Friday, October 11, 2013

Masa untuk melaram.. :D

Saya pernah menjadi pengepit pengantin sebanyak dua kali. Kali pertama semasa sepupu saya, Lina dan kali kedua untuk sahabat baik saya Ila Untuk kali ketiganya saya kembali menjalankan tugas untuk pasangan pengantin kawan baik saya. Pengantin lelaki atau pengantin perempuan? Hehe. Dua-dua pun kawan baik saya.

Saya mengenali Awa semenjak diploma lagi. Kami sebilik semasa minggu haluan siswa. Tetapi, sampai ke sudah tak tahu yang dia merupakan satu jurusan dengan saya. Ketika itu, saya sudah mula rapat dengan Ina, maka setiap kali pehimpunan, saya bersama Ina. Teringat betapa hecticnya ketika masa itu, program seminggu yang penuh, bilik pula tingkat 3, penatnya. Tak boleh nak kata. Ada sehari saya tidur bersama baju kurung, dan Najwa dengan lembutnya mengejut saya untuk menukar baju tidur. Haha. Kamu comel Awa. Persahabatan kami berterusan sampai ke degree. Keluarganya sangat baik. Saya belajar berkasih-sayang melalui keluarga Najwa. Semasa diploma, kakak saya yang kedua berkahwin, ibu dan ayah datang ke rumah kami. Saya memanggil ibu dan ayah Najwa dengan panggilan ibu dan ayah. Hehe. Saya sudah merasa memanggil seseorang dengan panggilan itu. Saya sukakan panggilan itu. Jika ada anak nanti saya nak mereka memanggil saya ibu. #berangan. Haha.

Awa mempunyai seorang abang dan seorang adik lelaki. Juga saya panggil kedua-duanya dengan panggilan Along dan Adik. Dah besar gabak pun masih adik tau. Ada sekali saya pulang dari hostel bersama Najwa dan kemudian Along dan Kak Ira (akak ipar Awa) membawa kami ke Jaya Jusco sebelum menghantar saya pulang ke rumah. Along selamba sahaja memegang tangan Najwa semasa berjalan-jalan di dalam Jusco. Pemandangan yang baru untuk saya. Nak pegang Daus, memang taklah. Haha. Tetapi, saya suka aktiviti itu. Saya mengaplikasikannya kepada adik-adik saya. Bila berjalan bersama Nafisah, Aminah, Naziha dan Fikri saya pasti akan memegang tangan mereka. Fikri pada mulanya tidak mahu. Haha. Tetapi, sekarang macam dah boleh terima jugalah. Saya perlu bagi mereka rasa kasih sayang itu, supaya mereka tidak mencarinya di luar sana. Sedangkan saya sendiri suka dimanja oleh adik-adik saya.

Am pula merupakan kawan baik saya semasa saya bekerja di Gamuda. Sepatutnya saya boleh berkawan dengannya semasa degree, tetapi memandangkan saya semasa itu tidak geng sangat dengan kelas lain. Am kelas lain. Jadi, saya tak heran dia. Haha. Masa masuk Gamuda dan ditempatkan satu department dengan Am, budak pejabat mengingatkan kami berkawan semasa belajar kerana kami dari UiTM. Tidak rupa-rupanya. Bila dah rapat semasa kerja, sekepala juga pakcik ni. Kadang-kadang tak terlayan juga. Mujur kenal semasa kerja, tidaklah lama sangat masa nak melayan kerenah pakcik sorang ni. Haha. 

Kegembiraan pastinya melambak-lambak kerana akhirnya jodoh mereka telah tertulis. Lama juga nak pujuk suruh kahwin masing-masing. 

On the way~~~

Pasangan pengapit saya. Amir budak trainee pejabat saya.

Tinggi juga Amir ni. Saya dah pakai kasut tumit tinggi kot. 


Bersama raja seharian. Hehe. :D

Semasa pengantin sedang bersantap, pengapit melayan tetamu yer. 

Melayan tetamu. Ili dan Faezah.

Sepatutnya kami makan juga, tetapi masa ni rasa macam nak luangkan masa dengan member. Pilihan yang tepat. :D

Bersama budak diploma dan degree. Saya ada.

Geng-geng Gamudian. Juga ada saya. Hehe.


Baju Faezah pun dah sama macam pengapit. Glamorous giteww.


My first ever dress. SUKA!!


Untuk menjadi pengapit ini, Am dan Awa telah membelikan kain untuk saya. Kain chiffon dan lagi satu apa entah jenis kain tu. Mula-mula ingat nak buat baju kurung moden sahaja. Boleh buat baju kerja. Lepas tu terfikir kain tu mahal dan nak buat cuba buat dress. Am sangat menggalakan. Siap design bagai tetapi akhirnya guna design cari sendiri di internet. Upah jahit RM130 di Shah Alam. Kira murah juga sebenarnya. Dan saya dah ada dress saya yang pertama. Selama ini tidak terfikir untuk menghantar baju lain selain baju raya. Hehe. 

Kegembiraan kedua pula adalah, untuk pertama kalinya saya dimake-up penuh. Haha. Saya biasa memberikan muka saya kepada Ebah dan Ili jika terdapat majlis-majlis tertentu. Biasanya cuma eye-liner dan lipstick sahaja. Kali ini, saya dapat sentuhan juru-solek pengantin lagi. Penuh satu muka. Dan harganya. Pergh. Memang tak terjangkau akalku. Bertuahnya badan saya. Enjoy~~

Baliknya, kami singgah di rumah Nad di Selayang. Sepupu Nad kahwin dan makciknya telah mengajak kami datang. Nad dah tukar baju mahu mengemas sebenarnya. Sudah petang. Tetapi masih melayan kami makan.

Bersama Nad.

Sesi selfie bersama make-up tajaan Awa dan Am.

Melayan juga yang belakang itu.




Semasa pulang dari kenduri Am, malang yang tidak berbau telah terkena kereta Faezah. Keretanya telah dipecahkan tingkap. Kami membuat spekulasi mungkin kerana Faezah terparkir di laman rumah orang. Tetapi, Faezah kata jauh dari rumah orang itu. Entahlah. Faezah sangat sabar. Kuatkan semangat awak. Dan untuk yang membuat kereta Faezah, balasan untuk kamu pasti ada. Terfikir saya, sebusuk itu ke hati manusia? Tidakkah boleh bawa berbincang? Faezah telah meletakkan kad namanya di dashboard jika keretanya menggangu kereta yang lain. Tetapi, tiada nombor yang naik kata Faezah.  


Hujan renyai-renyai menambah kesayuan hati Faezah. 


Love.

Friday, September 27, 2013

Kegembiraan di Pejabat

Nampak semangat tak saya menulis blog semenjak dua menjak ini? Hehe. Saya terkagum melihat bloggers yang sibuk dengan kerjaya (doktor, peguam, ustaz, dan sebagainya) dan sudah berkeluarga, tetapi masih sempat menulis di blog. *kagum* Jadi, kira mencabar dirilah ni yang masih bujang trang tang tang untuk menulis. Selain itu, tak lain dan tak bukan saya juga yang akan membaca blog sendiri nanti. Sekian. Haha.

Kami menyambut kelahiran seorang lagi geng pejabat yang merupakan rakan sepejabat Ebah dan telah menjadi geng kami. Atteya Nasyiela ni bagi saya seorang yang kelakar, cerdik dan cantik. Selain pandai memasak dan pandai juga memakan. Really enjoy foods. Dia berkongsi minat itu bersama teman lelakinya Alif. Aktiviti berdating mereka adalah menjelajah ke semua Restoran yang dikatakan sedap di Lembah Klang. 

Seronok sebenarnya geng kami ni, mesti tidak lupa merayakan majlis hari jadi ahli-ahlinya. Terima kasih Ebah dan Ili. Kami ikut sahaja memeriahkan majlis. Kali ini kami ke Texas. Kedai burger yang baru dibuka di bangunan baru berhadapan pejabat kami. Jalan kaki sahaja kami ke sana. Menarik. 

Jauh tak kitorang makan? Kat Texas tau.

Cup cake untuk sambutan kali ini.

Tak perlu diperkenalkan lagi.

Ira pun boleh tahan kelakar juga.

Tarzimi yang kadang-kadang loklak sangat.

Azlan the typewritter. Hehe. Budak sepejabat Ebah.


Sahabat sejati.

Birthday girl diapit dua orang kuat untuk sambutan ini

Sambut di luar bangunan tanpa kipas. Panas kot. Dah rasa macam kat Texas betul dah.

Sempat lagi bergambar tu. Nak balik pejabat sudah.

Antara interior design di dalam bangunan ini. Kalau hujan, bolehlah pinjam. ;p

Petangnya sebelum balik, Ili mencadangkan kami bergambar bersama kerana pada hari itu secara kebetulan majoriti kami memakai baju berwarna biru. Hasilnya seperti aksi-aksi di bawah. Faezah pula tiada di pejabat semasa itu. Sementara kami menunggu, kami berlatih dahulu bergambar. Faezah dah biasa dengan kamera kerana dia merupakan artis di dalam kumpulan kami. ;p

Action

Tengah ambil mood marah

Aksi comel

Bersilat sambil menari bersama Otroman

Yeeehaaa....

Ok, artis dah masuk. Senyum. :D

Arghhhh...

Rumah kecil, tiang seribu. Kaitan?


 
Orang lain tema nasyid, Adli stail Pak Aziz Satar, orang kaya jalan macam tulah. 

Lihatlah dunia. Kalau boleh karate ni sedap gak. Haha.

Gambar ni best. Bila saya melihatnya, teringat kepada gambar yang Ili hantar di whatsapp group kami.

Sejibik macam Adli. Haha.

Yang melayan kami pastinya Anis dan Paie. Menjadi photographer tak bertauliah mesti kuat iman. Kalau tidak, mahu tergelak-gelak bersama kami. Aksi bermacam-macam. Perangai pun masing-masing boleh tahan pelik. Walaupun merasa sudah sedikit bosan di pejabat dan sedang mencari momentum dalam kerjaya saya, inilah kegembiraan saya. Alhamdulillah. Terima kasih Allah untuk kasih sayang ini.

Baliknya, saya makan malam bersama Encik Anuar, Cik Jamaliah dan Mak Ina. En. Anuar dan Cik Jamaliah mahu mengaktifkan semula YPU dan CENPEACE. Begitu juga KAMY. Saya gembira mendengarnya. Kegembiraan kerana saya sukakan aktiviti-aktiviti kesukarelaaan. Tetapi risau. Saya merupakan setiausaha KAMY dan di bawah saya tidak banyak aktiviti dijalankan. Saya tiada masalah untuk menyertai aktiviti, tetapi untuk menganjurkan dan mengajak orang, sepertinya kepakaran saya bukan di situ. Terlalu banyak amanah saya yang kurang disempurnakan dengan betul. Terutamanya amanah terhadap diri sendiri. Allah, semoga tidak menghalang saya di akhirat kelak jika disoal. Ada banyak benda yang saya perlu belajar lagi.

Saya bersolat Isyak di YPU. Selepas itu bersembang bersama Cik Jamaliah. Cik Jamaliah bercerita pembabitannya semasa ABIM ditubuhkan di peringkat awal. Beliau banyak berkesempatan bekerja bersama-sama dengan orang-orang hebat di dalam ABIM. Orang yang bekerja untuk perjuangan Islam. Antara yang saya teringat adalah pengenalan tudung boleh dikatakan hasil usaha Anwar Ibrahim dan Al-Mathurat juga di bawa oleh beliau bersama ABIM. Selama ini, saya memang menyertai aktiviti-aktiviti bersama YPU dan berjumpa dengan orang-orang yang hebat di dalam lapangan masing-masing. Tetapi, rasa biasa sahaja. Haha.

Cita-cita saya tidak tinggi. Eh, ada ke cita-cita? Huhu. Saya tidak biasa bermimpi. Biasanya menjalani kehidupan sebagai seorang marhaen sahaja. Alhamdulillah, Allah menempatkan saya bersama-sama orang yang hebat dan terpandu sedikit kehidupan saya tanpa perlu berfikir. Tetapi, sejak mendengar Hilal Asyraf, sekarang saya sudah mula memikirkan apakah yang saya telah sumbangkan kepada dunia? Selama ini melalui kehidupan biasa-biasa sahaja. Bila mahu menjadi luar biasa? Mungkin Allah mahu saya mengutip hikmah di sini. Melalui KAMY. Tetapi dia adalah satu struggle untuk saya. Berperang dengan diri sendiri.  

" Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui"
                                                                                             (Surah Al-Baqarah : 216)

Hanya kepada Allah saya memohon diberi petunjuk dan panduan untuk kehidupan yang hanya sementara ini. Bantulah hambaMu yang lemah ini Ya ALLAH.  

Love.

Wednesday, September 25, 2013

Tayarku Pancit


Pagi tadi semasa mahu ke tempat kerja, tayar kereta kesayangan saya pancit. Bila saya melihat tayar kereta sudah kempis, ok kata saya dalam hati. Call ayah. 

Saya : Assalamualaikum.
Ayah : Wa'alaikumussalam.
Saya : Ayah tengah buat apa? 
Ayah : Baru nak solat dhuha.
Saya : Ayah kereta orang pancit.
Ayah : Habis nak suruh ayah datang ke betulkan? (Nampak tak tak membantu. Hehe.)
Saya : Takdelah, nak tanya nak buat macammana?
Ayah : Pergilah kedai tayar.
Saya : Mana buka lagi masa ni.
Ayah : Pancit habis ke? 
Saya : Kempis dah terus ni. Boleh bawa ke nak ke kedai tayar?
Ayah : Takleh, nanti rim rosak. Kena tukar tayar tu.
Saya : Ayah tak pernah ajar orang lagi kan cara tukar tayar? Macammana orang nak tukar?
Ayah : Hehe. Tak pernah ajar lagi yer. 
Saya : Mana pernah. 
Ayah : Ayah tak boleh datang, tengah tunggu lori. (Wah, ayah nak datang juga ke? Ini tidak pernah terfikir. Jauh kot. *Hati dah berbunga-bunga*)
Saya : Takpelah ayah. Takyah. Nanti orang tengoklah macammana nanti.
Ayah : Ok.

Dah tahu dah yang ayah bukan boleh datang pun tolong betulkan, tetapi nak juga call tu. Dulu-dulu masa bawa motor pun macam tu juga. Kalau tayar pancit ke, ada masalah motor ke, mesti call ayah. Walhal, lepas tu orang lain yang tolong selesaikan. Ayah tidak datang menjadi superman membantu saya. Tetapi dengan menelefonnya, saya mendapat kekuatan dan ketenangan untuk berhadapan dengan masalah seperti itu. 

Saya bertuah mempunyai ayah yang saya boleh call ketika di dalam kesusahan. Ayah saya adalah seorang lelaki melayu yang tipikal. Jarang telefon mak sendiri sebab segan dan tak tahu nak cakap apa. Siap ada sekali, saya bagi isi-isi untuk ayah berborak dengan nenek, pun tak berjaya. Ayah kurang bercerita dan bercakap dengan anak-anak seperi bapa-bapa alaf baru sekarang. Kami yang rajin bercerita dan ayah tukang dengar. Jika ada yang kami bertanya, barulah ayah akan bercerita. Biasanya ayah tukang dengar cerita sahaja. Mendengar tanpa menilai. Terima sahaja perangai anak-anak dia yang bermacam ragam ni. 

Alhamdulillah kami masih mencari ayah kami ketika kesusahan. Saya terfikir, jika ayah saya sudah tiada, siapakah yang saya akan telefon nanti? Hati saya sebak. Terfikir saya kepada orang yang tidak mempunyai bapa. Pada siapa mereka akan mengadu jika ada masalah? Pada siapa mereka mahu mendapatkan kekuatan itu? Kagum saya kepada kamu semua di luar sana yang tidak mempunyai ayah. Saya doakan kamu kuat dan tabah. InsyaALLAH, kamu akan berkumpul bersama di syurga. Semoga saya juga lebih menghargai ayah saya selepas ini.      

Saya memarkir di luar halaman rumah. Biasanya saya memarkir di dalam halaman rumah. Tetapi, oleh kerana semalam pulang lewat selepas menghantar kad kahwin ke rumah anak Tok Tik, Cik Ina di Pantai Dalam maka saya memarkir sahaja di luar. Jika di dalam halaman rumah, pasti orang kurang perasan tiak seperti di sebelah jalan. Perancangan Allah memang hebat. AllahuAkbar. Sementara menunggu untuk memikirkan apakah langkah yang perlu diambil. Kedai tayar buka jam 10 pagi kata budak pejabat saya. Saya terfikir untuk ke pejabat menaiki teksi dan kemudiannya memanggil orang dari kedai tayar selepas itu. Mujur seorang hamba Allah yang baru lepas menghantar anaknya ke sekolah berhampiran rumah saya datang membantu. Dia mengajak kawannya juga. Hadi bersama Fakhrul memang sangat membantu saya. Ketika mengeluarkan semua peralatan, semua masih dalam plastik lagi. Nampak sangat tak pernah pancit ye kak, katanya. Baru lagi ambil kereta ni, dalam awal tahun dik oi. Akak pun akak ar. Janji hangpa berdua tolong. Hehe. 

Hadi berbaju kuning dan kawannya, Fakhrul. Hadi yang menghantar anaknya ke sekolah.

Selepas Fakhrul berusaha membuka nat dan tidak berjaya, Hadi pula mencuba. Kalau tidak boleh juga, tidak tahulah. Kederat saya memang tidaklah. :(

Mereka menukar tayar yang pancit itu kepada tayar spare dan berpesan kepada saya supaya tidak membawa melebihi 80km/jam. Saya memandu 70km/jam sahaja. Memang slow. Sayang kot kereta sendiri. Selepas ini, jika ternampak pemandu memandu perlahan, saya tidak boleh marah. Mungkin dia menggunakan tayar spare. :)

Terima kasih Hadi dan Fakhrul. Saya tidak memberi mereka apa-apa pun. Segan. Haha. Apakah perasaan tu? Saya mendoakan urusan mereka dipermudahkan Allah. Saya ke kedai tayar semasa makan tengahari. Tayar kereta saya kena skru. Skru ok. Bukan paku. Ingat dah besar dah skru tu. Cerita dekat budak pejabat, Adli kata kawannya pernah spanar masuk dalam tayar. Hihi. Standardlah siapa yang pernah bawa kereta dan kereta pancit. Jangan fikir ia adalah masalah yang besar ya. Kira Alhamdulillah ini di tempat parkir. Faezah tak pernah pancit semasa kereta tengah parkir, mesti tengah drive. 

Skru pertama terkena tayar. (Counting numbers?? Hehe.)

Tampal biasa je kena RM8. Adli kata dia pernah buat hanya RM5. Oklah, Damansara Perdana ni standard Johor Bahru. :)

Phillips tu. Kagum tengok kepanjangannya.

Tampal dan biar macam tu je. Bertahanlah tayar. 


Love..