Tuesday, September 6, 2016

Dive Against Debris (Pulau Tioman)

Gamuda Sports Club mengeluarkan iklan untuk program baru kali ini di Pulau Tioman. Program Dive Against Debris yang terbuka kepada semua penyelam berlesen dan bukan penyelam. Tentatif program adalah mengutip sampah. Untuk penyelam berlesen, mereka akan mengutip sampah di dasar laut, untuk bukan penyelam, kita akan mengutip sampah di tepi pantai. Menarik! Saya tidak pernah ke Tioman dan acara kutip sampah, saya suka. Memang siapa yang berkawan dengan saya mengetahui, saya memang pantang orang membuang sampah merata-rata ni. Mohd Khairul adalah mangsa (dia mangsa ke kami mangsa dia sebab kena sedut asap rokok dia je?) membebel saya apabila selalu menghisap rokok dan membuangnya di lantai sahaja. Pantang aku kot. Hehe. Maka, Faezah dan Kerul menjadi mangsa ajakan untuk ke program ini. Seperti biasa, nama kami naik, mungkin juga kerana tidak ramai mahu menyertai program ini. 

Hari Jumaat 19hb Ogos 2016 kami berkumpul di Menara Gamuda seawal jam 4 pagi. Bas mahu bertolak jam 4.30 pagi. Bas tidak ramai, ramai duduk seorang sahaja pada dua seat. Ada sebahagian peserta dari Gamuda Jade Hill  Johor juga mengurangkan lagi jumlah peserta dari Kuala Lumpur. Perjalanan sampai ke Jeti Mersing jam 10.30 pagi. Kami singgah di mamak Muadzam untuk bersarapan sebelum itu. Dalam jam 11.30 pagi, feri bertolak untuk ke Pulau Tioman. 

Kami menaiki feri dari Jeti Mersing


Lokasi kami di Tekek Village 

Perjalanan menaiki feri mengambil hampir dua jam. Agak menarik kerana sejam setengah selepas perjalanan, saya mahu muntah. Pening kepala. Faezah tidur. Tiada gula-gula pula. Saya menahan-nahan sahaja dan Alhamdulillah selamat sampai ke perkampungan kami selepas kali ketiga feri berhenti. Saya jarang pening-pening mabuk ni. Jadi, saya suka menikmati perkara-perkara itu. Oh, begini rasanya pening. Hehe. Bila balik dari Tioman, dua jam saya tidur. Haha. Tiada rasa nak muntah langsung. Mungkin waktu itu, kurang padat dan ombaknya tidak sekuat masa pergi. 



Sesampai kami di sana, diberikan bilik dan kemudian makan tenghari. Memang ditunggu-tunggu kerana perut kosong dari jam 8.30 pagi tadi. Dahlah pening-pening dan panas terik petang itu. Makanan tengahari memang sedap. Kami berempat bertanya sesama kami, adakah makanan sedap atau kami memang lapar. Malam itu makan pun masih sedap, jadi kami bersetuju yang makanan di situ memang sedap. Sehingga ke akhir hari Ahad pun masih sedap.




Keesokan harinya, operasi mengutip sampah di tepi pantai. Guna penyepit ni memang senang. Nanti sekali nak buat program kutip sampah kat daratan sini, beli je penyepit tu. Program KAMY yang ke bila-bila. 









Cermin mata Naziha sangat membantu. Silau teruk kat sana.




Double F. Faezah dan Farah. Teman sebilik saya. :)




Ini semua bukan penyelam












Petang Sabtu, selepas mengutip sampah, kami pergi snorkeling. Berguna baju renang yang saya beli sudah lama di dalam beg. Hehe. Ada dua tempat. Tempat pertama kurang cantik, tetapi airnya tenang. Jadi kami dapat menikmati batu karang agak lama. 

Perhentian yang kedua, terjadi insiden yang agak lawak. Pemandangan dasar lautnya lagi cantik dari tempat yang pertama dan ikannya lagi banyak. Tetapi, ombaknya sangat kuat. Selepas berenang, apabila mahu kembali ke bot, saya berenang-renang tetapi tidak juga sampai. Faezah datang kepada saya dan saya memberitahunya situasi saya. Faezah kata dia mahu menarik saya. Selepas beberapa lama percubaan, kami masih gagal. 


Faezah : Tak lepaslah awak. Kalau saya seorang mungkin saya boleh ke sana.
Saya : (Senyap sahaja)
Faezah : Tetapi, saya tak akan tinggalkan awak. 
Saya : Hehe. (dalam hati, sumpah tak cari lain dapat girlfriend macam Faezah ni) Takpelah awak, awak pergi minta bantuan.
Faezah : Awak okay ke? 
Saya : Okay je. (Sebab pakai life jacket, confidentlah sikit)
Faezah : Nanti saya datang balik yer.
Saya : Ok.

Faezah pun pergi meminta bantuan dan bot yang membawa kami mengambil saya di tengah-tengah laut itu. Siap mereka yang di atas bot meminta bergurau meminta no IC dan meminta saya menyanyikan lagu negaraku. Hehe. Sudah sampai di atas bot, barulah mereka memberitahu yang saya sebenarnya boleh meniup wisel yang terdapat pada life jacket yang dipakai. Hehe. Takpe, Allah nak bagi pengalaman macammana pelarian Syria, Rohingya, Indonesia yang terpaksa bersabung nyawa meredah lautan untuk mengelakkan bahaya dari tempat tinggal mereka. Allah. Moga Allah kurniakan keselamatan dan syurga buat kamu semua. 





Itulah saya. Hehe.


Gambar yang ini, saya cilok dari Ejaz, dia penyelam berlesen. Kenal dia semasa kami menaiki Gunung Mulu yang lepas. Mereka mengutip sampah di dasar laut. Siap berjumpa dengan bateri kereta. Aishlah rakyat Malaysia, mentaliti tu boleh tukar sikit tak? Buang sampah di dalam tong sampah. Bukan merata-rata.

















Menunggu makan malam



Malamnya, kami menonton Chong Wei menentang Chen Long. Semangat wei masa tengok kat situ. Sudahlah malam Jumaat lepas, kami menontonnya melawan Lin Dan. Semangat-semangat. Kami bersamamu Chong Wei. Akan selalu menjadi hero rakyat Malaysia.

Hari Ahad pagi, sebelum pulang aktiviti bebas. Kami ke Marine Park bersebelahan pantai yang kami tinggal. Jalan kaki sahaja. Yang lain buat aktiviti berbayar. Kami berempat buat aktiviti percuma dan tenang-tenang sahaja. 




Main gym pokemon diorang ni. Kemain gigih Kerul dengan Farah. 



Penyelam sedang mengisi buku log. Paling tidak, setahun kena menyelam sekali untuk mengekalkan lesen

Selepas makan tengahari, kami bertolak balik ke jeti menunggu feri. Seperti biasa, paling akhir sampai ke jeti. 


Feri lambat sejam. Makan roti cicah butter kami kat sini.


Tempat tinggal kami, memang tiada sourviner. Pantai kami adalah tempat untuk orang yang mahu menyelam. Sebab itu juga pantainya lengang. Tidak seramai di Pulau Langkawi. Masing-masing yang ke situ, pergi menyelam.

Terima kasih semua untuk pengalaman ini. Diharap kita dapat meneruskan perjuangan untuk tidak membuang sampah merata-rata untuk meninggalkan bumi yang elok untuk kegunaan anak cucu kita nanti.


Love..

2 comments:

Anonymous said...

Awak dah dpt ke?

nadiah said...

Maaf, tapi masih belum. Bila awak hantar? Boleh hantar sekali lagi?