Thursday, April 14, 2016

Pembedahan Katarak Emak

Malam tadi saya menemani emak di hospital kerana esok emak akan menjalani pembedahan membuang katarak esok. Emak perlu dimasukkan ke hospital dahulu kerana mempunyai rekod darah tinggi. Jika anda seorang yang kuat dan rekod kesihatan yang ok, peratus untuk dimasukkan ke hospital lebih kecil. Anda boleh sahaja datang pagi ke hospital, daftar, operate dan pulang tengahari itu juga. Emak juga meminta dibius seluruh badan, berbanding makcik di sebelah katil emak yang hanya mahu dibius di bahagian mata sahaja. Lain orang, lain ketahanan terhadap kesakitan itu.

Saya datang malam itu selepas waktu kerja. Along telah menyelesaikan semua urusan pembelian kanta emak dan pendaftaran emak pagi itu. Selepas berborak sedikit lebih kurang dengan emak, kami pun mahu tidur. Emak sudah melelapkan mata, tetapi melihat anak matanya yang bergerak-gerak, saya tahu emak masih belum tidur. Emak memang kadang-kadang susah mahu tidur jika di rumah. Apatah lagi saya kira ketika di hospital dan esok akan menjalani pembedahan. Pasti banyak yang emak fikirkan.
Peneman tidur

Saya meletakkan tangan saya di bahu emak. Anak mata emak mulai tenang. Saya ingat dahulu ketika saya bersekolah di kampung, jika terdapat kematian saya akan tidur bersama Along atau nenek malamnya. Saya akan meletakkan tangan saya samada di bahu atau di atas tangan mereka semasa tidur. Cukup dengan sentuhan sahaja. Kerana merasa ada seseorang bersama akan mengurangkan ketakutan saya. Benda itu berjaya saya kira kepada saya. Jadi, saya aplikasi kepada emak.

Oleh kerana emak dan saya jarang berinteraksi melalui sentuhan, saya janggal melakukan itu. Kesian mak saya dan lagi kasihan diri sendiri. Saya perlu kerap memegang emak saya sekarang sementara masih berkesempatan.

Emak sudah tidur. Oleh kerana tangan saya sejuk meletakkannya di bahu mak, saya masukkan tangan ke dalam selimut dan memegang tangan emak. Kemudian menyambung tidur. Saya terjaga kerana membetulkan posisi tidur di kerusi. Emak berdengkur. Alhamdulillah sangat. Emak dapat tidur dengan lena.

Esoknya, selepas subuh emak bersiap-siap dengan baju yang diberikan. Perlu membuka semua emas dan gigi besi jika ada. Pakaian dalam juga tidak boleh dipakai ketika melakukan pembedahan. Darah tinggi emak masih di bawah paras tinggi ketika nurse mengambil bacaan pagi itu. 147 dan 81. Nombor giliran emak adalah yang ketiga. Dalam jam 8.30 pagi emak sudah dipanggil masuk. Saya membeli sarapan pagi dan membalas tidur dengan selesa di atas katil emak. Jam 10.30 pagi, emak keluar dari bilik pembedahan.

Letak ubat mata sebelum pembedahan


Doktor tanda mata yang akan dibedah

Jururawat menyuruh emak berehat selama dua jam dan barulah boleh makan. Ada kes, akibat ubat bius pesakit muntah selepas makan. Alhamdulillah, emak tidak mengalami sebarang alahan. Terima kasih untuk semua doa dari saudara-mara dan sahabat. Semoga Allah memberikan kesembuhan yang sempurna untuk mak.

Selepas keluar bilik bedah. 


Alhamdulillah. Tidak muntah. 
Love..

Hari Jadi Along & Cik Jamaliah

Bulan Mac yang lepas merupakan bulan menyambut hari lahir orang yang terdekat dengan saya. Menyimpan cita-cita untuk menulis mengenai orang-orang di sekeliling saya sebab selalu lupakan Nadiah ni? 

Along, menyambut hari lahir yang ke tett pada 6 haribulan Mac yang lalu. Haha. Saya biasa tidak menyimpan umur adik beradik saya di dalam kepala. Saya harus mengira dari umur saya dan menolak dua tahun kerana kami adik beradik berbeza dua tahun kecuali yang pertama dan yang terakhir sahaya yang berbeza. Kakak saya yang pertama ini, kebaikan yang harus saya ikut adalah mengambil berat terhadap kedua ibu bapa kami yang memang banyak. Perjalanan umrah emak dan ayah saya yang lepas banyak dilakukan oleh kakak saya, Begitu juga dengan pembedahan mata emak saya minggu ini. Oleh kerana kakak saya telah mengambil tanggungjawab itu, menyebabkan kami adik beradik lain sedikit senang menjadi adik sahaja. Jahat sungguh rasanya. Tetapi, jika ada benda yang perlu kami tolong, InsyaALLAH kami akan menolong. Semoga Allah memberikan pahala yang banyak untuk awak Along dan membantu menyelesaikan semua urusan awak di dunia, lagi-lagi di akhirat. 

Cadang saya masa itu mahu menyambut dengan sedikit belon-belon untuk Along. Selalu menyambutnya bersama kawan-kawan, mari melakukannya pada ahli keluarga sendiri. Tetapi, hujung minggu itu, Abang Hairol mengambil anak-anak Kak Mi. Maka, tidak jadi kami membuat party kecil-kecil untuk Along. Lain kali mungkin. Kami cuma membeli kek sahaja.



Cik Jamaliah pula menyambut hari lahirnya pada 15 haribulan Mac, merupakan kawan Mak Ina dan menjadi kawan saya juga. Belajar banyak dari Cik Jamaliah kerana antara orang yang boleh kita minta pandangan hidup. Masakannya memang mengiurkan dan saya biasanya akan dapat makan malam percuma bila Cik Jamaliah turun ke PJ. Menarik betul pandai memasak ini. Cik Jamaliah berulang dari Perak ke PJ dua minggu sekali. Mengajar di Taski Cik Leha Bahasa Inggeris untuk budak-budak 6 tahun. Ketika masa Cik Jamaliah di sini, Encik Anuar mengajak kami menyambutnya di Secret Recipe Jaya One. Saya memesan lasagna, tetapi rasanya kurang berbanding lasagna yang diberikan Mohamad. Sedapnya lasagna.





Saya berterima kasih kepada orang di sekeliling saya kerana menjadikan saya seperti sekarang. Saya berharap dapat mengikut segala contoh teladan yang baik dari mereka semua.


Love..

Sunday, April 10, 2016

Sibuk

Manfaatkan lima perkara sebelum datang lima perkara : 

  • Waktu mudamu sebelum datang waktu tuamu, 
  • Waktu sihatmu sebelum datang waktu sakitmu, 
  • Masa kayamu sebelum datang masa miskinmu, 
  • Masa luangmu sebelum datang masa SIBUKmu, 
  • Hidupmu sebelum datang kematianmu.

Dan bila kamu mula menghitung masa yang ada, 
Masa yang ada tidak cukup untuk kerja yang tersedia,
Kerja tersedia tidak sempurna lagi untuk disiapkan,
Menunggu sudah kerja tambahan,
Terduduk, terfikir, terdiam dan tertanya-tanya,
Berjayakah dalam masa yang diberikan?
Doa, usaha dan tawakal.
Apa lagi yang harus dilakukan? 
Membayang di hujung sana kejayaan,
Berlari, berjalan, merangkak, janji bergerak,
Senyumlah kejayaan. 
Saya akan membalasnya. 


Need to do homeworks. :( Only two months please.


Love..

Majlis Perkahwinan Afiq

Memaksa diri untuk menulis sebelum lagi bertambah malas dan lupa.

Alhamdulillah, anak Pak Long saya Ahmad Afiq selamat melangsungkan perkahwinan bersama jodoh pilihan hati Noor Adilah. Majlis sebelah kami berlangsung semalam 090416 di dewan yang dengarnya akan dirobohkan semenjak majlis perkahwinan Arif lagi. Setakat hari ini, masih lagi digunakan untuk majlis-majlis perkahwinan yang sudah tiada tempat di rumah memaksa orang ramai terpaksa menyewa dewan.

Majlis akad nikah berlangsung minggu lepas, pada 010416 di rumah Adilah SS2 yang agak dekat dari rumah Pak Long. Sebelum majlis akad nikah, kami berkumpul di Masjid dan menunaikan solat Isyak dahulu. Majoriti di saf perempuan adalah dari keluarga kami. Nikmat bersama-sama ahli keluarga solat berjemaah memang nikmat Allah yang tidak saya dustakan. Semoga kami semua dikumpulkan bersama di syurga kelak.


Sebelum ke Masjid, doa dulu


Perempuan dan cermin. Green day.

Kemudian, kami ke rumah Adilah untuk majlis akad nikah. Oleh kerana kekurangan tempat di dalam rumah, kami saudara-mara yang ramai ini melepak di luar sahaja. Mencari kipas sebenarnya. Berborak menghapdate perihal diri masing-masing, siapa lagi selepas ini, lawak falsafahaha, melayan Anis sebelum Afiq selamat melafaz akad nikah dan saya berlari mahu mendengar lafaz itu. Alhamdulillah, selamat semuanya Afiq bergelar suami. Didoakan semoga keluarga awak diberikan rumahtangga yang sakinah, mawaddah, rahmat dan kekal hingga ke syurga kelak. 


Team Lepak Luar Rumah

Husband in the making. Hehe.

Keesokan harinya, majlis di sebelah perempuan. Tema ungu. Cantiknya kami. Hehe. Semasa majlis di belah perempuan, selepas kami pulang, kami menghapdate gambar di instagram. Nafisah mahu melihat gambar pengantin. Alamak, kami tidak menangkp gambar bersama Afiq. Semasa pengantin bergambar di pelamin, kami sedang makan. Selepas kami makan dan terus bergambar, pengantin pula sedang makan. Memang tidak bertembung masa mahu bergambar bersama pengantin.


Menunggu pengantin menjemput kami di masjid



Tak kira baju kerja ke apa, janji ungu ya.
Pengantin tengah makan beradap.
Kami, beradap sungguh.

Mak ayah, nenek, pandang sini. Selfie. :)

Maka, kami belajar dari minggu lepas, majlis kami semalam, kami bergambar bersama Afiq dan ada gambar Afiq untuk tatapan saudara-mara yang tidak dapat menghadirkan diri. Al-maklum, masing-masing sedang menimba ilmu di bumi Allah. Semoga Allah mempermudahkan semua urusan kamu semua.

Kenduri kali ini agak sempoi. Kami sampai terus ke dewan berbanding perkahwinan yang lepas, merasa juga sibuk-sibuk sarapan di rumah Pak Long pagi itu. Semoga adalah kami membantu Pak Long dan Mak Long untuk majlis ini. Untuk majlis Mak Chah nanti macam tidak banyak membantu kerana tertembung dengan majlis adik ayah saya. Mana berkesempatan sahaja. Doa kami mengiringi semua majlis selepas ini. Oh, untuk Sobri juga selepas ini. Moga Allah mudahkan.

Tema coklat kali ni.
Belajar cara bagi anak comel dengan Ami


Pengantin uolls


Missing Kak Fisha in the frame

Barisan pakcik-pakcik kami. Pak Busu solat.

Ni pun dah macam pakcik. En. Anuar

Coz we are bigger than this.

Next. :) 

Love..