Thursday, February 11, 2021

Fraser's Hill di hujung tahun

Dah ada dalam draft. Tapi, biasalah. Tak sambung-sambung. Gigih sambungkan juga walaupun tahun lepas punya cerita sebab, yang nak baca nanti, ko juga. Haha. 

20hb - 22hb December 2021 tahun lepas, Acik dah bayar sewa dekat villa kalau boleh panggil dekat Fraser's Hill. Rumah Persekutuan untuk staf gomen dengan harga yang murah. Tak sampai RM500 untuk rumah tujuh bilik dan besar. Memang berbaloi. Seperti biasa, haruslah angkut semua orang datang bersenang-senang kat sana. 

Toto Ami dah kumpulkan

Sarapan beli gais. Jangan pening-pening. 

Ada gak meehon goreng Acik masak. Haha.. 

Seperti biasa, grab kepada orang kesayangan

Luas giler. Kalau normal rate ni, mau seribu semalam ni. 

Acik minta amik gambar setiap bilik. Nanti nak kemas balik bila check-out

Selesa.. 

Acik datang Klang dulu sebelum pergi sana. Hari Sabtu Acik datang sebab Hari Ahad baru check-in. Stay sana sampai Selasa. Aku ambil cuti Isnin je. So, bawa mak dengan ayah dan turun balik Isnin. Alhamdulillah, perjalanan lancar. Walaupun aku keluar lambat sebab nak kunci pintu rumah bagai, sampai puncak jumpa dengan geng-geng Acik juga. Terima kasih Honda. Haha. 

Busu pun ikut sekali dengan Mak Usu. Along tolong bawa kereta Mak Usu sampai atas. Jalan memang kalah Cameron Highlands. Hari Isninnya pula, Timah nak datang dari Pahang tak dapat. Sebab ada batu jatuh. Dia melencong ke Bukit Tinggi. Berapa kereta masa tu naik? Busu satu, Acik je tiga, Pak Lang dua, ayah empat. 10 kereta. Haha. Tapi, rumah tu seriously besar. Seronok budak-budak main. 

Malam tu makan sambal daging memang dah siap masak kat Klang. Pastu tengok cerita Upon Ipin. Memang aktiviti santai-santai je. Tapi, nenek malam tu tak dapat nak tidur. Sejuk sangat. Asyik terkencing je. Siap nak ikut aku balik hari Isnin takut malamnya tak boleh tidur lagi. Nek Som tahan. Mujur malam lepas tu, tak sejuk sangat dan boleh tidur. 

Baru sampai

Penuh dengan baby dan budak comel

Bersantai-santai je yer.. 

Makan dan makan dan makan

Busu, semoga cepat sihat



Kesayangan.. 

Esoknya. Main takraw sejuk-sejuk

Arisya yang comel


Tapi, kata Acik yang lastlah tu pergi tempat-tempat sejuk ni. Masa tu kami g Cameron Highlands lepas Daus tunang pun sejuk cam ni. Lepas ni, nak main kat bawah je. Silap bulan juga ye pun. Bulan Dec memang tengah masa sejuk ar. Kalau tengah-tengah tahun masa panas, sedaplah naik atas ni. 

Hari Isninnya, diorang keluar. Mak Usu ajak budak-budak ni cari entertainment. Bagus Mak Usu ni, selalu bagi experiences untuk budak-budak ni rasa. Kalau Pak Busu sihat, mesti dia join sekali. Macam takde benda je untuk kita ni. Acik dok santai-santai je kat rumah. Sekali diorang hantar gambar pergi memanah ar, naik muda ar. Sebab hari ni Isnin, jadi tak ramai sangat orang compare weekend. Siap Pekerja kat situ tunjuk camne nak memanahlah. Gembiralah diorang. 











By aku. Haha

By Muzakir

Anak mak ayah. :p

Saya, ayah, emak, Mina dan Muzakir balik hari Isnin. Yang lain tinggal sampai hari selasa. Seronoklah budak-budak tu. Enjoylah sayang. Semoga kasih sayang yang kita kongsi bersama ni menjadikan kamu dan kami insan yang bersyukur dan memberi lebih kepada orang lain. 

Penutup diorang

Nikmat makan, masak, solat, jalan-jalan sama-sama ni syukur banyak. Doa semua nanti kumpul balik kat syurga. Nak sama-sama macam kat sini juga. 😍😍😍

Love..


No comments: