Saturday, November 15, 2014

Kawal marahmu sayang

Saya percaya semua orang di dunia ini secara fitrahnya adalah seorang yang baik dan sukakan kebaikan. Tetapi, disebabkan oleh keadaan persekitaran menyebabkan kita menjadi sebaliknya. 
Baru-baru ini, pejabat saya sedang sibuk dengan budget. Kebiasaannya, waktu-waktu ini adalah kritikal untuk sesiapa yang terlibat dengannya. Alhamdulillah, saya masih belum terlibat secara langsung dengannya. Jadi, masih tidak merasakan pressure sangat.
Kawan saya memerlukan sedikit info daripada salah seorang staf yang terlibat secara langsung dengan menyediakan budget. Malangnya, apabila dia berjumpa dengan Ms. Y, untuk bertanya, jawapan yang diterima agak mengejutkan. "I don't have time for you". Ketika menceritakan kepada saya (itupun secara kebetulan, kawan kami yang ketika itu terdengar perbualannya dengan Ms. Y menyuruhnya bersabar semasa Faezah bersama saya. Maka, Faezah terpaksa menceritakannya)
Saya belum pernah berurusan dengan Ms. Y secara langsung. Tetapi pernah bertegur-sapa di pantri. Saya dapat rasakan Ms. Y seorang yang lembut (dari gaya dia dan selalu tersenyum ketika berselisih dengan saya). Jawapannya itu mengejutkan saya. Betapa situasi kerja dan tekanan boleh menjadikan kita seorang yang tidak bertimbang-rasa dan kasar. Faezah masih boleh mengawal perasaannya dan membalas dengan tenang. Tanpa perlu menyambung kemarahan itu. Dia pun pulang ke mejanya. 
Benda penting yang perlu saya dan kita semua belajar adalah tidak membawa kepenatan dan kemarahan untuk dilempiaskan kepada orang lain. Mana mungkin selepas kejadian ini, perhubungan mereka menjadi seperti biasa. Mungkin boleh secara luaran. Tetapi hati. Allah. Sepenat mana pun kita, jangan biarkan syaitan menang dengan menjadi 'jahat' kepada orang lain. Terutamanya kepada ahli keluarga sendiri.
Teringat kisah sahabat dan menantu Rasulullah s.a.w, Saidina Ali yang berperang dan mahu membunuh musuh yang menentang islam. Ketika saat mahu membunuh, musuh tersebut meludahnya menyebabkan beliau tidak jadi meneruskan niatnya. Katanya, ketika itu dia terasa niatnya bukan kerana Allah tetapi kerana telah diludah. Beliau berhenti. Tidak meneruskan niatnya. Betapa beliau sangat berjaya mengawal marahnya. Allah. Kita sudah ada contoh yang hebat untuk diteladani. 
Mari menjadi umat Islam yang terbaik dengan tidak cepat marah. InsyaAllah. Saya doakan kamu semua berjaya dan doakan saya juga.
Faezah rileks sahaja. Sempoi minah ni. Jarang nampak dia naik angin. Sangat boleh mengawal amarahnya. Benda inilah yang kita kena belajar dengan orang sekeliling.
Sebagai tatapan, gambar yang tiada kaitan dengan entri ini. ^-^

 Akmal yang menjadi singa sempena hari kanak-kanak Sabtu lepas di SACC

Memani kakak saya bersama Sofiya dan Afiq

Singa kami. Tiada skrip. Hanya merayau di atas pentas bersama 'lebah' dan 'rama-rama'

Love..

Wednesday, November 12, 2014

Breakthrough Pasar Seni

Jika di insta, pastinya cerita ini jatuh pada hashtag #nadiahkerjaKL. Hehe.

Akhirnya, saya dapat ke site. Sempena breakthrough tunnel di stesen yang saya jaga, Pasar Seni. Memang sangat dekat dengan tempat Dapur Jalanan. Siap parking di tempat yang biasa saya parking ketika menyertai dapur jalanan. Sepatutnya saya pergi bersama team saya, tetapi bos-bos saya pergi dari rumah masing-masing terus kerana dalam jam 9 pagi perlu berada di Pasar Seni. Haruslah saya tidak tahu jalan di KL. Mujur kenal seorang budak ni, Fareez, masa naik Gua Mulu masa tu. Fareez pun baru berpindah ke Southgate sebulan selepas saya. Dia merupakan M&E engineer dan menjaga Pasar Seni. Oleh kerana dia seorang muhandisun, maka kampungnya adalah site. Saya yang sudah berpindah sebulan awal darinya pun tidak lagi ke site, dia dah berkampung kat sana. Saya memintanya menunjukkan jalan ke site pagi itu. Dia pun pada awalnya mahu bergerak terus ke site dari rumahnya pagi itu menukar rancangannya kerana saya. Penting tak saya pada dia? Hehe. Gitu. Dia sudah berpunya ya kepada sesiapa yang suruh saya mengoratnya. Sekarang, pantang saya bercakap dengan lelaki, semua orang pun suruh mengorat. Haha. Tidak mengapa. Prihatin itu sangat bagus. Nak saya kahwinkan? Saya juga! :)  

Selepas kami bersarapan, kami ke Pasar Seni. Jalannya, mungkin saya sudah lupa jika pergi waktu ini. Sekali memandu sahaja. Tetapi selepas sekali lagi, mungkin saya ingat. Pernah saya bertanya selepas breakthrough, kepada senior saya jika dia selalu ke site? Dia jarang ke site katanya. Tetapi, dia telah menyuruh QS di bawahnya membawa saya ke site jika dia pergi. Saya selalu mahu ke site. Selepas tidak berpeluang ke site ketika projek double track yang lalu. Saya berharap, nasib saya berubah di sini. Saya perlukan pengalaman dan pengetahuan itu kelak jika saya menjadi senior. Semoga semuanya dapat diperolehi di sini. Senior saya yang baru nampak sangat baik dan tidak sangat beremosi. Saya suka corak pengajarannyanya. Pernah sekali saya tersilap (boleh saya katakan, kerja saya ini sangat baru kerana sebelum ini terlibat dengan  post contract sahaja) letterhead dan semua bos besar dah tandatangan works order. Pada mulanya senior saya menyuruh saya menyelesaikannya, saya hanya mampu diam. Teringat conversation kami, Ai Tee merupakan senior saya yang baru.

Ai Tee : So, you thinklah how to solve it. 
Saya : *Diam je*
Tiba-tiba Mr Wong (Assistant Manager) yang baru bangun untuk membuat kerjanya diajak masuk ke dalam conversation ni.
Ai Tee : Ask Mr Wong how. I do not know.  
Mr. Wong (Assistant Manager) : Why? Why? (Blur sebab tak memasal nama kena petik)
Ai Tee : You want all to re-signed ke? (Cakap kepada saya sebenarnya)
Mr Wong: (Terperanjat sikit) Takkan sampai resigned? 
Ai Tee : Re-signed. (Lepas tu dia gelak)
Saya : (Senyum sikit sebab masih cuak)
Mr Wong : You all settlelah. (Berlalu sepi)
Ai Tee : Ask contract department how to solve this. (Masih tersenyum)
Saya : Ok.

Saya suka caranya. Menyelesaikan masalah. Selepas itu saya meminta pandangan contract department. Allah. Benda boleh settle. Tidak perlu marah-marah. Benda ini yang pasti saya akan belajar melalui senior saya. Dia seperti tidak terlalu pressure bekerja. Semoga saya juga enjoy dan belajar banyak di sini. Saya sudah mendengar dua orang rakan saya yang dipuji oleh rakan sekerjanya kerana performance kerja mereka yang bagus. Saya kira, itu adalah perasaan yang bagus. Gembira kerana dapat berkawan dengan orang sebegini. Menaikkan semangat saya untuk menjadi pekerja yang bagus. Yang itqan pada kerjanya. Doakan saya. :)

Terpesong jauh dari breakthrough ni. Takpelah, bagi gambar sahajalah. Lain kali update pasal cerita Tunnel Boring Machine (TBM) ni ya. Ada lagi sekali breakthrough, tapi kemungkinan bulan Mac tahun depan. 
Saya memandu untuk kenal jalan. Ikut Fareez. Tapi, macam dah lupa jer.  
Inilah sepatutnya site office saya. Kecil sahaja.
Nak kena turun ke bawah. Sebab stationnya underground.
 Baru mula breakthrough masa kami tengah turun. Tapi sempat juga tengok. Tu, dah pecah. 
 Faezah dan Fareez. Kitorang lepak kat tingkat ni dulu. Kat bawah panas dan ramai. 
Yang baju hijau tu kami. Yang oren tu, subcon.
Akhirnya kami turun setelah beberapa geng balik.





Love..

Saturday, November 8, 2014

#throwback Bateri Kereta Kong

Kereta kesayangan saya sudah hampir dua tahun. Maka, beri peluang kepada bateri yang akan kong secara tiba-tiba. Alhamdulillah, bateri kereta mati ketika di dalam parking di pejabat saya. Haha. Semasa saya balik kerja. Tiba-tiba nak hidupkan enjin, tak boleh. Menyala gambar bateri. Seperti biasa, orang yang tiada suami lagi, maka ayahlah tempat mengadu. Telefon ayah, ayah tak angkat. Telefon emak pula. Emak kata ayah pergi kenduri. Dah malam kot waktu tu. Dalam pukul 8. Bercakaplah saya dengan adik lelaki kesayangan saya. Cerita punya cerita, dia masih tak dapat bantu cuma semangat tu dah ada. Maka saya berkata, saya akan selesaikan sendiri. Satu sikap yang saya suka terhadap diri sendiri adalah saya tak cepat cuak. Alhamdulillah. Jadi, duduk kejap di dalam kereta sementara nak dapat ilham. Sikap yang saya tak suka pula ialah saya segan nak minta tolong orang. Haha. Selepas beberapa minit di dalam kereta, akhirnya gagahkan juga call orang lain. Saya call beberapa orang rakan saya yang saya fikir masih berkeliaran di pejabat, malangnya semua sudah pulang ke rumah masing-masing. Tetapi masing-masing nak buat saya terharu dengan nak datang ke pejabat ambil saya. Dahlah kat luar tu hujan, pasti tengah sesak gila jalan raya. Terima kasih Faezah, Amir, Miera dan Kerul. Semua tu nak datang ambil saya tu. Tetapi, tidak praktikal pula saya rasa. Saya menolaknya.

Sebelum itu, saya meminta tolong seorang budak di parking, tetapi dia tidak mempunyai jumper. Saya fikir, setelah boleh start lepas jumper, esok saya akan menghadapi kesukaran mahu start semula, Mana pula saya mahu mencari jumper pagi-pagi esok. Bukan idea yang bagus juga. Maka, saya memutuskan untuk balik ke rumah menaiki teksi sahaja. Esok, jumper kereta dan terus ke workshop. Menarik dan bijak. Hehe. Saya berjaya menaiki teksi ke rumah. Walaupun pakcik tu sebenarnya tidak ke tempat saya, tetapi oleh kerana saya seorang perempuan dan waktu malam, maka pakcik tu pun membantu juga. Terima kasih pakcik teksi! Semoga Allah memudahkan urusan pakcik. Saya akan menumpang Sze Zee esok ke pejabat. Dia tinggal di Seksyen 17.

Esoknya, saya mahu menukar bateri di Proton Service berdekatan dengan Southgate, tetapi harganya agak mahal. RM350++. Mak oii... Mahal sangat tu. Faezah tidak menggalakkan saya membaiki di sana. Dengan semua networking yang Faezah ada, dia menyuruh saya menyerahkan kepadanya masalah bateri itu. Tahulah dia membetulkannya. Pada waktu itu juga, saya sedang agak sibuk, maka saya serahkan kunci kepadanya. Pada petangnya, semasa saya sedang bersolat Asar, dia meletakkan kunci dan resit di atas meja saya.

 Simpanan hari tua. Hehe.

Selfie~~~

Allah. Faezah seorang yang sangat-sangat membantu. Sehabis boleh dia mahu membantu orang-orang disekelilingnya jika menghadapi kesusahan. Tahap nak membantu tu memang saya respect. Saya masih tidak dapat mencontohi sikapnya yang itu. Semoga Allah menyelesaikan masalah awak juga di dunia dan pastinya di akhirat. :)

Love..