Bila dah tua, nak jadi macam nenek-nenek. Kaya. Duduk rumah.. Berangan je ar kau. Anak pun takde. Haha. Bahagian masing-masing. Syukur je apa yang kau ada sekarang. Ni pun dah besar rahmat kot.
Nenek dah selamat pergi Mekah dan balik. Mungkin terjumpa Muhammad Sajjad bin Kamaruzzaman dekat sana? Hehe. Kami pergi KLIA untuk hantar nenek. Sebelum pergi tu, Kak Cik dah siap-siap beli mask muka. Sekarang ni tengah merebak Coronavirus dari China. So, ada orang yang medical line dalam keluarga kau, maka kami semua pakai lah mask pergi KLIA.
|
Misi cari nenek di KLIA |
|
Jumpa keluarga |
Jumpa semua keluarga dekat sana. Mekna dengan pakcik memang ambil nenek dekat kampung. Pak Long, Pak Amjah dengan Pak Busu dah sampai. Aku dengan Pak Chim, yang last sekali. Sampai-sampai, nenek dah pergi surau nak solat maghrib. Mak dengan ayah puasa, Kak Cik tengah cari port untuk mak ayah buka puasa.
Alhamdulillah, duduk Klang ni, dekat betul dengan mana-mana. KLIA ni memang selalu pergi dulu masa hantar sedara-mara pergi belajar dekat oversea. Tapi, tak terfikir nak belajar sana. Cuma hasrat nak naik kapal terbang je. Berjaya juga bawa mak dengan ayah kerjakan umrah. Dulu masa kecik-kecik, troli beg tu mainan kitorang kalau kat airport. Sekarang, malas nak layan budak-budak tu kalau main troli. Tak penyayang punya mak saudara.
Nenek pergi dengan anak buah dan adik nenek. Menariknya. Nikmat sihat time tua ni, memang kena doa dari sekarang. Supaya tak sakit. Kalau sakit pun, semoga tak susahkan orang.
Ya Allah Ya Razzaq, berilah kesempatan kepada kedua emak dan ayahku ke tanah suciMu. Jemputlah mereka untuk menunaikan rukun iman kelima dan menjadi tetamuMu. Hanya kepadaMu aku berserah dan bermohon pertolongan.
Sepuluh hari lepas tu, nenek balik. Aku, mak dengan Kak Long jemput. Aku drop mak dengan Along, lepas tu tunggu kat luar je. Dah settle nenek, aku amik je. Takyah parking.
Nenek batuk. Siap kena masuk air kat sana. Anak buah nenek nak call orang kat Malaysia bagitau. Nenek kata tak payah. Bukan diorang boleh buat apa pun. Hehe.
Pagi Sabtu tu, Nisa datang dengan Mak Lang tengok nenek. Hari tu juga nenek nak balik kampung. Ajak duduk sini dulu sampai sihat pun nenek taknak. Yelah, best lagi rehat kat rumah sendiri. Lepas kenduri Izzul dekat Shah Alam, mak ayah dengan Kak Cik hantar nenek balik kampung. Kami, balik Klang.
|
Cute je |
|
Sayang |
|
Sebelum majlis |
|
Kami sedara tenang-tenang je bergambar |
|
Kesayangan |
|
Blog aku, haruslah mata awak yang pejam. |
Muzakir nak buat bakar-bakar. Rajin betul. Aku malas nak bakar-bakar. Nak hidup kan api. Tapi, Alhamdulillah dapat orang-orang yang masuk keluarga kami ni rajin. Hairol dulu rajin juga. Merasa lah kami makan bakar-bakar. Lagi best dapat kamu orang lain. Jemput sekali Pak Chim dengan Mak Lang datang makan. Bestkan orang tau masak ni. Boleh dapat pahala jamu orang makan.
|
Industrial Revolution 2.0 katanya |
|
Sila jaga dia Aminah. :p |
|
Along dengan Ani menaja pizza |
|
Sila belajar banyak Akmal.. |
|
Kenduri is happiness |
|
Punyalah laju ayah bawa, dah sampai balik Klang |
Love..
No comments:
Post a Comment