Monday, September 28, 2020

Perkenalan Dalam Hidup

Pada umur 35 tahun, saya masih rasa nak kahwin. Walaupun kisah cinta orang sekeliling kurang menyenangkan. Saya punya kakak yang bercerai, kawan yang juga baru bercerai semasa MCO, kisah rumah tangga orang sekeliling yang semakin hari semakin membimbangkan dengan cabaran yang saya fikir kadang-kadang susah agaknya cabaran kahwin ni?

Tapi, saya masih melihat perkahwinan sesuatu yang menggembirakan. Dia tidak akan senang. Tapi, boleh diselesaikan dan menggembirakan ramai orang. Contoh utama pastilah Mak Usu Baya. Kedatangan dia ke dalam keluarga kami amat menyenangkan. Kalau dia nak buat jalan-jalan, mesti ajak keluarga ramai-ramai. Kalau beli baju anak-anak dia, mesti ada bahagian anak Ami dan Along. Dan Busu jadi lebih bertanggungjawab lepas kahwin. Mana fikir yang Busu akan jadi imam setiap kali solat. Dulu, solat pun lambat-lambat. Fikiran ringkas saya, perkahwinan akan menjadikan kamu lebih baik dari sebelumnya. 

Sebenarnya, semua sesuatu perkata di dunia, jika menjadikan kamu lebih baik itu baik. Saya masih belum fikir mahu berkahwin kerana sunnah itu yang utama. Niat pastinya boleh banyak. Cuma itu bukan yang utama. Ilmu saya belum sampai ke tahap itu. Dan berkahwin kerana Allah juga belum juga. Masih mencari alasan untuk itu semua. Jika satu hari Allah izinkan saya berjumpa dengan orang yang saya suka, dan dia suka saya. Ada kekurangan dalam diri dia, saya boleh tolak ansur ke? Setakat ini, saya masih okay. Sampai di tahap mana? Saya kurang pasti. Semoga Allah beri saya petunjuk untuk semua ini. Dengan tidak menafikan selama ini saya tenang di bawah jagaan Dia. Moga Allah masih limpahkan rahmat dan kasih sayang dia ke saya sampai ke syurga. 

Kisah perkenalan dengan orang, masih  saya sambung. Saya masih menganggap ini usaha saya yang Allah belum beri hasilnya. Tetapi, ia adalah cerita yang memeriahkan jalan kehidupan saya yang agak biasa. Saya biasa sahaja orangnya. Sangat biasa. Tiada kisah luar biasa.  

Baru-baru ini, saya keluar mencari kedai bateri jam di Mytown. Dalam sedang mencari, saya disapa seorang lelaki India. Berumur dalam 40an. Dia sedang mencari kedai kopi. Dipendekkan cerita, kami minum bersama malam itu. Dalam pada sedang berborak, dia bertanya adakah saya sudah berkahwin? Dengan menjawab belum dan soalan yang sama diajukan kepadanya juga. Dia telah berpisah dengan isterinya. Saya pun okay sahaja. Kemudian, dia mahu berkenalan dengan lebih lanjut katanya kepada saya. Haha. Saya okay sahaja. Serabut dengan MCO minggu itu, menyebabkan saya menerima pelawaan minumnya malam itu. Agak seronok berbual dengan orang luar, bukan pasal kerja, tanpa ada judgement sebab tak kenal. Tidak sangka ke tujuan ini perginya. Saya masih percaya kepada intuisi sendiri. Saya tidak akan apa-apa. Lagipun kami makan di luar tempat orang ramai. 

Oleh sebab kami dalam fasa berkenalan, esoknya dia mengajak saya makan malam. Haha. Secepat ini? Saya layankan. Apabila pulang malam itu, saya menelefon ayah menceritakan hal ini. Ayah biasa sahaja. Dia kata 'Okay, keluarlah.' Saya meminta doa emak dan ayah. Jika ini adalah orangnya, mudahkan dan jika bukan, selamatkan dari apa-apa. Pagi itu, saya meminta nasihat Faezah apa yang perlu saya bualkan. Faezah sedikit pelik dengan cara orang itu melihat saya. Tetapi, dia masih bersetuju untuk saya keluar malam itu. Sedikit tips dia berikan seperti :-
  1. Tanya pekerjaan dia di mana. Pejabatnya. Bila dah ingat, nanti kita call ofis tu untuk make sure dia wujud tak? <-- Dia kata dia menumpang ofis kawannya
  2. Tanya background family dia. Nak cari dia nanti senang. <-- Katanya mak ayah dah meninggal, Abang tinggal kat Itali
  3. Tangkap gambar. <--saya gagal yang ini.
  4. Tengok IC. <--Juga saya tak berjaya minta. 

Malam Sabtu itu, saya keluar juga. Kami berborak seperti biasa. Kemudian dia mengajak saya keluar esok (Sabtu). Mula-mula ke KLCC, saya menolak. Kemudian ke Genting Highlands, saya fikir dulu saya kata. Dan turn-off dia adalah ketika dia mengajak ke Cameron Highlands dan dia meminta saya berbohong dengan emak saya dengan mengatakan saya ke sana bersama rakan pejabat. Nak ajak berbohong itu satu. Kemudian dia menyuruh saya membawa baju jika tidak sempat turun, bolehlah tidur di sana. Yang ni, serius dah habis kalahlah dia. Haha. Okay. Yang ini memang di luar minda saya. Saya masih menolak dengan lembut. Sambil gelak-gelak. Saya mencadangkan untuk bersarapan sahaja esok pagi. Tempat pun, saya akan pergi sendiri. 

Bersyukur saya dengan nikmat ayah dan emak yang saya cerita apa sahaja. Nikmat duit yang sentiasa ada untuk saya buat benda yang saya nak, nikmat penat kerja dan saya nak tidur hujung minggu je, nikmat tak pandang sangat duit orang sebab Alhamdulillah semua benda nak boleh dapat dan nikmat kasih sayang orang sekeliling. Semasa baru-baru berborak dengan Emir (katanya nama dia ni), dia tanya adakah saya stress? Saya kata tidak. Dia tanya, kerja tak stress? Saya kata, stress, tetapi bearable. Family? Okay. Saya bahagia dengan family saya. 

Jika orang yang ditegurnya mempunyai masalah kerja atau keluarga, pastinya Emir ini sesuatu yang diperlukan. Dia menceritakan berapa stabilnya dia. Membawa Mercedes, duduk di Publika dan bayar untuk makan malam kami. Saya diselamatkan Allah kerana punya kelebihan itu semua. Mungkin untuk orang lain, dia akan terikut pelawaan itu kerana kurang mendapat itu semua. Sedikit risau dengan anak buah perempuan saya. Dia tidak mendapat kasih sayang ayah sangat. Semoga kasih sayang Along menjadikannya dia tidak perlu mencari orang luar untuk itu. Di bahagian saya, haruslah lagi banyak kasih sayang perlu dicurahkan kepada anak-anak buah saya. Supaya, untuk apa sahaja terjadi di luar, kamu pulang dan kita selesaikan bersama dan terima kamu seadanya. 

Pengakhiran perkenalan saya dan Emir berakhir malam itu. Cadangan mahu bersarapan pagi dibatalkan olehnya. Tidak mengapa. Begitulah kisah perkenalan saya. Dia akan berakhir dengan mudah. Saya meneruskan kehidupan seperti biasa.

Syukur untuk semua cerita dan cinta dari Dia. 

Kesayangan Alang

Semoga dirahmati Allah selalu

Sehari sebelum Ai Tee masuk ofis. Kaitan dengan entri? Haha. 


Love..

Monday, August 24, 2020

Budget July20

Akhirnya kita bersama
Selepas beberapa ketika berteka-teka
Bila masa akan bersua

Sebulan masa diberikan 
Untuk aku hadamkan
Moga semuanya tersimpan
Dan diberi ilham 

Mudahkan
Fahamkan
Senangkan
Habiskan

................................. 

Satu antara banyak kerja Nic yang aku ambil adalah budget. Buat benda baru. Menarik. Sebenarnya agak susah sebab takde orang aku nak tanya. Masing-masing sibuk dengan MCO. Tapi, gagahkan juga nak tanya. Maka, mangsa aku haruslah Keng Meng, Sity dan Kerul. Semua ambik part sikit-sikit ajar. 

Malas nak tanya Nic. Dengan harapan, masa aku keluar dah resign nanti, janganlah orang tanya aku kerja sebelum tu lagi. Haha. Kau kena buat kerja detail-detail macam Nic, baru orang tak cari ya. Bila aku buat budget ni, aku memang tak menghadap kerja lain. Claim memang aku letak tepi je. Tak sempat. Patutlah Nic resign. Kerja dia banyak. Kerja dia, kena bahagi tiga antara aku, Nina dengan Lee Yen. Lee Yen amik Mapei, Nina amik Peri dengan waterproofing. Aku pula amik budget. 

Buat budget ni, habis semua cuti aku pulun datang kerja. Awal Muharam kerja, Sabtu pun datang juga. Ahad je dah tak larat. Malas nak fikir. Aku nak tenang je kat Klang. Isnin pula pergi rumah Ai Tee nak discuss. Simple je ar. Sebab tak perlu present. Semoga aku dapatlah buat esok bagi dekat Ai Tee. Nak cuti hari Jumaat. Orang nak kenduri tau. Apa kerja-kerja ni? Haha. 



Awal Muharam pun kerja

Rabu minggu lepas pergi jumpa Nic. Nic ajak keluar sebelum Ai Tee masuk. Borak-borak kata aku tengah buat budget. Dia kata, aku boleh buat punya. Dia cerita dia gembira dekat tempat baru. Yang penting dia boleh tidur. You still can sleep right? Alhamdulillah, banyak kerja camne pun. Tidur setakat ni, letak kepala kat bantal, selamat. Hehe. Itu je ar yang aku suka dengar. Dia gembira. 



Chan Sow Lin squad assemble

Gambar masuk IG. Haha

Aku selalu doakan orang keliling aku gembira. Nina, Sity, Faezah, Kerul dan semua. Sebab kegembiraan diri sendiri ini berjangkit. Kita akan tend to menggembirakan orang lain juga. Stress kerja tiada masalah. Tapi, gembira. A little bit stress is okay. Bak kata Ms. Loon, Nadiah tak nampak stress pun Ai Tee takde. So, Ai Tee pulangkan balik budget ke aku. Kurang hasam betul baru aku nak eksaited dia nak buat. Sekali dia pass balik dekat aku. Okaylah. Buat benda baru. 

Aku tak tahu camne nanti bila Ai Tee dah balik kerja? Semoga masih tenang seperti sekarang walaupun banyak kerja. Kerja hanyalah kerja. 

Dear Nadiah, you can do it. Don't under estimate yourself. Fight for your right. Don't offend people. Be nice. Itqan. May Allah ease dear. 

Love..

Friday, July 24, 2020

MCO claim

Selepas ketiadaan Nic, saya mengambil tugas membuat claim MCO. Claim yang memeningkan Sity dan semua Am semasa MCO. Mereka perlu update keadaan semasa di site. Dahlah waktu itu, tidak boleh keluar.

Saya hanya mengambilnya selepas kami mula semula bekerja. Oleh kerana ketiadaan Ai Tee, saya sering meminta nasihat Sity, Kerul dan Keng Meng. Banyak supporting documents dari mereka yang saya ambil dan terus guna. Diubah mengikut kesesuaian site saya sahaja. Ada sekali, saya minta Daily Reports dari Sity dan terus apply ke Chan Sow Lin. Saya minta Delay and Disruptions reports dari Kerul dan List of Asset dari Keng Meng dan terus minta tolong Nga prepare. Syukur untuk keupayaan Nga memberi tugasan yang saya minta di dalam kesibukannya di site.

Nina yang berada di Blok A, seringkali menelefon saya dan bertanya jika ada apa-apa yang dia boleh bantu untuk claim ni? Mengejutkan, saya manage untuk buat ya sendiri. Sedikit stress, tetapi masih manageable. Saya masih tenang ke Kedah. Masih tenang saat semua orang sedang memprint Site Diary, saya sedang menunggu Nga membuatnya. Nga sangat sibuk sehingga saya membuatnya sendiri. Operation saya sangat membantu. Syukur.

Antara sebab ketenangan ini adalah kerana tiada orang mempush saya. Saya tunjuk semua kerja saya kepada Alice. Tetapi, dia tidak, kejap-kejap tanya saya dah siap ke belum? Sebab itu saya tenang. Berbanding orang lain yang ada superior, pastinya akan bertanya status claim tu. Jika ada Ai Tee juga, pasti saya akan stress juga. Beberapa kali saya melanggar masa submission. Alice okay saja menyuruh saya makan tengahari dulu. Walaupun submission sepatutnya pukul 12 tengahari. Saya menghantar jam 3 petang. Tidak ada masalah lambat saya kira, janji awak dah buat sehabis baik. Semoga saya jadi bos dan tak memaksa orang lain begitu sekali.

Dalam perkiraan saya, cara Ai Tee salah. Kenapa saya masih boleh tenang membuat MCO? Jawapan saya kerana tiada Ai Tee. Haha. As an individual, Ai Tee is a very good person. But, as a boss, she need to learn more. Hopefully, dengan kehadiran cahaya mata, akan mengurangkan sedikit strict dan trust dengan staf lebih lagi. I can works by myself. I can solve the problem. I have been working for more than 10 years. I can do works. Trust me more. Buktinya, I manage to do MCO claim by myself. Minta sikit tolong dari Nina dengan Lee Yen, dan banyak dari Nga dan Mr. Ti. But, overall, I have submitted MCO. Nadiah, I'm so proud of you! Syukur hanya pada Allah.

Submit kat PDP

Nga did this in one day! 

Compilation all stations and shaft

Thanks Ty. For everything 

Alhamdulillah. 

Love..

Thursday, July 16, 2020

Melawat Cucu ke-5

Mak memang dah lama nak melawat cucu terbaru dia. Sejak PKP tak dapat keluar, maka kami tangguhkan. Pastu, bulan lepas Kak Cik kata mak nak pergi 10hb Julai nanti. Kalau boleh cuti, jom ar. Kalau tak, nak pakai kereta. Cuti aku yang tahun lepas tak guna lagi. Harap maklum. Nak kena habiskan. Aku pun apply je ar. Kata dengan Ai Tee, dia okay. Dah approve, aku pun huha-huha gembira.

Aku apply hari Jumaat dengan Isnin pagi. Pagi Jumaat, aku pergi betulkan kereta dan text Alice kata cuti hari ni dan Isnin. In case dia lupa aku cuti. Dia reply, noted. Puku 12.30 tengahari, kami gerak. Aku dah settle kereta, kak cik pun dah buat hiv test. Sampai dalam pukul 2 petang kat Tapah, kami berhenti solat. Aku drive pergi. Jadi, baru dapat tengok phone. Alice text kata, Steve nak prolongation hari Isnin sebelum 12 tengahari. Dia tulis lagi, kalau aku boleh datang Sabtu, dia boleh explain sebab banyak changes. Aku reply, aku dah on the way pergi Kedah. Nanti aku tanya Sity dengan Khairul changesnya.

Singgah makan kat Tapah

Sampai-sampai Kedah, dah pukul 7 petang, jadi kami terus pergi rumah sewa Daus dekat Kepala Batas. Esok baru pergi Pendang tengok cucu. Makan malam dulu, siap-siap, baru aku buka laptop malam tu. Betulkan apa yang boleh. Ada soalan, aku letak tepi dulu. Esoknya nak tanya Khairul. Yang ajaibnya, aku drive pergi, tapi Alhamdulillah semangat juga nak buka laptop buat kerja. Tak lama. Sampai 12.30 malam je, aku dah ngantuk.

Makan malam

Esok paginya, lepas subuh, aku sambung sikit. Ayah dah ajak nak pergi rumah kawan dia dekat-dekat rumah Daus juga. 10 minit tak sampai. Ayah kata, boleh sambung nanti lepas sarapan. Haha. Tak kuasa. Alang-alang nak keluar, keluar je. Aku pun tutup laptop selepas berjaya email Mr. Ti minta benda dan text Khairul soalan-soalan.

Rumah pertama hari tu, kawan ayah masa dekat kastam. Pakcik Hamzah dengan Makcik Ani. Diorang ni, masa kami hantar Daus belajar kat Selama Perak, kami tumpang tidur rumah dia kat Peneng. Aku tak ingat sangat. Sekarang dia dah pencen, balik kampung. Sampai-sampai dia dah siap air, nasi lemak, meehon goreng, sekali dengan ketupat palas dan kuih lagi. Beria nak menjamu tetamu. Layankan memang terbaiklah. Dah kenyang makan, kami minta diri nak pergi Pendang.

Ayah kata, tinggi rupanya ayah ni. :(

Dalam kereta, Daus bagitau dia janji dengan Aida nak datang pukul 1. Baru pukul 11 macam tu. Kitorang pun singgah Pekan Rabu jap. Sempatlah mak beli periuk dengan baju untuk kawen Kak Cik nanti. Daus kata, sewa kedai kat situ mahal lagi, compare dengan tapak lama Pekan Rabu. Dulu dalam puluh ringgit je sebab kawasan lama. Sekarang, dah cantik jadi mahal juga. Dalam tiga ke empat ratus. At least, jualan kena boleh cover ar. Aku doakan diorang semua dimurahkan rezeki je. Meniaga ni memang kena kental.

Daus bawa time ni

Shopping gais

Geng tunggu tepi 

Periuk gais. Dari Kedah

Balik dari Pekan Rabu, kami ke Pendang. Mak Aida dah masak. Macam-macam lauk. Gulai udang, (oh, baru tau, mak suka makan udang yer. Bubuh sini sebab kau selalu lupa.) ayam masak sambal, ikan goreng, sayur sawi goreng, ulam dan sambal belacan. Tak reti nak makan wei, banyak sangat lauk. Overall, memang sedap.

Kat Pendang dah

Cucu mak kelima. Akil Rayyan Anaqi 

Baby pillow by baby Pian

Gerammm


Pandai senyum awak

Lepas solat Zuhur, nak gerak lagi. Kami nak ke Sungai Petani pula. Melawat isteri arwah ustaz Osman. Kawan usrah ayah. Dalam pada kami baru gerak dari Pendang, mak telefon cik Mahfuza tu, dalam sejam gak perjalanan. Sampai-sampai, kitorang borak-borak, alih-alih keluarkan mee goreng. Sejam wei. Dia siap masak dan kemas sebab boleh menyembang dengan kitorang kat depan. Lepas habis makan, kitorang nak basuh pinggan, clear dapur dia. Tak berkecah pun. Kalau aku ni, memang bekas masak ada lagi atas dapur. Laju betul acik ni buat kerja.

Superb makcik. 

Ubat sedu. Tisu basah letak kat dahi

Balik dari Sungai Petani, ambil Daus kat Pendang, minum petang dulu. Pastu terus pergi Alor Setar. Dah janji dengan Anis, nak melawat Maksu Yati pula. Dah dua tahun dah Maksu takleh jalan. Paksu dengan Anislah yang jaga. Comel je Anis ni. Tabah je tengok layan Maksu. Sekali dengan Paksu. Moga pahala yang banyak untuk diorang sebab jaga orang sakit. Semoga Maksu diberi Allah kesembuhan juga. 

Maksu

Balik rumah Maksu dah maghrib. Tak larat nak keluar lagi setelah seharian berjalan, maka kami memilih untuk makan maggi sahaja malam tu. Oleh sebab Kak Cik dah buat air panas semalam masa sampai, maka turn aku pula masak malam ni. Maggi, apa ada hal. Haha. 

Maggi

Rumah Daus kat Kepala Batas

Berakhirlah perjalanan kami hari tu. Aku cadang nak buka laptop kejap. Tapi, tak larat. Tidur je. Sambung esok pagi Ahad, lepas Subuh. Lepas tu, kami gerak pulang ke Klang. Cari roti canai orang melayu dekat Kedah. Makan macam apa. Roti sorang sekeping. Oh, kak cik dua keping. Nasi lemak ayah makan. Telur separuh masak dua set, air lagi. Semuanya kurang RM20. Ayah belanja.

Breakfast 

Makan macam heaven

Driver masa balik


Air kelapa gais.. 



Tengahari pula, makan kat Ipoh. Exit Ipoh semata-mata nak makan. Pengalaman sungguh. Makan kat Restoran Simpang Tiga.

Dah sampai rumah, rehat-rehat kejap. Petang tu, Kak Cik pergi jumpa imam sebab nak minta kebenaran nikah dekat Melaka. Berakhir percutian saya. Semoga mak dan ayah gembira. 

Love..

Monday, July 13, 2020

Mak Lang Nisah bawa jalan

Hari Khamis lepas, Hanisah hantar gambar ni kat group Haji Bujang. Dia bawa Afifah dengan Acap sekali dengan anak buah dia dan anak yang Mak Lang jaga pergi Menara Kuala Lumpur. 


Borak-borak dalam whatsapp, kata gigihlah awak melayan budak-budak ni. Dia kata, dia memang nak pergi, jadi cari geng. Yang tolong jaga sekali, Afra anak yang Mak Lang jaga dari kecik, sekarang dah darjah enam. Dia ar dok menengok budak-budak ni. Tapi, masih seram jugalah kalau aku yang bawa. Tak reti handle budak. Haha. Budak-budak ni, takde mak ayah dengar je cakap orang. Bila ada mak je ngada-ngada lebih. 
Tujuh orang wei, nak kena jaga

Semoga gembira

Adakah aku akan gayat juga? 

Nisah kata, nak balik dah, budak2 ni aktif lagi

Singgah Taman Burung juga






Teringat dulu kitorang kecik-kecik pun Mak Ina dengan Acik pun rajin bawa jalan macam ni. Bawa pergi pesta buku kat KL. Ramai-ramai naik komuter pergi. Sejenis gigih juga Mak Ina dan Acik tu. Bawa anak kakak-kakak dia. Yang rajin bawa anak-anak kakak dia dalam family kitorang adalah Nafisah dan Naziha. Last time bawa pergi Times Square dengan Pusat Sains Negara. 

Nisah ni kategori lain. Gigih bawa anak buah sepupu dia. Memang aku salute ar. Jenis tak kisah nak melayan anak buah orang. Untuk pengalaman-pengalaman anak buah kitorang, aku doakan Nisah dimurahkan rezeki, dimurahkan urusan, dikurniakan jodoh yang terbaik dan diredhai Allah s.w.t dunia dan akhirat. 

Aku pun tak naik lagi Menara KL ni. Anak buah aku dah naik dah. Nisah kata ada promo half price untuk dewasa RM38 dan kanak-kanak RM18. Menarik juga. Tanya dia, siapa yang gayat, dia kata Acap. Haha. Okay, barulah tahu Acap gayat. Semoga satu hari, sampai juga aku kat atas ni. 

Love..