Saturday, February 21, 2015

Testing buat blog kat apps phone

Baru dapat apps buat blog guna phone. Guna apps blogger. Haha. Mesti sebelum ni dah lama orang guna. Tapi, tak boleh nak upload gambar lagi. Tak habis kaji lagi.

Saya tengah kat kampung. Cuti Hari Pekerja. Selamat Hari Pekerja semua. Semoga semua pekerjaan yang kita kerjakan diterima sebagai amal ibadah.

Love..

Wednesday, February 18, 2015

Build Home For Orang Asli - Part 2

Hari kedua, tenang sedikit. Hari ini hujan sehingga kami perlu memberhentikan tugasan. Kumpulan saya perlu menyiapkan tepi bucu bumbung. Hari ini lebih kepada mencabar ketinggian. Takut tinggi atau tidak. Berbanding semalam yang lebih kepada tenaga jantan semua.

Mesin ni kat rumah dari aku kecil, aku tak pernah guna. Tahu dek ayah aku guna kat sini, nangis dia. Hehe.


Team Faezah dah kena pasang-pasang sebab semalam dah potong-potong.

Hujan. Jadi kena berhenti buat kerja. Nak tangkap gambar dengan mamat cina tu, tapi segan. So, tangkap gambar curi. Hehe.

Gigih tak gigih, hujan dah tak lebat diorang sambung buat kerja. Basically, kitorang buat rumah ni tak sampai 3 hari sebab hujan. Tapi, Alhamdulillah siap juga.

Team lantai yang tekun.

Hujan dah reda. Sambung tugasan. Saya ambil ukuran untuk buat frame pintu hadapan. Dengan bos besar HR tu. Tak Ming. 

Yang berbaju biru ni, anak bakal tuan rumah. Turut sama membantu menyiapkan rumah yang akan mereka diami. 

Akhir hari kedua. Esok, bumbung dan cat dan siapkan semua yang tak siap.

Bas lambat sampai. Masing-masing dah tak larat nak berdiri, duduk je kat jalan. 

Masa makan malam ada post-mortem untuk pagi tadi dan apa yang harus dibuat esok. 

Balik untuk tidur dan re-charge tenaga untuk esok.

Love..

Saturday, February 7, 2015

Build Home for Orang Asli - Part 1

Dah berzaman punya cerita. Tetapi baru nak tulis. :p Alhamdulillah. 31 Oktober sehingga 2 November tahun lepas punya kenangan. Mengambil masa yang lama untuk menulis entri mengenai benda yang saya suka. Masa. Masa. Masih perlu sedikit kekuatan untuk berubah.

Tahun lepas (haha), Faezah dan saya telah berjaya mengikuti satu program Gamuda. Masa untuk berhuha-huha sebelum masing-masing berkahwin. Hehe. Kali ini berlainan dari aktiviti sebelum yang pernah kami ikuti. Kali ini, kami berpeluang bersama-sama membuat rumah orang asli di Batang Kali. Rumah berjaya disiapkan selama tiga hari.

Mula-mula baca iklan, macam menarik je. Dah tak nak join aktiviti memanjat lagi. Kali ni nak buat aktiviti kat tanah pula. Dan, jeng. Berkolaborasi bersama EpicHomes. Saya puji pengurusan sepanjang tiga hari ini. Dari segi penginapan, makanan dan pengurusan ketika kami membuat rumah. Tersusun. Memang benar kata Brother Nourman Ali Khan, kalau boleh sertai aktiviti persatuan bukan Islam. Belajar banyak giler pasal pengurusan. 

  1. Sangat teratur. 
  2. Semua aktiviti sehabis baik mengikut jadual waktu yang ditetapkan.
  3. Makanan kami ditaja dan termasuk di dalam bayaran yang dikenakan. 
  4. Setiap hari ada post-mortem mengenai apa yang telah kami buat pada hari itu. 
  5. Makanan untuk kami kudap-kudapan disediakan jika kami mahu berehat sebentar sepanjang hari itu. 

Banyak lagi rasanya perkara yang membuat saya enjoy di sana. Ini cerita pada hari pertama kami. 

Ayah menghantar saya pagi Jumaat itu selepas subuh. Dan jem selepas tol Batu Tiga. JEM!! Pada pukul 6.30 pagi. Apakah?! Hampir setengah jam kami di situ dan tidak berjaya susur ke Kelana Jaya. Saya perlu berkumpul di Gamuda jam 7 pagi. Tak boleh terima, saya merungut sahaja di dalam kereta. Ayah boleh rileks je dan menyuruh saya beristighfar. Hehe. Tawakal ayah saya ni memang tinggi sampai ke langit ke tujuh. Saya tiba di Gamuda dalam 7.15 pagi dan bas tak sampai lagi. Penat takut lambat dalam kereta. Haha.

Faezah, Alhamdulillah untuk sahabat ini.


Setelah sampai, kami ke tempat penginapan meletak barang dan terus ke tapak binaan. Di sana, kami diperkenalkan kepada Tumi dan isteri, bakal tuan punya rumah yang kami akan bina. 

Tumi dan isteri Munahbersama Master Builder kami, Hadi
Seterusnya dibahagikan tugas mengikut kumpulan foundation, tingkap dan pintu, lantai dan bumbung. Saya kumpulan dua. Kumpulan foundation. Ketua saya, Nadrah. Seorang jurutera tetapi beralih minat ke konsultan insuran untuk kebakaran. Dah lama join epicarmy. Belajar banyak dengan dia ni. Kental pun kental. 

Brief kerja untuk kami. 
Tugas mencabar. Levelkan foundation  sebelum letak kerangka rumah.
Angkat keluar dan masukkan batu asas ni menjadi biasa. Letih! Berat ada dalam 20kg.
Team satu pun bahagian foundation juga. Ada 9 lubang. Jadi, bahagi dua kumpulan.
Faezah team pintu dan tingkap, hari ni diorang dah mula mengira dan memotong kayu pada hari ini. Dimension terdapat di dalam manual yang diberikan. Kena pilih kayu, kira dan potong sendiri. Pentingnya join kelas induction sebelum ni. Dah biasakan diri dengan alatan tangan. 



Ketua Faezah sedang menerangkan kerja-kerja yang perlu dilakukan
Handbook. Setiap kumpulan diberi mengikut skop kerja masing-masing. 
Kelengkapan dilabel dan setiap kumpulan diberi satu box yang bertanda berwarna.

Hari pertama yang sangat penat. Tetapi gembira. Pulang berehat untuk re-charge. Sambung esok. :)

Love.

Friday, February 6, 2015

Rumahku Syurgaku

Ketika mula2 kami harus berpindah dari rumah setinggan dan diberikan rumah flat sebagai ganti. Ayah memang awal-awal menolak dengan alasan leceh. Rumah yang diberikan kerajaan itu mempumyai pak guard untuk masuk. Ayah kata, nanti nenek-nenek nak datang susah.

Selepas itu, kami menyewa di dua buah rumah sebelum berpindah ke rumah yang sekarang ini kami diami. Ayah menyiapkan sendiri rumah itu. Ayahlah arkitek, juruukur bahan, jurutera dan kontraktornya. Hampir tiga tahun kami tinggal di situ. Ayah juga berjaya membina rumah untuk adiknya di sebelah rumah kami.

Beberapa minggu yang lepas, ketika saya berfoya-foya di Bukit Tinggi bersama budak pejabat, sepupu menghantar gambar anaknya yang sedang bermain di rumah saya. Kemudian menghantar gambar saudara-mara dari kampung dan nenek juga di rumah saya. Kemudian gambar beramai-ramai bersama kawan Achik Iza dari Australia Monica. Wah, bergumbira tanpa saya di rumah. Hehe. Walhal, saya juga sebenarnya berfoya-foya meninggalkan mereka.

Teringat kata-kata ayah ketika mula-mula terpaksa berpindah. Tidak mahu susahkah orang yang mahu datang melawat. Ya, berkat ayah buat rumah tu dengan niat yang baik, ramai tetamu di rumah kami. Walaupun mendapat layanan yang kurang tip-top, rumah ayah memang tempat singgahan yang baik. Nenek Sa'bah boleh melawat dua-dua anak dia sekarang. Nenek Rammelah,masih gagah lagi nak datang dan tidur di tingkat atas. Terima kasih semua yang sudi  datang. :)
 


Saya juga berfoya-foya waktu ini. Tak dapat melayan tetamu dari oversea. Tapi, saya pun dah macam kat oversea juga. Kena ada trip lain pergi sini. Honeymoooon. Haha.

Kamera Ija.

Sambut birthday Ija dan Reza. Semoga dimakbulkan semua cita-cita. :)

Meneman antara satu sama lain


Love

Wednesday, January 14, 2015

Dialog Hujung Tahun

Setelah sekian lama menunggu panggilan haji yang tidak kunjung tiba, kami adik-beradik bercadang untuk menghantar emak dan ayah menunaikan umrah dahulu pada tahun ini.

Saya : Emak, pergi dalam bulan limalah.
Emak : Tengok dulu. Kak Mi nanti nak kena cuti pula sebab anak-anak dia nak sekolah.
Saya : Biarlah Kak Mi fikir yang tu. Pandailah nanti.
Emak : Kak Cik kata nak ikut. Nantilah dulu. Lambat-lambat sikit.
Saya : Biarlah Kak Cik kumpul duit dulu. Ada nanti dia ikutlah. Takde, tinggal.
Emak : Tunggu Daus baliklah.
Saya : Mak, Daus InsyaALLAH balik sebelum Mina kahwin. Mak lambat-lambat orang guna dulu duit tu. Haha. 
Emak : Oklah.

Aishlah emak kesayangan saya ini. Banyak benar fikirnya. Semoga Allah permudahkan semua urusan dan didoakan semoga emak ayah saya sampai ke Makkah tahun ini. InsyaALLAH.  

Love..