Antara benda yang akan saya rindu kan kelak adalah berborak dengan ayah dan mak dalam kereta. Dalam perjalanan kami ke Pangkor, 5 jam di dalam kereta. Semasa kami berborak timbul pertanyaan emak samada Aiman berjaya dalam hafazan yang dimasuki di Qatar ke mana entah. Saya juga tidak tahu. Lantas saya bercerita kekaguman melihat Aiman yang aktif berpersatuan, ke sana sini merantau pada masa belajar. Cemburu sedikit saya dengan kejayaannya. MasyaAllah TabarakAllah. Dia boleh belajar banyak mengenai hidup dan tanggungjawab dan skil-skil kehidupan. .
Ayah menceritakan bahawa, dulu kalau mahu belajar kemahiran-kemahiran itu pastinya boleh kerana banyak sahaja peluang yang diterima. Cerita ayah, dia pun tak pasti kenapa, tetapi semenjak dari sekolah rendah orang suka mencadangkannya untuk jawatan-jawatan. Sedangkan ayah bukan seorang yang suka bercakap. Pernah ditawarkan menjadi pengawas tetapi ditolak kerana tidak mahu menulis nama kawannya yang datang lambat. Ingat sudah terlepas, tetapi ada pula yang mencadangkannya menjadi ketua kelas. Oklah ayah kata. Cuma perlu menanda kedatangan dan mengangkat barang guru sahaja.
Semasa bekerja juga, ayah kata ada orang melantiknya menjadi Pengerusi Persatuan Pekerja. Punyalah cuak sehingga ketika mesyuarat, ayah mahu menyebut nama kawannya pun terlupa. Walhal, hari-hari bercakap dengan kawan tu. Ayah tidak pasti kenapa namanya seringkali naik. Padahal dia bukan seorang yang mahukan jawatan. Sehingga sekarang ya.
Cerita ayah lagi, semasa menyertai usrah, akan sampai satu masa masing-masing perlu memberikan bayan (saya kurang pasti ejaannya), masa nak sampai giliran ayah, ayah terus tidak mengikuti usrah tersebut. Hahahaha. Usrah yang ayah ikuti sekarang hanya perlu belajar dan mungkin perlu bercakap dalam skala yang lebih kecil. Kurang dari 10 orang.
Baru-baru ini, ayah telah dilantik mewakili Amanah untuk temuduga jawatan ketua kampung di kawasan kami. Ayah tidak berjaya di soalan, Berikan nama Sultan Selangor. Hehe. Dengan Ibni tu, haruslah tidak ingat ayah saya. Tetapi ayah kata dia bersyukur tidak dapat. Ketua kampung yang baru dilantik perlu merasmikan sekolah agama rendah dan perlu memberikan ucapan. Memang bukan ayahlah. Hehe.
Walaupun tidak dilantik menjadi ketua kampung, tiba-tiba ayah dilantik menjadi AJK Kebajikan Amanah di kawasan kami. Siap ada kad nama lagi. Saya perasan di dalam bilik emak semasa mahu menumpang solat. Wau! Kad nama ada jata Parlimen. Mahal kot. Orang berebut nak dapat. Saya terjumpa Amar (kenalan semasa membantu En Anuar berkempen di Temerloh) semasa program di Temerloh dan kad namanya sama seperti ayah. Jawatannya haruslah lebih besar. Pegawai Penasihat Menteri Kesihatan. Tetapi ayah mendapatnya mudah sahaja. Muka rezeki ni. Semoga dapat memberi manfaat kepada lebih ramai ayah. :)
.................................................................................
Minggu lepas, ayah memandu pulang dari Genting kerana saya mahu menyimpan sedikit tenaga memandu ke PJ malam itu juga. Setelah dari hari Sabtu memandu dari Klang ke Pajam untuk majlis perkahwinan Mira dan seterusnya ke Genting Highlands bertemu nenek Saabah dan Pak Busu sekeluarga. Pagi Ahad pula, saya turun ke Gombak dan Pakcik Ghani memandu ke Temerloh. Pulang dari Temerloh, saya memandu dan ke Genting sekali lagi mengambil mak dan ayah. Terpaksa meminta ayah tolong membawa kereta.
Selepas menghantar Mak Ina dan Pakcik, kami berborak di dalam kereta. Saya memberitahu ayah, saya pernah memandu seorang dan tiba-tiba terfikir emak dan ayah tiada dan saya menangis. Ayah cuma senyum sahaja. Memang itulah dia. Kita hidup dan mati selepas itu. Nak buat macammana kata ayah. Ayah pesan apa pun jadi dekat dunia ni memang atas ketentuan Allah. Saya bercerita yang ada kalanya, kawan-kawan saya yang biasa dan tidaklah warak yang mengingatkan saya dengan Allah. Ketika saya merasa sangat takut akibat melakukan kesalahan kepada bos, Faezah akan kata, 'Janganlah awak takut bos awak melebihi Allah.' Benar sekali kata ayah. Semua yang terjadi memang atas ketentuan Allah. Saya menjawab, 'Tapi orang buat kerja main-main." Ayah kata, 'Yang awak selalu balik lewat tu bersungguhlah. Di atas kapasiti awak."
Allah. Ayah mengiakan sedikit usaha saya itu. Seringkali pekerjaan saya ini selalu menyesakkan fikiran. Adakah saya gembira? Saya kurang gembira. Tetapi saya tidak sedih. Saya kurang gembira kerana saya rasa saya boleh melakukan lebih baik. Adakalanya saya rasa saya sudah mencuba yang terbaik, tetapi masih ada kesalahan juga. Ai Tee terlalu efficient untuk saya ikuti. Tetapi, untuk belajar jadi hebat, Ai Tee adalah mentornya. Semua benda dia tahu. Saya pernah tanya, apa benda yang you tak tahu yer? "Bila you nak ada boyfriend sahaja. Lain semua I tahu." Hahaha. Itu saya akui. Dia memang tahu semua benda. Saya perlu merubah cara kerja saya. Sudah 3 tahun di bawah dia, saya jauh dari hebat. Mungkin saya tidak meletakkan Allah dalam kerja saya. Ayah mengajar saya, bahawa kita perlu menjadi baik. Ai Tee mengajar saya, kita perlu menjadi hebat. Kita boleh jadi hebat. Kita ada Allah.
Love..
Always our imam |
Sayang sangat |
Makmum setia ayah |
Sayang juga |
Sayang juga |