Sunday, June 20, 2021

Raya 2021

Tahun kedua beraya bersama Covid. Masa berlalu sangat pantas. Diam tak diam dah setahun. Alhamdulillah diberi kesempatan menyambutnya bersama keluarga tercinta. Saya mendoakan ketabahan dan kesabaran buat semua yang tidak dapat beraya bersama yang tersayang. Kawan saya seperti Liza, Miera dan Deekay. Terpaksa beraya bersama-sama di sini sahaja. Saya mengajak Liza datang ke rumah. Tapi, dia takut kena saman.Hehe.
 
Seperti biasa, malam sebelum tu sama-sama takbir. Tahun ni Fisha raya dekat Sarawak. Buat pertama kali sepanjang beliau mengajar di sana. Dan mungkin juga buat terakhir kali. Semoga dapat pindah sini sayang. Kami juga mengalu-alukan kedatangan ahli keluarga baru iaitu Ijam. Kak Cik selamat tahun ni tak payah gaduh balik kampung mana nak raya sebab tiada pilihan kena raya di Klang. Walaupun kalau tahun depan pun tak gaduh sangat juga ar. Rumah nenek dengan rumah mak ayah Ijam dekat. Mina raya dekat Nilai. Daus raya dekat Putrajaya. 

Mak masak banyak kot. Rendang ayam, rendang itik, apa entah lagi. Seperti biasa lupa. Kitorang tolong-tolong ar juga. Mak dah jadi orang tua. Orang raya kat rumah dia. Hehe. Anak,  cucu menantu semua. Kena tulis blog dekat-dekat cerita ni. Simpan lama-lama lupa. Aishh. Yang pasti, jemu makan rendang, malam raya kami masak maggi. 

Pagi-pagi tu, mak bebel kata kami lambat. Imam dah nak solat sunat raya. Nadiah dan punctuality, out. Minta je jalan dulu. Nanti kita join ar. Sukati kan? Haha. Berlari ar turun. Sian diorang kena panas pagi rupanya. Pastu ayah start baca khutbah. Mana entah ayah print. Dah selesai solat, tangkap gambar jap. Makan lagi. 

Rindu nak susah-susah dekat kampung, lepas tu pergi melawat sedara. Allah. Dulu rasa benda tu senang je. Tak sangka Allah boleh turunkan covid dan semua benda tu jadi payah. Betullah semua benda Allah cipta ada pasangan. Baru boleh nampak perbezaan. Siang, malam. Gembira, sedih. Senang, susah. Kaya, miskin. Semoga kita semua dapat berjaya seperti dulu lagi. 

Makan dan borak dan main sahiba dan saidina je ar kat rumah. Apa lagi? Petang sekali raya, Kak Fisha ajak video call ramai-ramai. Saja update cerita masing-masing. Ramai rupanya anak mak. Camne lah dulu besarkan kitorang. Aku tengok anak buah sekarang, nak jaga pun kemahin payah. Mana nak jaga emosi, agama, manners, pelajaran lagi. Moga diberi kekuatan untuk semua emak-emak dan ayah di dunia ni. Dah tak tau nak tulis apa pasal raya sebab dah lama. Masukkan gambar je ar. Enjoy. 

Zoom meeting dengan keluarga mak. Siap keluar lampu kalimantan. 

Untuk harga yang mahal kuih ni, aku approved. Buat dia renyah giler. Sampai petang nak habiskan 

Lubang najis tersumbat di hari raya. Mujur ada heroes. 

Tolong budak ni buat kerja. Jangan biar sorang. 

Orang lain pula. Baton bergilir-gilir. 

Petang raya dah bosan. Aku layan jap budak-budak ni

Main teka-teka binatang lah, buahlah. 

Keluarga Along




Keluarga Ami

Aku dan Adik

Aku 

Geng raya kat Klang

Mana yang adalah

:) 

:) 

Bebudak

Mak dan aku

Matching dengan baju adiklah 

Makmum ayah

Belum ready 

Anas ni photogenic betul. Tau je nak tangkap gambar. 

Imam Zainal

Beg raya

Kak cik

 
Geng raya Nilai

Geng raya Sarawak 

Geng raya Putrajaya 

Geng raya Klang 2.0

Anak mak. Love.. 


Love..

No comments: