Melampau jugalah hapdate blog pasal tunang sepupu tetapi tidak adik sendiri. Tahu Aminah nanti, kecil hati. Katanya nanti 'Semua orang dah tak sayang Mina'. Haha. Adik saya yang sorang ni. Manja. Nampak sahaja tough. Dalam hati ada rama-rama tengah menari.
Mari bercerita pasal pertunangan adik saya yang nak melangkah bendul jika saya masih tidak jumpa empunya tulang rusuk (ewww~~) saya sebelum bulan 3 tahun depan. Boleh fikir nak minta apa dari sekarang ni. Hehe. Majlis ini diadakan tanpa perancangan yang terang boleh saya kira. Majlis berjalan lancar. Sebelum nak bertunang, emosi cik tunang bercampur-gaul menyebabkan kami adik-beradik selalu bertekak. Hehe. Alhamdulillah. Selesai juga akhirnya. Aminah membuat sendiri hantarannya. Menggunakan bekas Achik dan Mak Ina dahulu. Recycle. Tetapi kena pandai buatlah. Kalau dapat kat tangan saya memang semua masuk kotak. Nak letak bunga-bunga ni memang tak retilah.
Satu kisah mengenai bunga yang saya tidak lupa adalah ketika mahu membasuh bunga plastik hiasan di atas tv di rumah nenek Sa'abah sempena raya. Untuk gubahan yang pertama, saya cabut dari spannya. Kemudian, saya menghadapi masalah memasang semula mengikut rasa hati cantik. Tak cantik langsung. Untuk gubahan seterusnya, saya cuma merendam gubahan secara terbalik di dalam baldi tanpa mencabutnya dari span. Malas nak fikir macammana nak pasang balik. Hehe.
Kembali kepada cerita tunangan Mina, hantaran settle. Saya balik ke Klang malam Jumaat selepas waktu pejabat. Hantaran semua sudah siap kecuali buah-buahan belum dimasukkan ke dalam bakul. Esok baru nak buat. Nenek dah ada kat Klang. Daus menjemput nenek bersama sedikit peralatan untuk memasak esok hari. Balik kerja, macam tiada apa akan terjadi esok. Kak Mi siap bekerja lagi pada hari kejadian. Nisah datang mahu menolong, terkagum sebentar melihat kami seperti biasa sahaja. Seperti esok adalah hujung-hujung minggu yang biasa. Haha. Kelakar pun ada.
Esok paginya, bermulalah kisah pengemasan dan acara masak-memasak. Seperti biasa, kenduri adalah masa yang sangat best untuk merapatkan sillaturrahim. Dah biasa membuat kenduri, semakin pakar. Saya mahu mengasah kembali kemahiran membantu di dapur, maka mengambil tanggungjawab di dapur. Nafisah dan Naziha mengemas hadapan. Tukar tikar, pasang karpet, lap kipas dan sama waktu dengannya. Pak Chim juga sempat menyapu sampah tu. Anak Mak Chah juga membantu di dapur. Apa yang penting? Kerjasama. Dibesarkan dalam keluarga besar dan selalu berkumpul adalah sangat seronok. Semoga bakal suami saya boleh masuk dengan ahli keluarga saya. Ehem. Hehe. Dah dapat dua orang pemalu dalam keluarga, saya nak yang tak malu pula. Haha. Tunang Aminah saya kurang pasti. Semoga dia masuklah dengan kami nanti. :)
Penat pula menaip di telefon ni. Masukkan gambar sahajalah. Selamat menjamu mata.
Selamat bertunang Aminah. Akak doakan dipermudahkan sehingga ke jannah. Kawal sikit emosi tu. Nak jadi bini orang sudah. :p
Cantik tak Mina? Hihi. Tu tagline dia yer.
Kak Mi kerja. Daus tidur. Haha.
Bakal adik ipar. :)
Bersama hantaran dari air tangan sendiri. Tahniah.
Kak Fiza menjadi juru andam.
Terima kasih kepada semua keluarga yang bertungkus-lumus membantu kami. Juga kepada yang memeriahkan majlis kali ini. InsyaAllah, kenduri ke kita bulan 3 nanti. :)
Love..
No comments:
Post a Comment