Wednesday, March 20, 2019

Melawat saudara-mara

Tahun ini dah beratur program kenduri untuk keluarga belah ayah. Bulan Jun, Ipah anak arwah Pok Teh, bulan September, Fahmi dan bulan December Hari Keluarga. Nampak tak kegembiraan tahun ini menerima ahli keluarga baru. Yang tengah mengandung nak bersalin pun ya juga. Abu, Ishak dan Safwan bakal menjadi ayah lagi atau pun baru untuk Safwan. Bertambahlah umat Muhammad. Moga menjadi soleh dan solehah semua.

Alhamdulillah semuanya majlis katering dan tak beria-ria sangat masak sendiri ke apa. Majlis Ipah lagilah senang. Nikah sahaja. Lepas tu sambut sekali dengan majlis belah lelaki. Masa tu sebenarnya nak ada majlis belah perempuan juga. Tetapi, Mok Teh baru-baru ni kena minor strok pula. Tukar plan. Dua minggu kena tahan dekat Hospital Melaka dan baru dapat balik rumah Khamis lepas. Sebelum ni, masa dekat hospital katanya tak boleh bergerak dekat bahagian kanan. Masa melawat minggu lepas, dah boleh gerak dah. Berjalan pun dah boleh pakai tongkat. Cuma Mok Teh rasa penat. Nak kena exercisekan balik muscle-muscle tu. Nampak Mok Teh ni memang cekal. Iyelah, sorang-sorang nak besarkan anak perempuan lima orang yang masing-masing baru nak hidup memang kena kentallah. Orang doakan Mok Teh sekeluarga kuat dan berjaya dunia akhirat.

Singgah rumah Mok Teh sebelum balik Klang. Lepas Kak Cik dah tengok dan bagi nasihat-nasihat fisioterapi tu, kami ke kedai untuk makan tengahari. Sekarang anak Mok Teh dah meniaga makan tengahari juga. Dulu sarapan sahaja. Makan tengahari mak Mok Teh yang masak. Sarapan, Fatin yang uruskan. Tanya Fatin, biasa tutup pukul berapa? Dalam pukul 5 petang nanti. Malam pula, nak pergi beli barang untuk esok, dalam pukul 8 pergi Tesco beli barang sampai pukul 10 malam. Siapkan untuk buka kedai sarapan esok. Kalau ada mak, nanti pagi-pagi mak bangun masak sambal. Kalau Fatin, dia tak larat. Jadi, malam tu dah siap-siap tumis cuma tak masukkan santan lagilah. Esok baru buat semua. Takde pembantu sebab Fatin kata dapat pun berapa je untung. Jadi sekarang Ira dengan Nabila tolong. Anak beranak je.

Tengah-tengah kami makan, tunang Ipah tegur ayah. Masa perkenalkan nama, ayah terpinga-pinga siapa pula ni? Bila kenalkan diri sebagai tunang Ipah, baru ayah senyum. Ayah dan saya ada sikap ni. Tak ingat nama orang. Hehe. Rancak berborak budak ni. Banyak cakap. Senanglah ayah. Oleh sebab dalam keluarga Mok Teh takde lelaki, ayah akan nikahkan Ipah nanti (doa semoga ayah dapat nikahkah aku, Kak Fisha dan juga Kak Cik juga nanti). Dah habis makan, kami minta diri. Walaupun saudara kau, pandai-pandailah hulur untuk bayar makanan. Dahlah anak yatim. Jangan menganiaya orang ya kawan-kawan. 





Sebab bawa imam Zainal, parking kat sini. Hehe.
Balik tu, sebelum sampai Klang, mak ajak singgah tengok Mak Long pula. Lepas mesej semua orang yang ada potensi di rumah dan Lina reply ada, maka singgahlah kami ke Kelana Jaya. Pak Long sekeluarga di rumah. Memang dah prepare untuk orang datang. Mak Long nampak sihat. Masa kejadian, kami baru sahaja bercerita mengenai percutian Mak Long di Mesir melalui group whatsapp, alih-alih dengar Mak Long kena serangan jantung. Allah. Waktu tu, doa sahajalah Allah bantu. Alhamdulillah, boleh buat operation dekat situ juga, tak perlu pergi hospital dekat Jordan. Arep cerita, masa dekat Hospital Jerusalem tu, seorang doktor dengan seorang nurse je yang handle. Dr. Fatimah macam nak tolong,  tapi rileks je diorang buat kerja. Agak dah biasa handle ke lagi dahsyat sebab perang, yang ni biasa sahaja. Jumpa Shikin juga. Sedang menunggu hari nak beranak bulan April ni. Gagah-gagah juga masak untuk Mak Long sebab Mak Long dah kena jaga pemakanan. Dalam pada sarat-sarat tu, taknak cuti lagi. Tunggu hari bersalin nanti. Hebat betul wanita-wanita ahli syurga ni. Kita pun juga tau. Amin ramai-ramai. :) Semoga dipermudahkan urusan Pak Long sekeluarga. Oh, Pak Long dah beli kereta baru. X70. Lagi lajulah bawa dekat highway. Haha.

Untuk nikmat membawa mak ayah yang Alhamdulillah sihat melawat orang sakit, selalulah saya menyedarkan diri bersyukur dikurniakan rezeki sihat, masa, kereta dan keluarga yang sentiasa ada bersama bila diperlukan. Buat keluarga yang jauh yang selalu rasa tak dapat buat untuk emak ayah sebab dah kerja jauh dekat Sarawak, dah kahwin dan duduk dekat Nilai dan Kedah, jadilah anak yang soleh dan solehah. Tunaikan tanggungjawab dan amanah yang ada sebaiknya sebagai bekal pahala untuk mak ayah untuk ilmu yang bermanfaat dan doakan mereka juga. 


Bertabahlah Kak Fisha
Kak Mina juga

Abang Daus pun



Love..

No comments: