Nek Busu ni, adik bongsu arwah atok Bujang. Adik-beradik atok yang terakhir. Isnin lalu telah pergi menemui penciptaNya. Ayah dan emak sempat menziarahi kerana memang dalam perjalan pulang dari kampung. Acik Oya juga pergi melawat bersama Fahmi (melalui text di dalam group Geng Haji Bujang)
Nek Busu, semasa sihatnya rajin menyantuni kami acap kali kami singgah di rumahnya di Lui dalam perjalanan ke Lanchang setiap tahun semasa raya. Kami akan singgah makan tengahari di rumahnya sebelum makan malam di rumah Mak Ngah. Dulu keluarga kami besar, takde makan luar. Dan nenek-nenek suka masak kalau orang nak datang. Sekarang, kalau ada pilihan makan dulu sebelum datang rumah orang, mungkin kita akan makan dulu. Datang sebab nak melawat je sebab, dahlah keluarga ramai, nak masak untuk kau pula. Hehe. Tengok keadaan.
Kitorang akan makan tengahari, rehat-rehat sikit sebab dari Melaka pagi-pagi, pastu solat siap-siap sebelum meneruskan perjalanan ke Lanchang. Kadang-kadang dapatlah selelap dua sambil mak ayah sibuk berborak. Oleh kerana rumahnya ditambah-tambah, jadi agak luas. Kami adik-beradik akan melepak di ruang tamu bahagian depan sambil orang tua bercerita di bahagian tengah rumah.
Ayah dengan emak ni, benda yang kena belajar daripada diorang adalah rajin merapatkan silaturahim. Kira memang saudara dekatlah, makcik saudara. Walaupun tak selalu pergi (kadar kekerapan adalah setahun sekali), tetapi sedikit yang berterusan itulah yang terbaik. Mungkin saya patut mengikut langkah itu. Meneladani makcik-pakcik saya setahun sekali (balik bulan Dec25). Kena buat jadual untuk melawat diorang ni.
Seingat saya, kali terakhir saya beraya di Malaysia, kami sudah tidak ke rumah Nek Busu dalam perjalanan ke Lanchang. Masa tu Nek Busu tiada di Lui, di rumah anaknya yang lain barangkali. Selepas kematian anaknya yang tinggal bersamanya di Lui, di tinggal di rumah anak-anaknya yang lain. Selang dua bulan, berganti-ganti rumah anak. Memberikan pahala sesama mereka.
Dalam beberapa minggu lepas, Kak Cik dan Ijam membawa emak dan ayah melawat Nek Busu yang sudah tidak bermaya. Acik dan Nenek juga sudah pergi beberapa hari sebelumnya. Memang sudah uzur tua. Tidak lama kemudian, pergi meninggalkan kami.
Berbahagialah Nek Busu di sana. Saya saksi beliau seorang yang selalu menggembirakan dan memudahkan orang. Semoga syurga tertinggi untuknya. Dah berjumpa arwah Atok Bujang agaknya.
![]() |
| Melawat di rumah Kak Suria |
![]() |
| Melissa ponteng school |
![]() |
| Ayah singgah melawat, tak sempat jumpa jenazah |
Dengan sepupu-sepupu ayah.



No comments:
Post a Comment