Friday, May 9, 2014

Kenduri di kampung

Kami dah lama tidak pulang ke kampung. Maknanya, nenek buat kenduri. Hehe. Kelainan kenduri kali ini adalah kami memasak barbeque. Wah! Sangat susah nak hidupkan api. Sebab itu tak suka sangat barbeque. Benda-benda yang susah ini, memang kurang gemar sikit. Haha. Mujur ada pelawak-pelawak yang tidak dapat masuk maharaja lawak bersama. Kepenatan dan kepanasan berkurang sedikit. Sepupu-sepupu saya dah besar. Dah cerita pasal kahwin dah masing-masing. Keluar bab kahwin, memang kena bebellah dengan saya. Kalau nak kahwin tu, jangan asyik main redlert je. Tanggungjawab lain tu kena buat juga.

Firdaus Gold mempromote emasnya. ;p

 Cik Pipah yang comel macam Alangnya.

 Ilham dah lebih tembam dari ummi nampak.

 Berbagai cubaan menghidupkan api.

 Dolah dan Achik ajar Ilham berjalan.

 Gambar dari kamera Nafisah yang boleh masuk ke dalam airlah konon2.

 Orang kuat! Rahman tunggu sehingga selesai. Tahniah Man.

 Sudip, senduk bagai keluar untuk proses ini.

Berbagai posisi diperlukan. Asap pula asyik nak ikut je. Huhu.

 Kami reward diri sendiri dengan selfie.

Love..

Usrah KAMY

Hujung bulan lepas, KAMY telah berjaya membuat usrah pertama di YPU. Bersama Pak Busu yang mengemudi usrah tersebut dan menceritakan bagaimana usrah yang disertai sebelum ini. Berbagai cara rupanya boleh berusrah. Usrah, nama macamlah baik sangatkan? Majlis ilmu saya kira. Ayah saya juga pernah berusrah. Biasa akan dibuat waktu malam mengikut giliran rumah. Saya teringat ketika zaman ayah berusrah, kami adik-beradik tidak boleh menonton televisyen waktu itu. Jika menonton juga haruslah tanpa suara. Emak akan memasak dengan banyak lebih dari biasa. Kami akan menyiapkan makanan selepas ayah masuk ke ruang tengah rumah melalui tabir (yang memisahkan ruang tengah dan ruang tamu) mengatakan makanan boleh mula menghidang. Kemudian, kawan-kawan usrah ayah akan makan di dalam dulang. Selepas mereka pulang, kami adik beradik akan bergaduh giliran siapa yang akan membasuh pinggan. Hehe. Sekarang sudah tiada lagi usrah di rumah kami. Ayah berusrah di Subang sahaja. Terus ke rumah yang sama sahaja setiap minggu. 

Di awal pembukaan usrah kami, Pak Busu menceritakan ketika zaman usrah di PKPIM dahulu, mereka mahu membentuk ideologi dan kemudian baru membuat program. Tetapi, KAMY sudah mempunyai program, jadi bersama-sama mahu membina ideologi. Betul saya kira. Bak kata Cik Jamaliah, bila bergerak secara berjemaah itu lebih berkat. Alhamdulillah, usrah KAMY yang pertama berjaya. Tadabur surah Al-Kahfi. Sempat lagi Pak Busu menyambar tafsir Al-Kahfi tulisan Ustaz Haji Hadi Awang di Pesta Buku KL semalamnya.

 
 Pak Busu in-action. :)

Cik Jamaliah dan Cik Leha telah membawa nasi lemak yang sedap!

 Kehadiran haruslah diconquer oleh ahli keluarga Cik Leha. Diorang pun tengah cuti sekolah. Hehe.

 Saya mengajak Miera, dan Miera mengajak Mel (budak bilik dia). Comel!

Alhamdulillah. Semoga ikatan ini tidak di sini sahaja. 

Selepas solat Zuhur berimamkan Ameer, saya harus ke Cheras. Menjadi AJK untuk mesyuarat Agong MIZAN. Syamira meminta ahli usrah kami membantu kerana program-program sebelum ini usrah kami tidak pernah membantu. Hehe. Saya yang berkelapangan waktu itu menjadi wakil dan tidak memasal telah terpilih menjaga kaunter pendaftaran semasa mesyuarat. MIZAN, geng baru saya.

Pada mesyuarat Agong ini, Wardina meletakkan jawatan sebagai Presiden MIZAN. Beliau akan menyambung pelajaran di Australia. Mungkin itu yang terbaik untuk beliau. Saya mendoakan kejayaan beliau di dunia dan di akhirat. Di dalam ucapannya, beliau meminta maaf sambil berseloroh nasiblah MIZAN kerana mempunyai Presiden yang kontroversi. Hehe. Memetik kata-kata Yasmin Mogahed, yang sebenarnya dunia ini seperti permainan monopoli. Tiada siapa pemenang. Semoga sedikit amal yang dibuat di sana sini membantu beliau di akhirat kelak. Oh, saya juga harap begitu. Semoga kesibukan selama ini menjadi amal saya di akhirat kelak. Penat-penat di dunia jika tidak dapat digunakan di akhirat kelak, apakah nasibnya? 

Ucapan perasmian oleh Dr. Harlina Siraj juga tidak kurang hebatnya. Seperti mendengar ceramah. Alhamdulillah untuk orang di sekeliling saya ya ALLAH. Semoga saya menjadi hambaMU yang lebih baik. Itu juga adalah struggle. Apabila dikelilingi oleh orang-orang yang hebat ini, saya masih lagi tidak menggunakan potensi saya sehabis baik. Cemburu saya pada mereka. Huhu.   


 
Wakil Support Group PJ. Kak Azli, Dhiya, saya dan Syamira.

 It is very nice knowing a very supportive and positive person like Dr. Har.
 
Sebelum bergambar, Wardina sangat concern memberitahu yang dia selsema dan takut saya berjangkit nanti. Saya rasakan itu sangat comel. Selsema sebab bergambar dengan Kak Dina, takpe je akak.

Love..

Tuesday, April 22, 2014

Mak melawat adik

Seminggu selepas menghantar adik, emak telah selamat melawatnya di Kuala Kubu Baru. Kata emak, minggu depannya ada kenduri di kampung dan minggu lagi satu tidak boleh. Hari Sabtu adik menelefon dan  memesan barang jikalau datang katanya. Jikalau yer. Tetapi, emak terus sahaja, ok. Hehe. Nampak tak kesayangan semua orang tu? Jadi, emak dan Along serta Kak Cik memandu kereta ke sana pada pagi Ahad esoknya. Kak Cik kata adik saya steady sahaja dengan kehidupan baru itu. Berkongsi bilik air, makan nasi kawah, hidup berjadual, mengikuti aktiviti PLKN dan berkawan-kawan dengan gembira. Walhal ini merupakan kali pertama adik keluar rumah dalam masa yang agak panjang. Sebelum ini pernah juga mengikuti kem motivasi beberapa hari. Tetapi kali ini, makan beberapa bulan. Adikkan? Kalau Kak Cik ini, mahu sudah mengomen macam-macam kat emak masa emak datang melawat. Hehe. Selamba kutuk adik sendirikan? Kak Cik, akak sayang awak tau. Muahh.

 Kak Cik kata adik rileks je. Redha betul. 

Ayah banyak kerja, tidak mengikut lawatan kali ini. Mujur ada Along.

Hebatlah awak adik. Semoga dipermudahkan untuk masa-masa akan datang. :D
 
Si kenit Afifah. Baru gerak, dah tanya Kak Cik, "Dah sampai ke Acik". Puas Kak Cik melayan sejam perjalanan. Masa balik, tidur je. Selamatlah Kak Cik. 

 Hensem bergaya segak dan tampan. Adik siapakah ini?

Saya tidak dapat mengikut emak melawat adik kerana akan ke KL bersama Alin. Sebelum itu, saya ditugaskan emak untuk memasak makan tengahari. Sudah lama tidak memasak, sampai dua jam saya di dapur. Waaa.. Sudah hilang skil masak yang cepat. Biasa nenek sejam sahaja di dapur. Untuk mengelakkan kebosanan memasak, kena limitkan masa di dapur selama sejam sahaja yer kawan-kawan. Kalau tidak cepat bosan. Nanti malas nak masak. Nampak tak alasan tu? Hehe. 

Selepas makan tengahari, Alin dan saya ke Mydin untuk membeli makanan yang akan dibawa ke KL nanti. Kami memborong roti gardenia untuk dibawa ke Dapur Jalanan. Kali ini, saya meneman Alin sahaja dan tidak bersama budak-budak KAMY. Alin membawa pelajarnya dari UiTM Jasin yang ketika itu sedang bercuti semester.

90 bungkus roti gardenia.

L.O.V.E
 
Jumaat sebelumnya, saya menambah hutang yang sedia ada. Haha. Satu lagi hutang dunia yang saya cari. Saya menandatangani perjanjian rumah saya yang kedua. Rumah yang dijual kepada staf Gamuda untuk kuota bumiputera. Pelaburan di masa hadapan, semoga tidak menyusahkan saya kelak. Saya merancang untuk membayar pinjaman rumah ini sebelum tarikh akhir pinjaman dengan menggunakan emas. Tetapi perlu belajar dahulu. Kena menuntut dengan Firdaus Gold selepas ini. Kak Cik pun sedang berjinak-jinak dengan emas. Sementara dia tidak membuat apa-apa di rumah, dia sedang belajar mengenai emas. 

 Setiap helai kena initial. Sedikit punya banyak.

Rezeki Daus memang murah. Berjumpa dengan orang yang dapat mengajar dan memberi ilmu mengenai emas. Kak Long saya juga pernah cuba mahu membuat pelaburan dalam emas, tetapi tiada berjumpa dengan orang yang betul dan terhenti sahaja di situ. Sebelum ini, rezeki adik lelaki saya ini memang murah. Walaupun hanya berkelulusan diploma dan gaji kurang daripada saya. Tetapi dek kerana keberkatan rezeki yang Allah berikan padanya selalu sahaja mencukupi dan terlebih. Saya juga selalu membuat pinjaman peribadi kepada dia. Dah makan ribu-riban juga pinjam duit dia. Saya lihat keberkatan di situ. Daus ni mana pernah melawan cakap emak kami. Ikut sahaja. Berbanding dengan saya (tetapi sekarang sudah kurang banyak tau) yang suka sahaja tidak mendengar sangat. Kena ubah ni. Daus dan Adik, memang sejuk sahaja perut emak tahu membesarkan korang. Sebab itu hidup diorang nampak mudah sahaja. InsyaALLAH, sikit-sikit tukar perangai ye Nadiah. Sementara masih ada emak ini. Cari sikit keberkatan hidup tu (monolog dalam blog pun boleh. Hehe.) Ok, sayangilah ibu-ibu anda ya sementara masih ada. Semoga di syurga kelak kita bersama. Mak, orang sayang mak tau. Muahhh2 juga. 


Love..

Wednesday, April 9, 2014

Adik ke PLKN

Adik bongsu saya baru sahaja menyertai PLKN pada Isnin yang lalu. Kem beliau adalah di Kuala Kubu Baru Selangor. Dekat sahaja. InsyaALLAH emak saya mempunyai perancangan untuk melawat dia sebelum dia menghabiskan pembelajarannya selama 3 bulan di sana. Kami akan berjumpanya semula sebelum berpuasa nanti InsyaALLAH. Di dalam keluarga kami, dialah satu-satunya ahli keluarga yang terpilih menyertai PLKN. Kami adik-beradik semua terlepas menyertainya. Tahniah Muhammad Fikri. :D 

Hujung minggu ini merupakan hujung minggu yang pertama adik saya tiada di Klang ketika saya balik. Saya pasti akan merinduinya pada masa itu. Sekarang tidak rasa lagi. Hehe. Hujung minggu lepas pula, kami adik-beradik menyebok-nyebok membantu dia mengemas, tak buat apa pun. Semua sudah diurus oleh emak saya. Sebab itulah kami menyebok sahaja. Adik nampak teruja. Tidaklah nampak takut mahu menempuh alam baru. Haha. Adik saya sudah besar kot. Selalu ingat dia macam adik-adik lagi.

Emak menghantar adik di Stadium Malawati Shah Alam pada Isnin yang lepas. Semua pelatih dari Selangor saya kira, akan berkumpul di sana sebelum bertolak menaiki bas ke kem yang ditetapkan. Malamnya, adik menghantar pesanan ringkas kepada emak menggunakan telefon bimbit kawan sedormnya. Ok, Alhamdulillah. Sudah berkawan adik saya. 

Saya mendoakan kejayaannya di sana. Masa untuk mengenali diri, belajar berdikari, belajar berkawan dan semoga adik saya menjadi muslim yang lebih baik selepas pulang dari PLKN. Saya melihat perubahannya kepada sepupu saya Rahman. Selepas menyertai PLKN, dia semakin rajin berbual dengan sepupu-sepupunya. Jika sebelum ini, dia merupakan seorang lone ranger, tetapi PLKN telah mengubahnya. Berubah kepada kebaikan saya kira. Amatlah dituntut. Saya suka.  

 Di Kelantan semasa perkahwinan Nurlina dan Zack.

Bercuti di Sungai Congkak bersama sepupu sebayanya Safwan.

 Menyertai Hari Keluarga KAMY. Hehe. :D

 Di rumah Nek Busu Saniah, Lui Timur

 Bercuti di Melaka bersama ahli keluarga Atok Bujang.

Pantai Morib selepas pertunangan Ani. Nenek turun ke Klang waktu ini.

 Kenduri Lina di Kelana Jaya.

Tak banyak gambar saya bersama adik rupa-rupanya. Hehe. 

Adik! You have been so helpful to your mengada-ngada kakak  all this while. Thank you for being an obedient adik and a cool busu. Just want to let you know that all the bebel-bebel and marah-marah are for your own good sayang (rasionalkan perbuatan sendiri. Hehe..) I love you so much. I pray for your happiness here and hereafter. May Allah protect you from any harm dear. 

Love..

Tuesday, April 1, 2014

Dapur Jalanan Sudah Setahun.

Ahad lepas genaplah setahun Dapur Jalanan membuat aktiviti kemasyarakatan di Jalan Panggung. Tahniah kepada semua yang telah menjayakannya. Semoga Allah melimpahkan rahmat dan kasih sayang yang melimpah-ruah untuk kalian. Tidak sahaja di dunia. malah di akhirat kelak. Amin.

Saya tidak dapat mengikuti meraikannya pada Ahad lepas. Ada hal lain yang memerlukan keberadaan saya di tempat itu. Chewah. Hehe. Tetapi, Nazifah dan Encik Anuar sempat meraikannya bersama mereka sebagai wakil KAMY. Menjadi sebahagian dari warga Dapur Jalanan adalah nikmat yang tidak saya dustakan. Walaupun baru sahaja bersama-sama mereka, ia mengajar saya untuk lebih bertanggungjawab kepada diri dan orang sekeliling. 

Minggu sebelumnya, KAMY sempat bersama-sama memeriahkan majlis. Kali ini, KAMY membawa aiskrim Malaysia hasil buatan kasih sayang ahli-ahli KAMY. Saya dan Nafisah membuat aiskrim milo, Cik Leha aiskrim bandung dan Cik Jamaliah aiskrim asam boi. Nampak macam senang, rupa-rupanya susah juga mahu mengikatnya sehingga ketat. Buat 50 sahaja. Siap ada dua round. Penat, berhenti dahulu. Lepas itu, baru sambung semula. Memang tidak boleh berniaga aiskrim ini. Kemudian, tidak semuanya keras pula tu kerana semalaman sahaja di dalam peti sejuk. Penangan buat kerja last minute begitulah jadinya. Belajar belajar tu. Pengurusan masa memang agak fail. 

Kali ini, saya berkesempatan membawa Nafisah dan Naziha. Tapi Kak Chik, tiada Mat Lutfhi ya. Tak lama pakcik itu di Australia, setahun je. InsyaALLAH, jumpalah tu nanti. Rajin-rajinlah teman akak yer sayang. Selain itu, kawan saya Miera yang sementara ini menumpang di bilik saya sebelum berpindah ke site di Negeri Sembilan bulan May ini juga saya angkut sekali. Nasiblah. Seorang trainee di pejabat saya juga tiba-tiba berminat mahu menyertai. Asyik bertanya saya semenjak saya memberi gambar bersama Mat Lutfhi di dalam whatsapp group GSC saya. Jadi saya ajak bersama waktu itu. Walhal ada kelas paginya. Semangat betul. Muda lagi. Buatlah Arsyaf. Arsyaf adalah trainee di pejabat saya. Setelah berborak dengan adik-adik saya, umurnya sebaya dengan Nafisah rupa-rupanya. Pembelajarannya ditaja oleh Gamuda, pada masa yang sama dia perlu bekerja pada hari biasa dan mengikuti kelas pada hujung minggu. Memang penuh jadual. Yang best adalah, tempat kerja sudah disediakan selepas habis belajar dan selepas kerja tidak perlu membayar pinjaman. Yang tidak best adalah tiada zaman menjadi pelajar sepenuh masa dan selepas itu perlu bekerja bersama Gamuda beberapa tahun. Ala, saya ini yang tidak mengikat kontrak juga sudah hampir 7 tahun di sana. Sekejap sahaja itu. Hehe. 

Arsyaf ini adalah saya dahulu. Giler stereng. Jika keluar bersama dia, memang dialah yang nak memandu. Selepas selalu memandu kereta saya, kereta idaman dia adalah Persona. Boleh saya  minta komisen kat Proton ni. ;p

Akhir acara, kami baru keluarkan aiskrim kasih sayang ini.

Aiskrim milo kami telah habis waktu ini. Laju sahaja. Bandung pun cepat habis juga. Memang gembira walaupun memberi hanya aiskrim.

Seperti biasa, KAMY jarang memegang makanan. Ambil kontrak membuat air sahaja. :)

Alhamdulillah. Selesai. Kak Long Nazifah, Fairuz dan Umayr juga datang. Siap bawa puding lagi. Terima kasih Kak Long. 

 Saya bercita-cita mahu membawa adik bongsu dan anak buah saya ke sini satu hari nanti. Kak Chik dan Kak Fisha sudah. Hehe.  

 Love..