Wednesday, February 20, 2013

Girls Trip - Broga

Adik-adik saya yang tercinta Nafisah dan Naziha beria-ia mengajak saya memanjat Bukit Broga. Saya pernah memanjatnya sebagai latihan sebelum ke Gunung Kinabalu. Ketika itu, saya cuma mengikut pekerja Gamuda sahaja tanpa mengetahui jalan. Mujur ada satu application di dalam smartphone yang sangat membantu pemandu-pemandu di jalanraya mencari lokasi lantas menjadikannya buta jalan kerana bergantung penuh kepada telefon bijak sahaja. Tetapi tidak mengapa. Sila gunakan teknologi sehabis baik ya. :D

Terima kasih juga kepada Daus kerana meminjamkan telefon bijaknya. Oleh kerana telefon saya separa bijak (tak cukup memory), saya telah menginstall waze di dalam telefon Daus dan diangkut sekali bersama kami pada pagi Isnin minggu yang lalu. Tanda adik saya masih solo, tidak peduli telefon ada di tangan atau tidak. Hehe.

Mekna, Joy dan Min menunggu kami di PJ sahaja dan kami berkonvoi bersama waze di pagi yang gelap gelita itu. Kami berjaya sampai ke kaki Bukit Broga kira-kira jam 5.30 pagi. Sementara mencari parkir yang sudah hampir penuh, jam sudah mencecah ke angka 6. Sudah ramai orang yang mendahului kami rupanya-rupanya. Ingat kami dah awal dah. Pagi sungguh berjaga hari itu. Kalau hari-hari macam ni, mesti murah rezeki saya. Berpagi-pagian itukan sunnah. :D

Baru lepas solat subuh. Check point yang pertama. Lihat di belakang gambar, masih ada yang perlu didaki lagi.


Yang berbaju hijau itu kawan Nafisah, Amal.


Matahari segan-segan nak keluar. Kami tidak berjaya melihat matahari terbit. Ada sesi lain lepas ini mungkin. Jom sedara-sedara saya.

Di separuh perjalanan ke check point yang kedua. Dua saja pun. Hehe.

Dah nak sampai atas, jalan agak landai dan berumput.

Tidak lama juga di check point kedua, kami memulakan perjalanan turun.

Kawasan berbatu-batu. Semasa naik tadi tidak nampak kerana masih gelap.

Kecuraman.

Masih ramai yang mahu mendaki. Aktiviti yang sihat. Sesuai untuk seisi keluarga.  



Kami sudah selesai, giliran mereka pula memajat. Turun dulu ya. :D


Berjaya sampai ke kaki bukit kembali.

Naziha mempunyai kawan yang tinggal berdekatan dengan Bukit Broga. Katanya, jika kita sampai di puncak, akan ada papan tanda bertulis Puncak Broga. Kami tidak jumpa. Maknanya, tidak sampai ke puncak lagi. Hehe. Perlu ada rancangan di lain kali untuk sampai ke puncak dan seterusnya bermandi-manda di Sungai Tekala. Mari-mari sesiapa yang mahu mengikutnya. Sarapan sebelum mendaki, sila bawa lampu suluh, jiwa yang tenang dan semangat yang kental untuk mendaki. Di samping itu, persiapakan muka yang ceria untuk bergambar jika selepas ini tidak mahu mendaki lagi. Sekurang-kurangnya sudah ada gambar yang comel di atas Bukit Broga. Bukti tu.

Meluangkan masa bersama adik-adik memang gembira. Saya jarang keluar bersama adik-adik saya. Ya lah, sudah jumpa di rumah sampai jemu tengok muka masing-masing. Nak keluar lagi. Memang tidaklah. Haha. Rupanya, bila keluar ini perasaan dan suasananya berlainan sekali. Saya lebih rapat dengan mereka. Lepas ini, kita plan pergi bercuti dengan mak dan ayah sekali ya sayang. Tak pun, korang rancang, akak sponsor duit dan kenaikan. Hihi. ;p . Alhamdulillah atas nikmat ini Ya ALLAH.  

Love..

No comments: