Monday, November 11, 2019

Datang Awal

Time management saya agak teruk. Merupakan antara sebab saya selalu bergaduh dengan Alin dahulu kerana selalu lewat kalau kami berjanji. Sekarang, Alin seperti sudah memahami saya. Malas dah nak bergaduh. Atau saya semakin punctual, saya kurang pasti. Yang pastinya, Liza dan kawannya sampai fahamlah kelambatan saya dan dia memahami. Hari Sabtu yang lepas, saya mahu ke rumah Nina. Majlis sambutan setahun anaknya Idris Tareef.

Majlis berlangsung jam 3 petang. Saya baru membaca sesuatu di twitter mengenai "being puncutal". Jadi saya memberitahu Liza, akan ke rumahnya jam 1.45 petang. Selepas solat Zuhur. Jam 2 petang saya sudah solat dan mahu memakai tudung. Lewat 15 minit okay lagi. Biasanya saya lewat sejam. Haha. Sedang mahu memakai tudung, tidak menjadi pula tudung saya. 15 minit di hadapan cermin, saya mengalah. Memakai cara biasa sahaja. Tidak mahu Liza menunggu. 

Saya keluar jam 2.15 petang. Kira okay juga. Setengah jam lewat. Biasanya sejam. Siap kawan Liza sudah menganggar yang saya akan tiba ke rumah Liza jam 3 petang. Seperti kebiasaan. Haha. Kawan Liza pun sudah faham saya. Tetapi, kali ini saya berjaya ubah. Untuk setengah jam lewat dari masa yang dijanjikan, saya gembira. Paling tidak, Liza tidak menunggu terlalu lama seperti biasa. Saya perlu memperbaiki pengurusan masa saya. 

Sampai di Sungai Buloh jam 3.30 petang. Majlis belum bermula rupa-rupanya. Kami awal. Tetapi, Nina menyuruh kami makan dahulu. Oleh sebab sudah lapar dari Shah Alam belum makan, jadi kami pun makan. Sedang kami makan, baru Abang Ipar Nina mahu membaca doa. Haha. Layankan sahaja. Makanlah kami sambil menadah tangan. Selamat Hari Lahir Idris. Aunty doakan semoga membesar menjadi anak yang soleh penyejuk mata mummy dan daddy.

Nina tengah siap waktu ni

Next, Semenyih. 

Selepas habis, saya perlu ke Semenyih. Ms. Loon mengajak saya ke house warming rumahnya di situ. Hampir sejam setengah juga dari Sungai Buloh ke Semenyih. Semasa Ai Tee bertanya mahu datang jam berapa, saya berkata lewat sedikit, dalam jam 7 malam rasanya kerana dari Sungai Buloh. Tetapi, terawal pula jam 6.30 petang sudah sampai. Saya dan Liza antara yang terawal sampai. 

Tuan rumah

Belakang tu van katering. Ada halal certificate

Ms. Loon mengajak kami melihat rumahnya. Rumah berharga RM600k++ di Eco Semenyih dan renovation hampir RM100k++. Memang gaji diorang yang banyak tu habis kat sinilah. Saya pun di dalam hati, "Kena bawa orang tengok rumah yer. Kalau aku nanti, memang taklah. Tak pandai sangat deko-deko ni, mesti biasa-biasa sahaja. Taknaklah tunjuk dekat orang. Haha."

Dari terang ke gelap aku kat sini. Haha. :p

Tunggu kejap jumpa budak2 ni. Pastu balik. Jauh kot. 

Kami makan dahulu. Ms. Loon order makanan, siap ada halal certificate ya. Dia letak dekat situ. Comel sahaja. Feneca datang selepas kami. Khairul pun lambat juga. Cis. Dah pesan tadi, kami sampai jam 6.30 petang. Lepas tu Nic dengan Winson. Mereka kata, biasanya memang lewat pun. Orang Cina pun biasa lewat datang. Tak punctual punya. Ooo. Ingatkan punctual. Hehe. Dan kemudian trainee kami. Jon, Lee Yen, Yeaw dan Hong. Rindunya nak borak dengan diorang. Soalan pertama mereka, "Kakak, sudah ada boyfriend?" Haha. Masing-masing. Tapi, tahu concern tu. Feneca pesan, "You kena jumpa ramai orang. Nak tahu pintu mana yang betul. You tengah pegang kuncinya." Then dia bagi contoh Shin Mei dengan Ms. Kong yang orang recommendkan. Saya pun okay je. Dah cuba Feneca. Chan Sow Lin station semua dah cuba. Takde yang match. Maybe kena tengok station lain pula. Hehe.

Jam 8.45 malam baru gerak balik. Nak pukul l0 malam juga sampai Shah Alam. Liza sabar sahaja ikut. Terima kasih Liza. Moga Allah memudahkan urusan kau kerana selalu memudahkan urusan orang lain. Saya masih lagi tak suka pergi mana-mana seorang diri. Tengok wayang ke, makan ke, lagi-lagi ke rumah orang. Kecuali tiada teman, gigihlah saya seorang. Jika tidak, haruslah ajak sesiapa teman. 

Inilah yang saya terbaca di twitter tu. Semoga saya menjadi lebih cool. :) 



Love..

Wednesday, November 6, 2019

Majlis Perkahwinan Ipah

Walaupun sudah berlama-lama kejadian, sampai hampir lupa. Tetapi, saya teringat kerana Aleen mencadangkan untuk kami tidur di Melaka ketika majlis perkahwinan Izzul nanti. Ketika perkahwinan anak arwah Pok Teh yang pertama, kami menyewa homestay di Melaka. Memang memudahkan semua saudara-mara kami. Berbanding jika berulang dari Kesang ke Melaka. 

Seminggu selepas raya, majlis kenduri Ipah. Malam Jumaat, Mok Teh ada buat kenduri doa selamat. Saya tidak sempat hadir kerana pergi ke Melaka selepas kerja. Saya mengambil Kak Cik di Klang dan Ami di Nilai. Kami sampai agak malam. Masing-masing dah tidur. Saya pun lupa siapa yang sudah ada. Tetapi, pagi itu kami semua ke rumah Mok Teh untuk sarapan. Sempat bergambar di pantai sementara menunggu majlis nikah. Oleh kerana katering, kami sempoi-sempoi je tidak membuat apa-apa pekerjaan. 

Baru lepas sarapan


Dah gerak pergi pantai
Ayra dengan Arysa





Ambil berkat, turunkan berkat dan keberkatan




Ipah atau namanya Zarifah Munira merupakan anak pertama arwah Pok Teh. Adik ke-empat ayah. Antara rutin kami adalah akan ke Klebang setiap tahun raya untuk merapatkan hubungan. Bila di sana, kami pernah melihat telefon sahaja, lepas tu Pak Busu marah. Dia kata, 'Masa nilah nak borak dengan saudara. Tengok telefon buat apa?' Sama juga dengan anak-anak Mok Teh yang mula-mula dahulu, duduk di dapur. Pak Busu tegur juga. 'Pergi depan sana borak dengan sedara.' Haha. Pembebelan itu, berkesan bagi kami.

Masa raya masa tu.


Tempat wajib
Ayah, nebes ke?


Mak, sabar sikit lagi. Hehe

Nenek sayang.. :) 


Goodies by Kak Mina
Aiskrim Kenangan


Alhamdulillah. Majlis perkahwinan Ipah dan Usaid berjalan lancar. Ayah yang menikahkan Ipah selaku bapa saudara sulung. Saya berdoa ayah sempat menikahkan saya, Nafisah dan Naziha kelak. Airmata kegembiraan itu, saya nantikan. Selepas nikah, majlis bersanding terus. Senang, sehari sahaja. Sampailah masa, nak berarak, kompang tak berbunyi. Siapa entah dah tertutup suis radio yang Fahmi jaga. Lepas tu, lauk dah nak habis walhal baru pukul 3. Mujurlah ramai tenaga kerja nak masak. Nisa, Moksu, Ami, Nana, Kak Cik dan anak-anak Mok Teh berperang di dapur. Termasuk anak buah Mok Teh. Air batu dah habis. Air mineral pun takde. Mina dan Muzakir keluar pergi cari. Oh, Mina yang buat goodies untuk kahwin Ipah ni. Sayang, akak punya nanti awak buat yer. Hehe. Tak kendurilah kalau tak kecoh.

Kesayangan semua


Itu yer pengantinnya.


Selesai juga majlis Ipah pada Sabtu itu. Abu mengajak saya tinggal sehari lagi kerana homestay tu kami sewa tiga hari. Dia mahu membawa anak-anaknya mandi laut. Saya terpaksa menolak kerana harus membawa mak dan ayah pulang hari itu juga. Emak mahu melawat kawannya di Hospital Seremban (kawan mak ini menghidapi kanser dan telah meninggal dunia. Semoga Allah menjauhkannya dari siksa kubur dan di tempatkan bersama orang-orang yang soleh) dan menghadiri rumah terbuka kawannya di Seremban. Sebab masih dalam mood raya. Kawan mak ni dulu duduk dekat TNB. Dah pencen, balik kampung. 

Cik apa entah. Kawan mak

Dah tinggal bertiga, Ahad makan kedai
Majlis sebelah lelaki, diadakan pada minggu hadapannya. Ayah, emak dan saya telah pergi balik hari sahaja. Melaka dan Klang dan macam Melaka-Petaling Jaya. Sampai di sana, Acik dengan Busu tengah makan dah. Kami sampai, terus makan. Tak tunggu sampai majlis bersanding, kami terus balik. Memang datang semata-mata tunjuk muka. Tetapi, tidak mengapa. Semoga Mok Teh gembira dan nenek juga. Kerana anaknya balik kejap. Alhamdulillah untuk nikmat kereta yang best sebab boleh jadi driver emak dan ayah.

Sarapan sebelum ke Melaka

Sampai-sampai makan. Hehe.

Bestlah korang. Biasa Busu tak bagi makan ais-krim 

Paksaan. Terima kasih Kak Mina untuk eyeliner yang cantik

Tahniah Mok Teh dan Ipah

Last week tak sempat singgah hospital. Minggu ni singgah.

Gigih lalu jalan dalam sebab ayah nak beli ni.



Love..

Tuesday, October 29, 2019

Teater Sawah Padi

Mak Ina ajak pergi tengok teater sawah padi di Kuala Lumpur arahan Dinsman. Beberapa tahun lepas telah dipentaskan, tetapi di Sungai Besar. Pak Busu, Mak Ina sampai tidur di sanalah. Jadi, bila dipentaskan di Kuala Lumpur, Mak Ina eksaited ajak pergi tengok. Aku pun okay sahaja. Cadangan awal, En. Anuar nak bawa Mak Ina pergi beli hadiah hari jadi sebelum pementasan teater. Oleh kerana teater tersebut dipentaskan di Padang Merbok, berdekatan dengan Kementerian Kerja Raya (KKR) maka En. Anuar ajak jumpa dahulu. 



Pada hari kejadian, kami bercadang untuk bersolat Maghrib di KKR dan kemudian makan bersama. Tetapi, lebih kurang jam 5.30 petang, Mak Ina called dan bagitahu yang En. Anuar tak sihat dan tak join tengok teater. Jadi, kami bertukar tempat perjumpaan di Masjid Bukit Aman. Mak Ngah, Alin, Amir dan Insan telah sampai dahulu. Pak Busu, saya dan Mamat datang kemudian. Pak Busu yang rajin telah menjemput saya di pejabat dan menghantar saya dan Mamat semula di pejabat. Sempatlah berjumpa dengan Linda untuk memberitahunya saya perlu keluar dahulu. Ada kerja dia yang saya perlu submit pada hari itu. Tetapi, tidak berjaya siap. Maka, pada hari Sabtu, saya datang untuk menyiapkannya kerana Linda akan datang pada hari Ahad untuk membuat bahagiannya pula. Aish, apalah punya kerja kami ni. Haha. 

Kami berjumpa Mak Ngah di Masjid dan kemudian makan dahulu. Selepas itu, baru kami ke Padang Merbok. Mak Ina dah sampai awal-awal lagi. Dia duduk bersama Kak Normah dan Abang Zam.

Pak Busu belanja. Terima kasih! 

Tunggu Grab datang jemput. Hehe.

Kami sampai di sana dan duduk di belakang-belakang. Awal-awal persembahan sudah meleret saya rasa. Sudahlah hero (Si Uda) dah spoilkan dengan menjadi lemah. Bergaduh pasal harta dengan Dara. Aish kau ni, hero ni walaupun takde harta, janganlah tunjuk lemah sangat depan heroin. Lepas tu, Pak Busu kata hero dia bukan Uda. Nanti Uda ni mati. Haha. Awal-awal dah spoiler. Tapi, aku okey je. Maling dengan Pak Utih tu yang Pak Busu kata hero. Okaylah. Boleh terima. Haha. 

Di suku pementasan, hujan mulai turun. Saya sudah memakai jaket kerana dari pejabat lagi sudah merasa sejuk. Muhammadlah kesian, takde bawa apa-apa. Dia baru balik kerja. Pak Busu pun ada jaket juga. Alin dan Mak Ngah ada payung. Ni namanya, sediakan payung sebelum hujan. Pengalaman mandi hujan ini sangat saya suka! Setiap kali hujan, saya selalu rasa nak main. Tetapi, gila kau nak mandi hujan dekat pejabat, lepas tu nak naik kereta. Basahlah seat. Lupakan sahajalah.

Benda lain yang menarik adalah, Padang Merbok itu ditutupi dengan jerami. Oleh kerana kasut saya basah, maka saya pun membuka kasut, dan berkaki ayam sahaja di Padang Merbok tu. Menarik! Teringat ayah selalu pesan, jangan sombong dengan tanah. Ayah nanti, dia cabut rumput dekat rumah, kaki ayam je. Nak buang toksin katanya. Hehe. Saya cuba korek jerami itu, mahu tahu berapa tebal mereka letak. Dalam juga. Saya korek-korek dengan kaki tak jumpa lagi padangnya. 

Ada kakak bagi baju hujan. Terima kasih! 

Menara KL gais..

Bersepah kat belakang tu. 


Waktu nak cari shoot yang cantik konon-konon


Pengalaman menonton Teater Sawah Padi sambil disirami hujan dan berkaki ayam di tengah bandar Kuala Lumpur memang mengujakan. Saya suka. 

Kami tunggu sehingga selesai. Mak Ngah sudah pulang sebelum habis pementasan. Mak Ina juga. Balik dari Padang Merbok, kami mengeteh dahulu di Chan Sow Lin. Walaupun berdekatan dengan pejabat saya, haruslah saya tak tahu ada kedai apa yang buka malam-malam pukul 11 malam tu. Jalan-jalan, jumpa kedai mamak. Apa lagi. Memamaklah kita sebelum Pak Busu hantar kami di Southgate. 

Ngeteh sebelum balik
Malam itu juga, kami terima berita yang Encik Anuar ditahan di hospital kerana ada penderahan di otak. Allah. Saya cadang mahu melawatnya pada esok hari. Kerana saya bekerja dan masih di KL. Tetapi, esoknya, Nazifah memberitahu, En. Anuar dalam waktu-waktu kritikal, tidak digalakkan melawat, jadi saya simpan sahaja hajat itu. Didoakan semoga En. Anuar sihat-sihat sahaja. Memang tidak sangka, saya menelefon En. Anuar tengahari itu untuk memberitahu kami mahu menumpang solat di KKR dan En. Anuar menjawab dengan gembiranya. Dan selepas itu, dia tidak sihat dan ditahan di Hospital Kuala Lumpur. Life is so fragile. Tengah-tengah sihat, sakit. Cherish all the moments sekarang ini. Jangan fikir sangat benda yang kau tak dapat, tetapi appreciate benda yang Allah bagi. Dan bila sayang, kata sayang. I love you, LillahiTaala. 

Love..

Perkahwinan Angah

Berbanding perkahwinan Afiq dan Safwan, Fahmi punya majlis kali ni, kita tak buat dekat rumah Acik. Kita buat dekat Rumah Citra Sari Ayer Keroh. Sebab sekalikan dengan majlis belah perempuan, maka Acik bersetuju untuk buat dekat sini. Kalau tidak, memang alamat kat rumah dia pasang khemah lima je.

Maka, berbondong-bondonglah saudara-mara balik. Pak Lang, Mak Ngah pun datang on the day majlis bawa aiskrim, Mok Teh, Busu lagilah awal dah ada sebab memang duduk dekat kampung. Nenek Som, Nek Siah dengan Cik Ta memang dah tidur rumah nenek nak masak lauk tambahan. Kali ini, Acik buat dekat Rumah Citra Kasih di Ayer Keroh. Kali ini katering, sebab majlis Fahmi combine sekali dengan majlis belah perempuan, Aida. Takut tak cukup lauk, jadi nenek minta tolong Nek Som masak lauk tambahan. Masak lemak perut, masak asam daging dan masak acar sayur. Sedapnya sebab nenek-nenek yang masak. Bilalah kita nak ambil resepi-resepi nenek ni sebelum terhapus dek zaman. Huhu. Saya ni, tak pandai sangat merasa. Jadi, masak tu ala kadar sahaja. Walaupun Kak Cik selalu pesan rasa masakan atau minuman sebelum nak hidang dekat orang. 

Kami balik hari Jumaat, masak-masak hari Sabtu, Fahmi bernikah malam Sabtu. Saya membawa ayah, mak, Nek Som dan Cik Ta untuk ke majlis nikah Fahmi. Oh, cerita membawa emak sedikit kelakar. Ayah memang tidak mahu membawa kereta sekarang. Saya layankan. Tetapi malam itu, saya perlu membawa empat orang. Untuk memberikan keselesaan kepada penumpang, saya mencadangkan kepada ayah membawa kereta saya dan saya menumpang Aminah sahaja. Punyalah ayah tidak mahu membawa kereta, dia yang mahu menumpang Aminah dan tinggalkan saya dan emak bersama nenek-nenek. Haruslah emak tidak mahu. Maka, berhimpitlah emak dan Nek Som dan Cik Ta di belakang. Mujur tidak jauh. Emak ni, clingy dengan ayah. Haha. Takpelah mak. Dah laki sendiri. Love you emak. 

Alhamdulillah, majlis pernikahan selesai, walaupun sebelum majlis berbagai drama yang terjadi. Terutamanya di sebelah keluarga Aida. Allah. Allah uji sedikit di bahagian masing-masing. Saya jarang mendengar ayah memberikan nasihat yang negatif, tetapi dari segi kes Aida, ayah mencadangkan supaya Aida memutuskan sahaja hubungan dia dan ayahnya selepas perkahwinan ini. Untuk mengelakkan lebih mudarat kepada kedua-dua belah pihak. Allah. Semoga Aida dan Fahmi mencapai keluarga mawaddah, sakinah dan rahmah sehingga akhir hayat.

Inilah penumpang saya

Geng tunggu dekat bawah sebab sakit kaki

Tahniah Angah! 

Ni, hari esoknya. 

Hari Ahad, hari majlisnya. Saya menemani Acik untuk menjaga duit dan memberi Acik goodies untuk tetamu. Sekali dengan Nabila. Oh, Nabila sedang mengambil lesen memandu kereta. Anak Pok Teh memang semuanya independent sekarang. Allah. Semoga Allah tempatkan Pok Teh bersama orang-orang beriman dan ditinggalkan doa anak-anak yang soleh InsyaAllah. Majlis berjalan lancar. Saudara-mara memang gembira. Saya suka kenduri. Masa untuk bersama saudara-mara dalam satu masa dan berjumpa semua.

Geng sambut tetamu

Kesayangan hamba. :)

Sayang juga

Orang kuat kenduri

Oh, tidak lupa tragedi pecahnya tayar kereta saya pada hari itu. Dan baru tahu, saya tidak punya tayar ganti. Honda memberi saya pam sahaja. Tetapi, oleh sebab telah tercarik tayar itu, maka tidak dapat dipam. Perlu diganti. Ayah dan Safwan yang mencari tayar. Alhamdulillah ada Safwan, tahulah dia kedai mana yang buka pada hari Ahad itu. 

Nak cari tayar ganti. Tak jumpa. Hehe.

Selepas sebelah tayar pecah, saya pula perlu menukar sebelah kanan pula. Sedang memandu di roundabout hampir sampai di pejabat selepas melawat nenek dan Nek Som di Selayang, ada seorang hamba Allah memberitahu bahawa tayar saya pancit. Malas untuk berhenti dan berdoa rim saya tidak rosak, saya memandu sahaja sehingga ke parking pejabat. Di sana, baru betulkan. Orang pertama yang saya tanya adalah Faezah. Dia bahagian tukang-tukang ni memang hebat.

Pam tayar di basement

Setentang dengan site ofis. Kalau tak cukup duit, minta Nga tolong hantar.


Segini panjang paku dia. Manalah aku bawa ni.

Tukang teman. Nina

Berbalik kepada cerita majlis Fahmi. Selepas kenduri, budak-budak mandi kolam di situ, Malamnya, saya, emak dan ayah tidur di rumah Nenek Rammelah. Yang lain tinggal di rumah Nenek Saabah. Mahu menolong mengemas. Malamnya juga, lauk kami adalah maggi. Walaupun nenek ada menyimpan lauk untuk malam, kami semua sudah tak lalu makan nasi kenduri. Maggi adalah lauk wajib selepas bosan makan nasi biasanya. Jangan risau, masing-masing pandai dah bawa diri sekarang. Dah tahu tanggungjawab nak menolong di dapur.

Aiskrim Kenangan dari Lanchang

Saudara belah mak

Dari atas rumah

Katering yang sangat bagus! 

Orang kuat juga. 

Tumpang pelamin

Nenek-nenek yang kuat sangat

Ko tengok, bakal raja sehari

Balik kenduri tu, malam main Saidina. Wei, tak reti penat!

Esok paginya, masing-masing nak pulang. Saya membawa Baim, adik dan Nafisah. Kak Mi anak beranak, dan ayah bersama Kak Long dan Kak Cik satu kereta. Ngam-ngam sahaja kereta sekarang. Oh, cerita di dalam kereta bersama Nafisah juga menarik untuk diceritakan. Sudah lupa sedikit. Harap saya masih ingat, ataupun nanti tanya Fisha balik. Hehe.

Untuk majlis perkahwinan Fahmi ni. akak doakan awak dan Aida bahagia dengan doa, Barakallah. Semoga Allah memberkati kamu berdua dan menghimpunkan kamu suami isteri dalam kebajikan.


Love..