Showing posts with label kampung. Show all posts
Showing posts with label kampung. Show all posts

Wednesday, April 30, 2025

Melancong ke negara lain

Cuti Anzac masa tu berjalan ke Brisbane. Masa borak-borak dengan Mira dan Grace, ada beberapa memori berjalan ke Amsterdam dan Korea yang aku berkongsi cerita. Seperti satu cerita di Netflix yang berlatar-belakang di Amsterdam dan hujan-hujan di Brisbane menyebabkan aku teringat berjalan-jalan di Korea semasa hujan. 

Bila sudah lebih dua tiga kali aku bercerita pengalaman berjalan tu, aku clarify dengan diorang. Aku pernah pergi dua negara tu je. Itupun ikut sepupu aku dengan mak dia. Obviouslylah Alin yang akan fikir semua. Aku masa pergi Brussels dia bagi task pun aku tak perform. Takkanlah nak aku yang fikirkan? Ke lautan dalam nanti. Haha. Penat kot arrange trip ni. Sian aku tengok Layla. Tapi member rileks je. Kadang2 kitorang support ar dengan bayarkan dulu, gunakan waze dan bawa barang. 

Cara aku cerita macam banyak benor tempat aku dah pergi. Haha. Walhal pergi dua tempat je. Haha. Okaylah asalkan ada pengalaman cerita kat orang tu. 

Pagi Isnin tu, bila cerita dengan jiran sebelah workstation aku, Tam Do cuti dia buat apa, dia pergi hiking sorang-sorang. Naik train sejam dari Sydney. Aktif dan berani sungguh. Aku haruslah tidak. Pastu borak dengan sorang lagi personal site, Maddy dia tak pergi mana-mana sebab dua minggu lagi dia nak cuti. Pergi Japan sorang-sorang. Pastu dia cerita pernah pergi Sri Lanka sorang-sorang juga. Dia volunteer untuk jaga gajah kat sana dan dia juga pernah volunteer jaga singa kat Afrika. Aku dengar, terlopong. Dia kata aku patut cuba. Haha. Benda yang scary tapi bila dah buat, best experience ever. Patutkah? 

Memang tak naik roller coaster ni






Love..

Saturday, March 29, 2025

29 Ramadan 1446

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih.

Hari ni hari Sabtu. Hari kedua terakhir puasa. Baru boleh puasa hari ni setelah Allah bagi cuti enam hari. Malam-malam tak boleh puasa memang tak berapa bagus sebab tak bangun sahur. Kalau terjaga pun sebelum sahur, baca doa yang Aisyah r.a baca untuk laylatul qadar tu ulang dua tiga kali, pastu tertidur balik. Takpe, benda yang lepas jangan dikenang. 

Tahun ni raya pertama sorang-sorang. Layla dah balik Malaysia semalam, Paie dah balik Malaysia sehari sebelumnya. Mira pula ada inspection Isnin pagi tu dia tak boleh skip sebab banyak kali dah tunda. Pastu dia nak balik Malaysia minggu depan, so lagilah takleh skip. Maka, aku akan pergi rumah bos Mira pagi raya tu, Hamzah. Sebenarnya dia ajak Mira, pastu Mira kerja. Mira kata, pergilah rumah Hamzah. Aku pun iya kan supaya tak nampak loser sangat raya ni makan tomyam ataupun kari dari freezer je. Nak makan ketupat rendang sila nikmati kawan penat memasak malam ke pagi. Bak kata sepupu aku, raya ni kita yang kena meriahkan. So, aku bermuka tebal akan ke rumah orang. 

Friends become family

Kak Cik on the way balik Taman Maju hari ni, dia video call dalam kereta. Dapatlah borak dengan diorang. Kak Mi dah kat rumah nenek Saabah. Kak Mina on the way balik Sungai Besar dari Melaka. Dia dengan Muzakir bawa mak ayah balik Melaka dulu sebab nanti pergi Pahang, takdelah banyak kereta sangat. Terima kasih kak mina.


Hari ni juga dapat khatam Al-Quran. Alhamdulillah. Tapi, bukan start dari mula. Memang baca dari Juz 24 masa awal ramadan tu. Target nak habiskan dalam bulan puasa. Alhamdulillah. Memang kau perlu bercita-cita je. InsyaAllah, dapat capai punya. Kalau takde cita-cita, macammana nak tercapai yer dak? Lepas ni nak target khatam setahun dua kali. Pakai apps ni. 


Doa khatam. Alhamdulillah

Kat sini hujan je dari pagi tadi. Aku text Mira tadi tanya nak pergi terawih tak? Dia kata okay. InsyaAllah malam ni, terawih terakhir tahun ni. Kalau berjaya, nanti aku masukkan gambar. Hehe. 

Alhamdulillah, musim ramadan dah nak menutup tirai. Tapi, ini bukan pengakhiran. Banyak lagi tanggungjawab kita selepas ini. Selepas masuk kem ramadan, menyucikan diri, membersihkan niat, meningkatkan taqwa dan semoga terhapus semua dosa-dosa kita, marilah menjadi mukmin yang lebih soleh solehan. Teruskan beramal dan mencari ilmu. 
Tanpa ilmu, amal tidak ada gunanya. Sebaliknya, ilmu tanpa amal itu adalah hal yang sia-sia. 
Selamat terus berjuang menjadi khalifah di muka bumi dan semoga pengakhiran yang baik untuk kita di akhirat. Tinggal bersama Rasulullah s.a.w di syurga Firdaus. 🥰

Love..

Saturday, June 24, 2023

Kenduri Khariani

Dua minggu lepas, sebab takde apa-apa hujung minggu, aku balik kampung. Kawan sekolah menengah dulu buat kenduri aqiqah anak dia. So, aku janji dengan Shamini nak jumpa dia. Janji juga dengan Alin nak jumpa dia nanti sebab nak celebrate birthday aku.

So, Jumaat petang lepas ofis aku drive balik kampung. Singgah drive-thru nak beli coffee budget ngantuk konon2. Alhamdulillah membantu. Fisha mesej kata nenek minta tidur esok malam so dia takyah tidur rumah Acik. Aku mesej Alin, dia kata okay. Sempatlah sampai rumah dia sebelum meeting post-warkah. Beberapa perbincangan untuk aku take note lepas ni. Al-maklum, lepas ni aku editor. 

Tidur malam Jumaat rumah Alin, esoknya janji dengan Sham pergi rumah Khariani sekali. Dia jemput aku kat rumah Alin. Lama giler tak jumpa. Pastu dia singgah rumah mak dia kejap nak tukar baju. Mak dia relaks camtu juga dari dulu sampai sekarang. Punyalah aku lost contact dengan Sham lepas kitorang SPM. Aku tak sure dia sambung study ke tak. Tapi, merata juga dia kerja. Mahkamah kat Shah Alam, kat Melaka, buat decorations majlis kematian, besarkan anak empat orang, dok rumah mak mertua. Laki tak balik rumah. Toughlah life dia. 

Pastu kitorang singgah Jasin Point nak beli benda bawa pergi rumah Khariani. Aku cari buah, dia cari jajan. Apollo, sumi dan koko crunch yang mini pack tu. Laju yer budak-budak tu ambik jajan. Dapat borak dengan Ani dan Sham, jumpa mak Ani memang menggamit kenangan. 

Balik dari rumah Ani, aku tidur jap kat rumah Alin sebelum petang tu pergi rumah nenek Rammelah. Tengok nenek dan Mak Chah tengah siap nak pergi haji. Muhammad dengan Mus'ab pun dapat juga. Moga aku dapat pergi dengan mak ayah pakej dua tahun lagi. Tengah kumpul duit ni. 

Lepas tu, pergi rumah nenek Saabah dan pergi rumah Busu lepas Maghrib. Banyak dapat buat kalau balik kampung ni. Rasa macam kena masukkan aktiviti balik kampung sebulan or dua bulan sekali walau takde apa-apa occasion. 

Esoknya masak mee goreng untuk sarapan dan kari ayam untuk tengahari. Borak-borak dengan nenek, soalan kasih sayang yang dia tanya pastinya pasal aku takde ke berkawan dengan siapa-siapa ke? Bila borak sorang face to face dengan nenek ni, mesti sebak. Aku sampai doa kat Allah, kalau doa aku pun tak makbul sebab aku banyak dosa, makbulkan doa orang yang nak tengok aku kahwin ni. Fisha pun dia risau juga. Semoga ada rezeki nenek tengok aku dan Fisha kawen. 

Pastu aku dan nenek melawat Mak Chah nak berangkat pergi rumah Muiz. Diorang akan gerak dari sana ke KLIA. Nenek Rammelah dah siap-siap masak lauk sebab Amirah tengah pantang. Hebat betul nenek tau. Lepas tu aku gerak balik KL.

Jalan clear, aku santai-santai je drive. Balik tu singgah beli dapur kat Giant, shopping sikit kat Bintang Fashion, cuci kereta dan enjoying myself. Alhamdulillah untuk nikmat sihat, kereta, masa, saudara, duit dan semua yang Allah berikan. Moga aku sentiasa bersyukur dan memberi kebaikan yang banyak untuk orang sekeliling.

Tak tau terlebih manja nape

Penuh yer bonet


Nenek borak dengan Dak Wan





Lalu belakang, singgah jap bergambar.


 Love..

Tuesday, November 22, 2022

Happy Deepavali 2022

Dah lama kat draft - seperti biasa. Haha.. 

-----------------------------------------------------------------------

Deepavali kali ni, aku cuti lama sikit. Ayah malas nak berebut dengan orang lain nak balik Isnin, so mak tanya boleh ke aku ambik cuti Selasa? Disebabkan minggu lepas aku dah ambik EL sebab teman Liza pergi buat report polis sebab kena scam, aku cam berat pula tak memenuhi impian mak ni. Ko dengan orang berlari yer. Dengan mak sendiri berkira. Haha.

Adik accident kat CEB

Sarapan dulu

Dah dapat MC sebulan lebih

Kak Mina teman pergi klinik

So, masa aku apply cuti EL tu, aku aku cuti extra Deepavali dengan cuti Family Day bulan 12 sekali juga. Surprisingly, Ai Tee approved. Mood dia tengah okay sekarang. 

Hari Sabtu, kitorang balik dari Klang lewat sikit. Aku janji dengan mak ayah pukul 8, pukul 8.30 baru aku turun. Nadiah dan janjinya. Haha. Tengah siap-siap nak gerak, adik telefon ayah. Bagitau dia accident dekat TNB. Innalillah. Huhu. On the way nak balik kampung, kitorang pun jenguk adik kejap kat tempat accident. Nampak okay. Cuma adik kata bahu dia sakit. So, pergi klinik. Kak Mina dengan Abang Aidil yang uruskan. Kitorang dah terus balik kampung waktu tu. Jem yer sebab dah lambat. Mujur hobi bawa kereta. Haha.

Sampai kampung, nenek dah siap masak. Kitorang makan dengan nenek. Dok dengar Nenek cerita pasal Along Afiq keluar dok tinggalkan anak-anak kat rumah Acik sampai seharian. Pas makan, nenek suruh basuh Toto kat rumah Acik, Arisya kencing malam. Aku hantar, pastu sempatlah main dengan Arisya dan Batrisya. Penat wei. Time sebelum tu ada Mikayla dengan Afra. Serius susah nak handle ramai-ramai tu. 

Cik Semek datang tengok cucu acik

minum petang citer pasal lembu

Acik pula nak pergi kenduri kawin dekat depan rumah. So, aku tengokkan kejap cucu dia. Tengah main, mak aku panggil turun rumah nenek. Ada orang datang tengok nenek sebab alang2 dah pergi kenduri depan rumah kitorang. Aku buatkan air. Tak lama pastu, Cik Semek kata nak pergi tengok anak Safwan kat atas. Aku call Acik bagitau siap-siap. Haha. Pastu Acik kata, takyah naik. Dia turun. Menjaga aib saudara-mara namanya. 

Malam tu, aku tidur jam 10. Banyak benda kesihatan yang aku nak buat consisten setiap hari. Seperti baca buku 15 minit dan bersenam 15 minit, menapak 5000 tapak dan tidur 7 ke 8 jam sehari. Setakat ni, tidur je aku consistent buat.  Yang lain, hampeh.

Esoknya, kami ke Tanjong. Makan sarapan di kedai Mok Teh. Acik tak join. Nak jaga cucu. Makan maha dahsyatnya. Kitorang order roti jala, lontong, lempeng, mee kari dan kuih. Sorang tak makan satu portion. Dua tiga portion. Al-maklum. Jauh perjalanan. Sejam. Dah seronok makan, kitorang pun balik. Nenek masak sup guna pressure cooker. Memang seronok. Terapi juga memasak ni. Napelah aku tak pandai-pandai.

Sarapan dengan hebatnya

Ayah belanja

Afifah tangkap gambar






Petang tu, balik rumah nenek Rammelah. Kemas barang dan buku dekat bilik mak-ayah tidur yang biasa tu. Esoknya kata nak bakar almari dalam bilik Pak Long sebab ada banyak tikus. Berjaya selesaikan tiga almari dibakar. Mantap menantu-menantu nenek ni. Pakcik, Pakcik Didi dengan ayah. Semangat masing-masing berkemas. Balik dah lewat, jalan jem ar. Sempat juga sambut birthday mak chah. Menarik betul cuti kali ni. Penuh. 

Menantu nenek

Bilalah dapat pergi Aussie ni. Haha



Happy biirthday Mak Chah

Mak Ngah beli. Sedap! 

Swimming pool ni pun gembira

Ayah ni, balik kampung je banyak kerjaan

Pasang jaring untuk elak tupai

Pencur. Sedap. Jantung pisang

Putrajaya

Aku tidur sehari lagi. Hari Selasa baru balik. Hantar Mak Ngah dekat Subang, mak dengan ayah kat Klang, pastu pergi Putrajaya. Nak teman Aida sebab Daus outstation. 

Love..

Saturday, April 30, 2022

Last2 puasa 2022

Kalini cuti lama sikit. Ambik cuti hari Khamis sebab teman Busu pergi check-up dekat HKL. Pastu Ai Tee cuti Jumaat, so sambunglah. Dapatlah settlekan transfer nama untuk TNB rumah yang duduk sekarang. Nak buat Syabas, dia kata boleh buat online je. Nak pergi DBKL tak dapat call pula nak tanya dokumen apa kena bawa. Indah water boleh tukar online je. Semua buat lepas raya nanti InsyaAllah.  

Buat dekat Kedai Tenaga je

Balik kampung hari Sabtu. Period pula. Sakit perut giler. Lama dah tak period pain ni. Doa masa bawa tu, selamatlah sampai kat kampung. Sampai kampung pukul 10 pagi. Aku tidur sampai pukul 1. Giler ar. Memang tak larat nak bangun. Pas bangun, turun Mekna dah sampai. Borak-borak dengan Makna jap, pastu terus tolong nenek. Kemas-kemas dapur. Nenek tengah buat wajik. Aku tak minat sangat. 

Sebelum Melissa nangis

Kereta saya

Kereta Ijam

Wajik in the making


Ayah pun gigih juga


Gigih sis


Pastu Asar rehat kejap. Sambung masak untuk buka pula. Pukul 6.15 petang, aku dah selamat buat semua main dish. Sup ikan, sambal ikan, goreng sayur kangkung dan tumis mee goreng. Haha. Kepakaran aku membantu di dapur tanpa tahu output ni memang aku syukuri. Rasa memang biasa outlah. Tapi, kerja memang InsyaAllah boleh buat. Lepas siap, aku ke depan. Borak-borak dengan ayah jap. Lepas tu tengok telefon. Tup-tup dah pukul 6.45 petang. Mencicit keluar bilik nak siap masukkan mee dan siapkan berbuka. 

Anak buah perempuan saya

Nikmat dunia

SubhanAllah ciptaan Allah ni

Geram betul

Imam saya

:)

Alhamdulillah dapat berbuka di kampung. Nikmat nenek ada lagi dan saudara-mara rapat ni memang saya syukuri. Moga Allah terima semua amal kita di dunia dan kurniakan rahmatNya untuk kita masuk syurga bersama Rasulullah s.a.w. 

Love..