Sudah lama tidak berblog. Bukannya tiada aktiviti yang mahu dijadikan kenangan, cuma semakin tiada idea menulis. Haha. Alasan. Kemalasan melanda sebenarnya. Antara yang paling rajin mengupdate blog dalam keluarga kami ialah Mak Ngah saya. Saya merupakan silent readernya. Hehe. Teruskan usaha Mak Ngah.
Keluarga baru Haji Othman
Kenangan saya pada hari ini ialah menerima anggota baru dalam keluarga kami. Cicit yang ke-3 dalam keluarga Othman telah lahir pada semalam hari. Juga merupakan cucu yang ke-3 ayah saya dilahirkan pada 23 Mei 2011 pada jam 10.00 pagi di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). Kak Long saya selamat melahirkan anak perempuan sulungnya. Mekna, Encik Anuar dan saya sempat menjadi antara yang terawal melawat Kak Long saya. Sejurus selepas waktu pejabat kami bergegas ke PPUM yang terletak tidak jauh dari rumah sewa saya di PJ. Kami menimbangkan bahawa kamilah orang terawal, rupa-rupanya tidak. Sesampai kami di sana, emak mertua kakak saya sudah berada di hospital. Cik Yaminah yang merupakan jiran kami semasa kami duduk setinggan di tepi sungai yang lalu telah dijemput oleh abang ipar saya. Kata Cik Yam juga, mak dan ayah saya baru sahaja pulang dan akan ke rumah Pak Long. Ok, maknanya kami bukan yang terawal. Hehe.
Kak Long saya telah dimasukkan ke hospital pada petang Ahad kerana telah mengalami sakit yang sekejap-sekejap. Pada jam 8 pagi Isninnya, beliau telah di bawa ke bilik bersalin dan selamat melahirkan anak jam 10.00 pagi. Alhamdulillah, Kak Long saya juga mudah. Mengikut emak saya katanya. Emak saya juga bersalin mudah. Saya fikir, 2 jam itu sudah singkat untuk jangka masa bersalin. Rupa-rupanya tidak. Kakak saya yang kedua cuma mengambil masa selama 55 minit semasa melahirkan anaknya yang pertama. Itupun kata Kak Mi, jururawat di Hospital Klang sudah memarahi beliau kerana terlalu lama di wad bersalin. Lain hospital, lain pendekatannya. Mungkin disebabkan terlalu ramai orang di Hospital Klang menyebabkan keadaan menjadi begitu. Bilalah hospital di Shah Alam boleh beroperasi? Terlalu banyak korupsi sehingga kesihatan rakyat juga diperdagangkan.
Encik Anuar mendoakan baby.
Topi mengalahkan chef anak buah Alang ni.
Kak Long saya tiada di katil sewaktu kami datang. Baby sahaja yang tinggal bersama Cik Yam. Saya tengok anak buah saya ini. Argh. Sangat comel hamba ALLAH ini. Subhanallah. Pipi dia. Memang kena gomollah balik Klang nanti. Alhamdulillah, kakak saya dan anaknya sihat. Bayi seberat 2.80 kg ini belum mempunyai nama. Jadi sekarang, boleh memanggilnya dengan nama apa sahaja mengikut selera masing-masing ya. Mak Ina telah memanggil dengan nama Aleya. Amir mahu menamakannya sebagai Siti Aminah. Ini mesti kes baru lepas tengok Nur Kasih Amir ni. Ada nama sebenarnya kata Kak Long saya. Cuma masih dirahsiakan. Jika tidak silap saya, sunnah menamakan anak pada hari ke-7 selepas kelahiran. Saya juga tidak pasti hukum itu betul atau tidak. Nanti confirm balik dengan ayah saya.
Semoga menjadi anak yang solehah besar nanti.
Kak Long, Abang Aidil dan baby.
Saya sudah mempunyi 3 orang anak buah. Wah! Sungguh tidak sangka. Muhammad Afiq dan Muhammad Akmal serta seorang yang namanya belum diketahui. Semoga kalian menjadi anak yang soleh dan solehah apabila besar kelak.
Love..
2 comments:
Tahniah dapat anak buah baru
http://orderbookonline.blogspot.com/2011/05/buku-bimbingan-rohani-3.html
Terima kasih.
Post a Comment