Tuesday, May 20, 2025

Doa ayah

Pagi sabtu lepas, Mina bagi video dan gambar kereta dia kena langgar dengan lori. Lori tengah reversed. Kereta dia parking depan rumah, tapi dekat luar, so cctv rumah dia dapatlah tangkap kejadian tu. Masa tu Muzakir kerja kat luar, Mina sorang je kat rumah. Jiran dia yang perasan dan bagitau Mina. Antara nikmat dapat jiran yang baik, Alhamdulillah. Aku dah bayangkan dia ni mesti akan tertekan punya. Mina ni suka fikir banyak. Banyak sangat sampai kadang-kadang dia yang serabut. Jadi, aku malas nak serabutkan diri dia dengan telefon dia, aku text je. Tak taulah betul ke tak pendekatan tu sebab Kak Fisha call dia, dia menangis-nangis. Haha. Terima jelah keluarga ko macam ni sayang.   Dia reply text bagitau, nak buat report polis tengahari nanti dengan jiran dia. Lagipun nanti petang kitorang akan video call sebab aku biasanya akan call family aku sabtu jam 6 petang. 

Petang tu, aku tengah masak dan tak perasan dah terlepas waktu jam 6, alih2 headphone aku stop mainkan playlist yang aku tengah dengar. Kak Mi yang call group family kitorang. Sebenarnya dia nak cakap dengan Mina, nak update apa maklumat terbaru kereta dia. Tapi, mina tak masuk. Aku pun dah bajet dia tak masuk, kalau dia malas nak share benda-benda. Dia text aku kata yang dia dah pergi balai, tapi polis kata dia tak parking kat kotak, so macam susah nak saman lori tu. Kena tunggu lori tu buat report baru boleh claim insuran. 

Masa tu Kak Mi kat luar, ayah baru balik dari mana dan join Kak Mi kat sofa tu. Kak Mi update ayah dan aku terus kata minta ayah doakan orang lori tu terbuka hati nak buat report. Ayah angguk-angguk. Aku kata, "Ayah doakan semoga orang lori tu tu pergi buat report.' Pastu ayah pun ulang apa yang aku kata. Faezah biasa buat ni dekat ayah dia. Kalau dia ada meeting dengan bos-bos ke, dia minta ayah dia doakan apa yang dia nak. 

Lepas tu Mina join video call tu. Dia updatelah benda yang dia buat dan kata kena tunggu orang lori tu buat report. Muka dah macam pasrah tak tau nak buat apa. Kitorang borak-borak benda menulah, benda lain nak distract dari fikir benda tu. Nampak macam tenang sikit compare kalau dulu ada problem, serabut je aku tengok. Sekarang dah matang! Hehe. 

Semalam Kak Mina bagi gambar dia dengan kereta dia dengan caption "Alhamdulillah dah hantar kereta pergi bengkel".

Alhamdulillah. Dah tak payah fikir nak betulkan kereta tu macammana. :)  


Boleh senyum kereta macam tu, hebatlah sayang

Fan service kak cik

Bukti bergambar buat video call

Melissa tunjuk ulser dia

Love..

No comments: