Thursday, July 31, 2025

Pulang ke Malaysia

Beberapa bulan kebelakangan ni whatsapp group keluarga Haji Othman berbunyi agak kerap kerana mahu membuat kenduri sempena hari jadi nenek Rammelah yang ke-80. Aku suka kenduri. Suka ramai-ramai. Tengok jadual, minggu tu tak sibuk sebab forecast baru habis. Cuma nak buat kerja-kerja post forecast macam journal dan variation works je. Aku pun tengok tiket flight berapa harga. Dalam RM1800 pergi balik. Not badlah. 700aud. Pergi ski masa tu pun 500aud dah. Ni nak balik Malaysia kot. Masa dok fikir-fikir tu, tengah forecast, tak sempat nak fikir dan beli. Tak tau bila, aku terus beli, lantaklah ada duit ke tak. Al-maklum takde simpanan untuk semua-semua ni. Ada simpanan, tapi tak bagi-bagikan ni untuk apa, ni untuk apa. Aku beli je. Antara sebab duit kat saving account aku jadi negatif sebab aku guna duit untuk ni juga beli tiket. Tapi, lepas tu amiklah yang kurang tu kat tempat simpanan lain. 

Mula-mula ingat nak surprise mak aku, tapi lepas kak cik kata, "Bagitau mak, dalam family kitorang takde surprise2 ni." Aku pun bagitau masa sampai kat airport nak terbang balik dah. Mak aku seperti biasa, takde perasaan sangat. Fisha kata, masa dia ngajar kat Sarawak dulu pun, buat surprise balik time Nisah kawen, mak pun takde perasaan sangat. Haha. Takpe mak, we love you.  

Aku ingat nak kerja kat Malaysia, sebab kerja-kerja post forecast ni ada kerja juga, cuma tak urgent. Tapi, Chin kata tak payah. Enjoy je cuti seminggu tu, takdenya runtuh projek ni aku takde. Haha. Aku ni cuti dahlah tak banyak, tapi lantaklah. Aku cuti juga. Balik kali ni, memang tak bagitau sape-sape kecuali keluarga asas aku, Alin dan Deekay. Malas nak keluar rumah, nak cuti betul. Aku fikir nak pergi jumpa Kak Fareen time lunch kalau dia kat court Shah Alam or Klang pun tak jadi. Sebab malas. Aku dok bangun pukul 10 pagi hari Isnin dengan Rabu. Pergi dapur pukul 12. Aku baru nak sarapan, mak aku dah nak masak tengahari. Mak aku bijak, dia masak lauk utama je. Dia tinggalkan sayur dengan goreng ikan untuk aku. Oleh sebab balik seminggu, aku berjanji dengan diri sendiri taknak gaduh dengan mak, aku buat je. Tu semua pahala2 untuk aku tu. Apalah kerja nak bergaduh je dengan mak engkau ni? Haha.

On the way pergi Sydney airport

Nasi lemak dalam flight


Baru lepas guna toilet yang ada paip. Haha

Muka baru bangun tidur pun comelll.. 

Hari Sabtu pagi2 sampai tu, Mina, Muzakir, Kak Mi dengan Afiq amik dekat KLIA pagi tu. Gigihlah Kak Mi ikut sekali naik kereta lain pergi KLIA tu. Masa sampai rumah mak, semua tengah tidur. Lepas dah bangun masing2, Melissa datang kat bilik aku. Geramlah aku budak bijak ni. Excited dia cerita pasal sekolah, tunjuk adik-adik dia, nak brush teeth sebab nak makan coklat yang aku bawa. Aku dengar nak plastik? Alang ni, tak englishlah. Aku lupa mak masak apa, atau Kak Mi masak apa tenghari tu. Nampak tak alasan kena tulis blog ni? Lupa semua. Petang tu, kitorang keluar pergi Aeon nak cari baju. Bawa si kembar tu. Kitorang beli kek untuk hari jadi ayah. Semua pun balik minggu tu kecuali Kak Fisha sebab kena ajar budak debat. Daus, Mina, Kak Mi, Along, Kak Cik dengan Adik semua ada. Buat makan-makan sikit. Tak sangka disayangi sekali camtu. Ada sekali Along ajak semua balik sebab nak sambut birthday ayah, masing-masing tak respond. Sebab next week nak guna duit untuk balik kampung. Alih2 semua pun balik Klang minggu tu. Moga murahlah rezeki masing-masing sebab gembirakan hati akak. :) 

Kembar

Hari Ahad, kitorang sarapan dengan makan tengahari. Pastu basuh depan rumah sebab si kembar tu merangkak kat situ, hitam seluar sebab kotor. Kakak Afifah dengan Acap kena basuh carpet sambil Anaqi dan Melissa main air. Rindu masa-masa macam ni. Kalau tak pergi jauh-jauh, tak rasa rindu camni sangat. Walaupun okay je kat sana, takdelah susah sangat, Alhamdulillah. Eh, susah juga sebenarnya. Tapi, manageable. Bila dah balik ni, eh rindu rupanya semuanya. Ada peluang balik ni, memang syukur sangat. 
Yang boleh masuk troli

Sebab nak tidurkan ni

Ke-17 katanya

Sesi mengemas

Hari Isnin, membongkang kat rumah. Mak dengan ayah puasa. Aku takyah masak tengahari sebab turun sarapan time lunch. Mak dah beli nasi lemak untuk sarapan/lunch aku. Petang tu, goreng mee untuk mak ayah buka je. Pastu suruh kakak afifah buat air teh. Kalau hari biasa malas dan mesti nak gaduh siapa masak. Tapi, azam balik ni nak buat baik je. So, aku masak untuk mak ayah. 

Hari Selasa, aku bawa mak pergi Mydin soping. Mula-mula dia taknak, kata boleh beli sendiri nanti. Aku paksa juga pergi, sebab alang-alang aku dah kat sini. Mak aku nampak ada skirt ni, dia try muat dan okay je panjang dan takyah gosok. Dia tanya aku, nak pilih warna biru ke hitam? Aku tengok harga dia dalam RM30, amik je ar dua-dua mak. Takyah fikir. Haha. Anak kaya dan pemurah. Astaghfirullah. Semoga ikhlaslah buat tu untuk mak. Aku ni tak banyak beli barang untuk mak. Tak pandai cari hadiah. Kalau untuk beli barang-barang dapur tu takde masalah. Pastu mak beli air cincau, dah pandai amik dua, kicap amik dua. Beras aku kata amik dua, dia taknak. Dia kata nanti berkutu. Dah tak ramai orang dekat rumah mak. Minyak aku amik je dua. Semangat ni amik semua benda tak fikir camne nak tolak troli time balik nak pergi kereta. Masa bayar2, tak muat satu troli. Kena dua troli, alamak. Camne mak nak tolak ni? Berat. Pastu mak pergi beli lauk menu rahmah untuk lunch dengan dinner kitorang. Sekarang benda dah mudah, beli je. Tak koser nak balik nak masak. Ayah pula kerja luar, makan kitorang je ar. Time mak beli tu, aku arrange jadi satu troli je. Okay berjaya. Pastu menggigih aku tolak ke parking. Sampai kat parking, aku baru nak tolak ke kereta, ada orang jaga troli ni nampak aku cam gigih sangat tolak troli tu, dia datang tolong tolak. Sampai masukkan semua barang dalam kereta. Alhamdulillah. Aku nak bagi duit, cash pula takde. Huhu. Susahlah biasa tak pegang cash ni.

Report aktiviti kat keluarga. Haha

RM800++. 

Malam tu, aku pergi rumah deekay. Eh, rumah aku kat Jalan Klang Lama. Haha. Rindu rumah dan doa tak jumpa jiran aku. Malas nak berborak. Sebelum tu, aku beli siap2 nasi lemak. Deekay tak sihat sangat, so makan je kat rumah. Miera pun datang juga. Dah setahun setengah keluar rumah tu, tak banyak sangat perubahan rumah. Perasaan macam aku duduk kat situ juga. Kalau aku tak pergi mana-mana, masih macam tu juga kot rumah tu. Borak-borak sampai pukul 10.30 malam. Giler ar. Esoknya, bangun lambat lagi. Haha. Enjoy betul tak kerja. 

Hari Khamis keluar dengan Alin. Mula-mula nak keluar pukul 9 pagi, tapi Afifah message kata nak minta tolong hantar dia sekolah ja m 10.30pagi. Dia ada karnival kat sekolah. Keluar dengan alin, playing tourist. Parking kereta kat Glenmarie, pergi naik LRT sampai KLCC. Sampai sana, jalan-jalan. Solat zuhur kat masjid KLCC, jalan kaki sampai Pavilion, amik train kat Bukit Bintang, turun Merdeka, naik LRT Pasar Seni dan turun balik Glenmarie. Bayar Daily Pass RM6 je. Menarik jalan-jalan area KL ni. Walaupun panas, aku suka cuaca Malaysia. Bersabar je kat mana kau ditempatkan. Kat tempat sejuk ke kat tempat panas. Syukur. 

Terima kasih belanja 

Love

Hari Jumaat, pagi-pagi aku kemas baju nak balik Sydney terus. Aku vacuum bilik dan kemas baju nak balik kampung. Mekna datang Subuh tu sebab nak tumpang kitorang balik kampung. Dah siap, aku singgah rumah Mak Lang sebab tak pergi tengok dia lagi cuti ni. On the way balik kampung, singgah kedai Muiz kat Cyberjaya. Mak dengan ayah belum sampai, so kita bawalah dia tengok usaha anak buah dia sambil support. Moga murah rezeki semua. Pastu makan tengahari kat rumah nenek Saabah sebab Kak Fisha masak untuk mak ayah. Nenek suka aku balik. Kata sebelum ni, aku dah lama tak telefon, alih2 dah sampai. 

Berjaya bawa mak datang tengok kedai anak buah dia

Owner. Bangga. 

Tengok tangan ayah dengan aku, beza.

Cerita lagi satu alasan utama balik Malaysia, kat post lainlah. Alhamdulillah untuk nikmat balik sekejap dan bersama keluarga ni. 

Love.

No comments: