Saturday, March 20, 2021

Aku dan adik cuti

Jumaat sekarang memang cuti. Nak habiskan cuti 2019. Ada lagi 10 hari. Hari ni sepatutnya cuti. Tapi, ada MCO claim, datang juga siapkan dan amik half day je. Lepas tu balik Klang. Fikri pun cuti hari ni. Lepas Zuhur, dia naik atas, aku tidur kat bawah. Lama giler tak tidur petang, nikmat betul. Pastu adik turun nak makan, aku ajak main sahiba. Konon-konon nak bagi adik fikirlah. Sekali, eh boleh tahan perkataan ko  buat yer. Aku menang dengan beza enam mata je. Okay je. Akak cuma nak spend masa dengan awak je sayang. 

Main dengan adik

Malam tu Kak Mina balik Klang. Kitorang pun main lagi. Kak Cik masih juara. Dalam adik-beradik memang dia paling pandai rasanya. Yang kedua Along. Yang lain biasa-biasa. Cuma rezeki tu, Alhamdulillah ada. Tak kisahlah siapa menang. Janji dapat spend masa bersama. 

Dengan Kak Mina pula

Lepas main, dok borak pasal aku suka membebel. Aku macam ada ingatan pernah pukul seseorang sekuat hati aku masa tengah marah dulu-dulu. Aku ingat macam Afiq. Tak tahu apa kes dulu, masa kes Ami nak bagi budak-budak ni kat Hairol, aku ingat macam pernah pukul Afiq. Tapi, Mina kata bukan aku. Kak Cik pun mengiyakan. Dia ngaku, Kak Cik yang pukul Afiq sampai dia lari pergi reban. Aku tak ingatlah siapa yang aku pukul tu. Aku doakan Allah maafkan perbuatan aku dan orang yang aku pukul tu, tak dendam sangat dengan aku. Masa tengah muda dulu, ada masa memang aku nak betulkan semua. Marah semua orang, rasa baik je. Ke sekarang pun ada? Haha. Sekarang, aku cuba kontrol apa yang patut. Kalau dah terlepas marah tu, nak patah balik memang susah. 

Fikri pula tambah masa borak-borak tu, dia kata juga, aku jenis membebel. Tangan tak naik. Bebel-bebel je. Aku pula ada ingatan pernah pukul orang, pernah gunting rambut kak mina, kak fisha kata aku pernah buang botol susu dia. Lepas sesi ingat-mengingatkan tu, adik kata, Kak Nadiah mana ingat. Haha. Haah, aku memang tak ingat sangat. 

Kebaikan aku tak ingat banyak benda ni, aku lupa apa yang aku buat baik dengan orang (semoga Allah beri ikhlas dan ganjarkan pahala untuk semua tu) dan aku lupa orang buat jahat dengan aku. Keburukan dia, kalau orang buat baik, aku pun lupa dan aku juga lupa aku pernah buat jahat dengan orang. Semoga tak memberi mudarat sangat dalam hidup ni. 

Fikri ni jenis kerja kuat. Dahlah masa cuti tak sama dengan orang biasa. Bila tak kerja, dia tengok phone, duduk dalam bilik. Mak bebel-bebel minta dia kemas bilik ar. Aku faham je orang kerja ni. Aku hujung minggu, memang rasa nak duduk atas katil je. Nikmat. Dapat borak dengan dia semalam memang seronok. Bila dia cakap pasal aku yang kalau marah, aku bebel je. Tangan tak naik, aku rasa excited. Tak, lebih kepada honoured (sila banyak explore perasaan sekarang). Sebab dia datang dari orang yang jarang bercakap. 

Masa borak-borak dengan dia, masuk bab buku Afifah yang dia terambil untuk nak bakar. Haha. Lawak betul kes tu. Adik kata, dahlah Afifah tu tak ngam dengan orang. Mesti Afifah marah nanti. Aku pun bagitaulah (bebel mungkin?), macammana dia tak geram, awak kalau cakap je marah dan memberi arahan, kakak pergi mandi, kemas buku, tak pun masa dia buat silap. Takdelah nak puji, kakak dah mandi, wangi. Kakak rajin. Surprisingly, malam tu, dia dah layan Afifah lain. Dia cium Afifah dan tak bagi ayat arahan. Gurau-gurau dengan Afifah. Allah. Hanya padaMu aku serah diri dan minta pertolongan. 

Sabda Rasulullah s.a.w, 
'Man la Yarham, la Yurham' Barangsiapa yang tidak menyayangi, dia tidak akan disayangi. 

Kalau tak silap, kisah sahabat yang ada sepuluh anak, tapi dia tak pernah cium anak dia. Jadi, Rasulullah nasihatlah camtu. 

Lagi satu sabda Baginda, 
'Sebaik-baik kalian adalah (suami) yang paling baik terhadap keluarganya dan aku adalah yang paling baik terhadap keluargaku.' 

Walaupun Rasulullah s.a.w tuju pada lelaki, kita perempuan pun boleh guna juga. Maknanya, kita kena baik terhadap ahli keluarga dulu. Pastu Rasulullah s.a.w. sendiri bagi contoh yang dia yang paling baik terhadap keluarga dia. 

Semoga kita sentiasa mengingati dan mencontohi akhlak Rasulullah s.a.w dalam kehidupan ini dan dengan rahmat Allah dapat masuk syurga dan berjumpa Rasulullah nanti dalam syurga. 

Love..

No comments: