Biarkan kasih sayang bertebaran di muka bumi ini. Supaya bahagia dunia dan akhirat..
Tuesday, April 12, 2011
Pindah Pejabat
Tuesday, March 1, 2011
Kisah Lama : Temuduga Kerja
(Bahasa Inggeris saya teruk. Maaf. Sekadar yang saya ingat perbualannya.)
Seperti yang dijangka, soalan yang pertama adalah :-
Saya : My name is Nadiah binti Zainal and i lived in Klang Selangor. I'm 23 years old. ....... Before this, i'm taking my diploma in QS at the UiTM Seri Iskandar Perak and straightly continue my study also in QS. I'm now are in the final semester of finishing my bachelor at UiTM Shah Alam
TDD : (Sambil menyemak resume saya). Are you willing to be send to oversea if you have to work there.
Me : Yes. (Tanpa teragak-agak kerana saya memang suka berjalan). I loves to travel. Last time i went to Jogjakarta to attend a program.
TDD : What program?
Me : We visit the victim (haha. waktu ni, English punya karut. Apa je yang ayat yang teringat, guna) of earthquake. Before that, we already collect a fund to donate there (haha. Walhal, saya tidak langsung terlibat untuk mengutip dana itu). At the Jogjakarta, we distribute the money. There, we found that, after the earthquake, the relationship between each villagers become strong. (Yeah, sangat teruja bercerita sebab baru balik dari Jogja. Dan saya menjadi orang yang baru selepas pulang. Macam pernah bacakan? Hehe. Terima kasih kepada semua yang terlibat menghantar saya ke sana.) They build the house together, each day they choose one house to be construct together. It's a new experience and I enjoyed it. So, if I have to travel oversea for my work, i love to.
TDD : Ok. (Senyum lagi) Can you work underpressure?
Me : Ok. I'll do my very best to finish that work on time and after that, i'll reward myself if i can finish it. (Ni yang tak boleh lupa jawapan, mana entah dapat idea waktu tu. Haha.)
TDD : Can you work under fierce boss?(Senyum dan dia memang selalu senyum)
Me : (Saya senyum juga) I'll be depressed in one month. (TDD pun senyum juga). But then, I'll learn from my boss and try to be a better person everyday. I know that all bosses want the best from his staff. So, he want me to be a better workers. I'll learn from him.(Haha..masa tengah jawab ni, dah gelak-gelak dah dalam hati. Selalu bersama orang-orang yang bermotivasi seperti Alin, menyebabkan saya berjaya menjawab sebegitu).
TDD : (Senyum lagi) Can you cook?
Me : (Pelik juga soalan ni. Saya senyum je) I can cook a little bit. For myself and my family.
TDD : Because if we sent you to oversea, you have to cook by yourself. It's easy for you because you need halal food. But, normally we seldom sent muslim workers to place where difficult to find halal food.
Me : Oh. Ok.
TDD : Ok. Is there anything you want to ask?
Me : (Saya ada bertanya soalan, tetapi saya lupa apakah soalannya dan setelah TDD menjawabnya. Saya pun akhirkan temuduga saya ini dengan perkataan ini) I hope to work under your company and improve myself.
TDD : Ok.
Begitulah kisah temuduga pertama saya dan masih menjadi yang pertama. Saya diterima bekerja di Gamuda. Alhamdulillah. Rezeki mak dan ayah saya. Rezeki mak saya mendapat peti sejuk yang baru. Hehe. (Walaupun, banyak nama peti sejuk itu). Saya sangat gembira dengan temuduga ini. Saya bercerita mengenai benda yang saya suka. Allah mengilhamkan saya dengan jawapan yang saya rasa agak selamat ketika temuduga. Selain itu, saya dikelilingi oleh orang-orang yang sentiasa bermotivasi tinggi. Benarlah kita perlu berkawan dengan ramai orang untuk membantu kita dalam kehidupan seharian. Membantu dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan dalam meneruskan perjuangan dan kehidupan. Selalu belajar dan belajar dari orang sekeliling.
Baru-baru ini saya terdengar ceramah cara-cara untuk menjadi kreatif dan produktif iaitu kita perlu berkawan dengan orang baru, pergi ke tempat baru dan banyakkan membaca. Juga saya pernah membaca, kreatif itu adalah apabila kita memudahkan membuat sesuatu kerja. Kita sebenarnya kreatif. Dahulu, saya selalu menafikan jikalau orang mengatakan sesiapa yang menulis menggunakan tangan kiri adalah seorang yang kreatif. Kerana saya sangat tidak kreatif dalam hal-hal seni. Sekarang, jika saya berjaya memudahkan kerja saya, saya sudah merasakan saya kreatif. Satu lagi pelajaran adalah selalu membuat keputusan. Mulakan dengan yang kecil dan kemudian dia akan melatih kita membuat keputusan yang besar.
p/s: Saya memang suka menulis entri panjang-panjang. Hehe.
Friday, February 25, 2011
Makan-makan di malam hari

Setelah hampir dua tahun di Gamuda. Ini yang Sze Zee dapat. Cermin mata. Hehe.


Mee untuk raja-raja.
Miera dan Roti Beckham, Habis tu.
Kak Morni, dengan tidak semena-mena menjadi komiti petang tadi. Dapat topi Nike original. Pinjam kejap akak.Love.
Monday, February 14, 2011
Kotak Sakti
Kotak Sakti
Kotak ini merupakan claim dari site. Setiap kali membuat claim ini, pasti akan timbul niat untuk berhenti kerja. Saya berkongsi perasaan untuk berhenti kerja ini bersama-sama dengan Faezah. Kami mempunyai senior QS yang berlainan. Cara mereka juga berbeza. Kakak saya agak tegas dari segi suara dan agak pengemas dan teratur kerjanya. Jika memanggil saya, pasti satu PMC boleh mendengarnya. Berbanding dengan Faezah, kakaknya juga tegas tetapi cara yang berbeza. Jarang mendengar dia dimarahi, tetapi segala kata-kata kakaknya jenis makan dalam. Huhu. Lain orang, lain pendekatannya. Yang penting, kami akan sentiasa belajar.
Am, Faezah, Kak Morni dan saya. Selain itu, kegembiraan di pejabat pastinya dari kumpulan GSC kami. GSC adalah nama yang diberikan oleh Ili sempena nama boyfriend tak jadi saya dan geng kami yang comel. Maka wujudlah Geng Sri Comel. Ahli-ahli kami pastinya comel-comel semuanya. Saya mulakan dengan ahli kumpulan yang pertama iaitu Ebah atau nama penuhnya Syuibah Mohamad. Beliau merupakan antara tukang masak dan tukang penyelesai masalah kumpulan kami. Bawalah apa sahaja cerita atau masalah kepada beliau. InsyaALLAH, ada sahaja jawapan atau idea mencari jalan keluar dari masalah tersebut. Ala-ala problem-solverlah. Pakar rujuk. Hehe. Ebah merupakan budak rumah, budak pejabat dan bermacam-macam lagilah ikatan dengan saya. Saya mengenali beliau semenjak mengambil diploma di Perak dan seterusnya ijazah di Shah Alam dan kini di Gamuda. Ditambah juga ikatan dengan menjadi budak rumah saya juga. Seorang yang akan menyapu dan membasuh bilik air kami rumah kami pada hujung minggu. Terima kasih Ebah. Sangat rajin memasak di rumah kami pada hujung minggu. Katakan sahaja kami teringin makan apa, jika mempunyai kelapangan. Pasti beliau akan cuba memenuhinya. Bakal berkahwin pada bulan Jun ini, tiadalah 'emak' di rumah sewa kami. :(
Ili dan Ebah
Ebah dan tunangnya Reza
Kepakaran kami. Selca (Self camera). Ili dan Faezah
Beralih ke makcik google kami atau nama penuhnya Nur Faizah bt Masran. Lebih mesra dipanggil Paie. Beliau merupakan sumber maklumat di hujung jari Paie. Sangat suka membaca dan menggoogle sehingga dipanggil bos besar kerana hitz kegunaan internet antara yang tertinggi di dalam 2t. Kalau lawan bercakap dengan Paie, memang kena penuh ilmu di dada. Jika suku ke separuh ke, memang kena hentamlah. Citation needed tu, tolak tepi. Ilmu yang dikongsi memang semuanya fakta. Paie pun seperti Ebah dan Ili, pandai memasak. Masak lemak gulai tempoyak ikan patin merupakan kegemaran kami. Secara langsung dari Mentakab jika beliau pulang ke kampung halaman. Kesedapan masakan Paie sehingga menjilat jari. Sedap. Hehe. Berkongsi minat menangkap gambar bersama Ili. Kamera masing-masing canggih. Jurugambar tak berbayar PMC. Bila kita nak keluar-keluar tangkap gambar ni Paie?
Faezah dan Paie
Seorang lagi ahli comel kami adalah Faezah. Nama penuh beliau ialah NorFaezah bt Muhammad Lip. Merupakan orang yang akan berkongsi suka-duka kotak sakti bersama saya. Setakat pulang lewat, sudah terlalu biasa. Tetapi, saya tiada orang akan telefon dan menyuruh saya pulang. Hehe. Nasiblah kalau sudah ber'punya' dan orangnya yang pekerjaan bukan juruukur bahan. Sehingga saya juga dinasihatkan supaya tidur sahaja di pejabat kerana pulang lewat malam. Kami bekerja En Delan. Huhu. Faezah ini seorang yang sangat membantu. Selain mempunyai networking yang banyak sampai ke Korea. Dia juga seorang penasihat cinta. Seorang yang matang kerana pengalaman yang banyak. Seorang yang sangat observant. Diam-diam berisi. Kami selalu ternanti-nanti apa yang akan diperkatakan. Tetapi jarang boleh bercakap bersamanya kecuali masa rehat. Seniornya seorang yang mementingkan kefokusan dalam bekerja. Jangan terlalu banyak bercakap. Sabar yer awak.

Main-main bowling di OU
Wakil kumbang di kalangan bunga kami ialah Mohd Khairul A'mri bin Mohd Salleh. Am merupakan penyeri bunga-bunga di GSC. Bertahan hampir tiga tahun bersama kami, sekarang dalam usaha menarik lebih ramai geng kumbang untuk memasuki kumpulan kami. Setakat percubaan ini, Abdullah macam sudah berjaya menjoin aktiviti-aktiviti kami. Kamal dan Adli, statusnya masih pending. Am ni merupakan orang kuat Encik Nadzri. Kira harapanlah untuk di bawa ke KSET atau KTMB. Selain itu, pemandu yang hebat kerana mampu membawa pergi dan balik kereta dari Damansara Jaya ke Bukit Mertajam pada hari yang sama. Pemain bowling yang handal. Mempunyai bola khas yang dibeli sendiri. Tak nak lawan bowling dengan ko Am. Hehe.

Am dan Abdullah
Jalan-jalan di Bandaraya Bersejarah Melaka
Fahim 4 Course
Makan-makan untuk Din
Alhamdulillah, ALLAH telah memberi kawan dan sahabat yang baik untuk saya. Saya selalu bersyukur dengan persekitaran saya. Semenjak dari sekolah, diploma, ijazah dan kini bekerja, saya selalu dikelilingi oleh orang-orang yang baik. Saya belajar banyak perkara dari orang sekeliling saya. Saya akan belajar dan terus belajar untuk menjadi anak, kawan, pekerja, kakak, dan yang lebih penting hamba ALLAH yang lebih baik. Hari ini seharusnya lebih baik dari semalam.
Benarlah, kawan di sekeliling kita mempengaruhi sikap dan tingkah laku kita. Jadi, marilah kita menjadi seperti penjual minyak wangi. Penjual minyak wangi akan memberikan bau yang wangi kepada orang sekalipun mereka tidak membeli. Semoga saya menjadi seperti penjual minyak wangi yang dapat memberi manfaat kepada orang di sekeliling saya.
Love..
Monday, January 17, 2011
Hujung minggu di Klang

Hadiah untuk emak tersayang
Cuma Mekna, saya dan Fikri sahaja yang tinggal. Maka, saya dan Mekna akan bermain masak-masak tengahari itu. Chef kami pada hari itu ialah Chef Hanieliza. Siap ada Chef tu, jangan main-main. Bukan didatangkan khas, tetapi memang ada di rumah kami. Pembantu kami itu pastinya buku memasak yang saya hadiahkan untuk emak bertajuk Satu Hari Satu Resepi. Mekna mencari-cari resepi yang boleh dimasak pada tengahari itu. Selepas mencari, kami akan memasak tiga resepi sekaligus. Maka, menu makan tengahari kami adalah, Sup Cendawan, Salad Tomato dan Sambal Gesek. Mantap bukan? Hehe. Saya ke kedai untuk membeli barang-barang yang kurang. Masakan utama kami pastinya sup cendawan. Tiada ayam atau ikan. Menarik. Memang lain. Kami memasak dengan gembira. Kurang dari sejam masa yang diambil kami di dapur. Lagi menarik. Saya agak kurang suka berada di dapur sangat lama. Hasil masakan kami adalah seperti berikut :-

Salad Tomato

Sambal Gesek
Pencapaian kami sangat memberangsangkan. Kakak-kakak, abang ipar dan anak buah saya semua suka dengan menu pada tengahari itu. Salad tomato habis. Malamnya, perancangan tanpa dirancang kami adalah ke Kuala Selangor. Achik Iza ada di Bukit Badong minggu ini. Jadi, kami akan berjumpa dengan Achik dan seterusnya melihat kelip-kelip. Melihat kelip-kelip merupakan impian Kak Long saya dari dahulu. Dia mengimpikan untuk membawa emak dan ayah dan tidur di sana untuk salah satu percutian kami. Sudah lama kami merancang, tetapi tiada kesempatan. Akhirnya, tanpa dirancang, saya berjaya juga pergi ke sana. Kak Long saya tidak mengikut kami. Tidak mengapa Along, kita pergi lain kali bersama mak, ayah dan adik beradik yang lain juga. Kami bergerak dari Klang lebih kurang jam 5.45 petang. Cadangnya mahu singgah di masjid Aiman untuk bersolat maghrib dan terus melihat kelip-kelip.
