Hari ni Ahad, biasalah bangun lambat. Pukul 9.30 pagi baru turun bilik. Sebenarnya dah bangun jam 8.30 dah, cuma ngadap telefon. Kalau ada Mina ke Ami ke, boleh ar turun pagi borak-borak sambil sarapan. Kak Cik pula on call. Jadi, kalau turun memang takde aktiviti sangat. Alasan. Kau boleh je turun dan masak sarapan yer. Haha. Biasalah, mak masak sarapan, aku memang akan pegang makan tengahari nanti.
Bila turun, mak tengah sidai baju tapi dah nak habis. Aku pun borak jelah dengan mak. Mak ni jenis ingat semua benda untuk anak dia. Road tax dengan insurance aku nak mati, dia yang ingatkan. Siap aku main kutu, dia yang fikirkan nak dapat bila supaya aku boleh guna untuk renew insurance nanti. So, bulan ni duit kutu aku dapat. RM1200. Memang ngam-ngam untuk insurance RM1100 dengan road tax RM98. Mak tanya, ada lebih tak duit kutu? Dia pesan buat korban kat Pak Long kalau ada lebih. Tahun ni tak join Pak Longlah mak, kata aku. Aku memang dah masuk masa tu untuk Korban kat Afrika bawah Impactive Malaysia under Khairul Jamain. Kambing dah habis, tinggal lembu je. Seekor tak mampu lagi, RM2240. Semoga Allah murahkan rezeki aku dapat korban seekor lembu tahun-tahun hadapan ke. Jadi, korban satu bahagian je. RM320. Mak masuk korban kat kawan mak. Mak suruh tanya adik dengan Kak Cik kalau nak masuk sekali untuk kat Afrika tu.
Mak, itulah kerja dia. Ingatkan anak-anak dia pasal semua benda. Sebenarnya, aku je kot yang lebih. Semua benda tak ambil serius dan lambat-lambat. Bayar bil unifilah, bil Astrolah, ingatkan nak masukkan duit Abang Shahrullah, Korban, Insurance kereta, road tax, cukai rumah Klang, rumah Sungai Buloh dan macam-macam lagilah komitmen aku yang berlambak-lambak tapi aku tak heran ni.
Tengah borak-borak, Along turun dari bilik. Nak ajak mak pergi bagi bantuan kat kawan-kawan mak. Jadi, mak pun masuk siap-siap. Aku masih duduk kat kerusi luar tengok ayah pula tengah cabut-cabut rumput kat depan rumah. Aku pun keluar nak borak dengan ayah pula. Ada satu pokok pandan masa tu, aku ambil dari Acik Oya dan tanam dalam pasu. Alhamdulillah dah bercambah, tapi sebab pasu tu ruangan dia kecik, ingat nak minta ayah transfer kat tanah. Aku tanyalah ayah, boleh tak nak tanam kat tanah? Ayah tengok-tengok tempat, lepas tu dia tunjuk satu tempat sebelah longkang. Tanam situlah, sebab situ tanah dia basah. Aku pun okay je. Ayah siapkan tempat dengan cabut rumput, keluarkan batu dan buat lubang untuk letak pokok pandan tu. Aku pergi amik pokok pandan dalam pasu.
Masa ayah tengah buat, aku tengok tu sambil borak-borak. Sekali ada masa yang tersenyap kejap. Lepas tu, tak sangka ayah tanya perihal lelaki yang aku kenal dan keluar lepas tu dia tak text lagi lepas kami keluar. Mak dah tak tanya sebab aku memang dah bagitau mak, budak tu dah senyap. Aku tak tau apa perasaan mak. Deekay dah pernah kata, tak payah cerita dekat diorang sebab tak tahu apa yang diorang rasa. Entah-entah mak sedih je dengar bila aku cerita macam tu. Aku terlupa pesanan tu (Nadiah being Nadiah) dan tercerita. Sila ingat lepas ni Nadiah.
Aku pun bagitaulah, dah takde cerita. Dia tak cari, orang pun fahamlah. Sambil melawak, apalah anak ayah ni. Kena mandi bunga bawah jambatan agaknya. Ayah gelak je. Aku percaya ayah pun redha anak dia macam ni. Perasaan dia apa aku tak sure. Aku harap mak dan ayah diberi ketenangan bila aku cerita benda-benda ni. Aku perlu cerita dekat mak dan ayah supaya diorang tau anak dia buat apa. Dan doakan anak diorang ni tak pergi jauh sangat walaupun rasa dah jauh ni. Haha.
Teringat semalam talk pasal kanak-kanak dengan Ustaz Hasrizal. Moderator bertanya keadaan yang meruncing dengan kanak-kanak sekarang yang terdedah kepada social media dan gadget dan merisaukan kita semua. Ustaz Hasrizal menjawab, bila kita baca itu semua, kita akan jadi lost hope dan putus asa. Aku pun bagitau kat ayah.
Aku : Ada masa orang jadi putus asa ayah. Dah buat macam-macam kot. Tapi, kena percaya qada qadar tu yang jadi okay.
Ayah : Sebab tu syukur jadi orang Islam. Kena percaya semua tu Allah uruskan.
Aku : Tu ar. Sampai kerajaan Malaysia dah keluar hashtag kerajaan bangsat. Pastu baca doa-doa orang yang minta pemimpin-pemimpin yang zalim ni merangkak masuk neraka jahanam pun orang dah aminkan.
Ayah : Haha. Janganlah macam tu. (ko tengok redha dia? Geram je aku)
Aku : Tapi geram ayah. Ada orang sampai bunuh diri terjun bangunan, diorang sibuk cari SD. Bodoh.
Ayah : Iyalah. Ayah ni pun, adalah aktiviti pagi-pagi nak tanam-tanam pokok. Dapatlah peluh dengan matahari. Kalau orang yang duduk flat, rumah teres tu macammana lah? Kita lelaki ni bukanlah boleh duduk saja-saja. Manalah orang tak stress. Keluarga kita ni, Alhamdulillah tak terkesan sangat. Masing-masing ada kerja lagi. Orang lain tu, memang ada yang susah betul.
Aku dalam hati, ni semua doa ayah kot. Doa ayah yang mak aminkan lepas solat tiap-tiap waktu. Ayah minta doa keluarga dia sentiasa dalam rahmat Allah. Doa yang Allah angkat terus tanpa hisab. Alhamdulillah untuk nikmat doa mak dan ayah yang masih hidup. Kalau nak kira doa aku ni, mananya tinggi sangat. Solat awal waktu pun struggle lagi.
Selepas baca kisah Dena Bahrin yang baru kematian ayahnya akibat covid19 (Moga Allah tempatkan arwah di kalangan orang yang beriman), aku perlu bersedia. Mati itu pasti. Bila-bila je ayah dan mak akan pergi. Masa tu, dah takde dah doa ayah dan mak, jadi aku perlu kuat sendiri dan jadi Muslim yang baik. Kalau boleh tolong mak dan ayah naik tingkatan kat syurga nanti dan sama-sama jumpa kat syurga. Jadi, sekarang Nadiah, ko dah kena usaha tingkatkan amal dan ilmu. Dan simpan semua conversation ko dengan mak ayah untuk ko baca dan jadikan petunjuk bila diorang takde nanti.
Minggu ni, sebab Jemin kata kami essential, kerja. |
Petang-petang minggu melayan geng ni. |
Anak buah aku |
Aku tengok dari tepi |
Ayah beria berpeluh. Anak dia? |
Membesarlah pokok pandan |
Budak nak buat karangan BM masa Alang masak |
Love..
No comments:
Post a Comment