Kejutan untuk nenek di petang Sabtu. Nenek terperanjat kerana cucu kesayangan (haha.. label sendiri je tu. ;p) tiba-tiba saja sampai di depan pintu rumah ketika dia sedang menyapu sampah di halaman rumah. Dah ada kenaikan berbumbung ni, maka langkah kakinya jadi panjang nek. Saya berhenti sekejap sambil bersiap di rumah nenek saya sebelum menyambung perjalanan ke Muar untuk menghadiri pernikahan budak rumah saya. Mekna dan kawan kami Min saya tinggalkan di rumah nenek saya yang seorang lagi. Tidak sampai sejam sahaja saya duduk di kampung, tetapi cukup puas dan gembira kerana berjaya singgah dan menjenguk nenek. Kami berborak sementara saya menggosok baju untuk dipakai malam itu dan keesokan harinya. Berborak-borak dan soalan standard perbualan kami haruslah :
Nenek : Asyik pergi kenduri kahwin orang saja awak ni. Awak ni bila lagi?
Saya : Hehe. Nenek doakan orang tau.
Nenek : Selalu doa untuk awak ni.
Saya : Terima kasih nek. Orang pun lepas ni doa kena banyak lagi.
Saya sayang nenek saya. *Eh, cam biasa je bunyi. Hehe.*
Nenek memang ternanti-nanti saat saya diijabkabul. Yeah, saya juga menunggu masa itu nek. Haha. Seingat saya, ketika saya bersekolah di kampung, nenek sangat tidak kisah jika saya berkawan dengan mana-mana lelaki. Malah menggalakkannya. Pernah kawan lelaki saya menelefon saya di rumah nenek, tetapi ketika itu saya berada di rumah makcik saya membuat kerja, lalu nenek memberikan nombor telefon rumah makcik saya kepada kawan saya. Semangat nenek nak tengok saya berkahwin. Juga semasa saya berada di Makkah bersamanya, hampir semua tempat yang mustajab dia memaksa saya pergi dan berdoa untuk jodoh saya. Tetapi, saya juga tidak memikirkannya secara serius semasa belajar dan sehingga sekarang masih belum ada rezeki lagi untuk saya. Saya mungkin belum lagi menjadi baik seperti yang dipesan oleh Ustaz Pahrol. Masih belajar mengurus diri sendiri sebelum mengurus orang lain. Masih banyak yang perlu saya baiki dalam diri saya. Buat perjanjian dengan nenek lepas belajar masa tu kata nak kahwin umur 27. Tup tap tup tap dah lepas umur saya itu, tahun lepas. Sekejap betul masa berlalu. Azam bersambung tahun ini ya. Harap bersabar nenek. Hehe.
Ok, tajuk lain, cerita lain. Haha. Mari berbalik kepada perkahwinan budak rumah saya. Budak rumah saya sudah hampir hilang perkiraannya kerana terlalu ramai yang telah masuk dan keluar selepas berkahwin. Bulan lepas Paie, bulan ni Biha dan bulan depan Sue. Tiga bulan berturut-turut saya akan ke majlis perkahwinan. Bulan depan di Terengganu. Nenek, sila jangan stress. Nabiha merupakan sahabat baik kepada Najwa, dan Najwa membawa Biha masuk ke rumah kami. Sangat peramah dan ceria. Semua orang boleh disapanya. Penceria di rumah kami. Rajin berkongsi cerita dan meminta pendapat dari Mekna. Selamat diijabkabulkan bersama tunangnya Alan pada sabtu malam yang lepas. Mekna, Min dan saya bertolak dari Jasin hampir jam 7 dan tersesat sedikit di bandar Muar. Mujur majlis belum bermula. Ada rezeki kami untuk melihat pertautan dua hati ini menjadi satu. Disebabkan oleh perwatakan Biha yang happy go lucky, selepas sah akad nikah, tiada langsung air mata mengalir walaupun telah disediakan tisu untuknya. Yang menangis adalah Alan. Serius comel kau Alan. Haha.
Cantik. Pengantin perempuannya. <3>
Love..
3>
Bersama Joy, bekas teman sebilik Biha. Terbang dari Sabah untuk menghadiri majlis kawan baiknya.
Pengantin bersama all the lovely girls. Sweet sangat kitorang. Haha.
Bunga lawang dan duit syiling yang bagi menggantikan bunga telur. Gigih makcik Biha buat.
Selesai akad nikah dan menjamu selera, kami bergerak ke homestay berdekatan yang telah disewa khas oleh ibu Biha untuk kawan-kawannya yang datang dari KL. Kami berkongsi rumah tersebut dengan budak pejabatnya. Budak pejabatnya menolong Biha membuat photo booth malam itu dan menjaganya ketika majlis kenduri keesokan harinya. Rajin membantu sungguh kawan-kawannya. Pagi Ahadnya Mekna, Min dan saya mencari sarapan di Bandar Muar. Kata budak pejabat Biha yang telah dahulu keluar bersarapan, orang Muar biasanya bersarapan dengan sate. Kami mencari sate berdekatan dengan Perhentian Bas Muar. Suasana seperti berada di bandar asing. Terlalu ramai muka asing yang bukan orang Malaysia. Kami yang berasa takut ketika berjalan di sana. Hehe.
Orang Muar sarapan dengan sate. Patutlah Faezah jenis yang suka makan sate. Kaitan? Haha..
Mee bandung Muar. Sedap, tapi manis sikit.
Mekna dan Min. Berjalan habis-habisan Min cuti ini. Senang bawa budak ni.
Joy tidur di rumah Biha malam itu. Sesampai kami, Biha sedang bersiap dan kami, hehe. Bergambar seperti biasa.
Juara Bintang Tiru Gaya P Ramlee zon utara yang merupakan saudara Biha sedang mendendangkan lagu Madu Tiga.
Kami bergerak pulang dalam jam 3 petang kerana hari mulai hujan. Biha pun dah selamat makan beradap. Kepada Biha dan Alan, Barakallah hu lakuma wa baraka alaikuma Wa jamaah baina kuma fii khair. Selamat bercinta sampai ke syurga.
Sampai di PJ hampir jam 6 petang kerana terdapat sedikit kesesakan di Bangi akibat kemalangan. Selepas menghantar Mekna, Joy dan Min di PJ saya pulang ke Klang. Di rumah saya, ramainya saudara-mara. Wee~~. Nafisah dan Naziha dibantu oleh Rahman dan Mamat sedang menyiapkan bahan-bahan untuk menggoreng meehon. Rahman membantu? Ajaib. Hehe. Dia dipaksa membantu yer. Tapi, membantu juga. Mak Chah sekeluarga datang mahu menghadiri majlis perkahwinan adik Achik Didi bersama nenek. Mamat yang memandu bersama Rahman. Dah besar sepupu saya. Mak Chah demam dan berbaring di dalam bilik sahaja. Pagi tadi mereka telah melawat Mus'ab di TTDI Jaya, pergi ke kenduri dan melawat anak Lina, Irfan di SJMC. Cik Lia juga pergi sama melawat Irfan. Saya doakan Irfan segera sembuh dan kembali menceriakan keluarga Pak Long saya. Selain itu, untuk Lina dan Zack serta keluarga Pak Long, saya doakan diberikan ketabahan dan kesabaran menghadapi ujian dan kasih sayang ALLAH ini.
Love..
No comments:
Post a Comment