Bulan Mac yang lepas merupakan bulan menyambut hari lahir orang yang terdekat dengan saya. Menyimpan cita-cita untuk menulis mengenai orang-orang di sekeliling saya sebab selalu lupakan Nadiah ni?
Along, menyambut hari lahir yang ke tett pada 6 haribulan Mac yang lalu. Haha. Saya biasa tidak menyimpan umur adik beradik saya di dalam kepala. Saya harus mengira dari umur saya dan menolak dua tahun kerana kami adik beradik berbeza dua tahun kecuali yang pertama dan yang terakhir sahaya yang berbeza. Kakak saya yang pertama ini, kebaikan yang harus saya ikut adalah mengambil berat terhadap kedua ibu bapa kami yang memang banyak. Perjalanan umrah emak dan ayah saya yang lepas banyak dilakukan oleh kakak saya, Begitu juga dengan pembedahan mata emak saya minggu ini. Oleh kerana kakak saya telah mengambil tanggungjawab itu, menyebabkan kami adik beradik lain sedikit senang menjadi adik sahaja. Jahat sungguh rasanya. Tetapi, jika ada benda yang perlu kami tolong, InsyaALLAH kami akan menolong. Semoga Allah memberikan pahala yang banyak untuk awak Along dan membantu menyelesaikan semua urusan awak di dunia, lagi-lagi di akhirat.
Cadang saya masa itu mahu menyambut dengan sedikit belon-belon untuk Along. Selalu menyambutnya bersama kawan-kawan, mari melakukannya pada ahli keluarga sendiri. Tetapi, hujung minggu itu, Abang Hairol mengambil anak-anak Kak Mi. Maka, tidak jadi kami membuat party kecil-kecil untuk Along. Lain kali mungkin. Kami cuma membeli kek sahaja.
Cik Jamaliah pula menyambut hari lahirnya pada 15 haribulan Mac, merupakan kawan Mak Ina dan menjadi kawan saya juga. Belajar banyak dari Cik Jamaliah kerana antara orang yang boleh kita minta pandangan hidup. Masakannya memang mengiurkan dan saya biasanya akan dapat makan malam percuma bila Cik Jamaliah turun ke PJ. Menarik betul pandai memasak ini. Cik Jamaliah berulang dari Perak ke PJ dua minggu sekali. Mengajar di Taski Cik Leha Bahasa Inggeris untuk budak-budak 6 tahun. Ketika masa Cik Jamaliah di sini, Encik Anuar mengajak kami menyambutnya di Secret Recipe Jaya One. Saya memesan lasagna, tetapi rasanya kurang berbanding lasagna yang diberikan Mohamad. Sedapnya lasagna.
Saya berterima kasih kepada orang di sekeliling saya kerana menjadikan saya seperti sekarang. Saya berharap dapat mengikut segala contoh teladan yang baik dari mereka semua.
Love..
No comments:
Post a Comment