Wednesday, August 4, 2021

Hari Jadi Nenek Rammelah

Minggu lepas, sambutan hari jadi norma baru telah diadakan bersempena dengan tarikh kelahiran nenek Rammelah pada 21 Julai 2021 yang ke-76. Perjumpaan kali ini agak ramai penyertaan dari keluarga Pak Amjah. Semua adik-beradik mak masuk dalam sambutan tu. Start bagi ucapan sorang-sorang dari Pak Long ke Pak Busu memberi ucapan. Sedihnya tak boleh jumpa untuk peluk-peluk. Kalau aku pun dah rasa kurang kasih-sayang tu, macammanalah perasaan nenek-nenek ni. Semoga Allah angkat virus ni dengan cepat dan kita boleh bersama-sama dengan keluarga dan orang yang kita sayang.

Mekna, mestilah ada invitation

Mujur ada Maryam kat kampung teman nenek dan tinggal kat situ. Perancangan Allah memang hebat. Mamat pernah kata, lepas Alin pindah, dia nak duduk jaga nenek. Sebelum Alin pindah, Maryam dah duduk dengan nenek sebab semua orang kena belajar online. Dia kena share dengan Mashitoh bilik, so untuk tenang-tenang, dia duduk rumah nenek. Perancangan Allah, Alin pun lepas tu dah boleh pindah. Jadi, nenek pun puasa ada orang teman sekali dekat rumah nak sahur dan buka. Last year, Rahman teman nenek buka dan solat terawih. Sekarang dah ada Maryam. Untuk occassion ni, aku minta tolong Maryam beli kek untuk meraikan. Minta beli dua potong je. Tapi, tengok ada kek lain dan siap ada belon-belon sekali. Comel je Maryam ni. Moga nenek gembira. 

Comel je siap ada belon-belon

Birthday girl

Ucapan hari jadi menjadi sentimental dari seorang ke seorang. Semua orang pun bersyukur nenek masuk dalam family. Nenek taknak ada anak sebab nanti takut orang kata dia lebihkan anak sendiri pula. Allah. Besarnya pengorbanan nenek. Aku rasa antara sebab nenek taknak robohkan rumah depan walaupun aku dah pujuk macam-macam sebab nenek rasa tu bukan rumah dia kot. Dia taknak pandai-pandai ubah rumah orang. Nafisah pun masuk dalam ucapan dan menangis juga sebab dia pernah duduk dengan nenek lepas atok meninggal. Dia pun tak tahu siapa yang suruh dia pindah. Alhamdulillah, jadi manusia. Hehe. 

Nenek ni pandai masak. Untunglah siapa-siapa yang duduk sekolah asrama dan nak balik asrama dari rumah nenek, memang dapat sambal ikan bilis nenek. Aku pun pernah dapat masa duduk kat UiTM Sri Iskandar ada sekali tu balik kampung. Memang bestlah makan dengan roti. Selain tu, nenek pandai buat tapai yang sedap dan wajik. Semua tu aku kurang sikit sebab manis. Tapi, orang lain memang cari tu semua time kenduri atau masa raya. 

Kenangan aku dengan nenek biasa je. Aku dulu duduk kampung, tapi duduk rumah nenek Saabah. Tak tau siapa yang suruh aku, tapi hari Jumaat aku bawa motor atok pergi rumah nenek. Nenek tengah buat kerja kat dapur. Tok Man tengah baca buku kat kerusi tu. Aku borak je ar dengan nenek. Kadang-kadang minum petang sekali. Pastu masa tu, Pak Busu cerita masa bila entah. Aku pun lupa. Masa aku kat Sri Iskandar, pernah sekali lepas telefon nenek Saabah, duit syiling ada lebih, so aku pun telefon nenek Rammelah. Borak-borak tanya khabar, tanya makan sebab nak habiskan duit je. Masa tu Tok Man dah mula sakit. Mana tau, Pak Busu cerita yang waktu tu, rumah tengah tegang, atok marah-marah nenek sebab sakitkan? Faham je. Aku pernah tengok nenek Saabah jaga Tok Bujang. Doa janganlah aku sakit dan menyusahkan orang dan juga orang keliling sakit juga. Lagi-lagi mak dengan ayah. Sabar tak tinggi. Sambung cerita Pak Busu, kira macam aku call tu, nenek boleh tenang sikitlah. Alhamdulillah.

Aku ada dua kenangan pergi jauh dengan nenek naik kapal terbang. Satu pergi Miri masa melawat sekolah Fisha dan lagi sekali pergi Bangkok masa Ija anak Pak Amjah kawen. 

Selepas semua orang memberi ucapan, kami menyanyikan lagu Allah selamatkan kamu, mak Ina ada buat slide untuk nenek. Tengok gambar-gambar lama masa arwah atok ada lagi, Allah. Cepatnya masa dan mereka semakin tua. Termasuk diri ko sendiri yer. Nenek pada umur 76 memang beribadah je. Solat awal waktu, bangun malam, puasa selalu dan memang kaya dan pemurah. Semoga aku pun nanti pada pertambahan umur itu bertambah amal. Aku doakan nenek kuat, sentiasa sihat, gembira sebab dah banyak gembirakan dan berkorban untuk orang lain, dimakbulkan semua impian dan doa-doa nenek dan masuk syurga sekali nanti. Kat syurga nanti takyah masak-masak, kita order je nek sambil borak-borak dan jalan-jalan cari sedara-mara kat syurga. 



Sayang semua

Love..

Monday, August 2, 2021

Cinta Pertama

Selamat Hari Jadi Ayah. 

Terima kasih kerana membesarkan kami dengan ilmu agama yang cukup. ajar kami mengaji, solat, puasa. jadi manusia yang memberi dan yang selalu rapatkan saudara-mara kami dengan cara ayah. Walaupun tak selalu cakap, tapi mesti balik kampung bila raya sebab ada nenek lagi dan singgah Pahang setiap kali lepas raya sebab taknak Mak Ngah sekeluarga rasa jauh. 

Ayah yang terima saja anak dia seadanya. yang membenarkan semua kata-kata anaknya, mendengar tanpa ada judgement terhadap apa saja yang saya ceritakan. Apa saja. Kisah cinta tak jadi-jadi anak dia yang sorang ni. Lepas satu, satu. Dengar je tak jemu. 

Terlalu banyak sebenarnya jasa ayah dekat anak-anak dia. Walaupun ayah bukan jenis cakap untuk suruh kitorang buat, tapi contoh teladan yang baik untuk kami ikut. Saya tak pernah takut bawa balik buku report walaupun pernah mendapat tempat tercorot dalam kelas dan mendapat merah dalam peperiksaan. Tiada dalam ingatan saya emak atau ayah menyuruh kami belajar elok-elok. Mungkin ada, saya lupa tetapi kebebasan diberikan kepada kami untuk belajar. Berbanding dengan kawan saya yang takut membawa report card berwarna merah kepada ibu bapa mereka, saya tiada masalah itu. 

Ingatan pasal ayah orang yang saya bandingkan pastinya ayah Najwa. Semasa menghantar kami ke perhentian bas untuk pulang ke Sri Iskandar, ayah menghantar saya menaiki motor ke Klang dan meninggalkan saya sahaja. Di sana saya berjumpa dengan Najwa kerana ibu dan ayahnya turun ke rumah saudara mereka dia Shah Alam. Ibu dan ayah Najwa menunggu sehingga kami menaiki bas sambil melambai-lambai. Memang bukan ayah. Dengan tidak membandingkan, kadang-kadang saya gemar juga menunggu Nafisah jika menghantarnya ke KLIA. Tetapi most of the times, memang tinggal tepi je ar. Belajar je dengan orang sekeliling kau nak jadi macammana. 

Makam ayah ni dah tinggi, memang tak boleh ikut. Aku pernah termarah pak Lang sebab ayah kata nak buatkan rumah untuk dia dan masa tu ayah banyak kerja. Nampak macam tak sempat siap. Aku kata bagitau pak Lang ar. Mana ayah nak. Aku tak tau nana datang keberanian entah. Aku cakap dengan Pak Lang minta tangguh dulu keluar dari rumah sewa. Pak Lang kata dia dah janji dengan owner. Aku punya geram masa tu sampai nangis. Aku kata dengan ayah bagitau lah Pak Lang ayah tak sempat. Tapi, ayah rileks je. Takpe, sempat ni. Tak tau ar camne ayah pulun. Siap juga. Jenis memang tak berkira dengan orang. Walaupun macam-macam dah kena dengan orang. Mamat kata, masa kerja dengan ayah, ramai je orang tak bayar bila dah siap kerja dan ayah tak minta. Sama maca duit sewa rumah juga. Kalau orang tu kata nak bayar lambat pun, ayah okay je. Aku minta naikkan sewa pun ayah taknak. Ayah kata, dia jaga rumah cantik. Kemas je setiap kali ayah datang ambil duit sewa. 

Jenis memang mudahkan orang. Dan Alhamdulillah Allah mudahkan banyak juga urusan ayah. Ayah memang takde saving nak besarkan anak-anak. Tapi, duit tu ada je. Hasilnya besarlah masing-masing dengan jayanya. 

Aku selalu doa dapat jumpa mak dengan ayah dengan keluarga aku kat syurga nanti. Walaupun maqam ayah ni tinggi betul nak kejar, Allah Maha Pemurah lagi Penyayang terhadap hamba-hamba Dia. Doalah senjata yang aku ada di samping buat amal yang sikit-sikit tapi konsisten. I love you ayah. Terima kasih untuk semuanya. Syurga Firdauslah tempat mak dan ayah kelak. 

Raya di rumah jiran


Imam kami

Hazwani


Rindu nak bawa diorang

Percutian tenang

Love

Masa tunang anak pokteh

Nak pergi Melaka balik hari

Anniversary ke-40

Anak mak ayah

Khutbah Raya 2021

Raya

Kesayangan.. 

Love..

Wednesday, July 28, 2021

Titik

Rasa itu bertapak kembali 
Pada susuk yang lama menyepi
Teringat atau rindu aku kurang pasti
Teringat juga tanda rindu kata Ili
Waktu itu aku nafi

Penangan projek bersama
Terjumpa kau di perbincangan maya
Anak buahmu sudah cukup berwibawa
Ku kira kau tidak perlu turut serta
Tetapi, kau muncul jua

Terlihat namamu sudah terkesima
Bila kau berbicara
Rasa itu menjelma semula
Pada suara yang mahu ku lupa
Juga susuk tuan empunya

Ku kira itu suatu yang gembira
Kerana ku gemar meraikan rasa
Tapi ku kaji dengan jiwa
Perasaan ini lebih sakit rasanya
Dan aku tidak suka

Ku hapus semua perbualan kita
Sudah beberapa kali ku kira
Tetaplah wahai raga
Kali ini untuk selamanya
Jangan kau ulang semula cerita

Pergilah perasaan itu
Ke mana-mana kau perlu
Jangan singgah di kepala aku
Cukup-cukuplah yang telah lalu
Terlalu lama kau di situ

Hubungan ini sudahku letakkan titik
Lebih banyak buruk dari baik 
Walau kenangan banyak berputik
Kau bukan untuk ku milik
Dan aku nekad tidak berpatah balik

I'm moving forward
But not yet moving on
And for that, 
Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un
Hanya padaMu kami berserah diri dan hanya padaMu kami mohon pertolongan. Tiada daya dan upaya kami melainkan dengan pertolonganMu Ya Rabb. 

280721
Taman Sri Sentosa

Love..

Sunday, July 11, 2021

Vaksinasi 2021

Alhamdulillah. Saya telah selamat mengambil dose kedua vaksin Sinovac pada 29 Jun 2021 lepas. Terima kasih kepada Gamuda. Saya tidak pasti berapakah yang dibayar untuk mendapatkan vaksin itu, tetapi sebagai seorang pekerja saya bersyukur kerana sekurang-sekurangnya company cina saya ni buat kerja untuk pekerja dia. Tea lady dan guard juga Alhamdulillah telah divaksin. Semua staf digalakkan mengambil vaksin. Setelah mencuba mendaftar untuk mendapatkan Astra Zeneca dua kali dan gagal, rupanya berjodoh dengan Sinovac. 

The best vaccine is the one you can get first. Hari kami ditawarkan sinovac tu, Gamuda diberikan 1000 dose. Tetapi dibahagi dua kepada PDP dan UG. Untuk UG 500, tetapi yang mendaftar adalah seramai 650. Saya berdoa diberikan rezeki kerana kata operation saya, mereka mengutamakan site dahulu. Southgate bermula jam 2 petang. Bila jam 2 petang, HR memberi email untuk sesiapa yang tiada appointment untuk until AZ, boleh terus ke tempat vaksinasi. Saya membawa Leha dan Choong Keat ke sana. Prosesnya sungguh mudah dan cepat. Saya dan Leha selesai dahulu. Choong Keat belum lagi. Semasa menunggu Choong Keat kerana MySejahteranya mengalami masalah, maka prosesnya lambat sedikit. Annuar Musa datang melawat kawasan. Ramailah orang keliling dia. Saya buat bodoh. Dah pernah ada pengalaman dengan Encik Anuar dulu. Rimas kot orang yang ngikut pemimpin je ni walaupun pemimpin korup dan tak buat kerja. 

Saya memang marah dengan kerajaan yang memang tak fikir rakyat ni. Dalam pada Malaysia tengah sibuk perang dengan Covid19 ni, dia sibuk nak kekalkan jawatan. Semoga Allah membalas semuanya setimpal oleh Yang Maha Adil. Moga Allah kembalikan keadilan di Malaysia dan dipimpin oleh pemimpin yang adil dan bertanggungjawab kepada jawatannya. 

Benda boleh buat nak control covid ni. Gamuda ni mula-mula implement dua minggu sekali buat swab test, ratus kes positif, sampai tutup site dan kosong je. Nga kata takde orang kat site. Lepas tu dah in-control dah. Lepas tu, cepat-cepat bagi vaksin kat staf. Dapat pula stok vaksin tak tau camne, bagi pula dekat subcon. Kerajaan korup yang boleh dibeli ni, senanglah nak deal kot. Yang atas tu, saya tak masuk campur, saya bahagian bawah je. Yang penting dia bagi benefit kat kitorang. Takde bonus lah kitorang tahun lepas, tapi hasil nampak. Yang kerajaan sekarang, dok fikir kuasa masing-masing je. Rakyat jahanam dia peduli apa. Baiklah cina yang buat kerja. 

Saya pernah borak dengan Kak Cik, punya tak guna kerajaan ni, orang nak vaksin tak dapat-dapat nak kena tunggu. Yang tak dapat tu pula memang golongan susah. Yang kalau kena covid tak boleh kerja dan hilang sumber pendapatan terus. Contoh paling dekat, adik Fikri. Bukan tak cuba, berebut kita nak masukkan untuk Astra Zeneca dulu. Tak dapat. Pastu, takde pula scheme untuk frontliner yang macam dia tu. Sejak dari PKP1.0 dia kerja kot. Speedmart buka je tempat orang nak beli roti. Tapi, takde privilege dapat vaksin dulu. Saya ni kira ada access company bagi, kak cik pun dapat klinik dia bagi, Ami pun juga, Daus pun dapat sebab bini kerja gomen. Yang kerja sendiri tu macammana? Tunggulah MySejahtera tu. Allah. Semoga semua orang dapat appointment vaksinasi secepat mungkin. 

Hari ni dah masuk 1 Zulhijah, antara tempat mustajab doa. Siangnya yang mempunyai keleb2ihan seperti 10 malam terakhir Ramadan. Marilah kita memanjat doa semoga semua orang di sekeliling kita sentiasa dilindungi dari covid19 dan Malaysia dipimpin oleh pemimpin yang adil dan bertanggungjawab. Semoga Allah angkat semula makhluknya bernama covid19, tidak menurunkan lagi dan kita menjalani kehidupan sebagai seorang Muslim yang lebih bertaqwa. 

Second dose completed. Alhamdulillah. 


Beratur. Takde side effects for both jabs. 


Muzakir pun dah. Thanks Ty. 


Daus pun dah. Thanks Aida


Aminah dapat slot AZ. Lepas tu demam

Ami company dia bagi

Geng amik second dose. 

Yang ni paling sayang. Tunggu second dose 13 Ogos nanti. 

Annuar Musa. Who?! 

First dose. 

Segala puji untuk Allah Tuhan sekalian alam 

Love. 

Sunday, June 27, 2021

Borak Hujung Minggu

Hari ni Ahad, biasalah bangun lambat. Pukul 9.30 pagi baru turun bilik. Sebenarnya dah bangun jam 8.30 dah, cuma ngadap telefon. Kalau ada Mina ke Ami ke, boleh ar turun pagi borak-borak sambil sarapan. Kak Cik pula on call. Jadi, kalau turun memang takde aktiviti sangat. Alasan. Kau boleh je turun dan masak sarapan yer. Haha. Biasalah, mak masak sarapan, aku memang akan pegang makan tengahari nanti. 

Bila turun, mak tengah sidai baju tapi dah nak habis. Aku pun borak jelah dengan mak. Mak ni jenis ingat semua benda untuk anak dia. Road tax dengan insurance aku nak mati, dia yang ingatkan. Siap aku main kutu, dia yang fikirkan nak dapat bila supaya aku boleh guna untuk renew insurance nanti. So, bulan ni duit kutu aku dapat. RM1200. Memang ngam-ngam untuk insurance RM1100 dengan road tax RM98. Mak tanya, ada lebih tak duit kutu? Dia pesan buat korban kat Pak Long kalau ada lebih. Tahun ni tak join Pak Longlah mak, kata aku. Aku memang dah masuk masa tu untuk Korban kat Afrika bawah Impactive Malaysia under Khairul Jamain. Kambing dah habis, tinggal lembu je. Seekor tak mampu lagi, RM2240. Semoga Allah murahkan rezeki aku dapat korban seekor lembu tahun-tahun hadapan ke. Jadi, korban satu bahagian je. RM320. Mak masuk korban kat kawan mak. Mak suruh tanya adik dengan Kak Cik kalau nak masuk sekali untuk kat Afrika tu. 

Mak, itulah kerja dia. Ingatkan anak-anak dia pasal semua benda. Sebenarnya, aku je kot yang lebih. Semua benda tak ambil serius dan lambat-lambat. Bayar bil unifilah, bil Astrolah, ingatkan nak masukkan duit Abang Shahrullah, Korban, Insurance kereta, road tax, cukai rumah Klang, rumah Sungai Buloh dan macam-macam lagilah komitmen aku yang berlambak-lambak tapi aku tak heran ni. 

Tengah borak-borak, Along turun dari bilik. Nak ajak mak pergi bagi bantuan kat kawan-kawan mak. Jadi, mak pun masuk siap-siap. Aku masih duduk kat kerusi luar tengok ayah pula tengah cabut-cabut rumput kat depan rumah. Aku pun keluar nak borak dengan ayah pula. Ada satu pokok pandan masa tu, aku ambil dari Acik Oya dan tanam dalam pasu. Alhamdulillah dah bercambah, tapi sebab pasu tu ruangan dia kecik, ingat nak minta ayah transfer kat tanah. Aku tanyalah ayah, boleh tak nak tanam kat tanah? Ayah tengok-tengok tempat, lepas tu dia tunjuk satu tempat sebelah longkang. Tanam situlah, sebab situ tanah dia basah. Aku pun okay je. Ayah siapkan tempat dengan cabut rumput, keluarkan batu dan buat lubang untuk letak pokok pandan tu. Aku pergi amik pokok pandan dalam pasu. 

Masa ayah tengah buat, aku tengok tu sambil borak-borak. Sekali ada masa yang tersenyap kejap. Lepas tu, tak sangka ayah tanya perihal lelaki yang aku kenal dan keluar lepas tu dia tak text lagi lepas kami keluar. Mak dah tak tanya sebab aku memang dah bagitau mak, budak tu dah senyap. Aku tak tau apa perasaan mak. Deekay dah pernah kata, tak payah cerita dekat diorang sebab tak tahu apa yang diorang rasa. Entah-entah mak sedih je dengar bila aku cerita macam tu. Aku terlupa pesanan tu (Nadiah being Nadiah) dan tercerita. Sila ingat lepas ni Nadiah.

Aku pun bagitaulah, dah takde cerita. Dia tak cari, orang pun fahamlah. Sambil melawak, apalah anak ayah ni. Kena mandi bunga bawah jambatan agaknya. Ayah gelak je. Aku percaya ayah pun redha anak dia macam ni. Perasaan dia apa aku tak sure. Aku harap mak dan ayah diberi ketenangan bila aku cerita benda-benda ni. Aku perlu cerita dekat mak dan ayah supaya diorang tau anak dia buat apa. Dan doakan anak diorang ni tak pergi jauh sangat walaupun rasa dah jauh ni. Haha. 

Teringat semalam talk pasal kanak-kanak dengan Ustaz Hasrizal. Moderator bertanya keadaan yang meruncing dengan kanak-kanak sekarang yang terdedah kepada social media dan gadget dan merisaukan kita semua. Ustaz Hasrizal menjawab, bila kita baca itu semua, kita akan jadi lost hope dan putus asa. Aku pun bagitau kat ayah.

Aku : Ada masa orang jadi putus asa ayah. Dah buat macam-macam kot. Tapi, kena percaya qada qadar tu yang jadi okay. 
Ayah : Sebab tu syukur jadi orang Islam. Kena percaya semua tu Allah uruskan.
Aku : Tu ar. Sampai kerajaan Malaysia dah keluar hashtag kerajaan bangsat. Pastu baca doa-doa orang yang minta pemimpin-pemimpin yang zalim ni merangkak masuk neraka jahanam pun orang dah aminkan. 
Ayah : Haha. Janganlah macam tu. (ko tengok redha dia? Geram je aku) 
Aku : Tapi geram ayah. Ada orang sampai bunuh diri terjun bangunan, diorang sibuk cari SD. Bodoh. 
Ayah : Iyalah. Ayah ni pun, adalah aktiviti pagi-pagi nak tanam-tanam pokok. Dapatlah peluh dengan matahari. Kalau orang yang duduk flat, rumah teres tu macammana lah? Kita lelaki ni bukanlah boleh duduk saja-saja. Manalah orang tak stress. Keluarga kita ni, Alhamdulillah tak terkesan sangat. Masing-masing ada kerja lagi. Orang lain tu, memang ada yang susah betul. 

Aku dalam hati, ni semua doa ayah kot. Doa ayah yang mak aminkan lepas solat tiap-tiap waktu. Ayah minta doa keluarga dia sentiasa dalam rahmat Allah. Doa yang Allah angkat terus tanpa hisab. Alhamdulillah untuk nikmat doa mak dan ayah yang masih hidup. Kalau nak kira doa aku ni, mananya tinggi sangat. Solat awal waktu pun struggle lagi. 

Selepas baca kisah Dena Bahrin yang baru kematian ayahnya akibat covid19 (Moga Allah tempatkan arwah di kalangan orang yang beriman), aku perlu bersedia. Mati itu pasti. Bila-bila je ayah dan mak akan pergi. Masa tu, dah takde dah doa ayah dan mak, jadi aku perlu kuat sendiri dan jadi Muslim yang baik. Kalau boleh tolong mak dan ayah naik tingkatan kat syurga nanti dan sama-sama jumpa kat syurga. Jadi, sekarang Nadiah, ko dah kena usaha tingkatkan amal dan ilmu. Dan simpan semua conversation ko dengan mak ayah untuk ko baca dan jadikan petunjuk bila diorang takde nanti. 

Minggu ni, sebab Jemin kata kami essential, kerja. 

Petang-petang minggu melayan geng ni. 

Anak buah aku 

Aku tengok dari tepi

Ayah beria berpeluh. Anak dia?

Membesarlah pokok pandan

Budak nak buat karangan BM masa Alang masak


Love..