Kawan baik saya semenjak dari kecil Siti
Zalilah binti Nor Munir telah berkahwin. Yeay. Saya gembira. Saya mula kembali
rapat bersama-samanya ketika dia mengajak saya untuk ke majlis pertunangannya.
Saya jarang berjumpa dengan Ila. Kadang-kadang hampir bertahun-tahun tidak
jumpa. Tetapi, bila berjumpa, wah, semua kenangan dan rahsia habis dalam masa
sehari. Saya dan dia berborak dari pagi sampai ke malam. Kami jarang berjumpa,
tetapi bila berjumpa, semua masa dan perhatian saya adalah untuk dia.
Ceritanya, dia berkenalan dengan Hafis melalui rakannya di sekolah. Kemudian
terus menyuruhnya berjumpa dengan mak dah ayahnya semasa raya. Memang sudah
jodoh, semuanya dipermudahkan. Ibunya suka dengan Hafis berbanding semua calon
yang dibawa sebelum ini. Selepas itu, terus bertunang dan berkahwin. Tidak
sampai setahun jarak perkenalan dan perkahwinan mereka. Semuanya dipermudahkan
oleh ALLAH. Saya berdoa, saya juga begitu. Tidak mahu bercinta lama-lama. Okay,
berangan Nadiah. Hehe. Keadaan Ila sama seperti kawan rapat saya di sekolah
menengah dan di universiti. Sham dan Ina. Kami jarang berjumpa dan jarang juga
bermesej. Mungkin saya bukan lagi teman rapat mereka, tetapi mereka masih teman
rapat saya. Tetapi, saya tahu, saya boleh mencari mereka jika ketia menghadapi masalah
dan mereka juga boleh mencari saya. :D
Ila, kawan saya semasa tinggal di Kampung
Tepi Sungai dahulu. Nombor rumah saya yang lama adalah 14D dan dia adalah 8D.
Dia bukan teman sepermainan saya. Ila merupakan seorang anak dara yang baik.
Dia tidak bermain sorok-sorok, galah panjang, rondas dan lubang babi dengan
kami yang kebanyakkannya lelaki. Hehe. Dia duduk di rumah dan belajar masak.
Saya dan dia rapat kerana kami bersekolah di sekolah kebangsaan dan sekolah
agama yang sama. Kami ke sekolah agama bersama-sama menaiki basikal. Kami mula terpisah ketika
saya berpindah sekolah di Melaka. Cuma kadang-kadang jika mempunyai kesempatan
baru kami berjumpa. Boleh dikira dengan jari hari kami berjumpa kerana
masing-masing sibuk. Tetapi, untuk semua perkara besar yang berlaku dalam
hidup, kami akan menyokong antara satu sama lain. Alhamdulillah, ALLAH memberi saya kesempatan
menghadirkan diri ketika beliau bertunang dan kemudian dia menjemput saya
menjadi pengepitnya ketika majlis perkahwinannya.
Masa yang ditunggu telah tiba. Ila selamat
dinikahkan bersama Hafis pada 12 May 2012 di rumah beliau yang terletak di
Jalan Johan Setia dengan sekali lafaz. Konfiden benar anak muda sekarang ini.
Jarang saya dengar dua kali lafaz. Semuanya sekali. Lafaz yang datangnya
bersekali dengan tanggungjawab yang berat. Memimpin dan mendidik seorang dan
bakal anak-anak dalam mencari redha ALLAH dan menuju ke syurga yang hakiki. Ini
bukanlah kali pertama ayahya menikahkan anak, mungkin kurang gementar. Adiknya
Zalina telah berkahwin pada tahun lepas. Tetapi, jika mengikut tarikh bulan,
tidak sampai setahun kerana majlis adiknya pada bulan November. Saya selalu
bising dengannya menyuruhnya membuat sekali bersama adiknya. Tetapi dia tidak
mahu. Wah, cepatnya masa berlalu. Sudah selesai majlisnya dan dah lepas hampir
dua bulan juga dari tarikh saya mengupdate kisah ini.
Bang, eh belum lagi. Awak kat mana tu?
Tak membantu punya pembantu. Tak tolong pengantin langsung. Hehe.
Orang tengah sibuk cari bakal suami nilah nak tangkap gambar.
Cuak. Cuak.
Encik Monir dan Cik Zurai bersama menantu baru.
Majlis berlangsung pada keesokan harinya. Walaupun baru tahun lepas mengadakan kenduri, tetapi tetamu masih ramai. Ibu dan ayah Ila merupakan orang yang suka meraikan orang lain. Suka memasak dan menjemput orang makan. Mungkin disebabkan itu, orang masih mahu menghadiri kenduri itu. Perkara yang paling mengujakan adalah kehadiran murid-murid Ila dari Port Dickson di dalam satu bas yang hasil usaha murid-murid itu sendiri. Mencari bas dan mengumpul sesama mereka untuk pergi ke majlis perkahwinan ustazah mereka. Sampai ada kawan kami yang berkata Ila telah memberi sesuatu kepada muridnya sehingga mereka berusaha sebegitu sekali. Tetapi, ada sesuatu di dalam Ila yang menyebabkan dia disukai sebegitu. Saya dan dia pernah berborak mengenai persekitaran sekolahnya. Keadaan di sekolah yang berdekatan dengan kem tentera dan kebanyakkan pelajar merupakan anak tentera selain berdekatan dengan pantai yang sangat terdedah dengan gejala sosial. Ila di atas inisiatif sendiri membuat kelas tambahan dan selalu mengambil berat perihal anak muridnya. Ya, memberikan kasih sayang dan perhatian yang kurang mereka dapat kerana ibu bapa mereka sibuk mencari rezeki. Wah, memang dengar macam cerita di dalam televisyenlah. Hasilnya, anak murid lebih mendengar kata. Kasih sayang adalah kuncinya. Hasilnya, mereka lebih rapat dengan kita dan lebih mendengar kata. Lebih mudah untuk memupuk dan mengajar ke arah kebaikan. Bas itu satu, tidak termasuk dua orang pelajarnya lepasan SPM yang sanggup bermalam dan membantu sepanjang majlis. Memang terbaiklah Ila.
Sabar menunggu.
Pengantin lelaki di seberang sana.
Kami perlu ke seberang sana juga.
Berjaya. Kembali semula ke sini di bawah pedang gitu.
Raja sehari bersama pari-pari dan para-para. :D
Hadiah untuk Ila. Sangat suka katanya.
Buat Ila dan Hafis, selamat melayari bahtera rumah tangga. Didoakan semoga kalian tabah dan sabar sepanjang membina jambatan ke syurga. SELAMAT BERCINTA SAMPAI KE SYURGA.
Malam Ahadnya pula, saya ke Stadium Malawati sempena Sambutan Hari Pekerja oleh Lajnah Buruh dan Peneroka Bandar. Pada petang harinya, Mekna dan Pak Busu saya telah membaca sajak untuk majlis ini. Tetapi, saya tidak dapat menyaksikannya kerana terlelap setelah pulang dari majlis Ila. Saya sempat mendengar ceramah dari Anwar Ibrahim. Sudah lama rasanya tidak mendengar ceramah politik. Saya berdoa untuk kemenangan Pakatan Rakyat untuk pilihanraya akan datang. Amin. J
Love..
1 comment:
semoga Ila dan suami berbahagia hingga akhir hayat dan memperoleh zuriat yg soleh dan solehah.Allah SWT dh tentukan jodoh yg trbaik utk kita. Jgn sesekali menoleh kebelakang, mengingati kenangan yg lalu.tak semua yg kita impikan itu kdg2 indah. :)
port klang.
Post a Comment