Tuesday, July 15, 2014

Percutian ke Mulu - Hari 1

Alhamdulillah, berkesempatan menyertai rombongan budak pejabat ke Gua Mulu. Faezah dan saya merupakan dua orang perempuan melayu yang terlepas nama menyertai rombongan anjuran Gamuda Sport Club ini. Oleh kerana terlalu ramai ingin menyertai, maka undian dibuat untuk menentukan pesertanya. Pada mulanya nama saya sahaja yang terpilih. Sedikit ralat untuk menyertai tanpa teman, tetapi Joshua selaku pengelola rancangan berkata yang Faezah hanya 3 nama di hadapan saya. Maka, saya berdoa orang-orang yang seterusnya akan berkata tidak untuk menyertai rombongan ini. Yeay, semua orang selepas Faezah menolak tawaran ini dan Faezah berjaya mengikutinya. 

Kami menaiki MAS pada kali ini. Merupakan pengalaman pertama saya menaiki MAS, dan pada masa yang sama teringat mengenai mangsa-mangsa MH730 yang masih tidak dijumpai. Semoga Allah tempatkan kamu semua di tempat yang diredhaiNya dan doa untuk semua ahli keluarga mangsa semoga sentiasa tabah menghadapi ujian dan kasih sayang Allah ini.

Biarkan gambar berbicara....

Sesampai kami ke Lapangan Terbang Miri. Transit sebelum ke Mulu 

 Bersama semua ahli rombongan.

 Dijamu dengan tarian selamat datang dari kaum Penan

Penari-penari yang comel-comel belaka. 

 Transit selama dua jam. Oleh sebab lapangan kecil, lepas makan dah tak tahu nak pergi mana.

Naik kapal terbang ini dari Mulu ke Miri. Macam firefly. Kecil sahaja. Cuaca tidak elok, sudah tidak boleh terbang. :D 



 Yeay!!! Selamat Datang ke Gunung Mulu National Park. :)


 Bas dari Lapangan Terbang ke tempat-tempat sekeliling. Dekat sahaja. Dalam 15 minit dari satu lokasi ke lokasi yang seterusnya. 

 Pemandu pelancong kami. Dah lupa nama dia. Hehe.


Nak memulakan perjalanan ke gua-gua berhampiran. Nak cari Batman. Haha.


Beginilah jalannya. Jika hujan licin.  



Sampai-sampai dah kena berjalan. Dari pukul 3 petang sampai 6.30 malam. Penat!! 


 Nak masuk gua kenalah ada torchlight. Pinjam Miera punya yang masa daki Gunung Kinabalu. :D Rindu Miera..








 Faezah nak bergambar bersama mat saleh kat belakang. Hehe. Mat saleh je pun rajin berjalan-jalan dalam hutan kat Malaysia ni. 

Tempat menunggu kelawar keluar mencari makanan. Macam tengok movie.  

 Waktu ini kelawar belum keluar lagi. 

Tu dah keluar. Banyak sangat kot. Tadi masa jalan-jalan dalam gua, kelawar ni semua kat atas kepala. Hehe.. Mujur tak nampak. Kalau tidak. 

 Batch yang lain pula

Malamnya, kami tidur di hotel. Muahaha.. Sebelum esok nak kena duduk tempat yang tiada coverage. Best sangat hotel ni. 

Love.

Tuesday, June 24, 2014

Dolah bertunang

Pada 8 Jun yang lalu, sekeluarga Haji Bujang membuat rombongan Cik Yah ke Perlis. Keluarga ayah, Pak Lang, Pak Busu dan Achik telah mengikutinya. Anak arwah Pak Ngah saya yang kedua mahu bertunang dengan orang utara. Memandangkan cuti sekolah dan kebanyakkan saudara saya merupakan cikgu, waktu ini memang semua pun bercuti. Dari Melaka hari Jumaat dan bermalam di Klang. Sabtunya bertolak ke Perlis. 11 jam perjalanan. Nenek dah mengalah awal-awal katanya untuk ke majlis perkahwinan. Silap sepupu saya bertanya nenek ketika sedang mengurut kaki sejurus baru sampai di Perlis. Hehe. Ala nek, orang nak pergi masa majlis kahwin nanti.

Saya tidak dapat mengikut kerana akan bercuti pada Jumaatnya untuk ke Sarawak. Mendengar kisah adik saya, memang menyeronokkan. Bercuti bersama keluarga. Apakah yang kita tidak gembirakan? Sudahlah tidak perlu memasak di sana. Semua makanan ditaja oleh bakal pengantin. Siap dah bawa periuk nasi dari Klang untuk masak. Dah beli beras lagi. Achik yang bawa balik beras tu ke Jasin. Naziha siap boleh bermalas-malasan tidur dengan seronoknya di Perlis tanpa membuat kerja. Sehingga saya tertanya-tanya mengapa dahulu kami sekeluarga tidak berapa menyukai keluarga belah ayah ini? Dahulu nenek dan Achik suka membebel jika kami malas. Terutamanya kalau tidak ke dapur. Mungkin sekarang kami sudah rajin? Macam tidak sahaja. Haha. Mungkin Achik dah berubah atau mungkin kami juga sudah berubah. Sekarang sudah tidak hairan Achik membebel. Memang untuk kebaikan juga. Sayang Achik dan nenek ketat-ketat.


 Berehat sebentar. Nenek nak luruskan kaki.

 Hantaran juga dibuat oleh bakal pengantin perempuan. Senangkan kerja? Datang bawa diri sahaja.

 Dolah dan tunangnya. Mungkin hujung tahun ini majlisnya. InsyaALLAH. Tahniah!

 Selfie. Makcik dah macam anak buah sahaja. Mak Usu memang sempoi.

Selepas majlis pertunangan pada hari Ahad, mereka berjalan-jalan di sekitar Perlis. Adik-adik saya ke Padang Besar (dan telah membeli beg yang sangat best yang saya guna untuk pertama kali ke Sarawak), Gua Kelam dan kawasan sekitar Perlis. Nafisah mempunyai kawan di sana yang membantu menjadi tour guide. Lelaki pula itu. Sempoi adik saya. Haha.

Pada Isninnya, ayah saya pulang ke Klang kerana mereka semua akan ke Langkawi menyambung percutian ke Utara. Hehe. Ayah dah pergi, balik sahajalah. Kesian Kak Cik dan Naziha, tidak dapat ke sana. Kereta yang lain sudah penuh. Lain kali kita pergi ya sayang. 


 Entah di mana tempat ini, saya juga tak pasti. Adik lelaki saya membawa kereta untuk keluarga Pak Busu. Pak Busu sudah tidak boleh memandu dalam jarak yang jauh.

Ceria menaiki feri ke Langkawi. 


Love..

Usrah KAMY ke-2

Usrah kedua KAMY selamat berlangsung pada 31 May yang lepas. Sehari selepas birthday budak yang comel lagi bersopan santun. Ahaks. Kali ini, Encik Anuar mengemudi perjalanan usrah KAMY. Bercerita mengenai pengalaman ke Indonesia menjejak asal keturunan sebelah ayahnya. Berjalan adalah pengalaman yang menarik. Lagi-lagi kembara mencari asal keturunan. Kita balik kampung pun dah gembira bukan? Inikan lagi mencari yang sebelumnya. 

Sebelum memulakan usrah, kami telah bersolat hajat untuk cucu pertama Encik Anuar yang akan membuat pembedahan. Minor operation yang perlu dilakukan ketika kecil supaya tidak bertambah ketika besar. Mujur doktor menyedari ketika dia kecil dan boleh melakukan pembedahan sekarang. Umayr anak Kak Long Nazifah merupakan seorang yang aktif. Agak mencabar menjaga kanak-kanak hyper ni. Cakap berdasarkan pengalaman ya. Saya sedang dan masih belajar. Hujung minggu di rumah emak bersama anak buah yang hyper iaitu Asyraf dan Afifah sememangnya menguji ketahanan saya. Bila geram tu, rasa macam, semacamlah. Hehe.  Tetapi bila mereka behave, ia adalah comell!!!  

 Anak buah saya yang fokus sangat tu nama dia Akmal.
 
Semua ahli keluarga Encik Anuar hadir. Dah ramai rupanya ahli keluarga. Dah penuh YPU. 

 Alhamdulillah. Kak Long kata pembedahan berjaya. Umayr semoga sihat selalu yer.

B saya pun datang. Suka suka suka.

Ayat yang elok diamalkan oleh kita semua. Sesungguhnya kita ini memang zalim terhadap diri sendiri. 

Akmal macam nak masuk dalam buku tu pun ada juga.

Cik Leha pun dah bawa menantu dah. :)

Meraikan all the May babies. :)

Yang si kecik-kecik pun nak potong kek juga. 

Love..

Farewell Sze Zee & Anis

Projek kami semakin melabuhkan tirai. Maka, kami akan berpecah. Semua akan berpindah ke projek lain. Landasan berkembar Ipoh-Padang Besar merupakan satu-satunya projek yang saya terlibat selama saya bekerja.Begitu juga Sze Zee. Tetapi dia lebih awal berhijrah. Jun yang lepas dia telah memulakan kerjaya di Southgate Sungai Besi untuk projek MRT. Saya akan menyusul kelak InsyaALLAH. Sebelum pergi, kami mengadakan sedikit majlis perpisahan antara saya dan dia. Dengan tidak semena-mena kami mengajak Sunnie kerana kami pernah ke Toastmaster bersama. Dan dengan tidak semena-mena juga Sunnie membelanja kami Johnny Rocket. 
 
Makanan yang kami pilih.

Good luck in your future my dear friend. :D

My kakak. Oleh sebab senior sendiri tak berani nak ajak, kitorang ajak senior orang lain. 

Di hari lainnya, Anis juga menyusul meninggalkan kami. Kontraknya akan tamat September ini. Maka, sebelum tamat, dia telah berusaha mencari pekerjaan dan Alhamdulillah. Sekarang bekerja di KL Sentral. Masih ada permintaan kerjaya saya. Berani dengan tidak sahaja saya mahu keluar dari pejabat ini. Sekarang jawapannya masih tidak. ;p

Orang lain juga yang belanja. En. Nadzri pula berbesar hati membuat majlis perpisahan Anis di restoran Arab the Curve. Semoga murah rezeki kalian. Anis merupakan sahabat yang istimewa bagi saya. Bergaul dengan dia membuat saya banyak berfikir. Biasanya saya main belasah sahaja cakap dengan orang. Tetapi dengan dia ni, nak cakap kena ada fakta. Haha. Selain itu, saya jarang stress apabila bercakap dengan orang. Selalu bersikap tidak kisah dengan apa pun perangai orang itu. Tetapi Allah menghantar dia untuk menguji darjah kesabaran saya. Rupa-rupanya saya tidaklah begitu penyabar orangnya. Saya mendoakan kebahagiaan dan kejayaan dia di dunia dan pastinya di akhirat.   
 
Makanan kesemuanya berharga hampir RM450. Kenyang terlampau.

Terima kasih En. Nadzri. :)

Love..