Saturday, February 18, 2017

Nasib

Saya berborak dengan Nic suatu malam ketika sedang menyiapkan kerja di pejabat. Isteri Nic sedang berpantang di kampung, jadi dia boleh pulang ke rumah sedikit lewat. Untuk pengetahuan, Nic merupakan bekas QS sub-contractor saya yang di bawa masuk ke pejabat kami oleh Ai Tee.


Antara sembangan semasa membuat kerja yang mencuri minat saya adalah mengenai kemasukannya ke Gamuda. 

Saya : Ah Nic, sudah berapa lama you kerja dengan Wai Fong? 
Nic : Company kedua I. Yang pertama semasa I intern, then Wai Fong di Doha dan kemudian pulang ke Malaysia, sambung semula di Wai Fong sini. I ada apply Gamuda masa I balik dari Doha, tapi tak dapat. Mr. Lim kata sebab I Wai Fong, jadi takut ada clash of interest. At that time, Wai Fong dapat project untuk Maluri and Pasar Seni Station. So, tak dapat. Luckily you tanya I nak join company ni. 
Saya : Ai Tee yang suruh I tanya you. Dia nampak you boleh buat kerja and we were shortage of staff. Tu yang dia suruh tanya you.
Nic : Yalor. Luckily you all nampak I, kalau tak I masih dekat Wai Fong. Not even think to find a new job. Just works only.
Saya : Oooo. Sometimes, memang orang lain yang menukar nasib kita.

Kami menyambung kerja sehingga siap dalam jam 9.30 malam. Terima kasih Nic kerana membantu saya.

Saya juga seperti Nic. Rela sahaja berlama-lama di suatu tempat kerja.Tugas kami hanya sebagai pekerja dan bekerja. Sepertinya saya punya aturan untuk mereput kaya di Gamuda. Haha. 

……………………………………………..

Saya bakal mempunyai satu interview pada Isnin depan. Perjalanan mendapat interview ini saya kira sangat unik. Saya tidak merancang langsung. Peluang yang datang hanya saya isi dengan sedikit usaha saya tidak keluar makan tengahari kerana menyiapkan resume. Teringat kata-kata Alin, nasib biasanya menyebelahi saya. Allah. Seperti juga Nic. Orang lain yang merubah nasib kami. 

Kejayaan interview ini bakal merubah hampir 90% kehidupan saya. Saya berdoa yang terbaik. Semoga saya menjadi Muslim yang lebih bertaqwa, beriman dan beramal dengan amalan yang baik setiap hari. Alhamdulillah untuk semua kesempatan ini.

Doakan kejayaan interview ini jika ini yang terbaik untuk saya. Begitulah pesan saya kepada emak dan ayah, juga kepada diri sendiri. Juga kepada semua yang membaca, tolong doakan saya. Terima kasih. 

Love..

Rumah Nenek Saabah

Di tengah bulan December 2016, Acik Oya menghantar gambar serambi rumah nenek dengan mesej, " Lepas ni nak roboh dah."

Terperanjat kami. Tetapi membebel kami hanya di mesej group sahaja. Acik mahu merobohkan serambi nenek dan membuat rumah bawah. Kos semua hampir RM30 ribu. Setelah dinego-nego bersama penukang,

Saya sempat pulang semasa pembinaan sedang dijalankan. Kata Acik, jika rumah lama, tiada siapa mahu ke serambi. Moga nanti setelah diturunkan, ada orang boleh melepak di situ nanti. Memang benar telahan Acik. Ayah semasa cuti raya Cina telah melepak-lepak di ruang baru rumah nenek itu. Acik, memanglah membuat sesuatu untuk kegunaan orang lain. Nenek kata tidak mahu masuk campur kerana seperti biasa, ayat nenek, "Nenek sudah tidak lama." Hehe. Dalam pada tidak lama, setiap kali kami pulang ke kampung ada sahaja perubahan terhadap rumah nenek. Dapur bertukarlah, tandas pecah kepada dualah, tv jadi flat tvlah dan terbaru serambi telah diturunkan.

Asyraf pun pelik apabila masuk ke rumah baru nenek. Masuk sahaja ke dalam rumah nenek, teris dia bertanya, "Kenapa jadi macam ni?" Hehe.

Jadi, rumah baru terus. Mari kita blogkan supaya jika ada perubahan lagi tahun-tahun berikut, masih ada simpanan gambar rumah nenek ini. :)

Selepas siap. :)








Semasa pembinaan : 









Sebelum pembinaan : 





Love..

Thursday, February 2, 2017

Kemalangan

Dalam seminggu, saya berdepan dengan dua kemalangan. Kedua-duanya adalah kesalahan dari diri sendiri.

Pertama, saya terlanggar kereta Kelisa di hadapan akibat sedang melihat telefon. Kesalahan sendiri. Sebenarnya, saya sudah lama melupakan perangai memandu sambil melihat telefon kerena sudah beberapa kali hampir terlanggar kereta di hadapan. Berselang-seli melihat video kemalangan disebabkan penggunaan telefon semasa memandu. Semenjak itu, saya tenang sahaja memandu tanpa telefon di tangan. Apabila sampai di rumah, saya akan melihat juga telefon bimbit. Tidak ada ketinggalan maklumat pun. Lebih selamat dan tenang saya di dalam perjalanan.

Seringkali saya simpati melihat pemandu yang memegang telefon di tangan. Seperti akan ketinggalan banyak maklumat jika mereka tidak membaca ketika itu. Saya pernah seperti itu. Jadi saya faham. Mahu mendapat hidayah memang sukar. Mungkin seperti pepatah 'Sudah terantuk, baru terngadah.' baru mereka akan membuang tabiat buruk itu. Saya berdoa semoga tidak. Alhamdulillah saya mendapat hidayah sebelum berlaku kemalangan. Seringkali membayangkan kesusahan apabila kereta masuk ke bengkel adalah ketiadaan kereta. Susahnya mahu ke mana-mana. Mohon dihindarkan.

Berbalik kepada kemalangan bersama Kelisa itu, saya sangat mengantuk setelah meredah kesesakan yang luar biasa dari pejabat ke rumah saya. Saya keluar jam 6.30 petang dari pejabat, tetapi masih di jalanraya jam 8 malam. Hampir dua jam. Saya mencapai telefon kerana terlalu bosan dan mengantuk. Saya baru sahaja scroll telefon dan membalas whatsapp, kemudian bunyi sesuatu dari depan. Bang! Saya sempat menekan brek. Alhamdulillah, saya memang tidak laju. Jadi, hentaman tidak sehingga bumpernya jatuh atau kelihatan teruk. Cuma kemek. Haha. Cuma? Masih perlu ditukar ya. Maha Suci Allah yang menjaga saya, tuan empunya kereta seorang lelaki India dalam 20an keluar dan melihat belakang keretanya dan kereta saya. Saya pantas meminta maaf. Memang salah saya. Dia bertanya adakah saya okay? Allah. Allah. Terharu saya. Masih memikirkan saya walaupun saya telah melanggar keretanya. Selepas itu, saya juga bertanya keadaannya dan memberikan kad saya kepadanya untuk menghubungi saya kelak. Kami di tengah kesesakan, saya tidak mahu menambahkannya lagi. Kami perlu bersurai. Dia akan menelefon saya kelak katanya untuk menyatakan harganya. Saya mengangguk. Terlupa mahu meminta nombornya dan no plat keretanya juga. Melihat kepada perlakuan dan kata-katanya, saya percaya dia tidak akan menipu saya. Dia orang yang baik dan saya perlu menunjuk teladan Muslim yang baik juga kepadanya. Masih ramai orang yang baik di dalam dunia ini. Saya perlu menjadi sebahagian daripadanya. 

Ketika menceritakan perkara ini kepada ayah, ayah menyatakan syukur. Ayah sudah melihat rakaman youtube di mana seorang pemandu lori yang terlanggar kereta mewah dan dibelasah oleh tiga empat orang lelaki. Mujur saya tidak kena. Saya juga terfikir jika orang yang saya langgar, keluar dan marah-marah saya. Pasti saya akan menangis di situ. Alhamdulillah untuk orang yang saya langgar begitu baik dan tenang sahaja. Semoga Allah memudahkan urusan kamu kerana memudahkan urusan saya. Sehingga sekarang dia masih belum menconfirmkan harga dengan saya. Saya percaya dia akan menelefon saya kelak. Semoga tidak sangat mahal sangat juga nanti. Hehe.

Tips memandu kereta :-
  1. Pastikan tangan anda bebas dari telefon.
  2. Sentiasa memberi laluan kepada kenderaan yang mahu masuk ke lane anda. Pahala percuma.
  3. Angkat tangan ketika pemandu lain memberi jalan kepada anda.
  4. Untuk mengelakkan anda berkejaran di jalanraya, keluar awal. 



Kejadian kedua adalah pagi Isnin minggu lepas. 

Pada pagi Isnin itu, saya mengambil cuti separuh hari kerana perlu ke bank bersama Kak Long. Kami menaiki motor sahaja kerana mudah untuk parkir. Sudah lama saya tidak membawa motorsikal, perasaannya memang mengujakan. Saya membawa motor dan kakak saya menjadi pemboncengnya. Kak Long memakai jaket di luar. Saya malas mahu mencari jaket, dan cuma melintangkan sahaja beg saya di badan. Memang salah sendirikan? Selepas selesai urusan kami, saya memandu pulang. Saya memandu santai sahaja kerana brek motor adik saya tidak berapa makan. Tetiba terasa dari kiri saya ada satu motor merapati. Pada masa yang sama Kak Long yang di belakang saya menepis tangan lelaki itu. Tidak sempat saya menafsir apa yang terjadi, motor itu sudah berlalu pergi. Kak Long bertanya adakah saya okay. Alhamdulillah saya okay. Kak Long kata, orang tu mahu mengambil beg awak. Saya melihat motor itu semakin menjauh. Mereka memecut. Dua orang lelaki yang segak memakai kemeja biru dan bermotor besar. Bukan motor kapcai. Memang tidak terduga mereka akan menjadi pencopet dari segi gaya motor dan pemakaiannya. Doa saya semoga kamu dirahmati Allah dan dipermudahkan urusan. Pastinya ada masalah kamu sehingga kamu terpaksa menjadi pencuri. Salah saya sendiri juga kerana membiarkan diri menjadi target kepada pencopet.

Saya ingat mereka tidak berjaya mengambil beg saya. Rupa-rupanya, mereka berjaya mengambil gelang emas saya. Pergerakan itu sangat pantas dan sangat licik. Saya tidak merasa apa-apa. Juga tidak tercalar sedikit pun tangan. Alhamdulillah. Sedikit ralat kerana gelang itu merupakan hadiah pemberian Kak Long saya. Saya pernah menulis mengenainya dahulu sempena hari jadi saya. 

Balik kampung masa cuti lepas, rupa-rupanya Mak Usu Jiha juga pernah diragut gelangnya. Semakin berani kamu semua. 

Untuk semua kejadian ini, tidaklah lain hanya Allah yang membenarkannya semua ini. Untuk menjadikan saya lebih berhati-hati, sentiasa peka dengan keadaan sekeliling. Saya juga berdoa semoga Allah sentiasa menjaga saya ketika di jalanraya. Doa sebelum dah selepas menaiki kenderaan sentiasa dijadikan tabiat. Jaga diri semua. Semoga kita sentiasa dilindungi dari perkara-perkara yang membahayakan.

Tips memandu motorsikal :-

  1. Sila pakai jaket dan masukkan beg ke dalam jaket.
  2. Jika tidak, pastikan beg disilang di badan.
  3. Pastikan cermin pandang belakang elok untuk kita melihat orang di sekeliling kita.
  4. Doa Allah menjaga kita hingga selamat sampai.

Innalillah - Dari Allah kita datang dan kepadaNya kita dikembalikan.

Gambar tiada kaitan.

 Love..

Wednesday, January 25, 2017

Tales of A City by The Sea

Sebelum menonton teater ini, saya sempat menggooglenya. Hasil carian, pernah menang award dan teater berkisar perempuan Palestin. Setakat itu sahaja. Kemudian menyambung kesibukan di pejabat. Steven mengajak kami (geng ketika Treasure Hunt Gamuda dahulu) mononton teater ini. Saya tidak pasti sama ada dia tahu teater ini mengenai Palestin atau tidak, tetapi kami bertiga (Faezah, Arsyaf dan saya) bersetuju.

Semasa persembahan, saya terpukau dengan kesimplean pementasan ini. Setiap babak hanya menggunakan langsir sebagai pemisah babak dan lokasi babak, tetapi ceritanya sangat mendebarkan. Saya juga mendengar bunyi tangisan penonton semasa pementasan. Cerita yang bagus, pementasan yang mantap, lakonan yang menghayati dan jalan cerita yang sangat realiti. Sinopsis terdekat boleh di baca di sini. 

Apa yang saya dapat daripada pementasan cerita ini ;-
  1. Percintaan - Susahnya bercinta bagi orang Palestin (Jomana) jika bercinta dengan orang asing (Rami). Jomana tidak mahu keluar dari tanah air tercinta, manakala Rami adalah dari Amerika berketurunan Palestin juga susah untuk tinggal di situ kerana tidak dapat memandang masa hadapan keluarga jika berkeluarga di situ. 
  2. Realiti - Rakyat Palestin sedang disekat kebebasan mereka di sana. Kebajikan mereka sedang diperkotak-katikan oleh orang Israel. Mereka membunuh rakyat sesuka hati mereka dan menyekat rezeki rakyat Palestin. Bantulah mereka seadanya. Mereka memerlukan bantuan kita, jika tidak pun doakan ketabahan dan kemenangan mereka. 
  3. Harapan - Watak Lama ditunjukkan sebagai sebuah harapan di Palestin. Selepas kematian ahli keluarganya, dia menikahi teman lelakinya Ali, dan kemudian mengandung. Anda masih boleh gembira walau di mana sahaja anda. Anda yang memilihnya.
  4. Keluarga - Emak Rami sangat prihatin dengan keputusan anaknya yang mahu bercinta dan berkahwin dengan orang Palestin. Begitu juga ayah kepada Jomana juga menasihati mengenai keputusan bercinta dengan doktor yang tidak berasal dari Palestin.

Before the show




Simple yet meaningful

Geng Tresure Hunt

Joshua, where is our next trip? 

Bersama pelakon-pelakon hebat

Salah seorang pelakon


Alhamdulillah untuk kehadiran saya menonton pementasan ini. Ia begitu membuka minda. Itu juga kerana diajak oleh Steven. Kerisauan saya sedikit, kedatangan ke teater ini lebih ramai daripadanya merupakan orang Cina. Arsyaf berkata, hanya dia seorang Melayu lelaki dari Gamuda yang hadir. Harga sebenar tiket adalah RM39. Tetapi Gamuda memberikan kami peluang menontonnya secara percuma. Kita hanya perlu menghadirkan diri sahaja. Tetapi, kami masih tidak mahu menurut serta. Kepedulian orang Melayu terhadap isu-isu kemanusiaan yang berlaku di sekeliling ini merisaukan saya sedikit. Saya juga adalah salah seorang di antaranya.

Begitu juga ketika satu program Toastmaster di Gamuda di mana kami dilatih untuk memberikan presentation kepada umum. Kami perlu berlatih dengan menyampaikan presentation di hadapan. Seorang lelaki Cina telah menyampaikan presentation mengenai krisis yang sedang berlaku di Syria. Terkedu saya mendengarnya. Betapa sikap kepedulian mereka sangat tinggi. 
Katakanlan lagi kepadanya : "Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?" Sesungguhnya orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna. ( Az-Zumar: 9)

Banyak lagi yang perlu saya baca dan lakukan. Mari kita.

Love..

Thursday, January 19, 2017

Nikmat senang

Ada masa yang kita mahu berehat dari semua kerja-kerja yang biasa kita lakukan. Dahulu, pernah juga sekali saya hanya mengambil MC di tengah-tengah minggu kerana sudah terlalu letih dengan pekerjaan sendiri apabila selalu pulang lewat malam. Jadi, sehari saya mengambil MC. Keesokan harinya lebih semangat bekerja.

Kali ini, saya melakukannya sekali lagi. Saya mengikut Naziha pulang ke kampung beberapa minggu lalu. Pada hari Jumaat, baru saya memberitahu kepada Ai Tee mahu cuti pada hari Isnin. Disebabkan tiada kerja urgent, Ai Tee bersetuju.

Saya dan Naziha pulang pada hari Sabtu selepas bermalas-malasan dengan dahsyatnya. Penangan tiada perancangan dan tidak mengikut siapa-siapa. Dari selepas zuhur, membawa ke selepas asar dan kemudian berjaya bergerak ke kampung jam 6 petang. Hehe. Itupun Naziha mahu menelefon nenek, tetapi saya melarang kerana mahu memberi baju kepada En Anuar dahulu. Makanya, kami bertolak akhirnya jam 8 malam dari Subang. Dan waktu itulah kami menelefon nenek bari bertolak. Hehe.



Sesampai di rumah nenek, Pak Busu dan Acik sekeluarga sedang makan KFC bersama nenek. Pak Busu dan Mak Usu memang pantang apabila mengetahui kami mahu pulang ke kampung, pasti dia akan ke rumah nenek meraikan kami. Apa lagi, sesi berboraklah. Pak Busu tanya kenapa saya bercuti. Saja. Semua macam pelik. Memang pelik cuti tanpa alasan. Benda yang jarang buat, Lepas ni buat lagi, sudah tidak peliklah.

Hari Ahadnya Naziha meneman kawannya ke Kluang. Mahu mengambil ujian PTD. Saya keluar bersama Alin. Hidup tiada perancangan, maka ketika Alin mengajak ke Jasin kerana mahu membeli stereng lock kereta barunya, saya mengiyakan sahaja. Sampai ke petang juga kami keluar. Balik rumah makan bersama nenek Saabah. Berborak dan tidur.




Besoknya nenek ke pasar membeli barang dapur bersama saya dan Aishah. Nenek kata, 

"Agaknya, nenek ni nak ke pasar kena tunggu orang Klang balik yer. Masa tu ayah awak balik, bawa nenek pergi pasar."

"Ala ni, siapa-siapa jelah dapat tolong nenek."

Selepas menghantar Aishah ke sekolah jahitan, saya menghantar nenek pulang ke rumah dan terus ke rumah Pak Busu. Mahu menyibuk menemani Busu Bani membuat radioterapi di Hospital Pantai. Sekejap sahaja radioterapinya. Tidak sampai lima belas minit. Busu perlu membuat setiap 5 kali seminggu sebanyak 30 kali. Selepas pembedahan membuang ketumbuhan di dalam otak Alhamdulillah berjaya, dan ujian terhadap ketumbuhan itu merupakan kanser, maka Busu perlu membuat radioterapi. Alhamdulillah juga boleh dilakukan di Hospital Pantai Melaka sahaja, Busu membawa diri sendiri biasanya. Saya mendoakan kesihatan Busu dan ketabahan Mak Usu menerima ujian dan kasih sayang Allah ini.




Selepas pulang menghantar Busu, saya singgah ke rumah nenek Rammelah. Nenek sedang tidur kerana berpuasa hari itu. Nenek masih kurang sihat semenjak majlis kenduri Muiz. Semoga nenek sembuh saya doakan. Bagaimanalah agaknya saya ketika tua nanti? Jauh sangat fikir tu Nadiah. Semoga yang baik-baik sahaja. 

Saya pulang ke Klang seorang diri. Kak Cik meminjamkan keretanya. Nanti dia akan pulang menaiki bas ke Klang. Cuti on-callnya perlu dihabiskan. Saya hanya cuti untuk keluar dari rutin yang biasa. Masa untuk menginsafi diri dan bersyukur atas kurniaan kesenangan, kesihatan, kereta, duit, kasih sayang, keluarga dan semua  perkara-perkara yang terjadi kepada diri saya. Semoga menjadi Muslim yang lebih bertaqwa dan bermanfaat untuk orang lain.

"Hendaklah kita memberi sebanyak-banyaknya. Dan janganlah kita menerima sebanyak-banyaknya." - Laskar Pelangi.


Love..