Friday, April 12, 2019

Perangai Anak Buah Alang

Saya coretkan di sini sebagai kenangan manis dalam hidup saya.

Asyraf umur 7 tahun.
Afifah umur 8 tahun.
Akmal umur 12 tahun.
Afiq umur 14 tahun.

.................................

Sampai-sampai saya di Klang selepas pulang kerja hari Rabu malam Khamis, Asyraf yang sedang melihat telefon mendongak sambil berkata,
"Alang, esok kita nak pergi Pulau Pangkor. Kemas baju.'

Kata Kak Cik semasa saya menceritakan perihal itu di bilik,
"Acap pun tak percaya Alang dia."   Haha. Cis.

Tapi, memang betul. Pagi Khamis, baru saya mencari baju semua. Ayah janji nak gerak jam 10 pagi, terlajak ke jam 11 pagi. Asyraf dah muka monyok, nak minta bergambar pun taknak. Dia dah siap jam 9.30 pagi lagi. Waktu dia gembira adalah semasa kami singgah ke Petron untuk mengisi minyak (masa nilah nak cari minyak, nak topup touch and go bagai. Haha. Perangai masing-masing) dan membeli barang sedikit. Gembiranya Asyraf masa ni. 

..................

Semasa balik dari Pulau Pangkor, kami lalu jalan dalam. Aminah sudah masak nasi goreng untuk makan tengahari nanti dan dimasukkan ke dalam dua bekas yang berbeza. Sampai di masjid di Kuala Selangor kami makan selepas solat. Asyraf, ayah dan lelaki-lelaki sudah selesai dan makan. Kak Mi dan emak masih solat. Asyraf sedang makan, kami bertanya mahu tambah atau tidak? Dia menolak. Katanya sudah kenyang. Selepas Kak Mi dan emak sampai, bekas pertama sudah habis, jadi Mina membuka bekas kedua. Asyraf meminta untuk makan semula. Oh, rupanya dia mahu menyimpan untuk ibunya kerana melihat nasi tadi sudah hampir habis. Bertambah banyak juga selepas itu selepas melihat nasi masih banyak. Oh adik. Comelnya awak. 

..................

Bila bersama dengan anak buah ini, perkara yang seronok dilakukan adalah menggomol anak buah. Sambil mencium Asyraf, saya pun berkata, 'Geram Alang dengan awak ni.' Dan menciumnya lagi. Asyraf membalas, 'Kalau geram, tak payahlah sayang.' Haha. Betul juga. Tapi, ni geram yang memang nak cium awak je. Hehe. 

..................

Akmal, yang memang diketahui sangat particular mengenai duit. Semasa di Pangkor, nak mandi kolam, dia telah meminta Kak Mi untuk membeli pelampung. Belilah Kak Mi pelampung yang dia idamkan, RM15. Semasa dia mahu ke tandas, saya nak pinjam sekejap. Alih-alih, katanya 'Alang bayar separuh.' Amboi, kemahin kau punya bijak. Haha. 

Selepas pulang ke Klang, dalam pada kami sedang mengira-ngira jumlah pembayaran ke Pulau Pangkor, sewa bilik di Teluk Intan saya rasa tidak perlu dimasukkan. Saya berkira-kira untuk membayar sahaja RM130 itu. Tetapi sedang berkira-kira. Haha. Kedekut dengan keluarga sendiri. 'Tak tahulah. Rasa nak bayarkan sewa rumah tu.'. Datang Akmal di sebelah, terus dia kata, 'Bayar jelah Alang.'. Timbul idea dalam otak saya. 'Kalau Alang bayar, pelampung awak bayar sendiri.' Berfikir sekejap Akmal. Akhirnya bersetuju untuk membayar pelampung sendiri. Awak memang bijak Akmal. Boleh jadi QS yang berjaya ni. Hehe. 

..................

Kami ke Pangkor menggunakan tiga kereta. Saya ketua kerana pegang waze. Kak Mi kedua dan Kak Cik kedua. Semasa dalam perjalanan, Kak Mi memotong kereta menggunakan lane kira. Tanya Afifah di dalam kereta Kak Cik, 'Kenapa Mak Ngah duduk barisan kiri?' Sebab dia dah baca tadi, Kenderaan berat ikut kiri. Dan kenderaan berat tu seperti lori. Akhirnya, Kak Mina jadi mangsa. Sebab Kak Mina naik kereta Mak Ngah. 

..................

Afiq, dah besar. Selepas bersarapan, kami ke pantai berjalan. Afiq dan Fikri mahu berjalan berdua. Dari kami di pantai sehingga sudah mandi kolam di hotel, mereka masih belum pulang. Sudah besar Afiq dan sudah matang Fikri. Memikirkan kegiatan sendiri tanpa perlu mengikut agenda kami. 

..................



Hensem sangat! 

Asyraf tak sabar-sabar nak pergi

Makan tengahari dekat masjid kat Perak

Naik van pink Pangkor - RM15. Ayah bayar RM20

Yang tak dapat sarapan free kat hotel. :)

Jalan-jalan 2 jam pusing Pangkor. RM100

Perkampungan Belanda

Panaih lit lit

Sementara tunggu orang ke toilet. Masing-masing perut memulas. Hehe

Menara condong Teluk Anson


Buku daftar


Terima kasih Along dan Ami. Membenarkan kami menumpang kasih sayang budak-budak ni. Kalau termarah atau tertegur diorang ni, memang nak sama-sama didik diorang jadi manusia berguna. Hehe. InsyaALLAH. Semoga menjadi anak soleh solehah semua kesayangan Alang.

Love..

No comments: