Ribuan terima kasih kepada Mak Ina yang bersungguh-sungguh menggalakan saya membuat aktiviti ini. Untuk Cik Jamaliah dan Cik Leha yang turut sama membasuh lantai dan melipat telekung. Cik Jamaliah pesan, lain kali bawa cuka. Jirus dengan cuka dahulu, baru mudah menyental kekotoran lantai itu. Nampak tak orang berpengalaman. Hehe. Baik Cik Jamaliah, lepas ini akan memasukkan dalam barang yang perlu dibeli.
Juga jutaan terima kasih buat adik-beradik, adik ipar dan anak buah yang turut sama diangkut untuk program kali ini. Mina berjaya membawa Muzakir sebagai sumber utama tenaga lelaki dari KAMY. Turut dibantu oleh AJK Masjid, maka berkurang sedikit beban Muzakir. Kak Long dan Kak Mi serta anak-anak buah saya yang comel. Terima kasih semua. Semoga syurga buat kamu semua atas usaha kecil ini. Alang love all of you. :)
Love..
2 comments:
Terima kasih juga Nadiah yang sentiasa sudi membantu!
Tahniah kerana berjaya "menarik" anggota Keluarga Hj. Zainal termasuk menantu beliau untuk turut serta.
Nanti kita buat lagi ek. :)
Kasihmu diterima. :)
Post a Comment