Saturday, July 6, 2013

Sambutan Hari Jadi

Tahun ini kegembiraan baru diperolehi. Saya mendapat ini. 


Tahun lepas juga saya telah menerima jambangan bunga yang dibeli semasa meraikan hari jadi saya. Tetapi kali ini dia berlainan kerana ia berbentuk  surprise. 

Tut tut.. Interkom meja saya berbunyi.
Kak Morni : Come here.
Saya : Okay (seperti biasa tanpa banyak soal)
Berjalan ke meja Kak Morni dan ternampak seorang sedang memegang jambangan coklat. Tanpa terfikir ia adalah untuk diri sendiri terus je beramah mesra dengan pembawa bunga itu.
Saya : Is it for me? 
Pembawa bunga : I think so. 
Saya : Seriously? (Tangan waktu tu dah menggeletar dah. Saja je buat lawak tadi. Tak sangka pula jawapan dia adalah ya. Haha..)
Kak Morni : Siapa yang minat awak ni? Hehe. 
Saya : Mana saya tahu. Siapa bagi? 
Kak Morni : Tak ada nama. Tapi dari Kajang (kalau tak silap) kedai dia.
Saya : Tak tahu. Macam tak ada secret admire kat sana. (Ceh, macam ada kat mana-mana)

Lepas sign dan pegang sendiri bunga tu. Perasaannya adalah SANGAT menarik. Begini rupanya perasaan mendapat bunga secara rahsia. Saya sudah merasainya walaupun tiada boyfriend. Selepas berusaha mencari siapa pemberinya dan kemudian dimarahi Adli kerana sibuk-sibuk nak tahu siapa pemberinya, saya cuma menikmati perasaan itu. Thanks to my dearest friend Ebah dan Ili. Semoga ALLAH membalas jasa kalian dan memudahkan urusan kalian di dunia dan akhirat. Alhamdulillah, terima kasih ALLAH atas perasaan ini. Saya suka. Boleh buat untuk orang lain juga selepas ini. :D

Tengahari itu, kawan-kawan saya yang best ini meraikan hari jadi saya dan Adli kerana pakcik tu punya hari jadi pada 1 Jun. Disekalikanlah seperti tahun-tahun lepas. Cepat betul masa berlalu. Teringat-ingat meraikannya pada tahun lepas di pejabat kami sahaja. Kali ini kami makan di Muhibbah. 

Muka dah habis kontrol cun dah tu. ;p

The cute birthday girl. :D


Saya : Ebah, orang nak tanya. Ebah bagi orang coklat tu ke? 
Ebah : Ha'ah. Kongsi dengan Ili.
Mood : Gumbiraaaaa.....


Nadiah, dah tak payah peace tu boleh tak? 

Ok. Better. :D
  
Malamnya, roomate saya belanja makan di Pizza Hut. Saya tak demand mahal-mahal punya. Johny's, Kenny Rogers atau Pizza pun sudah cukup untuk saya. 


Island supreme.

Selain dari hadiah jambak coklat yang surprisingly sangat best tu, tahun ini juga saya menerima hadiah birthday yang paling mahal in term of monetary. Rantai tangan yang pada mulanya saya hanya pinjam dari Kak Long saya kerana nak merasa bagaimana perasaan memakai gelang tangan. Kalau best bolehlah nak kumpul duit untuk beli nanti. Tetapi, kakak saya terus memberi saya sebagai hadiah hari jadi dengan menjualnya pada separuh harga dan kemudian separuhnya lagi dikira sebagai hadiah hari jadi. Walaupun saya hanya membayar separuh, tetapi nilainya masih hadiah saya yang termahal dari segi duit. Saya tahu kakak saya sayang saya. Tetapi tidak sangka sesayang ini. Hehe. Along, terima kasih untuk kasih sayang ini. Orang doakan semua urusan ko dipermudahkan dan ko tabah menghadapi semua ujian dan kasih sayang ALLAH. I love you so much. <3 i="">

Hadiah kasih sayang. 

Sudah berumur 28 tahun. Saya bersyukur dengan semua nikmat dan kasih sayang yang ALLAH berikan kepada saya. Saya berdoa diberikan kekuatan iman, ketenangan hati, keberkatan waktu, kelebihan untuk lebih memberi, menjadi hamba ALLAH yang lebih bermanfaat dan sentiasa belajar dan berusaha memperbaiki diri.  

Terima kasih untuk semua ucapan, hadiah dan kasih sayang daripada semua orang. Hanya ALLAH yang akan membalas jasa kalian. Semoga kita sentiasa di bawah redha dan kasih sayang ALLAH.  Terima kasih juga buat mak dan ayah yang selama ini menjaga dan membesarkan saya. Sesungguhnya saya benar-benar bersyukur dikurniakan keluarga dan rakan-rakan disekeliling saya. Semoga persahabatan dan hubungan kita ini berakhir di syurga.     

Love..

Pengalaman di Makkah

Post ini sudah lama didraft. Saya mempunyai kebiasaan untuk draft lama-lama dan tidak disiarkan kerana merasakan tak bestnya cerita ini dan mungkin boleh diubah menjadi lebih menarik (macam lepas review boleh jadi macam Pak Busu plak kan?) selepas itu. Tapi, lepas fikir yang blog saya ini, saya juga yang akan membacanya (cuma tak tinggal komen kepada diri sendiri sahaja), dan saya rindukan kenangan itu, maka saya siarkan juga cerita ini. Hehe.

-----------------------------------------------------------------

Setelah tiba lebih kurang jam 2 pagi di Makkah Al-Mukaranah, kami terus membuat umrah diketuai oleh Mutawif yang mengiringi kami. Nenek agak risaukan saya, mungkin kerana kali pertama saya di sini dan ramai orang bertawaf semasa itu. Walaupun jam menunjukkan pukul 2 pagi, tetapi Kota Makkah tidak pernah sunyi dari pengunjungnya. Kaabah sentiasa penuh dengan tetamu-tetamu ALLAH dan pencinta-pencinta Rasulullah S.A.W. Perasaan semasa kali pertama melihat Kaabah tidak seperti kebanyakan yang pernah diceritakan orang. 'Rasa' itu saya tidak dapat. Terfikir sejenak, jahatkah saya ini sehingga ALLAH tidak memberi 'rasa' itu? Saya mengandaikan mungkin kepenatan kerana menaiki bas selama berjam-jam menyebabkan saya tidak merasai perasaan itu. Selepas berehat, mungkin saya akan dapat merasainya. Saya menyenangkan hati sendiri. Alhamdulillah, saya berjaya membuat umrah pertama saya selepas menyelesaikan kesemua tawaf, saie dan bercukur tanpa sebarang masalah - kecuali rasa.

Kami pulang ke hotel untuk berehat dan membersihkan diri sebentar sebelum kembali ke masjid untuk solat subuh. Pagi itu setelah selesai bertawaf sunat sebelum solat subuh, salah seorang nenekku mengajak saya berdoa di hadapan Multazam. Katanya supaya saya dapat berdoa untuk dipercepatkan jodohku. Hehe. Doa yang sentiasa nenek-nenekku doakan ketika saya di sana. Sesampai di hadapan Multazam, saya berdoa untuk ayah dan emakku diberi kesempatan menjejakkan kaki mereka di sana. Doa itu sentiasa menjadi doa utama saya di mana-mana saya berdoa. Kemudian barulah doa mengenai jodohku. Doa yang sempat saya dengar ketika ustazah yang membawa kami ke Raudhah memberi doa pendek supaya dapat memberi peluang kepada orang lain untuk berdoa sama di taman syurga itu. Katanya doa supaya dipercepatkan jodoh dengan lelaki yang soleh. Itu sudah merangkumi ke semua kriteria lelaki yang baik. Seingat saya, sudah banyak tempat mustajab saya berdoa. Tetapi, jodoh, rezeki, umur itukan takdir dan janji ALLAH. Saya pasti ada bahagian saya untuk itu. Tidak di sini, di ‘sana’ kelak. Jauh lebih bahagia. Sedikit ujianku di Makkah adalah perasaan saya yang merasakan biasa-biasa sahaja. Perasaan ini masih biasa ketika berdoa di Multazam. Saya mencari ‘rasa’ yang diceritakan kebanyakan orang itu, perasaan sebak dan sayu melihat Ka’abah dan perasaan tenang berada di Makkah. ALLAH. ALLAH. Saya berdoa kepada ALLAH agar diberi perasaan itu.

Pagi itu kami akan membuat umrah bersama rombongan kami. Ada tiga kali umrah yang akan dibuat mengikut rombongan ini. Jika mahu membuat sendiri juga dibenarkan ketika waktu-waktu yang kosong dari jadual bersama kumpulan iaitu hari ke-5 hingga ke-7 kami di Makkah. Waktu inilah yang boleh diperuntukkan untuk membeli-belah atau membuat umrah dan amalan sunat yang lain. Sebelum memasang niat umrah di Ja’ranah, kami melawat Gua Hira - saya terlepas peluang mendaki gua ini, mungkin lain kali perlu mencubanya, Mina-tempat bermalam para jemaah haji yang akan dibuka sekali setiap tahun dan Jabal Rahmah. Di Jabal Rahmah, saya memanjat berseorangan kerana nenek-nenek tidak larat dan sungguh tidak sangka saya fit. Hehe. Sampai ke puncak, seperti biasa saya berdoa. Kemudian kami bertolak ke Ja’ranah untuk memasang niat umrah. Kebanyakan umrah yang saya buat, diniatkan untuk orang lain. Kata mutawif itu, jika kita berniat untuk orang pahala untuk kita akan tetap dikira. Jadi, tiada masalah cuma berniat tawaf badal sahaja. Semoga ALLAH menerima umrah saya. Kemudian kami ke Makkah untuk membuat umrah. Oleh kerana kami mempunyai seorang nenek yang biasa membuat umrah, maka kami melakukan umrah bersama kumpulan kecil (budak-budak – ke nenek-nenek? sebilikku) sahaja. Waktu ini, ketika bertawaf saya merasakan kekerdilan dan betapa beruntungnya saya dijemput ketika usia muda ini. Betapa kita perlu percaya jika ALLAH telah memanggil, maka tiada apa dapat menidakkan panggilannya. Tetapi, kita masih perlu merancang untuk perjalanan Haji atau umrah kerana ia memerlukan wang yang agak banyak. Bonus saya pada tahun lepas memang telah diperuntukkan untuk tujuan ini. Alhamdulillah. Dan betapa jika ALLAH tidak memanggil kita menjadi tetamunya, maka jika kita mendaftar menggunakan orang dalam ataupun sebagainya, kita masih tidak dapat menjejakkan kaki ke sana. ALLAH. Saya sebak mengenangkan mak dan ayah saya. Doa dipanjangkan untuk mereka.

Masalah mencari ‘rasa’ saya berlanjutan sehingga hari ke-2 di sana. Seperti mahu meminta nasihat mutawif akan masalah ini. Nak tanya nenek segan pula rasanya. Tetapi perasaan itu tidak membantutkan saya untuk membuat amalan-amalan sunat di sini dan masih berdoa diberi rasa itu. Malam itu, saya bertawaf seorang diri buat kali pertama selesai solat Maghrib. Nasihat yang dipesan oleh Mak Chah supaya melakukan sebanyak-banyaknya tawaf ketika berada di Masjidil Haram cuba saya ikuti. Di tempat lain tiada Kaabah katanya. Risau juga nenek tidak membenarkan kerana saya seorang, tetapi sangkaan itu meleset. Nenek membenarkan. Alhamdulillah. Nenek-nenek saya hanya duduk membaca Al-Quran sementara menunggu Isyak. Saya memahami keadaan mereka. Lagipun mereka sudah beberapa kali ke sini. Wah, mereka lagi kaya dari saya. Hehe. Saya terus berlari ke Kaabah. Mengejar masa kerana takut akan kemungkinan azan Isyak ketika melakukan tawaf. Sudahlah baru pertama kali dan berseorangan. Tetapi masih nekad mahu bertawaf. Berbekalkan buku panduan, saya memulakan tawaf. Perasaannya, betapa kerdilnya diri saya ketika itu dikelilingi semua orang asing dan bermacam-macam cerita yang pernah didengar, dan yang menyenangkan saya merasa selamat. ALLAHUAKBAR. Doa saya agar mak dan ayah saya sampai juga ke sini dan merasai keindahan dan kenikmatan itu. Doa itu sentiasa menjadi doa utama saya. Selesai mengerjakan umrah dan bersolat sunat selari dengan Multazam, azan Isyak berkumandang. Alhamdulillah. Muslimat telah diarahkan untuk ke atas masjid kerana di perkarangan Kaabah merupakan tempat solat kaum muslimin sahaja. Saya berusaha untuk kembali ke tempat nenek-nenekku di tingkat atas tadi, tetapi tidak berjaya kerana telah dikepung oleh pengawal wanita. Terpaksa saya mencari tempat solat di tingkat bawah sahaja. Selepas solat, saya kembali ke tempat nenek-nenekku tadi, tetapi mereka sudah tiada. Kasut saya tinggalkan bersama dengan uncang nenek tadi terlupa untuk saya ambil kerana mahu cepat . Maka, saya pulang berkakikan stokin. Di tengah perjalanan saya ditegur seorang kakak. Sangkaan saya, tiada yang melihat kerana saya berjalan agak laju. Ada juga rupanya. Hehe. Saya juga mempunyai kisah berjalan kaki ayam pulang ke hotel. Walaupun tidak kehilangan kasut. ;p

Kebiasaan hari sepanjang kami di sana, kami akan bertawaf sunat sebelum solat Subuh dan saya akan menambah dengan tawaf sunat selepas maghrib. Setelah solat sunat taubat, sunat hajat dan berdoa dan berdoa diberi perasaan itu, akhirnya saya mendapatnya pada hari ke-3 ketika sedang tawaf sunat sebelum subuh. Ketika itu, saya memegang nenek seperti kebiasaan tawaf dan biasanya nenek akan mengikut bacaan bukunya sendiri. Pada mulanya saya mengikutnya tetapi kemudian membaca buku panduan saya sendiri dan nikmat dan rasa itu ALLAH beri. Pada hari ke-3. Saya menitiskan air mata sepanjang-panjang pusingan umrah sebanyak tujuh kali itu. ALLAH. Pusingan itu saya rasakan sungguh sekejap. Sungguh nikmat rasa itu. Solat subuh saya lebih khusyuk hari itu. Tetapi rasa nikmat tidak lama. Saya kembali lalai dalam solat.

Subuh pertama di Makkah. Alhamdulillah.

Hotel saya di Makkah.


Mutawif menerangkan kisah Rasulullah mendapat wahyu di Gua Hira'

Berlatarbelakang Gua Hira'


Jabal Rahmah.

Pandangan dari atas bukit Jabal Rahmah.

Saya memanjat tangga-tangga itu seorang diri. Tahniah Nadiah.

Khemah yang digunakan untuk wukuf semasa musim haji.

Terowong yang akan dilalui ketika musim haji juga.

Nenek, kena belajar lagi ni cara-cara tangkap gambar sendiri. Hehe.

Nek Som terjumpa saudaranya ketika sedang saie. SubhanALLAH.

Laluan saie. Dah luas dah nenek kata. Dahulu macam satu lane sahaja.

Budak bilik saya. Rindu nenek-nenek ini. :D

Di dewan makan di hotel diadakan ceramah selepas Asar.


Waktu subuh pun masih ramai umat manusia di Kaabah.

Nak tukar selera. Minum ais di pagi hari.

Jalan-jalan cari sarapan selepas subuh.

Lepak depan Masjidilharam.



Kebab apa entah. Haha. Saya makan sahaja.

Berselisih dengan jenazah. Semoga rohnya di tempatkan bersama orang-orang beriman.


Miqat di Tan'im. Juga dikenali sebagai Masjid Saidatina Aisyah R.A.


Seorang jemaah di sini sedang meletakkan kurma untuk diberikan kepada jemaah lain di dalam masjid

Menunggu waktu Maghrib.


Laluan tawaf untuk pengguna kerusi roda. Berapa lama agaknya masa diambil untuk menghabiskan satu tawaf? Nenek kata, jika musim haji tawaf di tingkat atas adalah biasa kerana di bawah sudah penuh.

Juadah berbuka saya.

Budak ini sedang memberikan kurma kepada jemaah di sini.

Besarnya pahala bekerja di sini. Berada di dalam masjid. Niat iktikaf sambil bekerja.



Walaupun tidak sihat, masih gagah ke masjid. SubhanALLAH. 





Seorang budak yang mahu ke sekolah. 

Menaiki van ke tempat miqat untuk umrah.

Ketika menemani nenek bershopping. Pekerja ini sedang menyiapkan makanan tengahari mereka. Sempoi sahaja.

Subuh terakhir di sini.

Airport Jeddah.

Kak Nona. Geng saya di sana. Walaupun nampak muda, anak yang paling besar sudah mengambil SPM.

Bye bye. InsyaALLAH, ada rezeki kita berjumpa lagi.

Love.

Khusyuk yang dicari

Budak lelaki itu lagi yang aku jumpa di dewan makan. Kemungkinan untuk berjumpa dia sangatlah besar kerana kami berkongsi dewan makan yang sama. Jadi peluangnya adalah tiga kali sehari. Tetapi, ada juga budak sekumpulan denganku yang tidak aku jumpa semasa makan. Mungkin mereka beriktikaf di masjid. Budak lelaki ini bukan dari kumpulan kami. Aku yakin dia sudah beberapa hari di Mekah. Kebiasaannya budak lelaki itu dan keluarganya akan makan di sebelah dalam dewan makan. Aku bersama nenekku akan makan di sebelah luar kerana nenek tidak mahu berjalan jauh. Berkali-kali terserempaknya di dewan makan menyebabkan aku agak terperasan. Haha. Adakah dia orangnya? Memikirkan aku sudah banyak berkesempatan berdoa di tempat yang mustajab, maka kepala otakku yang gatal ini memainkan lagu kompang. Haha. Gedik kamu ya. Tetapi, aku bukan jenis yang pandai memulakan langkah. Sudah berulang-kali kawan-kawan pejabatku menyuruh aku mengorat beberapa orang budak baru di pejabat kami, tetapi aku gagal. Pemalu aku pada lelaki yang mempunyai kemungkinan untuk mengorat aku itu sangat tinggi. Berbanding lelaki yang sudah berkahwin, laju sahaja aku boleh menegur mereka. Aku mahu memulakan langkah kali ini, teringat kata budak pejabat yang menyuruhku memulakan dahulu perbualan dan aku tidak kerugian apa-apa pun. Tetapi aku masih gagal. Jika terselisih di dewan makan, aku akan menundukkan pandangan atau memandang ke arah yang lain. 

Kekerapan terserempak dengan budak itu bertambah dari sehari ke sehari. Dari dewan makan ke ruang lobi, tangga dan yang paling mengejutkan adalah di tempat Miqat iaitu masjid di Tan’im. Perasaan ini berlawan-lawan di dalam hati aku. Aku memanjatkan doa kepada ALLAH. Doa dipercepatkan dan dipermudahkan jodoh. Jika dia adalah orangnya, tunjukkan jalannya kerana aku seorang yang tidak akan memulakan langkah pertama. Berkali-kali dalam solat aku memasukkan doa ini sehingga jatuh pengharapan aku hanya kepada ALLAH. Tiada orang lain yang boleh membantu aku menyelesaikan perasaan ini. Doaku panjatkan hanya kepada ALLAH. Hanya kepadaNya. Dan, ya, aku mencapai khusyuk di dalam solat melalui perasaanku terhadap dia. Aku meraikan perasaan itu. Aku mula menyukai perasaan ini. Sesungguhnya rasa itu milik ALLAH dan ALLAH akan memberikan kepada sesiapa yang ALLAH mahukan. Aku berdoa kepada ALLAH menunjukkan jalan dan jika dia bukan jodohku, maka jauhkan perasaan ini.

Kebanyakkan masa budak lelaki ini akan makan bersama-sama keluarganya. Pernah sekali ketika aku sedang makan bersama dengan nenek, keluarganya baru masuk ke dewan makan, dan emaknya memilih duduk di hadapan nenek kerana ruang di tempat lain penuh. Nenek seorang yang pemalu seperti cucunya, maka nenek hanya makan sahaja. Jika nenek berborak bersama makcik itu, pasti aku sudah dapat mengetahui sedikit mengenai keluarga mereka. Budak itu pula datang dan duduk di sebelah emakknya. Tetapi tidak lama situasi itu, kami sudah habis makan dan terus pulang ke bilik. Selepas itu, aku masih berdoa ALLAH menunjukkan jalan. Aku berharap dia adalah orangnya. Cara dia bercakap bersama emaknya menyenangkan aku. Tetapi, argh. Aku tidak mampu berbuat apa-apa. Doaku hanya pada yang Esa. Kadang-kadang aku menangis di dalam solat berdoa bantuan dari ALLAH. Semakin aku berdoa semakin kerap aku berjumpa dengannya. Pernah sehari aku berpuasa, jadi mengikut perkiraanku, aku tidak akan berjumpa dengannya pada hari itu kerana aku tidak ke dewan makan. Sangkaanku meleset. Aku terserempak dengannya ketika memasang miqat di masjid di Tan’im. Walaupun dia bukan dari kumpulan kami. ALLAH. Ujian kecil untuk aku.

Setiap kali aku pulang dari masjid aku akan terus memanjat tangga berbanding memenuhkan lif kerana bilik kami hanya di tingkat dua sahaja. Nenek-nenekku akan menaiki lif kerana tidak larat memanjat tangga. Di tangga juga kami pernah berselisih, tetapi seperti biasa, aku akan menundukkan pandangan. Dengan harapan dia akan memulakan dahulu. Tidak juga. Perasaanku semakin bercampur-baur. Waktu kami makin singkat di sini. Aku berdoa kepada ALLAH dipermudahkan jalan. Jika dia bukan orangnya, maka tunjukkan juga kepada hambaNya yang lemah ini. Doaku ini dimakbulkan ALLAH akhirnya. Ketika makan tengahari aku melihatnya sedang mendukung seorang bayi. Bersama-sama keluarganya dan di sampingnya ada seorang perempuan yang aku tidak pernah lihat sebelum ini. Mungkin tinggal di bilik menjaga anak mereka. Otakku mengatakan, mungkin inilah jawapan kepada soalanku. Tetapi hati ini masih menafikan. Mungkin itu adalah anak buahnya dan perempuan yang di sebelahnya merupakan adiknya yang telah berkahwin. Hati melawan juga. Hati masih menafikan tetapi, aku masih tidak berani membuat apa-apa.

Kemuncak segala jawapan ALLAH pada hari kedua terakhir aku di sana. Ketika aku sedang beratur mengambil makanan. Budak lelaki itu sedang makan bersama keluarganya. Budak perempuan yang aku anggap adiknya itu tidak makan sekali kerana sedang memegang bayi yang ku sangka anaknya. Tiba-tiba bayi itu menangis. Tindakan pantas budak lelaki itu menoktahkan segala andaian hati aku. Dia terus sahaja bangun walaupun belum sudah makan lalu membasuh tangan dan terus mengambil bayi itu. Maka, aku membuat konklusi itu merupakan anaknya. Semuanya aku lihat dan itulah penutup dan merupakan jawapan yang aku cari. ALLAH memberi jawapan itu tepat pada masanya. ALLAH sayangkan aku. Aku redha. Berbaki solat di Masjidilharam, aku merasakan syukur atas nikmat rasa yang ALLAH beri melalui dia. Aku mendapat khusyuk solat melalui perasaan terhadap dia Aku berharap dan berdoa hanya kepada ALLAH. Walaupun khusyuk itu tidak secara langsung terus dari ALLAH, tetapi melalui rasa itu aku dapat khusyuk dalam solat dan pengharapan hanya kepada Penciptaku. ALLAH, aku meraikan semua cara untuk merapatkan diriku kepada ALLAH. Alhamdulillah. ALLAHUAKBAR. Aku pulang ke Malaysia dengan lebih tenang. :D

…………………………………………………………………………………………………..

Sehingga saat ini, aku masih mencari khusyuk di dalam solatku atas apa pun alasan. Imanku bertambah dan berkurang mengikut situasi hidup. Benarlah kata ayah, solat kita boleh dinilai markahnya. Ada kala, jika ditimpa kesusahan, solatku boleh menjadi 8/10. Jika tiada apa-apa yang terjadi padaku, solatku hanya 3/10. Imanku juga menaik dan menurun. Aku berdoa semoga aku dan kita terus diberi kekuatan bermujahadah dalan hidup dan mendapat redha ALLAH. InsyaALLAH.

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat; dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
(Surah Al-Baqarah ayat 45)

Love..