Friday, June 24, 2022

The Everly Putrajaya

Percutian pendek sehari semalam dekat Putrajaya. Mencipta memori bersama anak buah dan keluarga. Acap dan Afifah main swimming pool. Akmal dan Afiq pergi gym. Melissa? Ikutlah mana orang yang angkat dia nak bawa. Pergi gymlah, bilik oranglah. Ramai lagi orang nak melayan. 😘😘

Sebelum kitorang tolak ke tepi katil tu

Nampak tenang yer di situ

Terima kasih Kak Fisha yang susah-susah masak lauk kesukaan Afifah, ayam masak merah. Ada acar timun dan nasi. Save duit akak nak belanja dinner. Haha. Aku punya fikir nak senang, nak keluar makan je. Kak Fisha kata, tak kuasa nak keluar lepas dah check-in. Mujur ada orang yang fikir panjang macam Kak Fisha. Terjaga sikit percutian ni. Masa borak-borak sebelum hari Jumaat, Kak Fisha kata request kat hotel dapat bilik yang attach. Alhamdulillah dapat. Tenang bagi sebilik lelaki, sebilik lagi perempuan. 

Ayah bestlah datang sini, tenang je tengok telefon. Mak yang tak berapa hotel friendly, siap gigil sejuk. Tidur pun tak pasang air-cond. Side lelaki ar. Sebab mak takyah pakai tudung dengan semua lelaki. Suami, cucu, menantu dan anak buah. Next time kena bawa baju sejuk. 🤗🤗

Lauk yang Kak Fisha masak. Tq sayang

Nasi untuk seisi keluarga

Sebelum kena kurung. Merangkak-rangkak dalam hotel

Konon-konon nak tidurkan Melissa dalam ni. 

Kak Cik siap request baby cot daripada hotel ni. Ingat nak tidurkan Melissa dalam tu, takde maknanya. Dia tidur dengan Kak Cik kat bawah. Lantai hotel ni ada carpet. Memang penuhlah malam tu. 

Gambar duduk hotel katanya

Abang Akmal tangkap



Melayan Melissa

Afifah dengan Acap, petang tu dah masuk swimming pool. Ni baru balik. 


Solat jemaah wei

Kena kurung. Hehe


Terima kasih juga untuk Pak Busu sebab join the club dan ajak nenek tidur sekali kat bilik diorang. Ingat nak ajak nenek lepak2 kat bilik kitorang petang tu, mujur tak sampai hajat. Nenek dapat rehat penat buat tapai. Pak busu pun beli breakfast pagi Sabtu untuk nenek sekali kat hotel. Dapat special price, warga emas, RM15. Kitorang memang tak ambillah, ramai. Ijam dengan mamatlah kena pergi beli kat Kajang. Roti canai dengan nasi lemak, sedap! Untuk semua orang RM 50. Okaylah. Nak merasa makan breakfast hotel, pergi sendiri yer. ❤️❤️




Lepas lambai-lambai nenek balik bilik Pak Busu lepas makan. Request satu level supaya boleh lepak-lepak dengan senang. Ni je ar masanya. Esoknya Pak Busu dah pergi sarapan kat bawah. Kitorang tunggu makanan dari Ijam dengan Mamat. Diorang pergi cari makanan lepas Subuh. 


Sementara tunggu Ijam dengan Mamat 

Acap dan Afifah mandi kolam

Lepas hantar nenek, mak dengan ayah ke tujuan utama tahu pasal hotel ni, iaitu majlis nikah Amir, sempatlah kitorang berpeluh-peluh kat gym. Menarik juga. Biasa mana heran. Ada geng, bolehlah melayan pergi bersenam. Tak lama pun. Balik bilik dan lepak lagi sambil makan sementara tunggu check-out. 

Nak dengan Abang Afiq yang rajin melayan

Comel



Setelah penat berpeluh

Sempatlah melayan anak buah ni. Jerawat nak tumbuh kat bibir tu. Time nak guna mukalah kan? Tetapi tak jadi. Mungkin sebab aku dah keluarkan toksin melalui senaman. Post covid lepas 3 bulan, aku jalan sikit dah semput. Tak sure kenapa. Dulu lepas covid, okay je. Ada budak yg post-covid ada lagi sakit tekak dan batuk. Aku okay je. Sekarang je tak tau kenapa, cepat penah. Nafas pendek.

Pak Busu belikan breakfast untuk nenek.

Singgah bilik Pak Busu tengok nenek

Beg dah ada orang angkatkan

Time nak check-out, kitorang siap call untuk bell boy bawa troli nak angkat beg-beg yang banyak tu. Macam-macam ko belajar yer. Request bilik sebelah-sebelah, baby cot dan troli beg bagai. Hehe. Janji korang gembira. Alhamdulillah untuk nikmat keluarga yang masih boleh duduk sekali dan bergaduh ni. Sebelum pergi cuti pun gaduh nak bawa barang yer. Kat sana kita enjoy-enjoy je. 

Terima kasih untuk perkahwinan Amir yang menjadi pencetus kepada percutian keluarga ni. Diorang buat kat hotel ni. Kitorang bercuti. Tenang-tenang pergi majlis pagi tu dari bilik. Kalau dari Klang, pukul berapa nak bangun dan nak gerak. Terima kasih Daus atas idea. 

Tema baby blue to wedding Amir

Mak ayah dah sejuk. Hehe


Tahniah Amir dan Anis


Love..

No comments: