Alhamdulillah diberi kesempatan balik ke Malaysia selepas hampir setahun di Australia. Kita reward diri sendiri dengan balik naik MAS. Bajet selesa sikit. Sekali aku punya luggage lebih 15kg. Nak tambah luggage punyalah mahal. Sampai seribu RM. Dari aku tambah luggage ni, baiklah aku enjoy2 sakan di Malaysia nanti. Fikir aku. Jadi, aku pun pos sikit barang ni. Lebih kurang sekilo $15. Kalau beli luggage sekilo jatuh $28. Pastu aku bagi sikit dekat Layla sebab luggage dia 35kg. Kaya diorang ni, beli flexi terus. Aku tak sure harga berapa flexi ni, tapi memang tak pening kepalalah. Haha. Untuk ketenangan jiwa kata Aleen, bayar je. Haha.
Settle urusan luggage. Aku settlekan kerja last day kat site Hari Rabu. Hari Khamis, aku wfh sebab nak kemas barang lagi. Aku nak kemas freezer sebab ada barang lagi tak buang. Pastu nak lari kejap pergi hantar barang kat paie. Sebelum balik Rabu tu, aku bye-bye ar dekat Evan dan Dan. Dan kata safe flight and enjoy your holidays je. Evan comel, dia kata ‘Thank you for all the helps this year. Will do it again next year.’ Haha.
Khamis pagi tu, aku beli luggage juga untuk flight aku, pastu sikit aku nak hantar kat paie. Plan aku, pergi rumah paie dan terus pergi airport. Tapi, sebab sparky Layla nak hantar pergi airport, aku tinggalkan beg dan pergi sendiri je. Tengah aku siap2 nak zuhur, dalam pukul 1, dapat notification kata flight delay. Ke besoknya, Jumaat. Besok yer. Haha. Lari plan aku nak mengangkang kat rumah Jumaat tu. Mira kata, sepanjang dia balik Malaysia naik MAS tak pernah jadi camni. Delay pun tak. Nasiblah.
Sempat jalan2 city malam tu
Esoknya, masih gigih sparky Layla nak hantar pergi airport yer. Masa tunggu kat bawah tu, dari jauh dah nampak hilux opis tu menuju ke kitorang. Sepatutnya lena u-turn dekat traffic light. Tapi, sparky dia selamba langgar kerb u-turn je. Masa nak angkat beg naik kereta tu, aku tanyalah, ‘Where do you get your license?’ Dia jawab, ‘In the cereal box.’ Orang Aussie ni selain dia confident je nak cakap apa, diorang punya reply tu sangat warm dan kelakar.
Selamat sampai airport Sydney akhirnya. Masa kitorang nak beratur check-in luggage, ada staf MAS yang local kata kitorang takleh check-in untuk flight kitorang. Diorang nak check-in flight yang awal sejam dari kitorang dulu. Semua penumpang yang delay semalam takleh check-in. Kitorang dah beratur, diorang minta ke tepi. Mira kata, biasanya boleh je. Dia pernah datang kat airport lima jam awal, boleh je check-in bag dulu. Pastu Mira nampak ada couple mat saleh ni, tengah makan dengan kitorang lepas imigresen. Dia kata, dia depan kitorang beratur nak check-in luggage dan lepas. Aku kata mungkin dia flight yang sejam awal tu kot. Sekali tengok dia flight sama dengan kitorang. Mira punya bengang sebab rasa macam racist je. Kitorang dia tak bagi. Orang yang sama kulit dia bagi je. Haha. Aku sengih je ar.
Bila dah masuk dalam kapal, aku dapat duduk sorang. Tepi aku takde orang. Layla pun message kata tepi dia takde orang. Tapi, haruslah tak pergi ke dia. Penat dah mengadapa diorang kat Sydney. Nak tidur je ni. Siap Layla text, jumpa kat Malaysia.
Aku berjaya tidur dan tengok movie Intern dekat netflix sebab awal-awal dah download. Aku download tiga movie, tapi berjaya tengok satu je. Satu lagi tengok movie yang MAS bagi dalam flight entrertainment tu. Dah lupa tajuk. Tolong!
Dah sampai KLIA, aku tunggu Mina datang amik. Dia cuti Jumaat tu sebab cadang nak amik aku malam semalam dan duduk Klang. Aku budget2 akan rasa syahdu sebab dah sampai kat Malaysia, rindu semua. Tapi, penat punya pasal, aku rasa nak balik je. On the way balik lepas area Shah Alam, tak rasa pun macam balik dari Aussie. Aku rasa macam balik dari rumah sewa kat KL setiap hujung minggu. Haha.
Marilah kita bergembira dan bersyukur di Malaysia sebelum menyambung semua perjalanan kembara di Sydney.
Kali ni Evan ada. Cuma dia masuk lambat sebab ada meeting lain. Mula-mula Daniel datang sorang, aku memberanikan diri tanya mana Evan stated that biasanya diorang datang sekali. Alamak, susah sikit nampaknya meeting kali ni walaupun takde movement.
Kali ni Andy gali cost code yang sikit baki dia. Tapi, kita ada dalam 6 bulan lagi kerja sampai tahun depan. Banyak kerja mechanical. Aku setiap kali meeting dengan engineer, meeting mechanical paling pening. Kali ni Ahmed takde. Cuti paternity, so Firdaus dengan Danny yang masuk. Eh, dua jam habis yer. Actually, sejam 45 minit sebab Daus kata, diorang start lambat. Aku pulak pergi solat kejap.
Paling perform Layla. Dia sorang je jaga electrical works. Kadang-kadang, pagi tu datang awal jam 6 sebelum meeting jam 12 tengahari. Group cross-passage under Hew pun tenang je bila meeting. Boleh explainlah kalau overrun tu kenapa. Yang group mechanical ni paling pening. Tapi, diorang dapat award masa Gamuda dinner. Aku pun mengumpatlah dengan Mira dan Layla, ‘Sebab tu kau jangan tengok luaran je. Nampak bagus terima award bagai, buat forecast hauk.’
Sebenarnya, taknaklah kutuk orang sangat. Aku takdelah bagus juga. Aku pun work in progress. Alhamdulillah kena campak sini, takdelah aku duduk kat zon selesa aku. Tapi, asal kat sini pun macam selesa? Nadiah nadiah.
Aku ada terinspirasi satu podcast ni, masa scroll2 youtube sebab dah premium, terjumpa podcast ni. Seorang Dr by PhD Dr. Bagus Muljadi dari Indonesia, mengundang seorang kanak-kanak Rayner Setiawan. Episod ni membuka mata dan minda saya. Tapi, biasanya akan stop dan tak berlanjutanlah semangat tu. Rayner ni ada akaun instagram sebab dia suka sains dan mak dia galakkan dia buat akaun tu untuk dia ajar orang masa umur dia 8 tahun. Lapan tahun wei. Aku buat apa time tu? Time 38 tahun ni pun aku tak buat apa yang wau pun. Haha. Takpe, kita takde pertandingan siapa hebat buat apa. Janji kau bermanfaat untuk orang lain dengan kapasiti kau. Aku habiskan podcast ni walaupun diorang cakap pasal sains yang aku tak faham sangat. Dengar sebab kagum dengan budak ni dan sangat merendah diri walaupun ilmu dia banyak giler. Moga membesar sentiasa dalam lindungan Allah dan beri manfaat orang lain.
Satu quote yang aku rasa boleh ambil dari podcast ni adalah ‘Kau tak boleh ubah sesuatu dalam seminggu, tapi kau boleh tukar pemikiran kau dalam satu saat.’ - Bacalah Atomic Habit.
Aku ni, dah lama terdedah dengan orang-orang hebat. Tak amik langsung iktibar orang keliling. Masa dengan En. Anuar, kawan2 dia jangan katalah hebatnya, excellent di setiap bidang. Aku rasa aku boleh push lagi diri ni. Cuma malas dan biasa membazir masa muda dan sihat je. Haha. Tapi, ada satu habit yang aku syukur sangat iaitu senang terikut orang lain terutamanya benda-benda baik. Aku ada fasa suka dengar Ust Wan Ji, Prof Muhaya, Habib Jaafar, Jordan Peterson, Zulfikri Zamir, Ust Azlan Shah, Gita Wirjawan, Dr. Maza, Ust. Pahrol Juoi, Dr. Omar Suleiman, Sheikh Hamza Yusof, Dr. Yasir Qadhi, Tariq Ramadan, Dr Fahruddin Faiz, Prof Quraisy Shihab, Ust Khalid Basalamah, Oki Setiana Dewi dan lain-lain. Yang ni yang aku ingatlah. Ada fasa-fasa time dengar tu, dia aje. Lepas tu tukar. So, sekarang tengah dengar log-in. Podcast Habib Jaafar dengan Onad. Kau tengok sudut pandang agama Islam dan agama lain.
Alhamdulillah, tak jauh lari sangatlah pedoman hidup ni sebab berada dalam lingkaran orang yang baik dan masih mencari kebaikan. Walaupun boleh jadi lagi baik sebenarnya. Marilah kita tengok macammana hidup lepas ni. Semoga menjadi lebih baik dan bermanfaat untuk ramai.
Semalam meraikan birthday Ain sebelum dia pulang ke Malaysia hari ini. Dia akan pulang ke Malaysia sempena hujung tahun office closedown. Saya, Layla dan Mira akan pulang pada 19hb Dec nanti. Tidak berjanji, tetapi tiba-tiba ramai pula yang balik time tu. Nicole, Lin San, Daniel, Chang, Alvin. Hehe. Beramai-ramailah kita nanti dalam kapal terbang.
Hari jadi Ain 18hb Dec, tetapi memandangkan dia akan pulang awal, maka kita sambut dahulu. Semasa sedang makan-makan, Layla memberitahu yang meja di sebelahnya sibuk bercerita mengenai engineer. Tengok macam budak-budak baru nak up. Pasang telinga Layla sebab katanya, tolonglah cerita macam bagus je nak jadi engineer. Sama macam sekali kami berenang di rumah Grace, ada dua orang lelaki sibuk bercerita pasal diri sendiri yang engineer. Layla yang dengar macam menyampah. Berlagak katanya. Nak jual diri kata diorang ni engineer ar tu. Haha. Aku gelak je. Jarang ada orang cerita pasal QS. Iyelah, takleh berlagak kot.
Pastu Layla pun sibuk-sibuk berlakon nak bagitau dia engineer juga, tapi tak jadi. Tiba-tiba cakap English. Haha. Aku bantai gelak je. Pastu Ain cerita pasal dia pergi site dekat Batching Plant nak inspect. Batching Plant ni tempat bancuh concrete sebelum dia bawa pergi site. Dia ceritalah dia geram dengan graduate engineer subcon, pastu masuk sikit2 Sydney Metro, QC test, concrete testing. Memang engineer terms betul. Aku dengar je ar Ain cerita. Pastu Mira kata, dah tak dengar dah meja sebelah borak-borak pasal engineering. Haha. Lawaklah diorang ni.
Kitorang borak-borak dan kata memang rezeki dapat kerja kat sini. Ni semua sebab MRT 3 tak jalan. Semua sampai sini. Kalau tak, kita masih lagi kerja kat Gamuda Malaysia yer. Haha. Aku memang taknak kerja MRT3. Awal-awal dah cakap kat Ai Tee.
Faezah masa tu kata, aku kat sini mesti dah berhabuk cakap Englishkan? Mananya.. Aku ni kerja cakap dengan orang Malaysia je. Haha. Sayang juga rasanya sebab tak practise English. Layla siap bagitau, dalam meeting, Evan yang tunggu aku jawab dan cuba faham. Bukan aku yang fahamkan Evan. Haha. Nak kena amik peluang ni untuk belajar Englishlah. Cakap banyak-banyak dengan orang luar Nadiah. Huhu.
Nak balik dah. Alhamdulillah untuk nikmat setahun kat sini. Berjaya dah cita-cita aku nak cukupkan duit untuk mak ayah pergi haji pakej. Tak sangka betul. Bajet sorang RM50k. Masa tu dah ada lebih separuh kat bank masing-masing. Adik-adik aku pun ada topup sekali. Kalau masih dekat Malaysia, bukan tahun ni kot cukupnya. Kat sini, eh eh, dah cukup dah. Alhamdulillah. Semoga mak dengan ayah dapat pergi haji tahun depan pakej MKM. Sekarang nak start kumpul duit untuk bawa mak ayah datang Sydney pula. Tapi, malasnya nak buat itinerary. Haha. Takpe, kumpul duit dulu.
Antara benda yang selalu ditegur Ai Tee dulu adalah kurang check kerja. Saya akui agak clumsy dan tidak teliti di bidang ini. Jadi biasanya akan memeriksa beberapa kali kerja sebelum menghantar apa-apa email. Dah apabila teringat, pastinya mengucap Bismillah sebelum menekan butang "Send".
Forecast meeting kali ini mencatatkan overrum $500k. Dengan ketiadaan Evan, dan gagalnya Dan menjawab dan menjustify mengapa ada overrun, menegangkan suasana di dalam bilik meeting. Berbanding di Malaysia, walaupun overall budget dipegang oleh Project Manager, kami sebagai QS masih ada say terhadap budget2 itu. Tidak di sini, saya merasakan begitu sukar untuk memahami apa yang mereka forecast dan sepertinya bertukar-tukar setiap bulan. Terutamanya untuk plant team.
Saya agak kesian melihat Dan di dalam meeting waktu itu dan berdoa dia diberikan ketenangan. Tetapi, itulah harga yang perlu dibayar dengan jawatan dan gaji itu. Ketika meeting bersama-sama dengan engineer, beberapa kali saya mendengarnya mendengus. Teringat saya di bulan lepas semasa dia bercuti sebulan, Evan siap berpesan kepada saya yang dia akan membuat bahagian forecast Dan. Tetapi kali ini, Dan masih memerlukan Evan kerana saya ternampaknya meeting online bersama. Saya selalu berdoa semoga saya tidak menyusahkan orang dengan ketidakcekapan saya, jika tidak boleh membantu yang banyak pun.
Semasa meeting itu, Hau Wei juga telah menegur kami tidak pandai menjaga budget. Saya merasa terasa. Adakah semenjak saya memegangnya, budget itu menjadi kacau-bilau? Saya tidak dapat membantu banyak waktu itu. Kemudian Andy meminta saya membuat summary forecast movement dan risk & opportunity sepanjang 12 bulan dan menghantarnya selepas meeting.
Saya telah membuat summary dan meminta pandangan Chin, Ian dan Dan jika ada yang mahu ditambah. Biasanya saya tidak begini, saya hanya terus mengemail sahaja kerana di sini, pekerjaan saya sepertinya stand alone task. Setelah penambahan semua orang, saya mengemail kepada Andy dan cc kepada beberapa bos besar.
Nak dijadikan cerita, data yang saya berikan tidak cukup dan telah ditegur oleh Andy. Andy telah meminta saya membetulkannya dengan memberikan link tempat yang sepatutnya saya cari. Dan lebih dramatik kisah ini, semasa menerima email daripada Andy, Ian berada di Rosehill. Biasanya Ian hanya sekali seminggu sahaja di Rosehill. Saya mendengar Ian berkata ‘Fu**.’ Ketahuilah bahawa saya telah mencemarkan nama baik dia di mata Andy. Bagusnya Andy, dia hanya memberitahu saya kesalahan dan cc ke Ian. Tidak ke semua orang. Menjadikan saya juga menanamkan cita2 untuk tidak mencari masalah dengan semua orang dan cukuplah kepada orang yang terlibat sahaja.
Setelah itu, saya ke Ian dan meminta maaf. Ian berkata begitu kecewa kerana kesalahan ini tidak patut ditegur oleh seorang DPD. Saya meminta maaf sekali lagi kepadanya, dan cuba membetulkan keadaan. Dia hanya mengangguk dan berkata untuk meminta maaf kepada Andy juga. Saya telah bertanya dengan chatGPT contoh membuat email untuk menyatakan maaf kepada bos. Haha
Di satu sudut, saya bersedih kerana tidak menjadi seorang Cost Controller yang baik. Alangkah gembiranya jika saya itqan dalam pekerjaan dan dapat membantu orang ramai dan tidak menyusahkan orang lain. Di dalam kes ini, Ian. Saya juga membandingkan diri sendiri dan Chin waktu itu. Jika Chin, pasti benda ini tidak terjadi. Sudahlah Nadiah, Chin telah naik satu step ke atas. Kau tidak perlu membandingkan diri kau dengan dia. Masing-masing ada kelebihan dan kekurangan, raikan semuanya.
Di satu sudut yang lain, saya percaya ini qada’ dan qadar yang Allah tetapkan untuk saya belajar sesuatu. Kerana, saya saya telah bertanya kepada semua orang dan Allah tidak mengilhamkan saya untuk membuka folder yang satu lagi untuk mendapatkan jawapan. Saya perlu lebih berhati-hati dan lebih fokus dalam pekerjaan saya. Dah boleh rancang untuk mulakan bangun tahajud konsisten seminggu sekali dan tidak mencari Allah saat susah sahaja. Dah umur-umur macam ni, fokus sikit Nadiah.
Kat sini, DPD pun boleh message ko
Be better
p/s: Dalam bas nak pergi 12 jam trip ke Great Ocean Road dan aku terlupa bawa buku dan bateri habis kalau tengok telefon. So, menulis blog kita. 😍
Kak Fareen dengan mak dia dah sampai Sydney. Alhamdulillah, segala puji untuk Allah atas nikmat ni. Aku seperti biasa, MBTI orang yang tak merancang, memang jauh plannya. Jadi, Kak Fareen rancang sendiri plan dia. Hehe. Sabtu minggu dia datang tu, kitorang pergi Featherdale Wild Park. Sejam naik train dan bas ke situ dari Parramatta. Dah selamat tengok kangaroo, kaola dan semua binatang yang ada kat Austalia ni. Hehe
Pastu kitorang singgah solat dekat Auburn. Tengah tunggu Kak Fareen settle kerja dia sebelum cari makan dan balik, seorang makcik ni tegur mak Kak Fareen. Jalan dengan orang tua bertongkat ni, ramai orang nak tegur. Borak punya borak, Fatimah ni dari Turki. Duduk sini dah 30++ tahun. Husband dia beli gereja dan jadikan masjid. Pastu dia panggil husband dia sebab aku tanya macammana operational cost masjid tu sebab dia tak boleh nak jawab. Sulayman ni cerita semangat betul. Extrovert. Dia kata, hasil sumbangan orang ramai, diorang dapat bangunkan dan maintain masjid tu. Sulayman ni kira second generation duduk dekat Australia. Ayah dia dulu pun beli church dekat city dan tukar jadi masjid. Inspiring betul dengar cerita dia. Wife dia tak pernah kerja. Duduk jaga anak je empat orang kat rumah. Cakap english pun tak pandai sangat, tapi faham je. Cuma bila nak balas balik tu, dia minta husband dia yang cakap.
Lepas borak-borak nak balik, dia nak hantar kitorang pergi station. Dia sebenarnya cadang nak hantar balik Parra, tapi ada orang meninggal, dia kena balik nak uruskan. Hujung jumpa tu, dia ajak datang rumah dia. Aku yang dah umur-umur macam ni, dah malas nak tambah kawan. Mula-mula ingat akan berlalu pergi je ar macam Dita. Sekali Kak Fareen kata, okay juga kalau pergi rumah dia sebab dia bukan orang biasa-biasa. Dia beli church jadikan masjid kot. Haha. Betul juga. Orang macam ni nak kena selalu dekat. Kan sahabat2 kita cerminan kita.
Menjadi kenyataanlah kami ke rumah Sulayman. Bila kami beritahu nak pergi, Sulayman nak ambil kami dari rumah. Saya menolak kerana tidak jauh rumahnya. Cuma setengah jam dari rumah saya jika menaiki train. Semasa sampai di train station, dia masih mahu mengambil kami. Tetapi, kami sudah berjalan kaki. Sesampai di rumahnya, kami berselisih dengannya yang memandu kereta. Rupanya, dia mencari kami untuk menjemput. Tetapi, tidak berjumpa kerana kami melalui jalan lain. Masih mahu bersusah-susah demi kami. Huhu.
Rumah Sulayman sungguh cantik. Kemas dan bersih. Saya perhatikan kurang barang. Cuma benda asas saja di rumahnya. Dua tingkat dan ada basement. Katanya, dia menyewakan kepada orang ruangan basement. Dapatlah membantu membayar ansuran rumah. Tingkat atas pula diduduki oleh anaknya. Juga membayar sedikit sewa kepadanya. Katanya gelak.
Fatimah isterinya memasak untuk kami nasi. Saya cuma makan sahaja. Haha. Katanya mahu membuat dessert pagi tadi, tetapi pot yang digunakan meletup. Alhamdulillah tiada kecederaan. Selepas makan nasi, kami solat maghrib dan Isyak berjemaah. Eh, mereka melakukan solat sunat dua rakaat sahaja. Dahulu Dita pernah menceritakan kepada saya, mazhab hanbali mereka melakukan minima empat rakaat. Ada berbeza juga di dalam mazhab ni. Samalah seperti kita mazhab syafie.
Selepas solat, mereka menjamu kami dengan teh dan aiskrim. Sudah hampir jam 10 malam dan mereka masih rancak bercerita. Mak kak fareen dah memberi hint untuk pulang dan saya pun melihat jadual waktu train untuk pulang. Walaupun sudah dapat merasakan yang dia akan menghantar pulang, tetapi tidak terlalu menunjukkannya. Haha. Ya, seperti dijangkakan, dia dah Fatimah menghantar kami pulang ke Parramatta.
Banyak benda yang kami belajar dari pasangan ini. Meletakkan Allah melebihi segalanya. Tawakal yang tinggi atas semua rezeki Allah kerana Fatimah tidak pernah bekerja seumur hidupnya tetapi mereka mampu tinggal di rumah landed tiga tingkat. Berlumba-lumba membuat kebajikan apabila mahu mengambil dan menghantar kami. Mempunyai perancangan untuk ummah. Katanya selepas masjid, mereka sedang mungusahakan rumah orang tua dan kemudiannya universiti. Meraikan tetamu dan menghormati orang tua. Kedua pasangan ini sudah kematian ibu bapa, maka mereka sangat meraikan emak kak fareen. Bersyukurlah kita yang masih mempunyai doa ibu dan ayah sekarang. Alhamdulillah.