Saturday, April 30, 2022

Last2 puasa 2022

Kalini cuti lama sikit. Ambik cuti hari Khamis sebab teman Busu pergi check-up dekat HKL. Pastu Ai Tee cuti Jumaat, so sambunglah. Dapatlah settlekan transfer nama untuk TNB rumah yang duduk sekarang. Nak buat Syabas, dia kata boleh buat online je. Nak pergi DBKL tak dapat call pula nak tanya dokumen apa kena bawa. Indah water boleh tukar online je. Semua buat lepas raya nanti InsyaAllah.  

Buat dekat Kedai Tenaga je

Balik kampung hari Sabtu. Period pula. Sakit perut giler. Lama dah tak period pain ni. Doa masa bawa tu, selamatlah sampai kat kampung. Sampai kampung pukul 10 pagi. Aku tidur sampai pukul 1. Giler ar. Memang tak larat nak bangun. Pas bangun, turun Mekna dah sampai. Borak-borak dengan Makna jap, pastu terus tolong nenek. Kemas-kemas dapur. Nenek tengah buat wajik. Aku tak minat sangat. 

Sebelum Melissa nangis

Kereta saya

Kereta Ijam

Wajik in the making


Ayah pun gigih juga


Gigih sis


Pastu Asar rehat kejap. Sambung masak untuk buka pula. Pukul 6.15 petang, aku dah selamat buat semua main dish. Sup ikan, sambal ikan, goreng sayur kangkung dan tumis mee goreng. Haha. Kepakaran aku membantu di dapur tanpa tahu output ni memang aku syukuri. Rasa memang biasa outlah. Tapi, kerja memang InsyaAllah boleh buat. Lepas siap, aku ke depan. Borak-borak dengan ayah jap. Lepas tu tengok telefon. Tup-tup dah pukul 6.45 petang. Mencicit keluar bilik nak siap masukkan mee dan siapkan berbuka. 

Anak buah perempuan saya

Nikmat dunia

SubhanAllah ciptaan Allah ni

Geram betul

Imam saya

:)

Alhamdulillah dapat berbuka di kampung. Nikmat nenek ada lagi dan saudara-mara rapat ni memang saya syukuri. Moga Allah terima semua amal kita di dunia dan kurniakan rahmatNya untuk kita masuk syurga bersama Rasulullah s.a.w. 

Love..

Tuesday, April 26, 2022

Malam-malam Terakhir Ramadan

Pagi tadi pergi site dengan Ai Tee, Lee Yen, Nga, Mr. Ti, Gaek Ting dan Mr. Lim. Balik tu, penat. Sampai tertidur dekat sejadah lepas Maghrib. Sedar-sedar dengar imam masjid dah solat Isyak masuk rakaat kedua. Dalam pada mamai-mamai bangun tu, otak kat kepala dah fikir malasnya nak pergi terawih malam ni. Tapi, kalau kat rumah memang lajulah kau buat sorang-sorang nanti. Tak suka perasaan tu. Pastu terngiang-ngiang Ustaz Khalid Basalamah kata, ibadah ni perlu dipaksakan. Tak boleh tunggu sampai dah baik, baru nak nasihat orang, dah kaya baru nak derma, dah rajin baru nak pergi masjid. 


Alhamdulillah

So, kentalkan diri, pergi je masjid. Alhamdulillah, gagahkan juga aku ambil wuduk dan solat Isyak dulu dekat rumah. Takut tak sempat solat sunat lepas Isyak kalau pergi sekarang sebab aku nak masbuk. So, lepas tu baru pergi masjid terawih. Sekarang dah tak ramai, dua row je terawih. Bila habis lapan je, tinggal satu baris. Syukur untuk nikmat masjid sebelah rumah. Biasa kalau sorang-sorang ni kerajinan tak berapa nak ada. Tambah pula kekhusyukkan. Haha. Nikmat kecik-kecik ni kena syukur banyak. 

By Lee Yen

Diorang buat kerja, kita bergambar

Platform - Chan Sow Lin Station

Link Bridge - Wire Mesh to seperate Paid and Unpaid area

Sebelum hujan dan berteduh di dalam station

Nga kata Kobi nak pergi balik HQ dah. Hujung bulan May. Yelah, dah jadi Executive Director sekarang, kena handle bendalah sekarang. Katanya nak buat SMART 2. Ai Tee minta settlekan semua sebelum dia pergi. Nga nak pergi Australia bulan August. Lee Yen nak pergi Singapura bulan Jun. People are moving around. May Allah protect me always. 

Love..

Wednesday, April 13, 2022

Ishin - Makanan Jepun

Minggu terakhir sebelum puasa, menggila nak makan bersama-sama. Bajet lepas ni takleh makan lagi gamaknya. Haha. Kali ni, kita makan-makan dengan Yeaw, operation Chan Sow Lin. Alhamdulillah selalu diberikan engineer yang baik. Yeaw on of it. Yeaw nak pergi Australia dah. Dulu lagi nama dia dah naik. Tapi, tak pergi sebab takde projek, so dia jaga IVS3. Dah kurang interaksi dengan dia lepas tu. Bila IVS3 dah nak siap, dia datang balik Chan Sow Lin. Gigih dia ni. 20hb ni nak terbang dah. Bye Yeaw. See you later maybe. 

Aku minta Nga arrange nak makan-makan. Dia boleh lupa. Sabar je ar dia ni. Aku bajet Nga dah ada girlfriend. Dia layan aku lain macam je lately. Pastu selalu je lupa. Aku pun tanya masa tu, dia ngaku. Haha. Okay, satu lagi crush dah taken. Tahun ni, kerja nak kutip hati yang pecah dan cantum balik sendiri je. Dengan Osnilah, Syamlah dan ni Nga pula.  Nga pun nak pergi Australia juga. Dia dapat pergi sana bulan August nanti. Sikit pun dia tak bagitau aku. Tau dah kat mana aku dalam hati dia. Gitu. Haha. Tolonglah aku pun nak pergi Australia bawa diri. Haha. Minta macam senang je nak pergi. InsyaAllah semoga ada rezeki. 

Pusing-pusing nak minta booking, Nga minta tolong Siha book tempat, Siha minta tolong Nina balik. Sabar je ar. Berakhirlah kami di Ishin dengan semua team operation kecuali Kobi dan Teh. Birthday Teh 1st April tu, so dia ambil cuti. Ajak datang makan pun taknak. Dalam pada 11 orang pun dah seribu dua ratus. Mr. Ti belanja. Tapi, dia dapat claim rasanya. Apa entah yang dia order untuk kami share ramai-ramai tu sampai RM200. Aku ni makan je ar. Bukan boleh beza sedap ke tak. Semua aku sapu. 

Hari ni baru tahu, Siha tak sambung kontrak dia. Hujung  bulan ni dia habis. Kira makan-makaan sekalilah dengan Siha. Daah naak hujung projek, saying goodbye and see you later will be a norm. 

Chan Sow Lin wonderful's squad





Entri makan-makan di bulan puasa memang mengundangkan? 

Love..

Monday, April 11, 2022

Starhill - Shook!

Dah lama tidak berblog. Kehidupan Alhamdulillah berjalan dengan lancar. Just update benda, Lee Yen dan Keng Meng akan pergi ke Singapura. Bulan May nanti. Dahlah Lee Yen baru daftar sambung master bulan Feb masa lepas. Sebab kata dia, life dia takde apa-apa sekarang ni. Berlalu je. So, dia nak buat something. Sambung je Master, dia dapat offer pergi Singapura. Terus life dia jadi sibuk. Dah buat tender Singapura lagi, finalizekan Chan Sow Lin juga dan kena buat thesis Masters. Dia mengakui, lebih tersusun masa sekarang sebab nak buat banyak benda. Hehe. Aku ni sekarang, rileks-rileks je buat benda yang biasa. Lepas ni kena fikir kerja Lee Yen pula. Dia dah nak pergi. Aku akan stress ke? Semoga tidak. Lee Yen ni very helpful dan budak bijak. Memang Ai Tee suka dia. Okaylah, dapat good offer dekat sana. Pergilah. 

So, masa tu ajak Ai Tee pergi makan dengan diorang. Sebab lepaas ni dah puasa. Takut tak sempat. Sekali Ai Tee tak sihat. Aku meneruskan acara je. Dah sudah makan, Mr. Lim macam dah settle. Kitorang yang side belah sini tak settle lagi. Aku pun terkata dulu dekat dia, 'You boleh balik dulu kalau u nalk'. Lepas kata macam tu, baru terfikir. Aku tengah cakap dengan Senior Manager kot. Haha. Kelakar giler situasi tu. Mujurlah Mr. Lim jenis sempoi je. So, awkward tu tak rasa sangat. Kalau tak, bak kata Firas, esok dapat email, "Its a good 10 years and good bye". Bongek. Masih lagi di Gamuda, Alhamdulillah. 









Makan kat sini, lunch set dia RM49++ je. Okaylah kalau kau nak bertukar angin.. Makanan dia pun not bad, sedap juga. Makan ala-ala melayu. Kitorang tahu benda ni sebab masa tu, Alice belanja kat sini masa farewell dia nak pergi Australia. Sebab murah sangat, Ai Tee kata rugi. Sepatutnya boleh pau Senior Manager mahal-mahal sikit. 








Dah nak habis projek ni, masing-masing dah kena transfer atau dah dapat kerja baru. Aku doakan semua urusan dipermudahkan. Aku nak pergi Australia. Walaupun tak tahu dapat ke tak. Bila Mr. Lim tanya bila nak pergi, aku kata tak tahu. Mana aku ada kuasa nak pindah sendiri. Sabar je bos aku ni. Dia kata, nanti ada projek SMART kat Klang, aku boleh ar pergi. Dekat dengan rumah. Aku pun tak tau ada projek tu. Biasa baca berita pasal entertainment je. Tak baca bab-bab construction ni. Haha. Sangatlah tak QS. 

Ramadan Kareem semua. Struggle betul sekarang ni nak jadi lebih baik dan lebih bermanfaat untuk orang lain. Takpe-takpe, kita lawan dengan diri sendiri je. InsyaAllah. Semoga dipermudahkan semua urusan dan keluar dari Ramadan menjadi lebih bertaqwa. 

Love..