Afiq
Biasa kalau semua balik rumah mak, aku takde bilik. Jadi menumpang bilik Ami. Anak bujang Ami tidur luar. Tak larat sangat malam mak buat kenduri tu, aku terus baring kat tilam dan terlelap. Afiq yang sedang mencari selimut untuk tidur di luar, mencampak selimut lebih ke aku. Syukur giler dapat selimut sebab Asyraf jenis pasang kipas kuat kot. Aku pula, haiwan berdarah sejuk. Boleh je tidur kalau takde selimut, cuma kalau ada tu, lebih nikmat.
Walau apa pun alasan Abang bagi Alang selimut tu, terima kasih.
Hari pertama masuk sekolah vokasional Klang |
Akmal
Tengah semua orang ambil wudhu nak solat maghrib, aku tengah makan kat kerusi depan. Datang Akmal cakap depan aku dengan muka berlagak dia, 'Amik wudhu, solat.' Bangga dapat tegur Alang dia lambat amik wudhu. Biasa orang bising kat dia je lambat. Haha. Aku memang cuti solat masa tu, jadi bagitaulah dia, aku cuti. Muka tu yang tak boleh blah. Nikmat untuk Akmal nak tegur tu, masih aku rasa nikmat. Sebab Akmal sekarang dah jarang cakap. Lebih banyak cakap dengan telefon berbanding cakap dengan orang. Kita yang kena tanya banyak kat diorang ni.
Dah sekolah menengah. |
Asyraf
Tengah-tengah lepak habis kenduri, Asyraf datang kat aku nak cakap, 'Alang, boleh keluar main basikal ke?' Waktu tu belum pukul enam lagi. Pukul lima rasanya dan panas gila kot hari tu. Tak hujan. Dahlah penat masak-masak kenduri pagi tadi, nak keluar layan dia pula. Aku budget-budget dia lupa ar sebab petang tu, kitorang nak bakar-bakar. Pukul enam, dia datang kat aku lagi ajak keluar main basikal. Haha. Aku bab Acap ni, kalah sikit ar. Kalau tak, takdenya Astro kat rumah ni yer. Aku pun layankan juga dia. Dia bawa basikal dengan Hasif, aku naik motor dengan Afifah. Pusing-pusing dekat TNB dengan kunci air. Acap kemahin banyak tanya dan bercakap. Dia adalah Akmal dulu. Yang penuh dengan curiosity dan pertanyaan. Satu masa, masa tu akan pergi juga. So, ko layankan ke ar sekarang ni.
Jenjalan kat tangki air |
Captured by Afifah |
Afifah
Dia tengah main telefon, aku tengah tengok TV. Alih-alih datang kat aku, bagi tau :
Afifah : Alang, Lara dah dapat adik.
Alang : Ha?!
Afifah : Lara dah dapat adik.
Alang : Ooo. Lara Alana. (Scha baru lepas bersalin, so Lara dah dapat adik) Adik perempuan ke lelaki?
Afifah : Entah. (Standard jawapan)
Alang : Cuba kakak cari, mesti dia ada bagitau.
Dia godek-godek telefon dia, dia pun bagitau.
Afifah : Perempuan Alang.
Alang : Ooo
Dia sambung tengok telefon, aku sambung tengok tv. Sambil otak aku berfikir. 'Wah, orang yang anak buah ko ni look forward Lara Alana. Susah nak lawan ni kalau nak ikut lifestyle ke, sekolah ke, anak Awal kot. Mencabar betul hidup dalam zaman sekarang. Role model tu very fragile. Artislah, anak artislah.'
Anak buah aku sorang ni. Hehe. |
Yang ni senyum je pun Alang dah cair |
Pernah borak dengan ayah, macammana ayah besarkan kitorang sebab zaman sekarang macam susah je nak besarkan anak-anak. Ayah kata, doa. Dia pun takde belajar mana-mana cara nak didik anak, doa je ar. Haha. Aku gelak je. Ko tengok pula maqam ayah ko nak doa, anak dia Alhamdulillah menjadi juga. Walaupun takde hafiz dan belajar sampai phD, InsyaAllah setakat ni okay. Dan semoga dengan doa mak ayah, kitorang masih okay sampai mati nanti.
Tapi, untuk ko, doa doa juga, ikhtiar pun kena juga. Sebab maqam ko tak macam ayah. Jenis solat pun tak jemaah, lewat plak tu, ngaji pun kena paksa, hati tu kena jaga lagi, bab bagi duit tu InsyaAllah okay lagi sebab tak banyak, puasa sunat pun tak selalu, sabar pun tak tinggi mana, kerja nak bertekak je dengan Mak. Haha. Kena belajar improve diri, parenting skill, jadi itqan, skillful dan macam-macam lagilah.
Buat anak buah Alang, semoga Allah sentiasa memelihara kalian, menetapkan iman, dan menunjukkan jalan yang lurus dalam mendepani dunia yang semakin mencabar ni. Alang sayang korang, LillahiTaala.
Love..
1 comment:
Harrah's Cherokee Casino & Hotel - Mapyro
Harrah's Cherokee 의정부 출장안마 Casino & Hotel is an Indian 전라남도 출장마사지 casino in Cherokee, 여수 출장샵 North 춘천 출장마사지 Carolina. It is owned by 과천 출장샵 Vici Properties, and operated by Caesars
Post a Comment