Banyak latihan yang dianjurkan oleh Gamuda
sebelum kami semua menawan puncak Kinabalu sebagai menguji kemampuan diri. Cuma
satu yang berjaya saya ikuti iaitu menawan Bukit Broga. Selain itu, mereka juga
membuat aktiviti mendaki ke Bukit Gasing dan Gunung Irau. Tetapi, jadual saya
tidak membenarkan saya mengikutinya. Maka, ke Semenyih saya bersama Faezah dan
Anis. Perjalanan dari SS2 dimulakan seawal jam 3 pagi. Awal kot. Faezah dan
Anis bermalam di rumah sewa saya dan kami ke sana menaiki kereta Faezah. Kami
berkonvoi bersama seorang staf Gamuda yang tinggal di SS2 kerana tidak
mengetahui jalan ke sana. Sampai di sana hampir jam 5 pagi. Kami memulakan
pendakian ketika gelap. Faezah dan saya menggunakan lampu suluh pada telefon
bimbit dan Anis membeli lampu suluh yang dijual di sana. Kami memulakan
perjalanan di dalam kelompok bersama dengan staf Gamuda yang lain. Tetapi
memandangkan jarang bersenam, maka kelajuan kami tidak sama. Kami tertinggal di
belakang. Hehe. Mujur di atas sana masih terdapat liputan telefon. Mereka
menelefon kami bertanya keadaan kami. Alhamdulillah. Masih berjaya meneruskan
perjalanan.
Keadaan di bukit seperti berbatu-batu dan
curam. Faezah merupakan seorang yang gayat. Ketika menaikinya dalam keadaan
gelap menyebabkan beliau tidak merasakan apa-apa. Apabila turun ketika keadaan
sudah cerah, maka bermulalah sesi berhenti-henti dan sesi motivasi yang perlu
diberikan kepada Faezah. Hehe. Pada jam lebih kurang 6.45pagi, kami masih belum
sampai ke puncak. Mujur di sini sudah kurang kecuraman dan terdapat kawasan
yang lebih rata. Kami bersolat sahaja di sini. Masih ada juga orang yang
bersolat sama di sini. Alhamdulillah. Allah Maha Kaya, kita boleh bersolat
dengan pakaian yang dipakai sahaja yang menutup aurat. Menggunakan sebotol air
mineral untuk mengambil wudhu’ yang dikongsi tiga dan masih mencukupi. Kagum.
Biasa di rumah, buka air paip macam air terjun. Terasa bersahabat dengan
syaitan ketika di rumah. Hehe.
Ini bukan kami.
Selepas bersolat, kami meneruskan
perjalanan. Sampai ke satu puncak yang lain, masih ada puncak yang lain lagi.
Tetapi, kami membuat keputusan untuk berehat sahaja di sini. Sambil melihat
matahari yang hampir menunjukkan mukanya dan menghirup udara segar, kami
bergambar dan makan di sini. Cantik pemandangannya. Kelihatan perkampungan di
bawah sangat kecil. SubhanALLAH, ALLAH, MasyALLAH. Memang sangat cantik. Sesuai
untuk sesiapa yang meminati fotografi.
Selepas puas bergambar dan berehat, kami
pun memulakan perjalanan pulang. Hah! Dah nampak laluannya sangat curam. Faezah
hampir menangis kerana gayat. Bahaya juga penyakit ini ya. Baru saya faham
perasaannya. Mujur tiada keadaan yang tidak diingini berlaku. Kami selamat
turun ke bawah dan selamat sampai ke rumah mengikut GPS Faezah kerana telah
terpisah dengan sahabat dari Gamuda tadi.
Matahari baru mahu tersenyum. :D
Model tak berbayar.
Cantiknya pemandangan dari atas puncak ini.
Pit stop kami. Dah tak larat nak meneruskan perjalanan. Hehe.
Sesi bergambar. Saya sudah kepenatan.
Anis juga mahu bergambar bersama lalang-lalang yang cantik. Hehe.
Inilah laluan sebelum kami berhenti tadi.
Muka berpuas hati dengan pencapaian diri. :D
Budak gayat ni. Nak turun dah. Wee¬¬¬
Turun-turun, ada pakcik jual aiskrim. Tiga scope seringgit. Murah betul pakcik.
Saya memang suka aktiviti luar rupanya. Haha. Baru tahu Nadiah. Saya selalu bersemangat untuk aktiviti-aktiviti mengeluarkan peluh. Badan sihat otak pun cergas. Saya berdoa begitu. Sepanjang perjalanan turun, ramai juga orang yang baru memulakan pendakian. Kebanyakannya kaum cina. Ada juga melayu, tetapi yang ramainya masih kaum cina. Rajin sungguh mereka berpagi-pagian. Sedangkan Rasulullah S.A.W yang berpesan kepada orang Islam supaya berpagi-pagian untuk memurahkan rezeki. Siapa mahu dimurahkan rezeki, sila berpagi-pagian ya. :D
Love..
No comments:
Post a Comment