Monday, May 30, 2011

Makan-makan di rumah Kak Morni

Kisah bermula dari kakak pejabat saya yang mengajak saya menemaninya sepanjang ketiadaan suaminya yang terpaksa berkursus di Langkawi. Lalu saya mencadangkan untuk membuat makan-makan bersama dengan rakan-rakan perempuan kami di rumah Kak Morni. Ala-ala parti bujanglah kononnya. Tetapi, Kak Morni memberi cadangan yang lebih bernas dan menarik iaitu dengan mengajak semua geng-geng pejabat yang sekepala dengan kami seperti adik-adik trainee dan kawan-kawan qs yang rapat dengan kami. Yang kepala besar-besar sikit tidak tergolong dalam majlis ini. Maaf.

Selepas perancangan diutarakan kepada ahli mesyuarat tingkap (teman-teman sepermakanan) pejabat kami. Cadangan untuk membakar-bakar dipersetujui ramai dan ahli mesyuarat juga bersetuju untuk menghulurkan bantuan dana dan kepakaran memasak. Ebah akan memasak yee mee dan Am akan memasak spageti. Saya selaku koordinator tak bertauliah telah mengajak jemputan melalui e-mel dan pengesahan yang dibuat seramai 20 orang yang akan hadir. Bab makan, ramailah anggotanya. Hehe. Maka, tarikhnya adalah bersamaan 24hb May 2011 bersamaan Selasa. Destinasinya di rumah Kak Morni di Puncak Alam. Nasib baik Kak Long saya melahirkan anak buah saya pada Isnin pagi. Jika tidak, saya mungkin tidak dapat menghadiri majlis ini. Kena on-call konon-kononnya. Nur Afifah pandai pilih masa nak keluar ya sayang.


Orang kuat dapur. Syaf, Ecah, Ili, Am dan Ebah.

Menu di dapur basah adalah yee mee dan spageti. Chefnya Ebah dan Am. Lihat muka ceria mereka di dapur. Masak dengan penuh kasih sayang, maka hasilnya menarik. Yee mee Ebah memang sedap dan Am punya spageti juga. Korang berdua, sudah boleh berkahwin ya. :) Dapur di luar pula upacara membakar-bakar apa yang patut. Adli bersusah payah menghidupkan api dan mengeluarkan segala tenaga sehingga setelah api berjaya dihidupkan, beliau meninggalkan kami yang comel-comel ini membakar kesemua ayam, ikan, udang dan sotong yang telah ditaja oleh Kak Morni.

Paie, Faezah dan saya bertungkus-lumus membakar.

Makanan yang sangat banyak. Alhamdulillah tidak membazir.

Masing-masing sudah lapar. Meratah apa yang patut. Imam mudanya tak kena marah lagi.

Kek kejutan dari Kak Morni untuk semua birthday girl dan birthday boy bulan May dan Jun

Bergambar sebelum masing-masing mengundurkan diri. Terima kasih semua.

Budak-budak perempuan semuanya tidur di rumah Kak Morni malam itu. Keesokan harinya, melalui jalan yang terpaksa ditempuh oleh Kak Morni hari-hari. Kesesakan lalu-lintas yang sangat hebat bagi saya yang jarang terperangkap kerana menaiki motor. Kak Morni keluar rumah jam 7 pagi setiap hari kerana akan terperangkap di dalam kesesakan dan lewat tiba di pejabat. Baginya biasa, bagi saya luar biasa. Masa-masa itu, biasanya saya tengah mandi. Haha.

Kepada semua yang menjayakan majlis ini, ribuan terima kasih diucapkan. Kalian semua memang sahabat yang baik. Semoga ukhwah yang terjalin ini berkekalan di dunia dan akhirat.

Love.

No comments: