Thursday, January 30, 2025

Gracelene

I’m not sure how it start. Aku rapat dengan graduate engineer aku ni sebab dia baik sangat melayan aku. Aku nak pergi pilates, nak pergi candlelight concert, nak pergi badminton ke mana-mana, ajak je dia. Kalau dia free, memang dia akan said yes. 

Tahun lepas pula, dah start belajar berenang, akan pergi apartment dia sebab ada swimming pool. Lebih kurang sejam dalam tu. Buat lima lap pun okay dah. Nak exercisekan? Minggu ni, gym Mira tutup seminggu sampai 3hb Feb, member dah mati kutu. Biasa lepas kerja, pergi gym. Aku pun ajak dia pergi rumah Grace sebab aku nak cuba sauna dia. Mira boleh guna gym. Mira kata alrite, aku pun text Grace. Grace kata okay. Jaranglah kata tak Grace ni. Siap aku chatgpt kalau nak sauna dengan jacuzi sekali. Sebab kat situ pun ada jacuzzi. 

Grace ni graduate engineer, dua tahun lepas tu baru jadi engineer. Dalam dua tahun ni, dia kena pergi department lain-lain untuk expand ilmu dia. Tahun lepas lagi dia dah kata, dia kena pergi city. Join tender team. Setelah setahun dia kerja under Tunnel team. Pagi ni, on the way jalan lepas turun bas pergi Rosehill, aku tanya dia, bila dia last day? Dia kata esok. Haha. Punyalah aku busy, tarikh pun dah lost track. Walaupun tahu, bulan February dia akan start kat tempat baru. 

Dia kata, It’s okay, dia akan ada je kat Church Street tu. Nak swimming ke sauna ke, just let her know. Memang dia ada je kat situ, tapi aku rasa keberadaan dia kat site tu akan dirindui. Kadang-kadang nak makan, dia ajak aku. Nak pergi badminton, kami pergi sekali. Oh, sedihnya dia dah takde kat site. Ini agaknya perasaan Mira setiap kali engineer dia yang baik nak pindah. Walaupun aku akan kata, appreciate je moments tu dan dia akan sentiasa ada kalau nak jumpa bila-bila. Tapi, pastilah komitmen dah lain berbanding jumpa hari-hari kat site. 

Alhamdulillah untuk nikmat berkenalan dan dijumpakan dengan orang yang baik dan bijak. Mendoakan diberi kemudahan untuk semua urusan Grace dan semoga cita-cita aku nak bawa dia jalan kat Malaysia masa dia nak transit kat KL sebelum pergi atau balik India berjaya. 


























Love..

No comments: