Wednesday, April 3, 2019

Perasaan dan Hati

Kebelakangan ini saya banyak menangis. Bukan untuk sedih je, sebak dan gembira pun boleh menjadi asbab menangis. Oh, dan tengok cerita sedih dekat TV. Masa tu, dekat kampung, tengok cerita Qaseh Tanpa Suara pun menangis beria-ria. Haha. Am sensitive like that.

Minggu lepas, semasa mendengar talk mengenai Career Planning di Gamuda pun menangis. Bergenang dan jatuh dua titik airmata. Lepas tu, sapulah airmataku itu sendiri. Semasa mereka menunjukkan training-training yang disediakan untuk membantu staf develop di tempat kerja, saya teringat antara sebab utama saya mahu memasuki Gamuda. Semasa briefing sebelum interview di UiTM 2008. Kerana mereka menawarkan training. Teringat Tan Dea Dy yang telah arwah. Saya merefleks diri saya di sini. Improve ke saya sepanjang 11 tahun ini? Atau hidup sekadar hidup sahaja? Argh. Lain hari baru mencari punca. Itulah saya. Tak suka nak kaji lebih-lebih.  Semua benda tolak tepi. Habis talk, mencari kegembiraan apabila berjumpa dengan kawan-kawan geng Sri Comel dahulu. Ili, Adli dan Acap. 

Juga saya akan menangis apabila melihat video Perdana Menteri New Zealand memeluk isteri kepada salah seorang mangsa tembakan di Wellington. Oh, sungguh kuat genggamannya dan sangat penuh dengan kasih-sayang. Berkali-kali melihat video itu, pastinya bergenang airmata saya. Begitu hebat sekali wanita bernama Jacinda Arden ini. Saya baca ini sebagai satu tanda kekuasaan Allah. Anda hanya perlu menjadi manusia untuk mengasihi orang. Untuk ada empati terhadap orang yang ditimpa kezaliman. 

Ketiga, baru-baru ini saya mendengar video dari Sheikh Hamza Yusof yang bertajuk Occupy Yourself with Knowledge di pejabat. Selepas waktu pejabat pastinya. Saya mengalirkan airmata ketika mendengar ceramah itu. Di dalam ceramahnya, waktu kita yang bagus adalah sehingga umur 40 tahun. Bila dah umur 40 potensi kita akan menurun. Surprisingly, saya baru rasa umur saya dah nak 40 tahun. Mengalir lagi airmata setitik dua. Sebelum sempat mengesat airmata, Nic mahu bertanya soalan kepada saya dan melihat saya menangis. Cuma mata bergenang sahaja. Bukan menangis beria-ia pun. Dia menegur saya menangis. Mesti dia ingat saya sedang tersiksa di sini. Haha. Walhal, memang tersiksa pun.

Keempat, saya tidak menangis. Cuma terasa. Ketika Naziha memandu kereta pulang dari kampung, saya sedang melihat waze di telefonnya. Semasa mahu delete semua apps, saya terbuka window chat Naziha. Tak sempat baca pun, sebab Nadiahkan mana pantas sangat mata ni. Dan Kak Cik tegur jangan baca. Haha. Seganlah tu. Mesti bukan macam perangai depan kitorang. Tak lagi buruk perangai, lagi manja. Haha. Takpelah sayang. Memang kena buat perangai betul-betul. Jadi yang paling baik dan buruk dan tengok dia boleh tolerate tak dengan perangai kita.

Selalu saya berdoa sebelum majlis perkahwinan atau sebarang majlis supaya Allah kuatkan hati saya dan berdoa saya tidak cemburu dan gembira dengan perkahwinan orang lain. Perkahwinan adalah sesuatu yang menggembirakan. Saya tidak mahu merosakkan perasaan saya dengan cemburu kepada orang yang sedang bahagia. Sama juga semasa Naziha, Aminah dan adik-beradik saya yang lain. Saya gembira untuk sebarang perhubungan mereka.

Jujur. Berbanding adik-beradik saya, saya antara yang termudah mendapat semua benda tanpa perlu bersusah-payah. Pendidikan, pinjaman pendidikan, pekerjaan, rumah, kereta, umrah, Korea, Thailand, Indonesia, kereta lagi dan UK. Banyak lagi Allah beri nikmat untuk saya. Mana mungkin saya persoalkan kenapa Allah tidak memberi jodoh semudah semua benda. Allah mahu memberikan yang tepat pada masa yang tepat. Saya percaya itu. Sedikit keralatan adalah ramainya orang di sekeliling saya mahu menghadiri majlis perkahwinan saya. Nenek haruslah. Makcik-makcik, Geng Sri Comel, Geng Luncheon, budak pejabat. Nic, saya dah minta peti sejuk sebagai hadiah kawen dan dia setuju. Katanya, dah simpan duit, tinggal saya bagi tarikh je. Ai Tee, saya minta mesin basuh. Haha. Usaha mereka tu yang kadang-kadang merisaukan saya. Macam Ms. Loon tolong kenal kan dekat Julian masa tu. Sampai belanja kawan tu makan. Padahal, takde kaitan pun saya dan Ms. Loon. Anis kenal kan saya dengan kawan dia juga. Semua geng luncheon asyik bertanya progress sahaja saya dengan Bob tu. Berakhir dengan tenang sahaja kami tanpa ke proses seterusnya.

Hujan di Korea. Tidak selebat di Malaysia


Di Masjid Incheon


Ke Indonesia

Gunung berapi yang aktif

Ke Thailand untuk majlis perkahwinan

Majlis perkahwinan Fatin - 2017

Jalan-jalan
Kamera Pak Long sbb memory phone saya penuh


Pakwe siapa entah. Pinjam. 


On the way balik.
Sebab tak kena duduk tempat lain

My first baby bagak


Dalam kereta

My second Baby Bagak

Umrah - 2013

Nenek yang masih tanya bila nak kahwin

London - 2019




Saya cuma doakan yang terbaik untuk semua. Menjalani kehidupan semanfaat mungkin. Walaupun boleh push lagi limit sendiri, tapi nampaknya inner strength Nadiah ni tak berapa kuat. Exercise pun malas. Hehe. Nak ubah perangai-perangai yang tak baik susah sikit untuk saya. Jadi, sekarang saya banyak tolerate dengan orang kalau tak dengar kata saya. Sebab saya pun tak dengar kata sendiri. Semoga saya tidak tersasar jauh sahajalah. Sentiasa husnuzon-sangka baik dengan Allah dan Allah pilih saya dan kita semua mati dalam keadaan husnul khotimah-pengakhiran yang baik.



Love..

No comments: