikan tetamu dan menghormati orang tua. Kedua pasangan ini sudah kematian ibu bapa, maka mereka sangat meraikan emak kak fareen. Bersyukurlah kita yang masih mempunyai doa ibu dan ayah sekarang. Alhamdulillah. 




















Love..

Sunday, October 13, 2024

Nikmat Sihat Yang Patut Disyukuri

Aku punya target adalah menulis blog setiap minggu. Bercakap apa saja topik. Penting dan tidak. Untuk aku tengok balik perjalanan hidup yang sementara ni. Tetapi, minggu lepas terlepas. So, hutang kepada diri sendiri dua post minggu ini. Mari. 

Ada banyak rezeki yang Allah bagi dekat aku yang aku syukuri. Nikmat sihat antara salah satu. Berdepan dengan orang keliling yang tidak sihat seperti Deekay, Paie, Pak Busu dan beberapa orang lain, nikmat sihat memang aku syukuri. Ayah selalu doa, minta sentiasa sihat supaya tidak perlu susahkan orang lain. Ye, aku doa tu. Alhamdulillah, sepanjang sembilan bulan kat sini, kesihatan aku terjaga. Walaupun berhadapan dengan penukaran musim dan biasanya Nicole akan demam akibat debu bertukar musim, aku masih sihat. 

Dua minggu lepas, kesihatan aku terganggu. Bermula dengan kesakitan badan, demam dan selsema sehingga aku meminta pulang awal dari pejabat. Nasib menjadi kurang baik kerana minggu itu merupakan minggu membuat forecast. Aku tidak mampu untuk bercuti. Selepas pulang awal pada isnin, membuat covid test dan negative, tidur sepanjang malam dan makan ubat, aku ke pejabat esoknya. Aku siap bertanya kepada kak cik, bagaimana cara mahu tidur ketika demam. Al-maklum, tak biasa demam dan nak sembuh cepat. Masih dalam keadaan dedar, selsema dan sakit tekak. Aku bersyukur merasai pengalaman sakit itu. Dapatlah guna ubat dari KL yang diambil semasa mahu datang ke sini dulu.

Semasa menceritakan kepada Deekay, dia menasihati aku untuk mengurangkan aktiviti akibat faktor umur. Aku akui, sekarang masa aku banyak terisi dengan badminton, kelas berenang dan pilates. Terlalu banyak mungkin. Aku telah mengurangkannya setakat ini.  

Ketika aku menyatakan pengalaman merasa kesakitan itu kerana sudah lama tidak sakit, Deekay berkata yang dia sudah lama tidak merasa nikmat sihat. Allah. Selepas pembedahan lapan tahun lepas, aku melihat jatuh bangun seorang Nurul Hafizah menjalani kesakitannya seorang diri. Semangatnya memang kuat dan masih meneruskan kehidupan. Kadang-kadang dia sudah tidak larat mahu bekerja, tetapi memikirkan tidak dapat memberi duit bulanan kepada maknya, menyebabkan dia membatalkan niat untuk berhenti. Jika sekadar meneruskan kehidupannya sendiri, dia masih boleh kerana tidak mempunyai hutang. Cuma, mahu memberi kepada maknya sahaja yang menjadi keberatan.

Allah. Aku pun tak mampu buat begitu aku rasa. Untuk semua kesusahan dan pentingkan mak ko Kay, semoga dipermudahkan urusan, diberi kekuatan dan ketabahan, dirahmati Allah dan dimasukkan ke dalam syurga Firdaus yang tertinggi. 

Candlelight Concert - Tribute to Taylor Swift

Earting lepas balik kerja. Setengah jam pijak rumput

Test  covid. Negative


Love..

Sunday, November 13, 2022

Surah At-Tahrim ayat 6

Pagi Ahad ni, aku hantar Akmal pergi lawan bola kat Shah Alam. 7.30 pagi dah sampai situ. Kalau balik ni, aku tentu sambung tidur. Jadi, singgahlah Seksyen 7 dekat Tasik tu nak jogging. Dah lama giler tak exercise. Badan dah cepat penat. Ingat nak mulakan langkah 5000 seharilah lepas ni. Tengok jadi ke tak. Haha.

We need a lot of this space

Ada ke ikan bang? 

Lotih. Tapi, sihat. :)

Aku jalan dalam 40 minit je dapat 6 ribu steps. Kalau atas katil, 0 step je. Sambil jalan, aku dengan podcast Quraisy Shihab. Dia cerita pasal nak berjuang dengan harta dan diri. Dia kupas bab diri ni, bukan semestinya nyawa. Diri ni, yang ada attach dengan kita, tapi boleh dipisahkan. Contoh masa. Aku pun, terkujat kejap. Banyak dah dengar hadis kena guna masa muda, masa lapang, masa sihat, masa kaya. Tapi, bila dengan surah ni. Aku macam, okay. Nak lawan malas ni or bersenang-lenang ni memang susah untuk aku. Tuhan tau aku camne. Sebab tu tak kawen2 lagi kot. Diri sendiri pun susah nak handle. Inikan nak handle orang lain. Kah kah kah.  Do your best je sayang. Whatever makes you happy.  

Podcast yang aku dengar 


Hidup Pakatan

Makna surah At-Tahrim


Pastu jumpa Azli tengah berkempen untuk Shah Alam. Dia ganti Khalid Samad. Okaylah. Nak kongsi tu je. Semoga Pakatan Menang kali ni dan Anwar jadi PM. Haha. 

Love..

Sunday, January 17, 2021

Rising Bravely Nadiah

Kita mulakan entri pertama 2021 dengan nota-nota yang saya catit semasa menghadiri seminar online daripada IMAN Publication, Raising Bravely-Embracing the Hardship of 2020. Selalu tulis je bila dengar talk, lepas tu letak bersepah-sepah. Sini ada notes, sana ada notes. Semoga lepas ni rajin tulis kat sini untuk peringatan masa depan. Kau juga yang ulang baca.





Seminar ni start dengan Ustaz Mizi Wahid. Tapi, aku tak sempat dengar, tengah makan malam. So, kita mula dengan Quran Tag Girllah. 

Speaker 1 : Ayesha Syahira (He loves Those Who Surrender to Him for Courage)
  • Your salah have to revolve around the thing you do everyday. Whatever you do in the between of salah must be blessing to Allah.
  • Quality of prayer need to be improve eevryday.
  • Treat salah like a presentation to Allah.
  • One of the tip to focus during pray is to pray on time. <-- Based on hadith
  • The intimate conversation with Allah during the recitation Al-Fatihah <-- Hadith Qudsi.
    • Ayat 1 - 3 = For Allah
    • Middle ayat = Between servant and Allah
    • Last 3 ayat = For the servant 
  • When you have problem, go and seek help with prayer and patient (Ayat Al-Quran). Don't try to solve it, pray first. Allah will help. eg doa : "O Allah, inspire me, show me the way to solve the problem."

Speaker 2 : Akif Basri (Bravely Coping the Pandemic)
Aku masuk tengah-tengah sebab ayah nak solat Isyak. So, depan dia tak dapat.
  • Inquisitiveness - Kalau jadi macam ni, kena buat camni. Fikirkan beberapa solution if the thing is not as plan.
  • Resilience - Bangkit jika jatuh.
  • Threat - Trigger yang ganggu dalam life. Kena ada high awareness perkara yang ganggu untuk individu growth.
  • Adaptability = (Purpose + Inquisitive + Resilience) / Thread = InsyaAllah, lebih mudah kita adapt dengan situasi unexpeced.
  • Fasa changes :-
    • Denial -----> Acceptance (not necessay fully recover, just move on) ---> Growth
  • Pain redirect you to where you're meant to be.

Speaker 3 : Liyana Musfirah (Scarred but not Shattered)
  • 2021 - be the year to have a better relationship with your scar
  • Look yourself beyond the scars.
  • Find the scars and deal with it. Enough lable on the scar. Don't add another burden to the scar. 
  • Ask yourself the best doctor to treat the scar? Allah
  • Scar will be a teacher, a reminder and lessonEvert
  • If we have part of scar, other parts (which is more bigger) can cover.
  • Doa to Allah, "O Allah, Engkau yang memberi scar ini, bantulah aku melupakannya dan menghadapinya."

Speaker 4 : Aiman Azlan (Your Life is Worth the Brave Fight)
  • Everyone have their own difficult journey. Indicidual pain is not same as other, but we share the same journey and feeling.
  • Even the fight is painful, it is worth
  • The reason of the journey is worth because of why? Find the WHY.
  • Our life is a journey. It is not a competition. It is not about who is faster or slower, who is richer or lesser etc. than anybody else. 
  • Do not put someone else in your journey equation.
  • People need to be responsible for their success, mistake, certainty and uncertainty decision made.
  • Own your life (choice/your idea/what you want/what you like)
  • Create your life worth living and fighting.
  • A resposible person will try to be the best (in their action/decision) not rebellious .

Speaker 5 : Mizz Nina (The Courageous Heart of a Struggling Believer)
Surprisingly, notes dari dia je dua mukasurat. Banyak betul point.
  • Every calamity, there always a goodness.
  • Whether we be grateful, be patient, have faith to what ever occassion to happen
  • Hadis - Amat menakjubkan urusan seorang Mukmin kerana setiap urusannya adalah baik dan itu tidak akan berlaku kepada seorang pun kecuali kepada seorang Mukmin (yang sempurna keimanannya). Jika dia mendapat sesuatu yang mengembirakan dia bersyukur, maka itu adalah kebaikan baginya. Jika dia ditimpa kesusahan dia bersabar, maka itu adalah kebaikan baginya.
  • Redha - be content with decree by Allah. Allah know me better than myself.
  • To get contenment, always turn to Him in ease and hardship. Doa also.
  • Every struggle, Allah will elevate us.
  • Struggling is thousand times better than giving up. 
  • Difficult to change because we like to rely on people rather than rely on Allah. We need to make Allah as no. 1 in our life.
  • Ar-Rad, ayat 11 - need to begin with myself. Determination.
  • Surah Luqman ayat 22 - holding on to Allah will giving us strength
  • Turn to Allah, The Creator and Master in everything in this world and universe.
  • Surah Al-Ankabut-dunya is like spiderweb. If we live without remembering Allah, we willl stuck.
  • Purify ourself - be real with Allah and be real with ourself.
  • How to purify? - Taubah, be kind, having good manner and akhlaq, call upon Him (Al Jabbar)
  • If Allah is your strength, nothing can break you.
  • May Allah allow us - journey to Allah with pure heart.
  • How? eg : car need fuel. Us need :-
    • Fill our heart with Quran
    • Remember of Allah - Zikir
  • Lose yourself by pleasing people and find yourself pleasing Allah.
  • Ar-Rad ayat 28
  • Run after the Hereafter
  • The life is test. What important is how we respond to it. 
  • Check your heart and yourself everyday.
  • Make a plan with Al-Quran eeryday.
  • Always holding on Allah.
  • It's hard, but not impossible. 

Speaker 6 : Ustaz Hasrizal (Mempersiapkan Minda untuk Tahun 2021)
Notes ustaz ni tiga mukasurat. Hehe.
  • Surah Al Hasr ayat 59:18 Karakter penting bagi orang bertaqwa.
  • Ciri-ciri orang beriman bukan go with the flow. Kena berfikir dan merancang masa depan.
  • Allah menciptakan hidup dan mati sebagai ujian Al-Mulk 67:1-2
  • Untuk setiap ujian, Allah nak tengok siapa yang memperelokkan amalannya.
  • Begin with the end of mind -- benda yang pasti (mati dan kiamat) / benda tak pasti
  • Allah tidak mengajar kita takut kepada kematian, tetapi berfikir apa yang kita siapkan untuk kematian?
  • Hadis - Kita berada di tahun-tahun yang menipu. "Iaitu si bodoh yang bercakap tentang urusan orang ramai." (orang bodoh tidak malu menyatakan kebodohannya)
  • Persiapan pertama : Bezakan isi dan kulit (substance and form?)
    • Fikirkan point. What is the point of study? What is the point of kerja? What is the point of marriage? 
    • eg: Apa pentingnya belajar agama? If we don't know the point, dia boleh jadi hiburan untuk masa lapang je.
    • Ask question. Utamakan yang utama, tinggalkan form
  • Persiapan kedua : Perhatikan apa yang tersurat dan tersirat (iceberg)
    • Iceberg, bukan tengok atas je. 
    • Surah al-kahf membetulkan cara berfikir, membetulkan your value system, first thing first.
    • Metode nilai, perhati dan fikir, percaya <-- Kalau ada masa, pergi study surah Al-kahf
  • Persiapan ketiga : Upgrade Islam. 
    • Dari warisan kepada pilihan. 
    • Cari ilmu.
  • Be kind to ourself. Hadis Hanzalah dan Abu Bakar.
  • Tuntut ilmu, cari peringatan, jangan berhenti bertaubat, engage dalam majlis ilmu, berkawan dengan orang yang baik-baik
  • Tanya diri sendiri, kesan daripada ujian yang kita hadapi, kita jadi lagi baik atau tak? Kalau tak jadi lagi baik, cari jalan baiki dan cari ilmu.
  • How to be kritis? 
    • Dengan memperbaiki kualiti input (keluar dari comfort zone)
    • Dengar benda-benda mencabar minda
    • Don't feel the complacent
    • Read diversely, read things that challenge you / your thought / provoking
    • Question things
  • Doa Allah bagi hidup yang Allah redha, bukan apa yang kita nak
  • Berkawan dengan orang yang sincere dengan friendship dan boleh point out our weakness
  • Jangan putus asa/harapan. Allah lebih suka mengampun dan beri kebaikan berbanding menghukum.
  • Rahmat Allah lebih besar dari kesusahan yang kita hadapi.
  • Rising bravely for 2021 with Allah. :)
Alhamdulilllah. Gagahkan habis transfer nota dari buku ke alam maya. Banyak benda kena check balik. Tapi, kalau check nanti, bertangguh entah bila nak upload? Kalau sempat update, kalau tak, faham-faham sendiri. Kita tutup tazkirah dengan doa, 

"Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepadaMu, berikanlah aku ilmu yang bermanfaat, amal yang diterima, rezeki yang baik dan iman yang mantap." 


Speaker lain semuka je

Gigih Ust Hasrizal ni, siap buat slide

Tulisan, takleh 'cantik' lagi. Haha

Kena rajin lagi transfer lepas ni



Love..