Sunday, October 19, 2025

Kes bunuh di Malaysia?

Tidak habis mencerna kes rogol, datang pula berita kes bunuh pelajar di Malaysia. Dan kemudian beberapa kes rogol juga. Teringat pula kes buli di sekolah sehingga mengakibatkan kematian. Walaupun sekolah sepatutnya menjadi tempat yang selamat, tidak sangka sekarang ia sudah menjadi tempat yang boleh meragut nyawa manusia. 

Kita sepatutnya bertenang dan cuba mencari akar umbi permasalahan ini. Di mana silapnya dan apa yang kita boleh lakukan. Janganlah kita terlalu laju memaki guru atau pihak pengurusan sekolah atas kejadian yang berlaku ini. Sebagai seorang kakak yang mempunyai adik seorang guru dan kebanyakan ahli keluarga merupakan cikgu, tugas sebagai guru tidak mudah yer. Satu kelas ada lebih 40 orang pelajar, satu tingkatan ada berapa kelas pula yang nak diajar. Belum lagi masuk perlu mengajar di beberapa tingkatan yang lain. Tidaklah ganjaran pahala yang banyak untuk semua guru-guru atas kerjaya ini. Tidak semua orang boleh melakukannya. Saya pastilah tidak. Ingin mengajar anak buah juga sudah pening, inikan mengajar beberapa kelas seramai-ramai budak. Terima kasih semua cikgu untuk pengajarannya. Walaupun itulah pekerjaannya dan dibayar, tetapi saya masih salute kepada semua guru. Moga syurga untuk semua. 

Semalam saya berborak dengan emak saya dan kemudian mak menanyakan saya mahu memberi apa kepada anak buah saya yang mendapat top 7 dalam sekolahnya yang hampir 500 orang pelajar SPM. Hebat betul anak buah sayan ni. Telefon bertukar tangan kepada Akmal. Akmal tidak mahu apa-apa. Saya sempat bertanya jenis kawan-kawannya sambil berkata, 'Jangan buat macam-macam yer dengan anak dara orang. Jangan kawan dengan kawan yang pelik2.' Dia mengangguk dan berkata 'Ya.' Itu jelah yang saya mampu. Apa lagi nak cakap? 

Kemudian telefon bertukar kepada Nafisah pula. Kami berborak tentang fokus dan saya menceritakan yang fokus saya semakin rendah jika selalu melihat tik-tok. Saya kurang melihat sekarang ini. Sumber maklumat saya lebih kepada twitter dan hiburan saya lebih ke youtube dan instagram. Saya perasan jika saya melihat tik-tok, saya akan menonton youtube dengan speed 1.5x atau 2x. Jika saya tidak melihat tik-tok, saya boleh menonton dengan speed biasa. Nafisah memberitahu saya untuk meningkatkan fokus, kita perlu membaca - nasihat ZRA. Saya yang sudah dewasa ini juga menghadapi masalah itu, apatah lagi kanak-kanak kalau kita tidak membendungnya. Nafisah memberitahu, dia pernah mengajar di hadapan dan anak muridnya berkata bosan. Sebab dah biasa dengan pergerakan yang laju. Pergh. Macammana kalau saya menghadapi tu? Menangis rasanya. Tak semua orang boleh jadi cikgu. Semoga kuat cikgu Nafisah. 

Jangan salahkan cikgu yer kalau awak tak pandai nak ajar anak. Adik saya hebat kot kalau bagi anak awak dia yang jaga. Dulu anak buah kami solat awal waktu, hafal surah Al-Mulk dengan Al-Kahf, mandi sebelum pukul 7 malam, bangun-bangun kena sarapan, kena buat kerja dulu baru boleh main dan jadi imam solat tau. Walaupun sekarang tak tau ingat lagi ke tak surah tu dan jadi imam lagi ke tak, sekurang-kurangnya ada dalam memori diorang pengalaman tu. Ke diorang macam Alang, tak ingat? Sebab tu Alang tulis. Hehe. Sekarang tengah cuti sekolah Deepavali, Nafisah balik rumah mak. Rindu nak duduk sama-sama dan borak sambil masak or makan. Tapi, kita tak boleh dapat semua bendakan? Nak dapat keluarga, tak dapat duit. Semoga yang baik-baik dan gembira je keluarga saya. Kita jumpa bulan December nanti. InsyaAllah. 





Love..

No comments: